Berita baik buat semua penganggur di luar sana. Pada 25 - 27 Mac 2011 ini akan di adakan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan.
Karnival ini melibatkan penyertaan lebih 600 agensi kerajaan dan syarikat korporat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Proton, Westport, Iskandar Malaysia, Celcom, Tune Talk, dan Tabung Haji.
Selain itu, kaunseling kerjaya, ceramah kerjaya, klinik resume dan juga seminar mengenai persiapan temuduga turut di adakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.
Kepada yang berminat untuk hadir diminta membuat pendaftaran menerusi laman http://www.bnyouthjobfair.com/ bagi membolehkan sesi temuduga diaturkan pada karnival kerjaya ini.
Kepada graduan di luar sana yang masih mencari pekerjaan, jangan lupa hadir di karnival kerjaya ini di PWTC Kuala Lumpur pada 25 - 27 Mac 2011 ini.Manalah tahu ada rezeki anda kali ini..
P/S : Kepada yang nak hadir tu jangan lupa bawa resume banyak-banyak...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~
Adios~~~~