Nampaknya Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis telah melancarkan perang ke atas Libya dengan membedil dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara awal pagi 20 Mac 2011.
Ini membuatkan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan pertempuran’ dan menggelarkan AS, Britain dan Perancis 'tidak bertamadun'.
Dalam serangan itu, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya.
Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.
Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya. Setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu.
Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.
Sementara itu China, Russia dan Kesatuan Afrika menyatakan kekecewaan terhadap serangan terbaru ini dan berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan dengan segera di Libya.
Di harapkan perang ini dapat diberhentikan dengan kadar segera. Memang sedih melihat banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi korban seperti apa yang berlaku di Iraq...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~