- Biasanya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Keegoan yang tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita.
- Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.
- Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati kerana terlalu ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.
- Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.
3. Serik dikecewakan
- Ada lelaki yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.
- Lelaki yang dikecewakan ini sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita.
4. Terlalu memilih
- Lelaki selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup.
- Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.
5. Terlalu banyak pilihan
- Terlalu banyak pilihan juga menyebabkan lelaki sukar untuk membuat pilihan. Setiap calon mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripadanya.
- Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki yang terus single hingga ke hari ini.
- Ada lelaki yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga terlupa hendak membina rumah tangga. Yelah nak membina masjid perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
- Biasanya mereka akan menyalahkan faktor-faktor tertentu seperti wang hantaran mahal,urusan majlis perkahwinan yang mahal dan pakej bulan madu mahal menyebabkan mereka belum mahu berfikir soal jodoh.
Sebenarnya ada lagi 18 alasan cuma tak larat dah nk tulis. Apa-apapun ini adalah antara alasan yang sering dikemukan oleh lelaki apabila di tanya soal jodoh atau mencari pasangan. kalau ada yang nak tambah silakan..
Adios~~~~