Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Majlis Perkahwinan Yusry KRU Dan Lisa Surihani 26 Februari 2012



Majlis perkahwinanYusry KRU Dan Lisa Surihani telahpun berlangsung baru-baru ini. Lokasi majlis perkahwinan Yusry KRU Dan Lisa Surihani ialah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada malam 26 Februari 2012. 


Majlis perkahwinanYusry Abdul Halim Dan Lisa Surihani bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis). Pada majlis ini, Lisa Surihani mengenakan busana putih manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon.



Untuk rekod, kedua-dua mempelai telahpun  selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu di Ballroom Hotel Marriot, Putrajaya. 




Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media. Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.


Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa.Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat Yusry KRU dan Lisa Surihani. Buat lelaki di luar sana yang menaruh hati kepada Lisa Surihani saya ucapkan selamat menggigit jari ya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

My Lease – Skim Pajakan Kenderaan EON DRB Hicom 2012



Skim My Lease iaitu Skim Pajakan Kenderaan 2012 telah diperkenalkan oleh EON DRB Hicom baru-baru ini. Konsep My Lease ini sudah pun popular di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).


Apa itu My Lease? Sebenarnya My Lease ini ialah satu skim pemajakan kenderaan komprehensif di mana ianya membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya. 


Buat masa ini skim My Lease ini disasarkan ke pengguna korporat terlebih dahulu, kemudian barulah bakal diperluaskan kepada orang awam pula sebelum hujung tahun 2012.


Sebagaimana yang kita tahu, nilai kereta akan susut dari tahun ke tahun. Biasanya rakyat Malaysia akan menggunakan kenderaan dalam jangka masa 10 ke 15 tahun. Bila My Lease ini dilaksanakan nanti pastinya ramai yang mengambil kesempatan menukar kereta yang baru. 




Jom kita terjah ciri-ciri skim My Lease ini :-

  • My Lease membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan tanpa perlu memikirkan beberapa aspek pemilikan utamanya, iaitu servis dan penyelenggaraan kereta dan pembaharuan insurans dan cukai jalan dan banyak lagi kerana semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemajak iaitu DRB-Hicom Leasing.
  • Pemajakan kenderaan ini juga menyediakan pilihan menarik kepada pengguna kerana secara amnya tanggungan bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli.
  • Tidak perlu bimbang mengenai nilai jualan semula kerana bila tamat tempoh pajakan atau bila mereka ingin menggantikan kenderaan dengan yang baru, kenderaan lama akan dikembalikan kepada DRB-HICOM Leasing.
  • DRB-HICOM Leasing turut menyediakan pakej tambahan seperti, khidmat selepas pajakan, pusat khidmat pelanggan 24 jam, perkhidmatan tunda kenderaan di seluruh Malaysia, kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan dan program penggantian kenderaan.

Secara peribadi ada baiknya juga skim ini apabila segala urusan servis, cukai jalan dan insuran diuruskan sendiri oleh DRBHicom. Apa yang anda perlu fikirkan ialah mengisi minyak sahaja dan yang paling penting sekali ialah bulanannya adalah lebih rendah berbanding sewa beli.


Namun begitu pada masa yang sama saya dapat melihat kekurangan pada skim ini kerana kereta itu bukan milik kekal anda. Mungkin sebarang pengubahsuaian tidak dibenarkan sama sekali.


Mungkin beberapa persoalan ini perlu dijawab DRB Hicom sebelum melancarkan skim ini sepenuhnya :-

  • Berapa anggaran jumlah pembayaran bulanan jika benar ianya lebih rendah dari sewa beli ?
  • Berapa lamakah tempoh perjanjian antara EON dan pengguna ? Adakah pihak EON akan tetapkan tempoh perjanjian atau pengguna mempunyai pilihan untuk menetapkan berapa lamakah pemilikan kereta itu?
  • Apa yang akan DRB Hicom akan dilakukan dengan kereta terpakai nanti ? Adakah akan ditawarkan kepada pengguna lain dengan yuran bulanan yang lebih rendah ?


Apa pula pendapat anda mengenai My Lease (Skim Pajakan Kenderaan) ini ?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~


11 April 2012 diisytiharkan sebagai cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah maka pada 11 April 2012 seluruh negara akan bercuti. 


Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Untuk rekod, Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.


Ini pastinya berita baik seluruh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang berkerja kerana jadual cuti umum sebelum ini, selepas cuti umum Thaipusam lalu TIADA LAGI cuti umum sehingga 1 Mei 2012 (Hari Pekerja).


Maka dengan pengumuman ini, seluruh Malaysia akan bercuti pada 11 April 2012. Untuk rekod tarikh tersebut jatuh pada hari rabu. Kan lagi bagus jika cuti ini jatuh pada hari jumaat atau isnin maka cuti hujung minggu akan jadi lebih panjang. Tapi tak kisahlah kan janji cuti....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Majlis Pernikahan Yusry KRU dan Lisa Surihani telahpun di adakan pada 23 Februari 2012. Majlis pernikahan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani ini berlangsung di di Ballroom Marriott Hotel Putrajaya jam 9 malam.


Pasangan Yusry,38, dan Lisa, 26, ini diijabkabul sendiri oleh abang Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Lisa menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.




Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.


Majlis pernikahan ini yang di’anjur oleh DZMS Events bertemakan ‘Winter Garden’ dan majlis berjalan lancar dan tersusun.


Tahniah kepada Yusry KRU dan Lisa Surihani. Semoga jodoh mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada lelaki di luar sana yang tergila-gilakan Lisa Surihani saya ucapkan "Selamat Mengggit Jari"...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~




KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 23 FEBRUARI 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 23 Februari 2012 (pusingan ke 2 1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Basel 1-0 Bayern Munich
  • Basel : V. Stocker

Olimpique Marseille 1-0 Inter Milan
  • Marseille : A. Ayew

Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 23 Februari 2012 ini, belum ada pasukan yang betul-betul selesa untuk layak ke suku akhir memandangkan hanya kemenangan tipis dicatatkan oleh Marseille dan Basel.


Secara keseluruhan dari 8 perlawanan pusingan kedua, hanya Arsenal dan Chelsea yang dilihat semakin hampir dengan penyingkiran apabila tewas dengan jaringan yang besar kepada lawan masing-masing


Untuk rekod, Arsenal tewas 4-0 kepada AC Milan dan Chelsea kalah 3-1 kepada Napoli.


Apa-apa pun jangan lupa 2 minggu lagi perlawanan timbal balik (2nd leg). 4 pasukan yang akan berentap dalam perlawanan bertarikh 6 Mac 2012 ialah :-

  • Benfica VS Zenit St Petersburg 
  • Arsenal VS AC Milan 

Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 




KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-4 JEPUN
  • Jepun : Sakai Hiroki (35'), Osako Yuya (44'), Haraguchi Genki (55'), Saito Manabu (60').

Keputusan Malaysia VS Jepun Kelayakan Olimpik 22 Februari 2012 menyaksikan Malaysia kalah 0-4 kepada Jepun dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 0-2 kepada Jepun. Jepun menampilkan permainan yang terusun sepanjang babak pertama yang menyebabkan pemain Malaysia sukar menembusi kubu pertahanan jepun. 




Kekebalan kubu Malaysia musnah minit ke 33 menerusi jaringan Sakai Hiroki menerusi 1 serangan balas pantas yang menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.


Minit ke 43 Osako Yuya menambah derita Harimau Muda dengan menjaringkan gol menerusi tandukan hasil sepakan sudut.. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Malaysia 0-2 Jepun.


Jepun terus menambah derita Malaysia di separuh masa kedua apabila menjaringkan gol ke 3 menerusi Haraguchi Genki minit ke 55.




Gol terakhir Jepun hadir minit ke 60 hasil jaringan Saito Manabu sekaligus mengulangi keputusan yang sama yang dicatatkan dalam perlawanan pertama di Jepun 22 September 2011 lalu.


Malaysia yang memperkemaskan permainan selepas itu terus GAGAL menjaringkan gol bagi merapatkan jurang. Kedudukan Malaysia 4-0 Jepun kekal sehingga tamat permainan.


Apa-apa pun Tahniah skuad Harimau Muda yang memberi saingan yang sengit sepanjang permainan walaupun tumpas kepada Jepun. Semoga Ong Kim Swee dapat memperbetulkan dan memperbaiki corak permainan Malaysia di masa akan datang...



PREVIOUS ENTRY


Pastinya keputusan Malaysia VS Jepun live Kelayakan Olimpik 22 Februari 2012 di nantikan oleh peminat bolasepak di Malaysia. Keputusan Malaysia VS Jepun ini tidak membawa apa-apa makna buat Malaysia apabila sudah pun tersingkir dari persaingan.


Walaupun sudah tersingkir dari persaingan namun skuad Harimau Muda bertekad untuk tidak memberi laluan yang mudah buat skuad Samurai Biru menakluk Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Anda boleh tonton perlawanan Malaysia VS Jepun Kelayakan Olimpik 22 Februari 2012 secara live di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.45 malam. Bagi yang menonton secara live streaming, anda boleh menonton di link ini http://www.rtm.gov.my/tv1/.


Keputusan @ result Malaysia VS Jepun live Kelayakan Olimpik 22 Februari 2012  akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 22 FEBRUARI 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 22 Februari 2012 (pusingan ke 2 1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


CSKA Moscow 1-1 Real Madrid
  • CSKA : P. Wernbloom
  • Real : Cristiano Ronaldo 

Napoli 3-1 Chelsea
  • Napoli : Lavezzi (2 Gol), Edinson Cavani
  • Chelsea : Juan Mata

Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 22 Februari 2012 ini, Chelsea berkemungkinan menamatkan saingan di peringkat pusingan ke 2 sahaja setelah kalah 3-1 kepada Napoli.


Chelsea perlu menang sengan kelebihan 2 gol pada perlawanan timbal balik di Stamford Bridge nanti jika mahu layak ke peringkat suku akhir. Dengan kekalahan ini pengurus Chelsea, Andre Villas Boas berkemungkinan dipecat setelah GAGAL mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan terakhir.


Apa-apa pun jangan lupa minggu depan masih ada 4 pasukan yang akan berentap dalam 2 perlawanan hari esok (23 Februari 2012) iaitu :-

  • Olimpique Marseille VS Inter Milan (ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 3.30 am LIVE)
  • Basel VS Bayern Munich (STAR SPORTS (CH813) 3.30 am LIVE)


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 

Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Serangan Sakit Jantung



Penyanyi Latif Ibrahim telah meninggal dunia hari ini. Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia sekitar jam 6.10 petang 20 Februari 2012 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.


Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.


Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).


Untuk rekod, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.


Selain terkenal sebagai penyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.


Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Latif Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Al-Fatihah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Dividen KWSP 2011 : 6% Berbanding 5.8% Pada 2010 !




KWSP telah umumkan dividen KWSP 2011 ialah 6%. Ini menyaksikan dividen KWSP 2011  meningkat 20 mata asas berbanding 5.8% pada tahun 2010.


Untuk rekod, kadar dividen ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.


Setakat 31 Disember 2011, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.


Sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh KWSP ialah sebanyak 8.5%, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.


Jom kita terjah kadar KWSP sebelum ini :- 




Peningkatan ini adalah disebabkan hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya.


Selain itu, pertumbuhan ini turut disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan.


Antara pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada tahun 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk.


Kepada pencarum KWSP yang mahu melihat berapa jumlah yang anda terima hasil dividen untuk tahun 2011, anda boleh mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai 20 Februari 2011...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Dah Dapat Cek Churp-Churp !



Masih ingat dengan entri Tercashout earnings Churp-Churp ? Just nak kongsi dengan anda semua yang saya dah dapat pun cek dari Churp Churp ini.


Untuk rekod, saya request untuk cashout pada 22 November 2011 dan terima cek sekitar 8 Januari 2012. Memang sedikit lambat tapi dah dimaklumkan dalam Term & Conditions yang urusan pemprosesan memakan masa hampir 2 bulan. 


Nilai cek yang saya terima adalah RM204.20 sahaja. Jumlahnya tidaklah besar mana tapi bolehlah dari langsung tak dapat apa-apa. Ya tak ? Tak kisahlah nama pun side income kan.


Inilah dia cek yang saya dapat :-




Tarikh cek ini adalah pada 3 Januari 2012 tapi sampai hari ini saya belum 'clear'kan cek ini lagi. Saya terlalu busy sejak akhir-akhir ini kerana tuntutan kerja sehingga tak sempat nak singgah ke bank. Tapi yang penting cek ini valid dalam masa 12 bulan so tak la bimbang sangat. 


Sebenarnya nak tunggu nilai total earnings Churp-Churp ini mencapai nilai RM 500 baru nak cashout tapi dah terlanjur tekan butang cashout tu apa boleh buat. Mungkin selepas ini nak cashout earnings Nuffnang yang nilainya dah hampir mencecah RM 1000. 


Dah terbukti di sini pengiklanan di internet boleh buat duit terutamanya menerusi Blog. Bayangkan dari hobi suka-suka menulis Blog anda boleh dapat side income. Sapa tak nak duit kan. Tak kiralah berapa jumlahnya.


Bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan di internet bolehlah berdaftar dengan Churp-Churp ini ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2012



Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 telah pun di umumkan baru-baru ini. Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 ini telah di keluarkan oleh Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.


Menurut Malaysian Business, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012.


Secara amnya, gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7% berbanding RM206.37 bilion setahun lepas. Kemorosotan ini adalah akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.


Jom kita terjah Senarai orang terkaya di Malaysia 2012 :- 




Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8%, diikuti T Ananda Krishnan dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion  dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion.


Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat ke 4 dengan kekayaan bernilai RM11.36 bilion manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat ke 5 dengan kekayaan sebanyak RM9.53 bilion.


Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat ke 6, dengan aset merosot 25% kepada RM8 bilion.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ke 7 dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.


Puan Sri Lee Kim Hua di tangga ke 8 dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11%. Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat ke 9 dan 10.


Manakala Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.


Melihat kepada senarai ini, agak menyedihkan kerana hanya 3 orang melayu sahaja berada dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia. Di harapkan selepas ini ada inisiatif berterusan dari pihak kerajaan bagi memastikan orang melayu menjadi penggerak utama ekonomi Malaysia dan pengagihan kekayaan mestilah seimbang untuk setiap kaum di Malaysia...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~ 

Astro Bella Saluran 133 ganti Astro B4U Mulai 5 Mac 2012 !




Kini Astro Bella di saluran 133 akan menggantikan Astro B4U Mulai Mac 2012 ini. Astro Bella ialah saluran telenovela 24-jam pertama di Malaysia yang  menggantikan  Astro B4U.


Astro Bella ini memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin, Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia.


Antara sinetron yang bakal ditayangkan nanti ialah Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog) , Diabla Daniela (Latin), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).


Ini bermakna untuk pakej Mustika, saluran yang ditawarkan ialah Astra Warna saluran 132 (saluran komedi tempatan) dan Astro Citra saluran 131 (saluran HBO versi Malaysia dengan filem blockbuster tempatan dan Asia) dan yang terbaru ialah Astro Bella (saluran 133). 



