Jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 telah diperkenalkan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya PLUS sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.
Cadangan jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September 2011.
Untuk gambaran lebih jelas lagi, apa kata kita terjah jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini:-
Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September 2011 dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap
Manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi.
Di jangkakan jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS akan meningkat 30% kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
Pasti kita kita semua mahu pulang ke kampung tanpa mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Oleh itu sama-samalah kita mematuhi jadual perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2011 ini. Semoga kita dapat pulang ke kampung dalam keadaan selamat...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~