Pada 12 Ogos 2010, Nuffnang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama bloggers di The Apartment KLCC. Seramai 15 orang bloggers bertuah telah terpilih termasuklah saya.
Antara wakil Nuffnang yang hadir ialah Firdauz, Robb, Nicholas, Rina, Izad dan Jestina. Barisan bloggers yang hadir pula ialah, Summijelly, faizal, Ihsan, Aimi, Afzan, Jard, Norfa, Roe, Jejai, Zul, dan saya sendiri. Tetamu undangan pula ialah blogger otai Malaya, RedMummy.
(Credit to SummiJelly)
Ini adalah menu yang dihidang di restaurant ini. Antara menu pilihan ialah nasi hujan panas. Masakan Negeri Sembilan menjadi menu utama di sini. Kalau makan secara buffet seorang dalam RM 55.90 untuk dewasa.
Selain menu menjadi tumpuan utama, sesi suai kenal juga mengambil tempat. Banyak perkara yang dibincangkan bersama.
Yang menariknya semuanya bagaikan dah kenal lama. Boleh bersembang pelbagai topik. Memang mereka semua ini peramah dan mesra. Dari perkara peribadi sehingga soal buffered earnings semua dibincangkan bersama.
Jom kita terjah gambar sekitar Majlis Berbuka Puasa ini :-
Saya pun tak ketinggalan mengambil gambar bersama RedMummy. Sebelah dia tu ialah husband dia. Semoga aura earning dia tempias kepada saya hehe..Amin....
Majlis bersurai sekitar 9.30 malam. Seorang demi seorang meninggalkan restaurant. Kak SummiJelly sempat meninggalkan pesanan kepada mereka yang masih belum mahu pulang :P
(credit to SummiJelly)
Memang seronok dapat jumpa bloggers lain. Dapat bertukar-tukar pendapat. Ntah bila lagi dapat jumpa macam ini. Harap-harap Nuffnang buat open house Hari Raya Aidilfitri kali ini. Mesti ramai yang serbu...
Adios~~~~