Tetapi saya tertanya-tanya juga ya kenapa saluran Astro B4U dibuang dari pakej Mustika ya. Adakah kerana sudah habis semua filem Bollywood ditayangkan di saluran ini ? Adakah kerana kurangya filem Bollywood yang mencecah Box Office akhir-akhir ini sehingga demam hindustan di Malaysia sudah reda ? Wallahualam...



Dengan pelancaran Astro Bella ini pastinya berita baik buat peminat telenovela terutamanya kaum wanita. Anda boleh 'berkampung depan tv' layan telenovela sampai lebam tapi apa yang penting jangan sampai mengabaikan tanggungjawab anda kepada keluarga dan kerjaya anda....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~




KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 16 FEBRUARI 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 16 Februari 2012 (pusingan ke 2 1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Zenit St. Petersburg 3-2 Benfica
  • Zenit : R. Shirokov (2 Gol), S. Semak 
  • Benfica : M. Pereira, O. Cardozo 

AC Milan 4-0 Arsenal
  • Milan : Kevin Prince Boateng, Robinho (2 Gol), Zlatan Ibrahimovic (pen)

Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 16 Februari 2012 ini, AC Milan mempunyai peluang cerah untuk layak ke suku akhir setelah menang besar ke atas Arsenal.


Apa-apa pun jangan lupa minggu depan masih ada 8 pasukan yang akan berentap dalam 4 perlawanan iaitu :-


21 Februari 2012 :
  • CSKA Moscow VS Real Madrid
  • Napoli VS Chelsea

22 Februari 2012 :
  • Olimpique Marseille VS Inter Milan
  • Basel VS Bayern Munich

Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..






Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 




KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 15 FEBRUARI 2002


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 15 Februari 2012 (pusingan ke 2 1st leg) yang berlangsung awal pagi tadi :-


Bayer Leverkusen 1-3 Barcelona
  • Bayer : M. Kadlec
  • Barcelona : Alexis Sanchez (2 Gol), Lionel Messi 

Olimpique Lyon 1-0 APOEL Nicosia
  • Lyon : A. Lacazette

Melihat kepada keputusan @ result perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 15 Februari 2012 ini, peluang layak ke suku akhir cerah buat Barcelona dan Olimpique Lyon yang menang ke atas lawan masing-masing.


Apa-apa pun jangan lupa esok masih ada 4 pasukan yang akan berentap dalam 2 perlawanan. Perlawanan tumpuan esok adalah Zenit St. Petersburg VS Benfica live di saluran Astro ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) jam 12.45 am dan dan AC Milan VS Arsenal  live di saluran Astro ESPN (CH812) & ESPN HD (CH832) 3.30 am. 


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~ 

Angry Birds Kini Di Facebook !



Angry Birds kini di Facebook ! Ini bermakna peminat Angry Bird boleh main Angry Bird di Facebook mulai 14 Februari 2012 ini.


Pelancaran Angry Birds versi Facebook ini dilancarkan di Jakarta, Indonesia oleh Rovio (founder Angry Birds). Pemilihan Jakarta sebagai tempat pelancaran adalah di sebabkan Indonesia merupakan pengguna Facebook terbesar kedua di dunia. 


Angry Birds versi Facebook ini merupakan permainan kategori premium seperti permainan lain di laman sosial itu.


Ini bermakna pengguna boleh memainkannya tanpa bayaran pada peringkat permulaan namun harus membayar jika mahu menambah kuasa Angry Birds itu.



Terdapat beberapa ciri-ciri tambahan di Angry Bird versi Facebook ini yang dapat digunakan untuk membantu para 'burung pemarah' ini dalam misi menyelamatkan telur mereka yang dicuri pasukan babi. Jom kita terjah antara ciri-ciri baru ini :-

  • Sling Scope untuk mengunci target. 
  • Super Seeds untuk memperkuat burung.
  • King Sling untuk meningkatkan kecepatan. 
  • Birdquake untuk menggoyang babi yang berada di atas pokok.
  • Untuk mereka yang mahu burung api untuk selamanya, anda boleh membeli 1000 kali penggunaan power up dengan harga USD20.
  • Pengguna dapat melihat point tertinggi rakan-rakan dan mengundang mereka untuk bersaing melalui sidebar flash game tersebut. 
  • Pengguna juga dapat mengirim power-up gratis sebagai hadiah kepada teman-temannya, dan akan muncul dalam bentuk notification Facebook.

Nampak menarik kan ? Dengan adanya permainan Angry Bird di Facebook ini maka selepas ini tidaklah kita bergantung kepada aplikasi Android untuk bermain Angry Birds.


Buat masa ini saya belum jumpa aplikasi Angry Birds ini di Facebook. Jika saya dah jumpa nanti saya akan kongsikan link game tersebut di sini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Hamster penyebar virus kencing tikus? Mungkin anda terkejut dengan dakwaan ini kan. Namun semua pemilik hamster perlu  berwaspada kerana virus air kencing tikus (Leptospirosis) boleh berjangkit kepada mereka dan boleh membawa maut.


Dakwaan ini ada asasnya apabila timbulnya kes seorang mangsa yang memelihara hamster dipercayai telah  diserang virus itu (nama mangsa terpaksa dirahsiakan).


2 belah tangan serta 2 belah  kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.


Memang berita ini agak mengejutkan kerana sebelum ini kita banyak dihidangkan di dada akhbar tentang virus kencing tikus yang merebak terutamanya di kawasan perkampungan orang asli dan sekitar air terjun. Kes penyebaran virus melalui hamster belum pernah kita dengar lagi.


Tak sangka sekarang ini pula hamster juga kini dikaitkan dengan penyebaran virus ini. Diharapkan Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi pemelihara hamster bagi memastikan haiwan itu  tidak menyebarkan virus yang berbahaya.


Bagi yang memelihara hamster tu, adalah anda elakkan dari memegang terus hamster tanpa melapik tangan buat masa ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Kita tunggu dulu kenyataan dari Kementerian mengenai perkara ini...   




Velasrizal Rodiguez



Adios~~~~~~



BREAKING NEWS


Penyanyi Whitney Houston meninggal dunia pada 12 Februari 2012 dipercayai mati akibat penyalahgunaan dadah. Whitney Houston meninggal dunia pada pukul 3:55 petang di sebuah hotel di Beverly Hills.


Pihak polis telah menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di dalam rombongan beliau dan menemui Houston di atas lantai di bilik hotelnya di tingkat 4 dan usaha telah dibuat untuk memulihkan beliau termasuklah melakukan CPR selama 20 minit.


Buat masa ini tiada tanda jelas berlaku sebarang kejadian jenayah pada masa ini dan kes ini sedang disiasat oleh polis Beverly Hills.


Untuk rekod, mendiang Whitney Houston pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat dalam tahun-tahun 1980-an dan 1990-an dan pernah digelar Ratu Pop 


Bekas isteri Bobby Brown yang dikenali menerusi lagu I Will Always Love You ini meninggal dunia pada usia 48 tahun. Pernah memenangi ratusan anugerah termasuk 6 Grammy, Whitney juga telah mencatat penjualan album melebihi 170 juta seluruh dunia.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN PENUH : 


MANCHESTER UNITED 2-1 LIVERPOOL
  • Man Utd : Wayne Rooney 46', 49'
  • Liverpool : Luis Suarez 79'

Keputusan Manchester United VS Liverpool 11 Febuari 2012 menyaksikan Man Utd menang 2-1 ke atas musuh tradisi mereka, Liverpool.


Sebelum perlawanan bermula, sesi bersalaman dengan pegawai pertandingan dan pemain kedua-dua pasukan mengambil tempat. Luis Suarez di lihat enggan bersalaman dengan Patrice Evra di sebabkan kontroversi perkauman yang menyaksikan Suarez digantung 8 perlawanan.




Separuh masa pertama kedua-dua pasukan kelihatan tercari-cari rentak untuk menembusi gawang lawan masing-masing. Beberapa percubaan menarik berjaya dicipta tetapi kedua-dua pasukan masih gagal mencetak gol. Separuh masa pertama tamat dengan Manchester United 0-0 Liverpool.


Separuh masa kedua bermula baik untuk United apabila Wayne Rooney menjaringkan gol pertama United minit ke 46 apabila mudah menyempurnakan hantaran dari sepakan sudut.




Wayne Rooney sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyempurnakan gol ke 2 United minit ke 49 apabila menerima hantaran Antiono Valencia yang berjaya merebut bola dari Jay Spearing. 


Liverpool yang tersentak dengan 2 gol United segera memperkemaskan pasukan dengan membawa masuk Andy Carroll, Charlie Adam dan Craig Bellamy untuk memburu gol penyamaan. 




Akhirnya Luis Suarez berjaya menjaringkan gol tunggal Liverpool apabila mudah menolak bola yang jatuh di hadapannnya untuk menewaskan David De Gea di gawang United.


Usaha berterusan Liverpool untuk mencari gol penyamaan GAGAL apabila United kebal bertahan untuk mengekalkan kelebihan 1 gol.  Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.




Kontroversi sekali lagi tercetus apabila Patrice Evra dilihat sengaja meraikan kemenangan 'berlebih-lebihan' di hadapan Luis Suarez seolah-olah baru memenangi piala. 


Pihak Polis terpaksa masuk ke padang  dan mengawal terowong ke bilik persalinan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak di ingini berlaku.


Dengan kemenangan ini Manchester United naik ke tangga pertama liga dengan kelebihan 1 mata di depan Manchester City yang kekurangan 1 perlawanan.


PREVIOUS ENTRY



Pasti ramai yang ternantikan keputusan Manchester United VS Liverpool English Premier League (Liga Perdana Inggeris) live 11 Februari 2012 ini kan. Keputusan Manchester United VS Liverpool ini amat penting buat kedua-dua pasukan untuk merebut 3 mata berharga. 


Untuk rekod, Liverpool menyingkirkan Manchester United 2-1 dalam pusingan ke 4 Piala FA baru-baru ini. Pastinya Manchester United mahu membalas dendam atas kekalahan tersebut menerusi perlawanan hari ini di Old Trafford.


Kontroversi membabitkan kapten Manchester United, Patrice Evra dan penyerang Liverpool, Luis Suarez  dalam isu perkauman menjadikan pertembungan 2 pasukan musuh tradisi itu cukup panas!


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan :-




Jika United berjaya menewaskan Liverpool, malam ini, mereka berpeluang merampas seketika tangga teratas Liga Perdana Inggeris untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.


Ini memandangkan pendahulu, Manchester City hanya akan turun beraksi menentang Aston Villa di tempat lawan, malam esok (sepak mula jam 12 pagi Isnin). Kini Manchester United menghuni tangga ke 2 liga manakala Liverpool di tangga ke 7 liga.


Apa apa pun jangan lupa saksikan Manchester United VS Liverpool English Premier League (Liga Perdana Inggeris) live 11 Februari 2012 jam 8.45 malam di Astro ESPN saluran 812. Jika ada live streaming, saya akan upadate kemudian.


Keputusan @ result Manchester United VS Liverpool English Premier League (Liga Perdana Inggeris) live 11 Februari 2012 akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




Kantin 1 Malaysia dengan menu makanan dengan minuman berharga RM1 telah diperkenalkan baru-baru ini. Kantin 1 Malaysia ini mungkin diperluaskan di sekolah-sekolah di Malaysia tak lama lagi. 


Antara sekolah terawal memperkenalkan Kantin 1 Malaysia ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai Johor. 


Antara menu yang ditawarkan dengan harga RM1 ialah sepinggan mi goreng, nasi lemak, bubur nasi serta roti canai dan rojak termasuk minuman. 


Bahan yang digunakan bagi menyediakan menu RM1 sama seperti masakan yang dihidangkan kepada guru sekolah berkenaan cuma kuantiti yang disediakan untuk murid dikurangkan sedikit.





Secara peribadi saya merasakan TIADA YANG ISTIMEWA pun tentang Kantin 1Malaysia kerana memang dari dahulu sehingga ke hari ini masih ramai pengusaha kantin sekolah menjual makanan dengan harga RM1.


Jadi apa perlunya letak jenama "1Malaysia" ? Mengejar populariti kah? Yelah sekarang ini semua benda pun nak letak "1Malaysia". Lainlah kalau harganya lebih murah dari harga menu di kebanyakan kantin sekolah di Malaysia. 


Dakwaan mengatakan Kantin 1Malaysia ini dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan murid rasanya tidak membantu pun. Kalau di kantin sekolah lain perbelanjaan murid secara purata adalah sekitar RM1 dan di Kantin 1Malaysia pun berbelanja RM1 kan sama sahaja. 


Apa-apa pun ini pandangan peribadi saya sahaja. Bagi saya, jika ada inisiatif dari mana-mana pihak untuk membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan pengguna, saya sokong. Tapi yang penting mestilah menawarkan harga yang jauh lagi rendah dari harga pasaran dan kualiti mesti di utamakan... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~   

Real Madrid Kelab Paling Kaya Di Dunia 2010/2011



Real Madrid telah di sahkan sebagai kelab paling kaya di dunia dengan pendapatan 479 million euros (£438m). Ini adalah berdasarkan laporan tahunan Deloitte mengenai jumlah hasil keuntungan kelab-kelab bolasepak Eropah untuk tahun yang berakhir 2010/2011


Seteru utama Real Madrid, Barcelona pula muncul sebagai kelab ke 2 paling kaya di dunia dengan nilai 451 million euros (£398m) manakala bekas kelab paling kaya di dunia, Manchester United pula jatuh ke tangga ke 3 kelab terkaya di dunia dengan nilai 367million euros (£349m). 


Menurut sumber, walaupun hasil pendapatan United meningkat namun tidak mampu memintas Real Madrid dan Barcelona yang mempunyai hak untuk berunding secara terus dengan syarikat penyiaran TV tanpa memerlukan orang tengah.


Kegagalan United layak ke pusingan ke 2 Liga Juara-Juara Eropah bakal menyaksikan jurang pendapatan antara United dengan 2 kelab gergasi Sepanyol ini semakin lebar dan mungkin akan di pintas Bayern Munich tahun ini.  


Jom kita terjah senarai kelab-kelab terkaya di dunia 2011/2011 :- 




Juara Eropah 5 kali, Liverpool pula jatuh 1 anak tangga ke tangga ke 9 jauh di belakang Bayern Munich, Arsenal, Chelsea, AC Milan dan Inter Milan. Jika The Reds gagal layak sekurang-kurangnya ke Liga Eropah musim hadapan, Liverpool akan terkeluar dari ranking 10 kelab terkaya di dunia.


Kesimpulannya, setiap kelab perlu melayakkan diri bermain di peringkat Eropah jika mahu kekal dalam senarai kelab paling kaya di dunia.


Manchester City pula bakal menjadi antara 10 kelab terkaya di dunia tahun 2012 ini apabila menjalinkan kerjasama 10 tahun bersama Etihad dengan nilai penajaan bernilai £400 million.


Kelab milik usahawan Malaysia, QPR dan Cardiff City tidak berada di dalam senarai 20 kelab terkaya dunia. Mungkin masih jauh perjalanan kedua-dua kelab ini untuk menjadi antara yang terkaya di dunia.


Walaupun 2 kelab yang membawa lambang Malaysia ini tidak tersenarai namun yang penting ialah kejayaan kedua-dua kelab ini dapat membantu membangunkan bolasepak Malaysia dari akar umbi dan semoga suatu hari nanti ada pemain Malaysia beraksi untuk kelab-kelab ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Pencen Baru Tentera 2012 : Naik 2.5% - 8% !



Skim pencen baru tentera 2012 telah pun diumumkan baru-baru ini yang menyaksikan  pencen baru tentera naik dari 2.5% ke 8% !


Kenaikan pencen tentera ini meliputi seramai 100,300 pesara tentera selaras dengan pembentangan Bajet 2012 berjumlah RM600 juta membabitkan 600,000 pesara kerajaan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Pelarasan pencen pesara inui dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah skim saraan baru ATM.


Kadar pencen baru tentera ini membabitkan & meliputi :

  • Waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan.
  • Pesara tentera akan menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 yang diterima sebelum ini.
  • Pesara tentera akan menikmati kenaikan pencen sehingga 8 peratus ekoran pelarasan pencen oleh JPA dan JHEV di bawah skim saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012).
  • Pembayaran  pencen baru tentera akan dilakukan secara berperingkat mulai hujung bulan Februari 2012 ini.
  • 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 yang mana akan menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu.
  • Baki 80,300 pesara atau penerima pencen sebelum tarikh itu akan diselaraskan selepas mendapat kelulusan penggunaan jadual gaji baru yang diluluskan di bawah SBPA ATM dan sifir pemindahan gaji oleh JPA.
  • JHEV akan membuat penyelarasan bayaran tunggakan bagi kadar pencen baru yang berkuat kuasa Januari 2012.

Kalau sebelum ini gaji kakitangan kerajaan awam naik 1 demi 1 kini giliran kelompok tentera pula menerima "durian runtuh” daripada pihak kerajaan.


Pelarasan pencen ini mungkin strategi serampang 2 mata kerajaan; untuk menarik bukan melayu untuk menyertai badan beruniform dan mungkin juga '"gula-gula" menjelang pilihanraya ke 13 nanti.


Secara peribadi, memang wajar pelarasan ini dilaksanakan kerana memikirkan tanggungjawab besar tentera menjaga keselamatan negara. Tatkala kita sedang tidur mereka bersengkang mata menjaga negara, tatkala kita menyambut hari raya mereka berkorban keseronokan berhari raya dengan kaum keluarga. Besar pengorbanan mereka terhadap nusa bangsa dan negara..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

iPhone 5 Akan Dilancarkan Pada April 2012 ?



Menurut sumber, Apple mungkin akan melancarkan iPhone 5 pada April 2012 ini. Berita pelancaran iPhone 5  ini didedahkan oleh laman web 9to5mac.com yang menerima maklumat dari Foxconn, syarikat yang mengeluarkan iPhone untuk Apple di China. 


Berita ini memang sedikit mengejutkan memandangkan iPhone 4S baru sahaja dilancarkan pada Oktober 2011 dan masih baru di pasaran. Jika berita ini benar maka jualan iPhone 4S boleh jatuh menjunam kerana ramai peminat Apple lebih menunggu iPhone 5 berbanding 4S. 


Walaubagaimanapun menurut satu kajian, Apple telah berjaya mengembangkan penguasaan pasaran dengan ketara pada tahun lepas untuk menjadi pembuat telefon bimbit terbesar dunia. Pengeluaran iPhone 5 dijangka akan memberikan peningkatan jualan Apple.




Nak tahu tak antara ciri-ciri istimewa  iPhone 5 yang di nanti-nantikan seluruh dunia ? Jom kita terjah :- 

  • Storan yang lebih besar. Biasanya model iPhone sebelum ini diperkenalkan dengan storan 8/16/32 gb storan dalaman, namun untuk iPhone 5 ianya akan dilengkapkan dengan storan 32gb dan 64gb.
  • Tiada lagi masalah isyarat kerana Apple telah menambahbaik ciri-ciri penerimaan isyarat yang sebelum ini bermasalah pada model iPhone 4.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri Face Recognition untuk fungsi pengecaman muka jika gajet anda dicuri.
  • Ianya semakin nipis dari model sedia ada. Sudah tentu makin menarik bukan.
  • iPhone 5 mempunyai bateri yang tahan lebih lama, Sehingga 14 Jam masa berbual.
  • Cip yang lebih power dengan A5 Dual Core.
  • Skrinnya juga lasak dan tahan calar.

Melihat kepada ciri-ciri yang bakal ditampilkan ini memang tidak syak lagi banyak pembaharuan yang ditawarkan iPhone 5 ini berbanding model sebelum ini. 


Agak-agak berapa harga iPhone 5 di Malaysia nanti ya ? Kalau haga iPhone 4S (64GB) ialah RM2890, rasanya harga iPhone 5 ini tak jauh bezanya dan kurang dari RM3000. Itu jangkaan saya sahaja. 


Kalau nak tahu berapa harga iPhone 5 dan betul ke tarikh pelancarannya pada April 2012 ini, sama-samalah kita tunggu. Cakap banyak pun tak guna sebab belum ada maklumat rasmi dari Apple sendiri...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~   



Muar yang dahulunya di kenali sebagai Bandar Maharani kini diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor. Sebelum ini Bandar Diraja ialah Johor Bahru dan Johor Lama di Kota Tinggi.  


Pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja dibuat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri 1433 Hijrah di Masjid Sultan Ibrahim, Muar. 


Dengan pengisytiharan tersebut, daerah ini akan menjadi bandar contoh bagi negeri ini termasuk dari segi kebersihan yang ketika ini kurang memuaskan.


Bandar Muar adalah bandar utama di Johor malangnya pembangunannya tidak pesat sehingga ada yang menggelar bandar ini sebagai 'bandar pencen'. Secara amnya, Muar memang sesuai untuk golongan yang mahu kedamaian dan ketenteraman.


Jom kita kenali antara tempat tempat penting di Muar yang menjadi lokasi tumpuan ramai :-




Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Muar memang tidak asing dalam sejarah kesultanan melayu Melaka kerana pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah kesultanan melayu Melaka. Untuk mengetahui sejarah Muar dengan lebih lanjut, anda boleh klik di link ini sejarah penubuhan Muar Johor.


Dari aspek pelancongan pula, memang banyak tempat menarik untuk dilawati di Muar seperti Taman Tanjung Emas, Gunung Ledang, Air Hitam dan Bukit Kepong.


Kalau cerita pasal makanan pula, Muar memang popular dengan mee bandung Muar, otak-otak, dan asam pedas Parit Jawa. Kalau datang ke Muar tak merasa menu tradisi orang Muar memang tak sah.


Kalau anda ke selatan tanahair apa kata anda singgah di Muar Bandar Diraja untuk melihat sendiri apa uniknya Muar dari daerah-daerah yang ada di Malaysia. Oh ya, Tahniah untuk orang Muar, kini anda tinggal di Bandar Diraja...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN PENUH : BAHRAIN 2-1 MALAYSIA
  • Bahrain : Muhammad Al-Alawi (24'),  Husen Al Farhan (88')
  • Malaysia : Hazwan Bakri (84')


Keputusan Malaysia VS Bahrain 5 Februari 2012 Kelayakan Olimpik menyaksikan Malaysia kalah kepada Bahrain 2-1 sekaligus tersingkir dari buruan tempat dalam kumpulan C ke Sukan Olimpik London.


Separuh masa pertama menyaksikan Bahrain mendahului dengan kedudukan 1-0 mendahului Malaysia. Gol Bahrain dijaringkan oleh Muhammad Al-Alawi minit ke 24 yang tidak di kawal merembat ke gawang Malaysia menerusi serangan pantas pihak lawan.


Malaysia hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi Shakir Ali minit ke 43 apabila berdepan 1 lawan 1 dengan penjaga gol namun kuisan Shakir terlalu perlahan akhirnya berjaya ditangkap penjaga gol Bahrain. 




Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Bahrain 1-0 Malaysia. Separuh masa kedua bermula dengan meyakinkan apabila corak permainan Malaysia lebih tersusun dan rancak mengatur serangan.


Hasil serangan bertali arus Harimau Muda, Malaysia akhirnya menjaringkan gol penyamaan menerusi Hazwan Bakri minit ke 84 hasil hantaran silang Wan Zack Haikal.


Tersentak dengan gol penyamaan itu, Bahrain memasukkan 3 pemain baru bagi memburu gol. Hasilnya minit ke 88 Bahrain berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Husen Al Farhan menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.




Sekali lagi kelekaan barisan pertahanan saat-saat akhir perlawanan menghukum Malaysia. Skripnya sama seperti apa yang berlaku di Bukit Jalil November 2011 lalu. Kedudukan Bahrain 2-1 Malaysia kekal sehingga tamat perlawanan.


Ini bermakna impian Malaysia layak ke Sukan Olimpik berkubur di sini. Malaysia gagal meraih sebarang mata dari 4 perlawanan. Selepas ini Malaysia kan menentang Jepun di Bukit Jalil.


Apa-apa pun pemain muda kita sudah memberikan yang terbaik. Persembahan mereka juga sudah nampak peningkatannya. Beri mereka sedikit ruang dan waktu lagi InsyaAllah mereka bleh pergi jauh. Hidup bola sepak Malaysia !



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Bahrain live Kelayakan Olimpik 5 Februari 2011 akan diketahui malam ini. Keputusan  Malaysia VS Bahrain penting bagi mengetahui nasib Malaysia sama ada masih layak merebut tiket ke Sukan Olimpik atau terkandas di peringkat kumpulan sahaja. 


Sasaran Malaysia hanya membawa pulang kemenangan. Jika misi tersebut berjaya, peluang skuad Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya layak ke penentuan play-off Olimpik kembali terbuka selepas berada pada kedudukan kritikal, menghuni tempat terakhir Kumpulan C tanpa sebarang mata.


Untuk rekod, Malaysia kalah 2-3 kepada Bahrain di Bukit Jalil November lalu. Pada perlawanan itu, Malaysia selesa mendahului Bahrain 2-0 hasil jaringan Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli, namun 10 minit sebelum perlawanan tamat kita tewas 2-3.


Perlawanan bolasepak antara Bahrain VS Malaysia Kelayakan Olimpik 5 Februari 2012 ini akan disiarkan secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena jam 11 malam. Kalau ada live streaming saya akan update kemudian.


Keputusan Malaysia VS Bahrain live Kelayakan Olimpik 5 Februari 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget