Baru-baru ini terdapat cadangan supaya menggunakan kepingan emas sebagai ganti kepada pemberian duit raya kerana ia mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.
Ini adalah kerana pelaburan emas amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot teruk berbanding nilai mata wang.
Emas lebih baik dari wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi.
Sebelum kita menggantikan duit raya kepada emas adalah lebih baik kita mengetahui harga emas semasa dahulu. Jom kita lihat berapa harga emas terkini :-
Bila lihat harga pasaran emas semasa ini, secara peribadi saya rasa perlunya mengekalkan pemberian duit raya. Harga segram emas paling murah pun RM62. Takkan nak bagi emas berharga RM62 kepada budak-budak. Kering poket. Bayangkan jika 50 orang budak beraya di rumah anda..
Kalau gunakan duit, bolehlah beri dalam RM5 atau RM10 kepada budak-budak. Itupun nilainya dah cukup besar. Tak adalah rasa terbeban sangat kan.
Beli emas untuk pelaburan memang berbaloi tapi rasanya tak sesuai untuk pemberian duit raya. Mungkin cadangan ini dilontar oleh penjual emas yang mahu menggalakkan orang ramai membeli emas pada musim perayaan ini...
Adios~~~~