Masih ingat dengan entri Proton R3 Satria Neo 2011 ? Kali ini nak share dengan anda semua harga, spesifikasi dan ruang dalaman model Proton R3 Satria Neo 2011 ini.
Proton R3 Satria Neo ini dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3)
Proton R3 Satria Neo 2011 ini mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.
Jom kita tinjau ruang dalaman Proton R3 Satria Neo 2011 ini :-
Ruang dalamannya menampakkan ciri sporty dan elegan yang menggunakan tema merah dan hitam sebagai warna rasmi
Tidak ketinggalan, gear console, dashboard, pedal, seat, floor carpet dan handbreak handle menggunakan gabungan warna hitam dan merah.
Jom kita lihat pula spesifikasi model Proton R3 Satria Neo 2011 ini :-
Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.
Tempahan boleh di buat di mana-mana 23 cawangan Proton Edar di seluruh Malaysia dengan yuran pendahuluan RM2000 dan tempahan akan sampai dalam tempoh sebulan setelah mendapat kelulusan.
Bagi mereka yang masih mencari-cari kereta idaman untuk dimiliki, mungkin Proton R3 Satria Neo 2011 inilah jawapannya. Rasanya harganya berpatutan dengan ciri-ciri yang di tawarkan..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~