Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

(credit to Hazrey.com)


Masih dalam mood terkejut bila tengok majlis perkahwinan Salih Yaacob (pelawak & DJ Sinar.FM) dan Emi atau nama sebenar Samihah Sheikh Ali, 25 (isteri keempat) telah berlangsung pada 30 Mei 2011 baru-baru ini.


Sebab hari tu dengar mereka nak kahwin selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Tiba-tiba majlis kahwin di buat awal pula. Mungkin hanya mereka yang tahu.




Salih Yaacob dan Emi di ijabkabulkan di Masjid Jamek Kulaijaya, Johor. Emi menerima wang hantaran RM25,000 dan mas kahwin RM23. 


Salih dan Emi turut menganjurkan resepsi perkahwinan secara sederhana di Hotel 11th Century di Taman Abad Kulaijaya, Johor






Menurut sumber, mereka akan berbulan madu ke China dalam masa terdekat ini dan Salih Yaacob akan membawa kesemua isterinya. Oh indahnya dunia dia..


Tadi baru lepas dengar Sinar Pagi di Sinar F.M. Raja Azura Azura dan Khairil Rashid membuat panggilan pagi kepada Salih Yaacob dan bertanya "kenapa sampai 2 kali akad nikah?" Jawapan Salih Yaacob "saja tak nak kasi nampak gelojoh sangat".


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

BREAKING NEWS


Menurut sumber, kerajaan persekutuan telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12% mulai 1 Jun 2011 sebagai langkah untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.


Namun begitu, hanya 25% daripada pengguna domestik tempatan yang terlibat iaitu mereka yang menggunakan elektrik melebihi 300 kilowatt sejam.


Justeru itu, kira-kira sejumlah 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik di bawah 300 kilowatt sejam tidak akan terkesan dalam kenaikan itu.




Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.


Tarif baru elektrik yang naik 7% ini diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui di Putrajaya jam 4 petang tadi.


Pada minggu lalu kerajaan memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga bahan bakar RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) ekoran khuatir kenaikan harga barang yang semakin membebani rakyat.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

(credit to Gua.com)


KEPUTUSAN TERKINI


Juara @ pemenang Mentor 5 ialah Salma iaitu protege kepada Erra Fazira dengan 85 markah di ikuti Shiha di tempat ke 2 dengan 63 markah manakala Iqa di tempat ke 3 dengan 56 markah.


Ini bermakna Salma dan Erra Fazira akan membawa balik RM 100 000 dan sebuah kereta Chevrolet Kruze.


PREVIOUS ENTRY


Malam ini akan berlangsungnya konsert final Mentor musim ke 5 yang menyaksikan Iqa (protege Edry KRU), Salma (protege Erra Fazira) dan Shiha (protege Datuk Sharifah Aini) akan berentap merebut gelaran juara @ pemenang final Mentor 5. 


Untuk konsert akhir ini, setiap protege akan menyampaikan 3 buah persembahan - nyanyian solo, nyanyian lagu 'single' terbaru mereka (juga solo) dan duet bersama artis pilihan.


(credit to Daniel Adie)


Salma akan bergandingan dengan Jaclyn Victor dengan rangkaian lagu 'Cinta' dan 'Rindu'. Untuk lagu solo, Salma akan mendendangkan lagu 'Listen' yang dipopularkan oleh Beyonce dan  'single' pertama Salma berjudul 'Aku Permata'.


Iqa akan menyanyikan lagu Sheila Majid 'Ku Mohon' untuk segmen lagu solo. Artis pilihan Iqa pula ialah Faizal Tahir dan akan berduet dengan lagu 'Karma'. 'Single' Iqa yang pertama bertajuk 'Di Penghujungnya'.



