Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 RM500 akan diberikan kepada kakitangan awam dan RM250 pesara. Pengumuman bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 atau Bantuan Khas Kewangan telah dibuat oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. 


Bonus Hari Raya Aidilfitri atau Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara pada 31 Julai 2013 (rabu).


Butiran Bantuan Hari Raya 2013 (Bantuan Khas Kewangan 2013)

  • Bantuan Raya 2013 ini dikenali dengan Bantuan Khas Kewangan 2013
  • RM500 untuk 1.4 juta kakitangan awam bernilai RM670 juta
  • RM250 untuk 660,000 pesara kerajaan bernilai RM165 juta
  • Tarikh pembayaran Bantuan Hari Raya 2013 ini akan dibuat bayaran pada 31 Julai 2013
  • Pembayaran bantuan khas kewangan 2013 Hari Raya ini melibatkan gred 1 hingga gred 54

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan yang menerimanya Bantuan Raya 2013 kali ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Keputusan Undian Piala Malaysia 2013



Keputusan undian Piala Malaysia 2013 telahpun diketahui. Majlis undian Piala Malaysia 2013 ini berlangsung di TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur  pada 27 Julai 2013 jam 5.30 petang dan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.


16 pasukan yang layak ke Piala Malaysia dibahagikan kepada 4 balang seperti rajah di atas. 4 pasukan teratas Liga Super diletakkan dalam balang A bagi mengelakkan pasukan pilihan bertembung dalam peringkat kumpulan. Pasukan-pasukan lain dibahagikan mengikut kemampuan dan kekuatan pasukan masing-masing di dalam Balang B, C dan D.


Inilah dia keputusan undian Piala Malaysia 2013 :

  • Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
  • Kumpulan B : Johor DT, Selangor PKNS, T-Team, Felda United 
  • Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan 
  • Kumpulan D : Lion XII, Perak, Sarawak, Kedah 


Nampaknya kumpulan maut musim ini pastinya kumpulan C di mana menemukan 3 gergasi dari Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 


Kumpulan lain nampaknya seimbang. Perlawanan pertama Piala Malaysia akan bermula pada 20 Ogos 2013. Jadual perlawanan akan dikeluarkan nanti.


Apa-apa pun selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda lirik lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak dan Kaka. Lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan dan Kaka ini ciptaan Audi Mok dan Omar K manakala lirik pula ditulis Zizan dan Aris.


Lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak dan Kaka ini dah semakin kerap berkumadang di corong-corong radio. Jom kita terjah lirik lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak feat Kaka. 


Lirik Lagu Infiniti Cinta - Zizan Razak ft. Kaka





Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus

Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)



Semoga terhibur....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum Nuzul Quran pada 26 Julai 2013 (Jumaat) ini adalah untuk negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja. 


Ini bermakna negeri-negeri lain tidak bercuti pada 26 Julai 2013 ini. Hanya 7 negeri ini sahaja yang akan bercuti selama 3 hari dari 26 Julai - 28 Julai 2013 (cuti hujung mingggu + cuti umum).


Pastinya cuti 3 hari ini digunakan sepenuhnya rakyat di negeri tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2 minggu lagi.


Mungkin jua ada yang pulang ke kampung halaman berpuasa bersama keluarga tersayang dan ada yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli belah membeli barangan dan pakaian untuk berhari raya.




Bagi penduduk negeri Selangor pastinya menggunakan kesempatan ini untuk berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur untuk membeli belah. 


Maklumlah tempat tersebut mempunyai banyak pilihan untuk membeli pakaian Hari Raya dan juga murah selain mengambil kesempatan ketidaksesakkan di Kuala Lumpur pada hari berkerja.


Selamat Menyambut cuti Nuzul Quran buat semua penduduk negeri yang mendapat cuti. Kepada penduduk negeri lain yang tidak mendapat cuti ini jangan jeles pula ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH PRK KUALA BESUT


Keputusan Pilihanraya kecil Kuala Besut N1 24 Julai 2013 telahpun diumumkan. Keputusan Pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut ini menyaksikan BN menang dengan majoriti 2592.


Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.


Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh penambahan majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.




Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.


Tahniah kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menjadi ADUN baru Kuala Besut. Semoga beliau dapat manabur bakti kepada rakyat yang memilih beliau di Kuala Besut....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :


Malaysia 1-4 Chelsea
  • Malaysia : Fadhli Shas (90')
  • Chelsea : Traore (6'), Kevin De Bruyne (29'), Romelu Lukaku (45'), Victor Moses (89')

Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 menyaksikan Malaysia kalah 1-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada aksi persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam.


Gol pertama The Blues hadir pada minit ke-5 melalui bola leret Bertrand Traore sekali gus menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.




Skuad The Blues yang diketuai John Terry tampil dengan permainan yang pantas dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang, namun berjaya ditepis Farizal.


Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak biah Jose Mourinho melalui tandukan Kevin de Brunye pada minit ke-28 sebelum diusung keluar kerana kecederaan.


Romelu Lukaku menambah jaringan ketiga pada minit ke-45 menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama.


Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.




Kehadiran Safiq Rahim dan Safee Sali memeriahkan keadaan stadium yang dibanjiri oleh kedua-dua penyokong.


Minit ke-88 Victor Moses menambah jaringan keempat Chelsea, namun dua minit selepas itu pemain Malaysia Mohd Fadhli Shas berjaya menjaringkan gol tunggal negara melalui sepakan percuma.


Sebagai rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.


Senarai pemain:

Malaysia:

Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mihd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim.

Chelsea FC:

Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore.



PREVIOUS ENTRY



Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 akan diketahui malam ini. Perlawanan Malaysia VS Chelsea  live 21 July 2013 ini akan berlangsung jam 9.45 malam di Stadium Shah Alam. 


Di jangkakan jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menentang kelab Liga Perdana Inggeris ini. 


Selain Chelsea FC, Harimau Malaya juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab dari Jepun bermula 23 Julai hingga 1 Ogos dan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos.


Chelsea FC memulakan jelajah pra musim 2013/14 di Asia dengan mengalahkan pasukan Singha All-Star XI dari Thailand, 1-0 di Stadium Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.


Malangnya tiada siaran langung (live) disiarkan TV1, TV3 mahupun di Astro kerana jualan tiket tidak memberangsangkan. Dengar cerita hanya 20% tiket sahaja terjual. Maklumlah sekarang ini bulan Ramadhan. Mungkin ramai yang mahu menumpukan membuat amal ibadah di bulan mulia ini. 


Walaupun tiada siaran langung (live) disiarkan TV1, TV3 mahupun di Astro, anda boleh tonton perlawanan Malaysia VS Chelsea 21 July 2013 di live streaming :-


Keputusan Malaysia VS Chelsea live 21 July 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Harga baru ayam ditetapan RM7.70 sekilogram mulai 26 Julai - 11 Ogos 2013. Harga baru ayam ditetapan RM7.70 sekilogram telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi skim kawalan harga musim perayaan 2013. 
   

Harga baru ayam ditetapan RM7.70 sekilogram itu turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari bermula 26 Julai ini sehingga 11 Ogos 2013.


Diharapkan semua pihak akur kepada arahan kerajaan menetapkan harga ayam RM7.70 sekilogram bagi megelakkan pengguna terus ditindas oleh penjual dan pembekal ayam yang menaikkan harga ayam sesuka hati.


Selepas ini sebanyak 20 jenis barangan akan ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan antaranya 20 jenis barangan makanan yang dikawal ialah Ayam Super, Ayam Standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India.
  

Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan kementerian dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan keperluan lain, katanya.
   

Diharapkan dengan penetapan harga kawalan bagi barangan makanan yang dikawal dapat memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bagi mengaut keuntungan berlebihan ketika permintaan sesuatu barangan meningkat.
   


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Senarai Lokasi Bazar Ramadhan Di Kuala Lumpur 2013



Kali ini nak share dengan anda senarai lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur 2013. Lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur selalunya menjadi tumpuan orang ramai selepas waktu berkerja untuk membeli juadah untuk berbuka puasa.


Mungkin ada di antara kita yang suka melawat bazar Ramdahan yang berbeza-beza setiap hari. Maklumlah nak tengok juadah yang berbeza-beza setiap hari. 


Bagi memudahkan anda mencari lokasi tapak Bazaar ramadhan di Kuala Lumpur, di sini saya kongsikan senarai lokasi bazar Ramadhan di Kuala Lumpur 2013 di bawah ini :-


BANDAR TUN RAZAK
  • Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
  • Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  • Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  • Taman Len Sen
  • Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  • Parking Bersebelahan LRT Cheras
  • Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  • Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  • Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  • Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak

BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu
  • Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)

BATU
  • Tapak Parking Pasar Selayang
  • Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
  • Sentul Pasar
  • Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  • PPR Batu Muda
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  • Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

CHERAS
  • Taman Segar
  • Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu

KEPONG
  • Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

SEPUTEH
  • Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
  • Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
  • Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

LEMBAH PANTAI
  • Jalan Sri Jati 3
  • Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
  • Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
  • Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

SEGAMBUT
  • Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
  • Jln Cochrane

TITIWANGSA
  • Pasar Datuk Keramat
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
  • Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
  • Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang

SETIAWANGSA
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
  • Jalan Wangsa Melawati 3
  • Jalan Wangsa Delima
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
  • Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak

WANGSA MAJU
  • Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
  • Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
  • Jalan Langkawi, Teratai Mewah
  • Kaki lima Plaza Idaman
  • Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
  • Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
  • Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
  • Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
  • Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
  • Tapak Pasar Malam Taman Melati


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~




Kadar zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia 2013/1434H telahpun ditetapkan. Jom kita terjah kadar zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia 2013/1434H :


Kadar zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia 2013/1434H :

  • Perlis : RM6.00
  • Kedah : RM7.00
  • Pulau Pinang : RM7.00
  • Perak : RM7.00
  • Selangor RM7.00
  • Negeri Sembilan RM6.50
  • Melaka RM6.50
  • Johor RM5.00/8.00*
  • Pahang RM7.00
  • Terengganu RM4.50/7.00/7.60*
  • Kelantan RM7.00
  • Sarawak RM6.50
  • Sabah RM7.00
  • (WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan RM7.00

Kepada yang ingin membuat bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri-negeri termasuklah di kompleks beli-belah terpilih yang turut menyediakan Amil Zakat.


Untuk mereka yang mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya jangan lupa membuat pembayaran nanti.


Jumlah kutipan zakat fitrah ini nanti akan disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menyambut kehadiran Aidilfitri ini nanti...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



Jadual waktu berbuka puasa & imsak bagi Kuala Lumpur Dan Putrajaya 2013/1434H telahpun dikeluarkan. Jadual waktu berbuka puasa & imsak dapat memudahkan kita untuk membuat persiapan berbuka mahupun bersahur sepanjang bulan Ramadhan.


Ramai yang dah sedia maklum kan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari rabu, 10 Julai 2013 @ 1 Ramadhan 1434 Hijrah.


Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Jom kita terjah waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1434H/2013 kali ini.




Marilah kita  memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.


Kepada semua yang akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah di nasihatkan supaya minum air sebanyak mungkin dan makan buah-buahan untuk menampung kehilangan air dalam badan di siang hari. 


Apa-apa pun jangan lupa semak jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk Ramadhan 1434H/2013 kali ini untuk memudahkan anda mengetahui waktu berbuka dan waktu imsak di tempat anda...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 



Tarikh permulaan puasa 2013 (1 Ramadhan 1434H) dijangkakan pada 10 Julai 2013 manakala umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 8 Ogos 2013 berdasarkan ramalan Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 


Jangkaan awal 1 Ramadan 1434H, berdasarkan hitungan pengiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Syaaban dengan fasa bulan baru (Ramadan) berlaku pada 8 Julai, bersamaan waktu Malaysia pukul 3.16 petang.


Tarikh 29 Syaaban iaitu bersamaan hari rukyah, juga jatuh pada 8 Julai ini. Bagi jangkaan awal Syawal 1434H pula, ia berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi. Tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos.


Walaubagaimanapun tarikh mula berpuasa ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Ramai di kalangan kita yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti pada 6 dan 7 Julai 2013 (sabtu dan ahad) sebelum bulan Ramadhan tiba.


Pada 26 Julai 2013 (jumaat) umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ramadhan 1434H. Nampaknya kita akan bercuti selama 3 hari (jumaat, sabtu, dan ahad). Pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang.


Di sini saya ingin mengucapka selamat menyambut bulan Ramdhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dan meningkatkan amal ibadat pada bulan yang mulia ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget