Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Kini terdapat sebuah lagi jalan baru untuk ke Cameron Highland untuk penduduk pantai barat dan pantai timur iaitu melalui Raub dan Sungai Koyan Kuala Lipis di Pahang.


Jalan baru ini siap sekitar tahun 2010. Sebelum ini jalan ke Cameron Highland adalah melalui Tapah, Simpang Pulai dan Lojing Gua Musang.




Untuk menggunakan jalan ini perlu melalui Raub sehingga ke Sungai Koyan, Kuala Lipis. Selepas Balai Polis Sungai Koyan terdapat simpang ke Pos Betau di sebelah kiri. Ambil simpang kiri.


Kalau anda dari Kuala Lipis, anda akan melalui Kg. Tempoyang, Kg. Relong dan seterusnya masuk ke simpang Sg. Koyan di Kg. Berchang.




Anda akan menikmati pemandangan kebun sayur di lereng bukit  dan perkampungan orang asli apabila  menghampiri Bertam Valley. Anda akan keluar di Bertam Valley di Ringlet.


Perjalanan dari Sungai Koyan ke Cameron Highland mengambil masa dalam 1 jam untuk pemanduan sejauh hampir 80km ini. Kalau dari Raub mengambil masa hampir 2 jam.




Anda di nasihatkan berhati-hati melalui jalan baru ini kerana bimbang haiwan liar melintas jalan. Lagipun jalan ini belum di gazetkan lagi. Sebarang kemalangan yang berlaku  adalah tanggungjawab sendiri.


Selain itu lampu jalan pun belum di pasang, jalannya juga agak curam dan tidak rata di beberapa tempat. Jalan pula sunyi. Tak banyak kenderaan menggunakan jalan ini. 


Jika anda ingin ke Cameron Highlands dari pantai barat atau pantai timur, anda boleh melalui jalan ini kerana  ia lebih menjimatkan masa dan wang ringgit (tak perlu bayar tol) selain dapat menghayati keindahan alam.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
13 Comments

13 comments:

Miss PIJAOSIX said...

salam...

jom g cameron.....

relevan said...

Nanti nak terai ikut sini..

siti murni said...

sepatutnya ke cameron minggu ni..tapi terpaksa dibatalkan pulak.

kami kat utara ni still gunakan simpang pulai jugak yang terbaik.

iza said...

Assalam...
Pernah lalu jalan ni tahun lepas. Masa tu jln ni belum dapat CF lg tapi lalu jgk sbb nak ke Jerantut. Kalau lalu malam2 mmg seram, pastu jumpa tanah runtuh dan sebuah kereta proton tertimbus. Sunyi je jln tu.

azzey said...

dh lm x g cameroon

Sharinginfoz said...

betul tu kena hati2 kan tak pasal2 ada haiwan liar melintas

Yastro said...

Lalu siang je yg sebaiknyer...

Aizura said...

jalan ni masih belum gazet ke? husband plan nak lalu jln ni esok. kami dari Kulim nak ke Jengka. mcmana nak check jalan ni dah gazet ke belum?

kairyl said...

kalau dah gazet laluan ni akan wujud dalam peta jalan malaysia,akan diupdate dalam sistem gps dan google juga akan update....

Princess Maz said...

salam
Kalau saya kerja di raub dan tinggal di cameron ok tak

keriel said...

Info yg sgt berguna..Trima kasih

keriel said...

Info yg sgt berguna..Trima kasih

keriel said...

info yg sgt berguna..tq

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget