Nama Masjid India memang tidak asing lagi bagi warga kota Kuala Lumpur kerana di sini lah tumpuan utama mereka untuk mendapatkan keperluan harian.
Apabila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri, keadaan di Masjid India semakin sesak apabila mengalami kebanjiran pengunjung yang menbuat persiapan menyambut perayaan.
Jom kita terjah apa yang ada di tawarkan di sini :-
Di sini memang banyak gerai yang menjual baju kurung. Macam-macam fesyen ada. Boleh beli untuk menyambut Aidilfitri nanti.
Dah beli baju kurung kenalah pula beli tudung kan. Baru matching. Cakap aje nak ala-ala Wardina ke Waheeda ke Yuna ke semua ada. Kalau nak beli untuk awek pun boleh.
Nak cari kuih raya pun ada di sini. Memang banyak pilihan yang di tawarkan. Ada gerai yang menjual 1 balang RM10 sahaja. Murah kan !
Kalau nak rumah nampak berseri raya nanti jangan lupa beli bunga ini. Terutamanya rumah yang ada anak dara. Mesti ramai calon datang beraya nanti.
Untuk makluman anda, sekitar Masjid India ini sesak sedikit. Oleh itu kepada sesiapa yang mahu membeli belah digalakkan menaiki kenderaan awam kerana di sini sukar untuk mencari tempat letak kenderaan.
Apa lagi jom kita pakat-pakat shopping di sini..
Adios~~~~