Hari ini umat Islam seluruh umat Islam di Malaysia masih dalam mood berpuasa. Biasanya pada awal Ramadhan kita masih belum dapat menyesuaikan diri untuk berpuasa.
Tak kurang juga ada yang 'termakan' maklumlah sudah biasa makan tak kira masa sebelum ini. Biasanya setelah beberapa hari berpuasa barulah terasa letih dan lesu. Mungkin dah lama tak berpuasa dan tak biasa.
Di sini saya nak berkongsi sedikit tips berguna untuk mengelakkan letih dan lesu sepanjang bulan Ramadhan ini :-
- Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka puasa.
- Makanan daripada kumpulan ikan, daging dan telur pula perlu diambil secara sederhana.
- Sayuran juga perlu diambil untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan.
- Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
- Untuk sahur dan berbuka, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
- Kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng dan menumis. Makanan yang tinggi kandungan garamnya juga harus dikurangkan untuk mengelak penyakit serta mudah rasa dahaga ketika berpuasa.
- Elak pengambilan minuman berais dan sejuk ketika berbuka. Minumlah air suam. Walaupun air sejuk itu penuh kepuasan tetapi anda akan mengalami kelesuan kepada keesokkan harinya.
Semoga tips ini dapat membantu anda kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan. Berpuasa bukanlah halangan untuk kita menjalani gaya hidup aktif. Betul tak?
Adios~~~~