Untuk segmen lagu solo, Shiha akan menyanyikan 'Kisah Hati' yang dipopularkan oleh Alyah dan berduet bersama Black dengan medley lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' dan 'Balqis'. Lagu 'single' Shiha pula bertajuk 'Bila Bertemu Mu'.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan konsert final Mentor 5 live jam 9 malam 29 Mei 2011 di TV3 dan di  www.gua.com.my/mentor untuk mengetahui siapakah juara @ pemenang final Mentor 5. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 



Juara @ pemenang UEFA Champions League (UEFA Champions League) 2011 milik  Barcelona yang menang 3-1 ke atas Manchester United dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley, London.


Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.



 
Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.


Nampaknya taktik Sir Alex Ferguson untuk menghalang Barcelona dari menguasai bola GAGAL apabila Barcelona menguasai 66% of ball possession berbanding 34% Man Utd.




Dalam perlawanan ini, Messi turut dinobatkan Pemain Terbaik pada perlawanan final ini. Gol yang Messi hasilkan merupakan gol ke 53 beliau sepanjang musim ini untuk semua kejohahan.


Eric Abidal diberi tangungjawab untuk menjulang piala berprestij itu tanda sokongan pemain lain atas kejayaan Abidal dalam permbedahan kanser jantung baru-baru ini.


Apa-apa pun tahniah buat Barcelona yang dinobatkan juara @ pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim 2011 ini. Belum ada pasukan yang mampu menafikan kehebatan mereka di atas padang..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



LATEST UPDATE LIVE FROM WEMBLEY STADIUM
KEPUTUSAN PENUH BARCELONA 3-1 MANCHESTER UNITED 


93' Wisel permainan di tiup pengadil. Barcelona menang 3-1 ke atas Manchester United. Ini kejuaraan ke 3 Barcelona dalam tempoh 5 tahun.

90' Pedro dibawa keluar, Ibrahim Affaley di bawa masuk. 

89' Percubaan lambung Iniesta berjaya ditangkap Van Der Sar. 3 minit masa tambahan diberikan pengadil

87' Carlos Puyol di bawa masuk menggantikan Dani Alves. United masih buntu mencari 2 gol untuk mengheret perlawanan ke masa  tambahan.

85' Seydou Keita di bawa masuk bagi menggantikan David Villa. Valdes pula dihadiahkan kad kuning setelah melambat-lambatkan permainan. 


84' Nani melakukan percubaan ke gawang United namun tersasar. 


83' Victor Valdes terbang menghalang bola dari ditanduk Javier Hernandez. Nampaknya Hernandez jarang menerima bola dari rakan-rakan. 

 79' Bola sepakan Ryan Giggs terkena tangan David Villa dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak nampak insiden itu.


75' Paul Scholes di bawa masuk menggantikan Micheal Carrick. Nampaknya Barca seakan-akan mula mengendurkan serangan mereka.

70' Percubaan Wayne Rooney melepasi gawang gol hasil serangan balas pantas.




 69' David Villa menjaringkan gol ke 3 Barca hasil sepakan lambung yang menarik hasil hantaran Messi. Nampaknya MU terus tertekan.
 
 68' Nani di bawa masuk menggantikan Fabio yang cedera

66' Van Der Sar berkali-kali diuji oleh Xavi dan Andeas Iniesta menerusi sepakan jarak jauh namun masih dapat ditepis. Nani sedia untuk di bawa masuk. 

62' Lionel Messi sekali lagi melepaskan rembatan ke arah gawang MU namun berjaya ditahan Van Der Sar menggunakan kaki. MU dalam keadaan bahaya.

60' Dani Alves dilayangkan kad merah setelah mengasarai Patrice Evra

54' Van Der Sar memarahi pemain pertahanannya yang gagal mengawal Messi.



53'  Lionel Messi menjaringkan gol kedua untuk Barcelona apabila kelalaian pertahanan United yang tidak mengawal beliau. Gol dijaringkan dari luar kotak penalti.

45. Permainan separuh masa kedua bersambung. Barcelona masih mendominasi permainan.

45' Tamat separuh masa pertama. Nampaknya MU perlu berkerja keras di bahagian kanan setelah melihat Fabio dan Antonio Valencia tidak berapa efektif dalam perlawanan ini. Nani perlu di bawa masuk

43' Lionel Messi terlepas peluang menjaringkan gol di depan gol setelah gagal menyambut hantaran silang David Villa dari sebelah kanan.

38' Percubaan Andreas Iniesta tepat ke arah dakapan Van Der Sar setelah semua pemain Barcelona di kawal rapi pemain M.



33' Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan setelah bermain 1 - 2 dengan Ryan Giggs dan akhirnya melepaskan sepakan padu lalu menerjah ke gawang Barcelona.

26' Pedro Rodriguez menjaringkan gol pertama untuk Barcelona dari kanan padang hasil hantaran Xavi . Pedro dapat ruang setelah Patrice Evra meninggalkan posisinya.



24' Pengurus MU, Sir Alex Ferguson bangun dari tempat duduk setelah merasa tidak berpuas hati dengan corak permainan MU yang membiarkan Barcelona mendominasi permainan.

20' Percubaan tepat tetapi lemah David Villa dari kiri padang berjaya diselamatkan oleh Van Der Sar.
15' Pedro terlepas peluang menjaringkan gol setelah lepas dari perangkap offside. 10 minit pertama MU mendominasi permainan namun permainan kini kembali seimbang.



8' Hantaran jauh Van Der Sar terus kepada Wayne Rooney tetapi Victor Valdes berjaya menepis bola keluar . 1 percubaan yang menarik.

Kedua-dua pasukan mula masuk ke padang. Nampaknya Barcelona membuat perubahan di saat-saat akhir apabila menyenaraikan Javier Mascherano menggantikan Carlos Puyol sebagai pertahanan tengah.

Dimitar Berbatov pula tiada dalam senarai bangku simpanan MU. Micheal Owen di pilih sebagai penyerang simpanan MU. 

Berita selanjutnya akan menyusul....


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai peminat bolasepak ternanti-nantikan keputusan perlawanan keputusan @ result Manchester United VS Barcelona Live Final UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 28 May 2011 ini kan. 


Barcelona dilihat sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini dengan status mereka sebagai kelab terbaik dunia yang kini memburu gelaran juara buat kali ke 4selepas melakukannya pada tahun 1992, 2006 dan 2009.


Manchester United pula pastinya mahu membalas dendam selepas kecundang di tangan Barcelona pada aksi final di Rom pada tahun 2009.



Pemain tumpuan pastinya Lionel Messi (Barcelona) dan Wayne Rooney (Manchester United). Untuk rekod, Messi telah meledak 11 gol dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini dan Wayne Rooney pula sebagai perancang utama MU.


Alex Ferguson berkata bahawa beliau sudah menemui tonik untuk menyekat  Messi dengan menyekat mana-mana bola hantaran dari Xavi, Andeas Iniesta dan Sergio Busquets. 




Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester United VS Barcelona live Final UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) di saluran Astro ESPN jam 2.40 a.m 28 May 2011. 


Keputusan @ result perlawanan Manchester United VS Barcelona ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat.  


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



BREAKING NEWS


Majlis Ekonomi Negara (NEC) telah meluluskan kenaikan tarif elektrik tetapi tarif baru elektik bakal di umum pada 30 Mei 2011 (Isnin).


Pengumuman secara rasmi akan di buat dalam 1 sidang media oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin pada jam 4 petang  30 Mei 2011, Isnin ini.


Pada 25 Mei 2011, rabu lalu, kabinet telah mengambil keputusan menangguhkan kenaikan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.




Untuk rekod, sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58% dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.


Memang sejak kebelakangan ini anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.


Sebenarnya kerajaan 'bijak' apabila memilih menaikkan tarif elektrik berbanding menaikkan harga petrol. Ini kerana rakyat hanya membayar bil elektrik sekali setiap bulan. Kenaikan hanya dirasai sekali setiap bulan berbanding kenaikkan petrol yang akan di rasai setiap hari dan akan menaikkan harga barangan yang lain....


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Aiyo.. Formspring also attacked by spam hmm...

Ask me anything



Inilah dia model Proton Saga FL 1.6 Executive dengan enjin CamPro IAFM, 4-silinder DOHC 16V. Model 1.6 liter ini mengeluarkan kuasa maksimum 110hp@6,500rpm dan tork maksimum 148Nm@4,000rpm. 


Harga Proton Saga FL 1.6 Executive 2011 ini cuma RM46,549. Perbezaan harga semasa Saga FL 1.6L Executive dengan Saga FL 1.3L Executive cuma sekitar RM3,250.00


Model Proton Saga 1.6 Executive ini didatangkan dalam warna putih 'solid' dan hanya dikeluarkan bagi pasaran B-Line dengan transmission automatik 4 kelajuan dan meter kelajuan boleh mencecah 240km/j. 



 
Diantara ciri terbaru model ini ialah rim aloi baru, pelekat dekoratif sportif. Bahagian dalaman (interior) pula dihiasi dengan penambahan 'chrome finishing' pada AC outlet, panel tengah dan bahagian pintu dalam.


Saga FL 1.6 Eksekutif ini turut di datangkan dengan 'dual airbags' bagi keselamatan pemandu dan penumpang dihadapan.

 


Kelajuan model ini ialah 165 km/j, pecutan dari 0-100 km/j dalam tempoh 12.5 saat, dengan berat kering (kerb weight) cuma 1075 kg. 


Proton Saga FL 1.6 Executive ini memang sesuai untuk generasi muda yang mahukan kereta yang berkuasa tinggi dengan harga yang berpatutan.


Nampaknya model ini akan menjadi pesaing utama kepada Perodua Myvi yang selama ini menjadi kereta paling laris dijual di Malaysia. Apa pula pendapat anda tentang model ini ?  


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Most Popular Websites Accessed By Malaysians 2011



Menurut kajian Persatuan Digital Rakyat Malaysia (MDA) mengesahkan Facebook adalah website yang kerap dilawat oleh rakyat Malaysian dengan 8.5 juta pelayar.


Manakala tempat kedua jatuh kepada Google dengan 5 juta pelayar dan tempat ketiga pula milik malaysia.msn.com.


Jom kita lihat ranking 30 website popular yang kerap diakses oleh rakyat Malaysia :-
 



Malaysiakini pula muncul sebagai portal berita nombor satu  negara (2.7 juta pelawat) sepanjang bulan lalu menewaskan Utusan di tangga ke 15 (1.3 juta) dan Berita Harian di tangga ke 22.


Nampaknya rakyat Malaysia kini lebih cenderung membaca laporan berita yang adil dan seimbang sekaligus mengetepikan laporan berita dari media arus perdana yang berat sebelah. Ini 1 perkembangan yang sihat !.   

 
Yang ini pula ranking 10 laman web tempatan yang kerap diakses pelayar internet :-




Website tempatan yang kerap diakses rakyat Malaysia ialah Mudah.my di tempat pertama dan diikuti rapat Malaysiakini di tempat ke 2 yang jauh meninggalkan Utusan di tangga ke 7.


Nampaknya kajian ini menunjukkan rakyat Malaysia sukar hidup tanpa Facebook.Yang penting gunakanlah Facebook untuk tujuan kebaikan dan jauhi perkara yang membawa keburukan. Apa- apa pun jangan sampai melalaikan tanggungjawab...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Lirik Lagu Iqa Mentor 5 - Di Penghujungnya



Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu baru Iqa Mentor 5 yang berjudul Di Penghujungnya ciptaan sepenuhnya Mentor Iqa, Edry Abdul Halim.


Lagu Di Penghujungnya ini akan di perdendangkan secara rasmi oleh Iqa pada malam Konsert Final Mentor 5 pada 29 Mei 2011 jam 9 malam.


Lirik lagu Iqa Mentor 5 - Di Penghujungnya


Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan lebih menyakitkan sayang
...Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa


Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Tak guna lagi engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua muka bertentangan suatu penyeksaan


Tak guna lagi untuk ku terus
Berpaut janji yang telah lupus
Perjalanan kita mungkin sudah tiba di penghujungnya


Walau beratnya diriku untuk meleraikan ikatan yang ada sayang
Tapi cinta yang beredar tak akan pulang


Ku doakan mu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup


Saya dah dengar lagu protege Edry KRU ini di portal Gua. Memang best lagu ni tapi ada bau-bau sikit macam lagu Adam AF2 -  Tak Seiring Bibir dan The Lima - Kau Ada Dia. 


Apa-apa pun all the best untuk Iqa dan Edry. Semoga berjaya dalam konsert Final nanti...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Kerajaan memutuskan supaya 1 hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan berikutan Hari Raya Aidilfitri dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos 2011 ini.


Walaubagaimanapun hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.




Jika Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.


Jika Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Akhirnya Chelsea telah memecat pengurusnya, Carlo Ancelotti apabila GAGAL membawa pulang sebarang trofi untuk musim 2011/2012.


Carlo Ancelotti dipecat 2 jam selepas Chelsea tumpas kepada Everton 1-0 dalam perlawanan terkahir Liga Perdana Inggeris (EPL).


Untuk rekod, Ancelotti direkrut dari AC Milan pada tahun 2008 dan di anggap sebagai 'pakar' Champions Lague.




Kini pemilik Chelsea, Roman Abramovic sedang berkira-kira mahu mendapatkan pengurus baru menggantikan Ancelotti untuk membawa cabaran musim 2011/2012.


Antara calon-calon yang disenarai pendek ialah Guus Hiddink, Jose Mourinho, Frank Rijkaard dan jurulatih sensasi Porto, Andre Villas-Boas.


Walaupun siapa yang akan mengambil alih kerusi panas ini di harapkan dapat membawa Chelsea kembali mengejar impian menjuarai Champions League satu-satunya trofi yang belum Chelsea menangi...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



BREAKING NEWS


Tragedi tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat 21 May 2011. 


Setakat jam 11.30 malam ini, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.




Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.


Serentak dengan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.




Ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 24 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.


Punca kejadian ini masih di siasat. Kemungkinan besar berpunca dari gerakan air bawah tanah ekoran hujan lebat yang kerap melanda sejak-akhir ini atau mungkin dari pembangunan di lereng bukit yang tidak mengikut spesifikasi yang di tetapkan.. Wallahualam..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~ 

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia 21 May 2011



BREAKING NEWS


Pelakon veteran, Mahyon Ismail (ibu kepada pelakon Faizal Hussein & isteri kepada Husein Abu Hassan telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini (21 May 2011).


Menurut sumber, Seniwati Mahyon Ismail  mengadu demam dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kemudian dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Seniwati Mahyon Ismail sempat menjalani penggambaran drama Serapah Darah Bulan Madu sebanyak 13 episod di Hulu Langat, Selangor minggu lalu.




Allahyarham yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor mula berlakon filem pada awal 1960-an dan antara filem lakonannya berjudul Nasib Do Re Mi, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bunga Padi Berdaun Lalang, Senja Merah serta Panglima Badul.


Hasil perkahwinannya dengan Hussein Abu Hassan Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Fadila, 48, Fairuz, 46, dan Faizal, 44, serta lima cucu. 


Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan di tempatkan di kalangan oarang-orang beriman.. Amin.. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Peugeot RCZ Sports Coupe 2011 Malaysia



Inilah dia Peugeot RCZ Sports Coupe 2011yang dilancarkan oleh pengedar sah kereta jenama Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd baru-baru ini.


Model ini ini di kuasakan oleh 2 versi enjin 1.6-litre twin-scroll turbocharged BMW-PSA Prince: 156 kuasa kuda, 240 Nm kuasa tork dan 200 kuasa kuda, 275 Nm kuasa tork.




Inilah dia ruang dalaman model ini yang menawarkan ruang yang cukup luas di samping penggunaan warna hitam untuk kerusi dan permukaan dashboard untuk menampakkan imej eksklusif. 


Untuk rekod, model ini pernah diundi untuk kategori ”The Most Beautiful Car of the Year” di 25th International Automobile Festival.




Peugeot RCZ Sports Coupe untuk transmisi automatik dijual pada harga atas jalan RM218,888 sebuah manakala manual pada harga RM 223,888.


Secara keseluruhan Peugeot RCZ Sport Coupe ini sememangnya tampak lebih bergaya dan sporty. Memang padan dengan harganya. Sekarang ini kereta buatan Eropah kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.


Oh ya, nak buat survey sikit. Kereta buatan negara manakah yang anda suka?


a) Buatan Amerika

b) Buatan Eropah

c) Buatan Jepun

d) Buatan Korea

e) Buatan Malaysia

f) Lain-lain


Tinggalkan jawapan anda di ruang komen


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Baru-baru ini pada 17 May 2011 telah berlangsungnya majlis pertunangan Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan & Malaysia) dan Aimie Harmelia (Elia).


Menurut sumber, mereka sepatutnya mengikat tali pertunangan lebih awal, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, ianya ditangguhkan terlebih dahulu. 




Rupa-rupanya secara diam-diam Khairul Fahmi sudah pun menghantar rombongan meminang untuk menyunting Elia, si kekasih hati.


Jom kita lihat gambar majlis pertunangan Khairul Fahmi dan Elia :








Untuk rekod, populariti yang diraih Khairul Fahmi yang menjulang trofi Piala AFF Suzuki 2010 turut melepaskan tempiasnya kepada Elia apabila blognya jejariruncing mencatatkan 13843 followers !


Kalau nak tengok lagi gambar majlis pertunanangan mereka ni boleh klik di sini jejariruncing. Sorry ya Elia ambil gambar dari blog kamu..


Tahniah buat Khairul Fahmi & Elia. Buat peminat Khairul Fahmi dari kalangan wanita tu, Selamat menggigit jari saya ucap kan..Peace No War :)


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Honda Jazz Facelift 2011 Malaysia



Inilah dia Honda Jazz facelift 2011 terbaru yang tampak lebih sporty, penuh bergaya, dengan tambahan ciri keselamatan dan utiliti dipertingkatkan, termasuk warna baru.


Untuk rekod, Honda Jazz ini telah banyak menerima banyak pengiktirafan dan anugerah dari media automotif di seluruh dunia, malah jualannya mencecah lebih 3.7 juta unit telah terjual di seluruh dunia.


Antara pilihan warna yang di tawarkan ialah, Brilliant Orange, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Briallian White Pearl.




Rekabentuk bumper depan memberikan ciri aerodinamik terhadap model ini dan di datangkan dengan gril  baru yang menawan. 


Antara perubahan lain ialah lampu utama dengan warna perak dan ‘matte’ dan keseluruhan sistem lampu diperkuatkan dengan set terbaru lampu kabus dan lampu kombinasi belakang lebih menawan.




Honda Jazz ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC, dengan Transmisi Automatik (5AT) 5 kelajuan yang menawarkan pemanduan cemerlang, prestasi dan penjimatan bahan api. Ia mengeluarkan kuasa 120 kuasa kuda, paling tinggi di dalam kelasnya.


Ciri istimewa Honda Jazz 2011 facelift ialah Vehicle Stability AssistTM (VSA®) iaitu sistem keselamatan aktif di bahagian roda depan yang memberikan lebih kestabilan ketika kenderaan mengambil selekoh untuk mengelakkan gelinciran.




Ruang dalaman Jazz 2011 facelift menawarkan ruang cukup luas. Ia turut menampilkan kombinasi material berwarna biru dan hitam untuk kerusi dan panel pintu, hingga ke iluminasi pengcahayaan kuning  untuk meter kelajuan dan paparan audio. 


Harganya ialah RM 109,800 (on the road with insurance). Untuk melihat dengan lebih dekat model ini bolehlah melawat mana-mana pengedar Honda yang berdekatan untuk pandu uji....


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget