Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David telah  dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2010.


Azizulhasni dan Nicol menerima anugerah tertinggi sukan tanah air itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.




Untuk rekod, Azizul menerima anugerah ini buat kali ke 2 (2009, 2011) manakala Nicol David menerima buat kali ke 8 (1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2011).


Antara pencapaian terbaik Azizul ialah memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Siri Piala Dunia Klasik bagi pusingan pertama, kedua dan keempat.


Nicol pula memenangi Terbuka Chennai, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Kepulauan Cayman, Terbuka Singapura CIMB, Terbuka Cathay Pacific Sun Hung Kai, Qatar Klasik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.




Pasukan Lelaki Terbaik jatuh kepada skuad hoki negara menggondol pingat perak pada Sukan Asia manakala Pasukan Wanita Terbaik milik pasukan skuasy yang memenangi emas Sukan Asia 2010.


Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.


Tahniah kepada pemenang semua. Semoga dengan kemenangan ini, ia akan menjadi pendorong untuk lebih berjaya di masa akan datang. Majulah sukan untuk negara !


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Sharinginfoz said...

tahniah kepada semua

Zura said...

datuk chong wei xdpt erk..tp keputusan yg tepat...

azzey said...

Tahniah utk kedua2nya. mmg terbaekkkkkkkkkk lah..;)

ParkAir said...

Kayooo Datuk Nicol, berbaloi2!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget