Kali ini nak share dengan anda semua senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini. Harga terkawal bagi 20 jenis barangan akan dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September 2011 di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.
Maklumlah Hari Raya Aidilfitri 2011 kan dah dekat oleh itu permintaan terhadap bahan asas makanan meningkat 2 kali ganda berbanding hari biasa.
Apabila permintaan melebihi penawaran ini akan mengakibatkan peniaga mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.
Oleh itu memang tepat pada masanya skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Puasa 2010 di laksanakan setiap kali hari raya. Jom kita terjah senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini :-
Antara barangan yang ditetapkan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah ayam, daging, bawang, telur, kelapa, kacang, tomato dan cili merah.
Yang pasti tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga atau pemborong yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini.
Kementerian juga sudah memberi JAMINAN yang barangan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini mencukupi. Oleh itu tak perlulah kita membuat pembelian secara panik kerana ini juga boleh menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Apa-apa pun yang penting adalah sentiasalah membuat semakan senarai harga barang kawalan Hari Raya Aidilfitri 2011 untuk mengelakkan dari ditindas oleh peniaga. Sama-samalah kita menjadi pengguna yang BIJAK !
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~