(credit to Arena kereta)
Menurut sumber, inilah dia prototaip Perodua Myvi SE @ Perodua Myvi Extreme yang di jangka dilancarkan sekitar bulan Julai atau September 2011 ini.
Perodua Myvi SE @ Perodua Myvi Extrem 2011 ini adalah hasil gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjin 1.5 liter
Melihat kepada rekaan model ini memang nampak mengancam terutamanya bahagian depannya yang menampilkan grill dan lampu depan rekaan terbaru.
Perodua Myvi SE @ Myvi Extreme 2011 ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada ‘dashboard’ (papan pemuka) seperti Alza.
Gambar ini merupakan sebahagian dari dashboard & meter panel Perodua Myvi SE @ Perodua Extreme 2011. Nampak menarik lampu optitron meter dia yang bewarna biru tu, ala-ala model keluaran Toyota.
Bahagian belakang Perodua Myvi SE @ Perodua Myvi SE 2011 ini juga menampilkan lampu belakang baru yang garang dan sporty berbanding model Myvi sebelum ini.
Memang tidak syak lagi Perodua Myvi SE @ Perodua Myvi Extreme 2011 hadir dengan rekaan menarik dan cukup sporty.
Kepada yang nak beli kereta tu mungkin model ini adalah kereta idaman yang anda nanti-nantikan selama ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~