Kajian yang dijalankan di Universiti Rochester di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah.
Ini adalah kerana warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
Wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka.
Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik. .
Fenomena ini juga dapat dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah akan dominasi spesies betina yang lain.
Apa lagi jomlah kita ramai-ramai berpakaian warna merah!
Adios~~~~