Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champion League 2013/2014




Keputusan undian peringkat kumpulan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 2013/2014 telahpun diketahui. Majlis undian peringkat kumpulan UEFA Champion League telah berlangsung di Monaco, Perancis. 


Jom kita terjah keputusan undian peringkat kumpulan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 2013/2014 :-


  • Kumpulan A : Manchester United, Shaktar Donetsk, Bsyer Leverkusen, Real Sociedad
  • Kumpulan B : Real Madrid, Juventus, Galasataray, FC Copehagen
  • Kumpulan C : Benfica, Paris Saint Germain, Olympiakos, Anderlecht
  • Kumpulan D : Bayern Munich, CSKA Moscow, Manchester City, Viktoria Plzen
  • Kumpulan E : Chelsea, Basel, Schalke 04, Syeau Bucharest
  • Kumpulan F: Arsenal, Marseille, Borussia Dortmund, Napoli
  • Kumpulan G : Porto, Athletico Madrid, Zenit St Petersburg, Austria Vienna
  • Kumpulan H : Barcelona, AC Milan, Ajax Amsterdam, Celtic

Nampaknya dari undian kali ini, Arsenal diundi dalam kumpulan maut yang turut disertai Marseille, Naib Juara edisi terdahulu Borussia Dortmund dan Napoli.


Satu lagi kumpulan maut adalah kumpulan H yang menempatkan Barcelona, AC Milan, Ajax Amsterdam dan Celtic.


Sementara itu, Frank Ribery dari Bayern Munich telah dinobatkan pemain terbaik Eropah untuk musim 2012/2013 menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo setelah berjaya membawa Bayern Munich menjuarai UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) edisi sebelum ini. 


Apa nasib pasukan kesayangan anda dalam undian kali ini? Ada peluang tak mara ke peringkat seterusnya tak?...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Dividen ASW 2020 2013 : 6.70 sen seunit. Naik 0.10 Sen !



Dividen ASW 2020 2013 adalah sebanyak 6.70 sen seunit ! Dividen Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013. 


Dividen ASW 2020 2013 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan tahun lepas dan juga yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.


Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013, tabung ASW masih mampu mencapai objektif pelaburannya meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan pasaran oleh krisis hutang Eropah yang berterusan dan perubahan polisi ekonomi Amerika Syarikat serta kelembapan ekonomi serantau.


Jom kita terjah antara beberapa maklumat penting dalam pengagihan dividen kali ini :-
  

  • Kadar pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM1.062 bilion, peningkatan sebanyak 9.2% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM973.16 juta.
  • Pengagihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh seramai 899,967 pemegang unit yang telah melanggan 15.8 bilion unit ASW 2020.
  • Tabung ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.28 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM624.46 juta atau 48.8 peratus kepada pendapatan kasar.
  • Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM421.18 juta atau 32.9 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut dan selebihnya sebanyak RM234.05 juta diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan. 

   
Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 September 2013.
   
Semua urus niaga bagi ASW 2020 ditangguhkan bermula 25 Ogos sehingga 1 September 2013 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
   
   
Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.
   

Kepada semua pemegang unit ASW 2020, anda boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September 2013 ini. Tunggu..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Proton Suprima S 2013 sudahpun dilancarkan ! Proton Suprima S 2013 ini dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 17 Ogos 2013 dengan harga bermula RM76,688 hingga RM79,638.


Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.


Model baru Proton Suprima S yang juga dikenali sebagai Preve hatchback adalah kereta segmen C dengan 5 pintu, dikuasakan dengan enjin CamPro 1.6 turbo dan disediakan dalam 2 varian iaitu  Executive dan Premium.


Jom kita lihat model Proton Suprima S ini dengan lebih dekat :-




Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.


Proton Suprima S merupakan sebuah model yang memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.


Jom kita lihat pula permukaan dalam model baru ini :-




Permukaan dashboard model ini nampak simple dan kosong namun ciri-ciri elegan ditampilkan dengan kemasan citarasa Eropah.


Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.


Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan 5 tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.


Ini pula bahagian belakang model Proton Suprima S ini :-




Proton Suprima S ini menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.


Jom kita terjah harga untuk varian Proton Suprima S:-

  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


Dengan beberapa harga model lain turut berada di dalam lingkungan harga yang hampir sama, saingan sengit sudah pasti akan dihadapi oleh Suprima S ini terutamanya Toyota Vios baru yang bakal dilancarkan pada Oktober ini.  


Apa pendapat anda tentang model Proton Suprima S ini ? Secara peribadi harga yang ditawarkan adalah setaraf dengan kualiti dan ciri-ciri yang menepati piawaian antarabangsa namun bahagian belakang model ini tidak cukup mengancam untuk sebuah model hatchback....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 telahpun diumumkan. Keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 telah menentukan pelawak manakah yang paling popular dan terbaik.


Siaran langsung (live) Anugerah Lawak Warna ini disiarkan di saluran Astro Warna saluran 132 pada 16 Ogos 2013 jam 9 malam. Jika ada live streaming Anugerah Lawak Warna ini saya akan share kan di sini nanti.


Seramai 36 artis dicalonkan sebagai finalis akhir Anugerah Lawak Warna (ALW) yang bakal berlangsung pada 16 Ogos ini di Istana Budaya. Ini merangkumi 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri.


Inilah dia keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 :


KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK

Istanbul Aku Datang


2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

Zizan (Hantu Kapcai)


3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)


4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)


5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)


6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

Maharaja Lawak Mega 2012


7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK

Keluarga Iskandar (KL motion Picture Sdn Bhd)


8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK

Oh! My English (RED Communication)


9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Warna Raya 2012


10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Istanbul Aku Datang

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

7 Dulang Asam Pedas


12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK

Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)


13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK

Rock oo


14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)


15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)


KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

Jep Sepah


2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

Didie Alias


3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Sketsa JoHaRa


4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR 

matluthfi90 - Drama-Drama Sebelum Kahwin


5. ANUGERAH KHAS JURI

Othman Hafsham

S. Shamsuddin


Tahniah kepada semua pemenang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~


Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 (31 Ogos 2013)


Logo Dan Tema Hari Kemerdekan ke 56 pada 31 Ogos 2013 telahpun diperkenalkan. Logo Hari kemerdekaan adalah seperti gambar di atas manakala temanya ialah 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. 


Tema hari merdeka tahun ini itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini. Antaranya ialah :-

  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
  • Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 di Pusat Maritim Putrajaya.
  • Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya, 30 Ogos 2013.
  • Perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos 2013. 

Apa pendapat anda tentang logo dan tema Hari Kemerdekan ke 56 ini. Lawa tak logo dia ? Bagi saya biasa-biasa sahaja cuma taklah teruk macam logo tahun lepas. Tahun lepas punya logo dah lah tak lawa, tema dia pula sangat berunsurkan politik sehingga diperdebatkan umum. Harap-harap lepas ini perkara ini tidak berlaku lagi....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :


Malaysia 1-3 Barcelona

  • Barcelona : Cesc Fabregas (32'), Neymar (43'), Gerrard Pique (73') 
  • Malaysia : Amri Yahyah (40')

Keputusan Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 (perlawanan persahabatan) menyaksikan barcelona menang 3-1 ke atas Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Seperti yang di jangka, Barcelona menguasai penuh penguasaan bola dengan beberapa percubaan menembusi gawang Malaysia namun anak didik K. Rajagopal menampilkan aksi berdisiplin dengan kebal menahan asakan pemain Barcelona. 


Malaysia nyaris mendapat gol awal menerusi NorShahrul Idlan Talaha minit ke 21 malangnya bola mengenai tiang bola. Akhirnya Barcelona berjaya mendahului menerusi tandukan Cesc Fabregas yang tidak dikawal  minit ke 32.


Hasil gerakan pantas Malaysia berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan deras Amri Yahyah minit ke 40 namun kedudukan seri itu tiodak bertahan lama apabila Neymar menjaringkan gol ke 2 Barcelona minit ke 43.


Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memasukkan pemain-pemain muda untuk bermain. Barcelona berjaya mendapatkan gol ke 3 menerusi Gerrad Pique minit ke 75 yang tidak dikawal lalu melepaskan rembatan deras menewaskan Farizal Marlias di gawang Malaysia.


Kedudukan 3-1 kekal sehingga minit terakhir permainan. Walaupun kalah namun ramai memuji pemain Malaysia yang kental bertahan dan hanya membenarkan 3 gol sahaja yang bolos.


