Pada 20 Mac 2011 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan Kris Dayanti Dengan Raul Lemos yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta Indonesia.
Kris Dayanti sah menjadi isteri kepada Raul Lemos, ahli perniagaan yang berjaya mencuri hatinya selepas dia bercerai dengan penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.
Raul Lemos dan Kris Dayanti dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul dalam majlis yang di hadiri kaum keluarga dan saudara mara terdekat.
Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.
Agak mengejutkan apabila sejurus majlis akad nikah selesai, Raul Lemos berkucupan mulut ke mulut dengan Kris Dayanti ketika masih dalam masjid.
Walaupun pasangan ini dah 'halal' namun rasanya tak manis dilakukan di dalam masjid. Mungkin dah menjadi budaya orang Indonesia kot. Wallahuallam...
Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac 2010.
Selamat Pengantin Baru Buat Kris Dayanti dan Raul Lemos
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~