Ramai yang kecewa apabila Lionel Messi tidak beraksi dalam perlawanan ini. Ini kerana Messi mengalami kecederaan ringan ketika melakukan latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Apa-apa pun tahniah buat Harimau Malaya yang tidak menjadi lauk seperti Thailand dan Santos....  
  

PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 (Perlawanan Persahabatan) akan diketahui sebentar lagi. Perlawanan Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 akan berlangsung di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam.


Sebelum datang ke Malysia, Barcelona telah membelasah kelab Brazil, Santos (8-0) dan juga skuad Bawah 23 tahun Thailand (7-1) dalam sesi perlawanan persahabatan. Agak-agak Malaysia kena berapa ya?


Memang mustahil untuk Harimau Malaya untuk menahan asakan 'Tiki Taka' Barcelona yang menampilkan corak permainan hantaran pendek. Jika Barcelona terkenal dengan corak permaian 'Tiki Taka', Harimau Malaya terkenal dengan xorak permainan 'Huru-hara' di bawah bimbingan jurulatih K. Rajagopal.


Pemain tumpuan dalam perlawanan ini pastinya Lionel Messi, Neymar, Cesc Fabregas, Andreas Iniesta dan Xavi memandangkan Barcelona berjanji menurunkan pasukan yang terkuat menentang Malaysia.


Jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 (Perlawanan Persahabatan) 8.45 malam di TV3, Astro Arena saluran 801 dan Astro Super Sports 3 saluran 817.


Jika ada live streaming Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Malaysia VS Barcelona live 10 Ogos 2013 akan dikongsikan di sini nanti apabila perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda semua senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia. Dengan adanya senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 ini maka dapatlah anda membuat keputusan rumah terbuka manakah yang anda mahu terjah.


Jom kita terjah senarai Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 seluruh Malaysia :-


KUALA LUMPUR

Rumah Terbuka Istana Negara

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Seri Perdana, Putrajaya


KEDAH

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon, Alor Setar


PULAU PINANG

Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Mohd. Rashid Hasnon

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Tapak Pesta Sungai Nibong, Bayan Baru,


PERAK

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 2.30 petang - 6 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh


Rumah Terbuka Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : Kampung Sungai Rokam, Ipoh


SELANGOR

Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 2 petang

Tempat : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam


Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 9 malam - 12 malam

Tempat : Padang Astaka, Tanjong Karang


NEGERI SEMBILAN

Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Pekarangan Dewan Undangan Negeri, Seremban


Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : No. 1 Kampung Tanjung, Rantau


MELAKA

Rumah Terbuka bersama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 4 petang

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka


Rumah Terbuka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 malam - 11.30 malam

Tempat : Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka


JOHOR

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru


PAHANG

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10 pagi

Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan


Rumah Terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan

Tarikh : Sabtu 17 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 2 petang

Tempat : Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang


TERENGGANU

Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 10.30 pagi - 3 petang

Tempat : Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu


KELANTAN

Rumah Terbuka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 4 petang

Tempat : Darul Falah, Jeli


PERLIS

Rumah Terbuka Istana Perlis

Tarikh : Khamis 8 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Istana Arau


Rumah Terbuka Menteri Besar, Azlan Man

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 8.15 malam

Tempat : Pusat Khidmat Pauh, Arau


SABAH

Rumah Terbuka Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 9 pagi - 4 petang

Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu


Rumah Terbuka Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Tarikh : Ahad 11 Ogos 2013

Masa : 10 pagi - 4 petang

Tempat : No. 71, Lorong Kingfisher Sulaman 2, Taman Kingfisher, Kota Kinabalu


SARAWAK

Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Tarikh : Sabtu 10 Ogos 2013

Masa : 11 pagi - 5 petang

Tempat : Pusat Konvensyen Borneo, Kuching



Selamat menerjah rumah terbuka di Hari lebaran ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 telah di umumkan sebentar tadi. Pengumuman pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 telah di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad di TV dan Radio seluruh Malaysia.


Dengan pengumuman yang telah dibuat, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari khamis, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H.


Berikut adalah petikan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  :-

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari khamis, 8 Ogos 2013."


Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pembaca Blog Aku Dan Sesuatu ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri akan di adakan di Putrajaya pada 8 Ogos 2013. Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Perdana Menteri bersama anggota jemaah menteri akan berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.


Bagi mereka yang nak hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri ini, anda digalakkan mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma bagi megelakkan kesesakan trafik berlaku.


Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.


Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.


Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung halaman berhari raya tu bolehlah datang beraya bersama Perdana Menteri di Putrajaya. Mana tahu boleh dapat duit raya ke...



Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 


Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013! Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2013 dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013 berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.


Tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos. Walaubagaimanapun tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.


Pastinya semakin dekat kita dengan penghujung Ramadhan ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman. Dengan 1 Syawal dijangka disambut pada hari Jumaat, ramai yang dah mula pulang ke kampung halaman bermula dari 3 April lalu. 


Ini menjadikan lebuhraya kurang sesak kerana pengguna lebuhraya pulang secara berperingkat-peringkat sehingga ke hari terakhir Ramadhan. Dijangkakan pada Hari Raya ke 4 (11 Ogos 2013, ahad) jalanraya akan sesak dengan orang ramai yang akan pulang ke kota untuk kembali bertugas keesokkan harinya. 


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman pastikan rumah anda ditinggalkan dalam keadaan selamat. Sila maklumkan kepada pihak Polis berapa lama anda bercuti bagi mengelakkan kejadian yang tak di ingini berlaku.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 telahpun dikeluarkan ! Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 dikeluarkan bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.


Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 


Jom kita terjah cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013




Cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013 kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah Klang). 


Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat.


Yang menariknya jadual waktu perjalanan PLUS  kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.


Apa yang diharapkan ialah orang ramai akan  memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan cadangan jadual waktu perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2013bergantung kepada orang ramai....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

CEO Baru Maybank : Datuk Abdul Farid Alias



CEO baru Maybank 2013 ialah Datuk Abdul Farid Alias ! CEO baru Maybank, Datuk Abdul Farid Alias diumumkan menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Unit Perancang Ekonomi.


Bagi mereka yang belum mengenali beliau sebenarnya Datuk Abdul Farid Alias pernah memegang jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Global Maybank.


Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, pemilihan Abdul Farid dibuat selepas lembaga pengarah Maybank melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap calon dari luar dan dalam Maybank.


Jom kita terjah sedikit sebanyak penglibatan beliau dalam dunia koporat :-

  • Beliau mendapat ijazah pertama perakaunan di Universiti Pennsylvania State dan ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan dan kewangan di Universiti Denver, Amerika Syarikat.
  • Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal. 
  • Beliau turut berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd dari 2005 hingga 2008 sebagai pengarah pelaburan. 
  • Menjadi ahli lembaga pengarah syarikat seperti UEM World Bhd dan PLUS Expressways Bhd.

Buat masa ini, jawatan terakhir Abdul Farid dipangku CEO Maybank Investment Bank Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tahniah Datuk Abdul Farid Alias atas pelantikan ini. Semoga beliau dapat mengekalkan momentum Maybank untuk menjadi peneraju dalam sektor perkhidmatan kewangan di rantau Asean...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2013 diberikan bermula dari 7-9 Ogos 2013. Diskaun tol dan rebat Hari Raya Aidilfitri 2013 ini diberikan bagi mengurangkan beban pengguna lebuhraya yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi. 


Sebanyak 17 lebuh raya akan memberi diskaun 5 - 37.5% pada 7 hingga 9 Ogos 2013. Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberi diskaun 5 - 37.5% pada 7 hingga 9 Ogos 2013  :-

  • Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE),
  • Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), 
  • Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
  • Lebuh Raya SMART, 
  • Lebuh Raya Shah Alam (KESAS),
  • Lebuh Raya KL-Karak (KLK), 
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), 
  • Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), 
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), 
  • Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), 
  • Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX), 
  • Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), 
  • Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), 
  • Lebuh Raya Senai Desaru (SDE),
  • Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), 
  • Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) 
  • Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT).

5 lebuh raya kendalian Projek Lebuh Raya Usaha Selatan (PLUS) menawarkan rebat tol 20% kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos 2013.


5 lebuh raya di bawah PLUS adalah Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman hati-hati di atas jalan raya. Patuhi undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan....




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget