Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Jambatan Science Park 2 Runtuh !



Jambatan Selangor Science Park 2 Interchange Cyberjaya telah runtuh ! Insiden jejambat Selangor Science Park 2 yang runtuh ini tidak mengorbankan sebarang nyawa.


Jambatan yang terletak di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Punca jambatan runtuh adalah berpunca daripada pergerakan pada salah satu tiangnya.




Untuk rekod, jambatan yang menjadi laluan utama ke Putrajaya dan Cyberjaya itu mula dibuka kepada lalu-lintas pada Mac 2012.


Walaubagaimanapun, jambatan dan laluan itu telah ditutup kepada lalu-lintas berkuat kuasa 7 Disember lalu bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab setelah dilaporkan berlakunya keretakan di jambatan ini akibat pergerakan tanah yang lembab di kawasan itu.


Jalan ini kini ditutup sehingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada tarikh siap sebenarnya kerja-kerja membaiki jambatan ini.


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) bertujuan membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.


SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.


Secara ringkasnya SPP1M ini :-

  • Terbuka kepada ibu bapa dan individu untuk membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara.
  • Kadar faedah lebih rendah daripada pasaran. 
  • Bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.
  • Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi.
  • Institusi kewangan yang bersetuju yang menawarkan skim ini setakat ini ialah Maybank dan RHB Bank.
  • Ditawarkan kepada institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan dalam sistem penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETARA 2011) oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan berdaftar dengan YPPB.
  • Senarai pengajian pula adalah berdasarkan National Education Code yang akan disediakan di dalam laman sesawang www.penerajuedu.com. dalam masa terdekat

Bolehlah dikatakan SPP1M ini adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai.


Buat masa ini Maybank dan RHB masih belum lagi menawarkan pinjaman ini kepada orang ramai. Mungkin bank-bank ini masih meneliti beberapa perkara yang perlu diperhalusi. Nanti saya akan sharekan di sini prosedur dan cara-cara nak memohon Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) ini nanti....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~ 



Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor 2013 kini sudah boleh dimohon. Borang Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor boleh dperolehi di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor atau di Pejabat Agama Islam Daerah. 


Jom kita terjah antara syarat-syarat permohonan program Insentif Perkahwinan Belia RM200 negeri Selangor ini :- 

  • Perkahwinan kali pertama.
  • Tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira.
  • Permohonan hanya untuk belia yang berkahwin bermula Januari 2013 dan berusia tidak lebih 35 tahun .
  • Pendaftaran perkahwinan di buat di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Hanya anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif ini yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

Hmm untung anak negeri Selangor. Kahwin pun boleh dapat RM200 kerajaan negeri bagi. Mungkin ini adalah satu inisiatif yang baik untuk menggalakkan belia berkahwin dari melakukan maksiat dan meringankan kos sara hidup selepas berkahwin


 Harap-harap negeri lain juga ada inisiatif begini bagi menggalakkan belia berkahwin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Toyota Vios Baru 2013 (Generasi Ke 3) ?



Gambar spyshot Toyota Vios baru 2013 kini dah banyak tersebar di blog-blog permotoran. Toyota Vios baru 2013 ini bakal menggantkan model Toyota Vios generasi ke 2 yang sudah sekian lama berada di pasaran. 
  

Jom kita terjah gambar-gambar spyshot Toyota Vios baru generasi ke 3 2013 di Youtube di bawah ini :-





Gambar-gambar Toyota Vios baru 2013 ini dirakamkan di Thailand. Dijangkakan model baru ini akan memasuki pasaran pada pertengahan tahun 2013 di Indonesia namun tarikh perasmiannya masih belum diumumkan. 


Namun yang hairannya kenapa tiada penyamaran dilakukan oleh Toyota ye. Model -model sebelum ini kesemuanya ditutup dengan tape hitam untuk menyembunyikan reka bentuk model baru kereta keluaran Toyota.




Kalaulah model Toyota Vios baru 2013 adalah seperti gambar di atas, agak-agak apa agaknya reaksi peminat kereta Malaysia ya? Cantik ke tak? Ada tak yang nak beli model baru ini?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Dividen KWSP 2012 : 6.15% !



Dividen KWSP bagi 2012 ialah 6.15%. Dividen KWSP 2012 ini adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.


Pengisytiharaan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini telah diumumkan oleh Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman. 


Untuk rekod, dividen KWSP 2012 sebanyak 6.15% ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar dividen 6% pada 2011.


Pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.


Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.


Sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

   
Pelaburan ekuiti adalah 38.77% daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59%dan 2.42%  masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur.
 

Berikut adalah dividen dana-dana yang ada di Malaysia untuk 2012 :-

  • Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) : 6.50 seunit


Alhamdulillah kebanyakan dana -dana di Malaysia mencatatkan kenaikan dividen pada tahun 2012....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia 16 Februari 2013 !



BERITA TERKINI


Pelakon veteran Kuswadinata telahpun meninggal dunia !. Kuswadinata meninggal dunia akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak 4 tahun lalu.


Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 5.07 petang 16 Februari 2013. Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.


Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga. Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang untuk malam ini.


Solat jenazah akan diadakan pada pagi esok (17 Februari 2013) di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi buat masa ini belum pasti di mana akan kebumikan sebab pihak keluarga masih menunggu pengesahan pihak masjid.


Biografi Allahyarham Kuswadinata :-

  • Memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.
  • Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.
  • Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
  • Antara filem lakonannya lain adalah Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, KLU, Kaki Bakar, Tarik-Tarik, Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak, Kaca Permata, Kala Malam Bulan Mengambang dan Jalang.


Semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

KARISMA Hati Rakyat 2013 Dilancarkan !



Baucer KAR1SMA Hati Rakyat 2013 telah pun dilancarkan baru-baru ini. KARISMA Hati Rakyat 2013 ini diperkenalkan khusus bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik.


Secara ringkasnya KAR1SMA Hati Rakyat 2013 ini akan membabitkan :- 

  • Pengagihan baucer Karisma Hati Rakyat akan membabitkan 200,000 penerima.
  • Membabitkan peruntukan RM50 juta.
  • Baucer khas Karisma Hati Rakyat akan diedarkan sebelum 31 Mac 2013. 
  • Baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung.
  • Baucer bantuan khas RM300 bagi penerima di Sabah & Sarawak.
  • Hanya layak untuk kegunaan untuk digunakan bagi keperluan rumah, sekolah dan khas.

Bagi memastikan bantuan berkenaan sampai kepada golongan sasaran, kerajaan menubuhkan pasukan pemantau bergerak.




Cuma apa yang menimbulkan persoalan disini bagaimana rakyat hendak tahu yang mereka akan menerima baucer KAR1SMA Hati Rakyat ini kerana buat masa ini tiada pengumuman senarai nama mereka yang akan menerima bantuan ini. 


Selain itu, persoalan lain yang timbul ialah adakah ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang layak? Bagaimana kerajaan menafsir maksud "golongan berpendapatan rendah"? Adakah berdasarkan berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah seperti BR1M? Harap ada penjelasan yang jelas dari kerajaan berkenaan perkara ini.


Memang banyak betul inisiatif kerajaan perkenalkan untuk membantu rakyat sejak akhir-akhir ini. Macam Santa Claus turun dari langit pula. Harap-harap tradisi ini berterusan selepas tamatnya Pilihanraya 2013 tak kiralah kerajaan mana yang akan memerintah nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Kadar baru premium insuran kereta (kenderaan) naik mulai 15 Februari 2013. Kenaikan kadar (harga) baru premium insuran kereta (kenderaan) ini dimaklumkan melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari  2013.


Ini bermakna bagi pemilik kenderaan yang akan memperbaharui insuran kenderaan, anda akan membayar dengan tarif harga yang baru mulai 15 Februari 2015 apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.


Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan caj adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.


Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.


Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.


Setakat ini berita belum lagi disiarkan lagi dalam media massa so belum tahu lagi alasan kerajaan menaikkan caj premium insuran kenderaan ini. Kalau nak tahu, sama-sama lah kita tunggu pengumuman dari kerajaan. Agak-agaknya apa lagi yang bakal kedengaran berita kenaikan selepas ini terutamanya setelah Pilihanraya Umum ke 13 nanti?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Tahun Baru Cina 2013



PLUS telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk Tahun Baru Cina 2013. Cadangan waktu perjalanan PLUS ini dikeluarkan untuk melancarkan lalu lintas sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.


Dijangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya PLUS dijangka meningkat 30% kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.


Cadangan untuk pengguna dari Lembah Klang pulang ke kampung dari Jumaat (8 Februari) hingga Sabtu (9 Februari) ini ialah seperti berikut:-     



  • Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (melalui Juru) sebelum 12 tengah hari;    
  • Johor (melalui Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak) sebelum 12 tengah hari;    
  • Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  •  Melaka (melalui Ayer Keroh) antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;    
  • Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang;    
  • Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

Bagi perjalanan pulang dari kampung pada minggu berikutnya iaitu 12 Februari (Selasa) hingga 17 Februari (Ahad) pula, jadual yang dicadang ialah:-    



  • Perjalanan dari utara dan selatan ke Lembah Klang sebelum 12 tengah hari atau selepas 8 malam. 
  • Perjalanan lain yang tidak melalui Lembah Klang antara 12 tengahari hingga 8 malam.

Plus turut mengekalkan jadual perjalanan dengan membahagi kenderaan mengikut nombor pendaftaran ganjil dan genap bagi dua jambatan iaitu di Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang.

  • Bagi kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihat menggunakan dua jambatan itu pada setiap jam ganjil, contoh 9 pagi, 1 petang dan 7 malam.
  • Bagi kenderaan bernombor plat genap, disaran mengikut setiap jam genap contohnya 10 pagi, 2 petang dan 8 malam bagi perjalanan pergi dan pulang pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini..

Bagi pengguna yang menggunakan sistem pembayaran elektronik pula akan menikmati rebat sebanyak 20 peratus pada 7 Februari (Khamis) dan 15 Februari (Jumaat) manakala 30 peratus pada 10 Februari (Ahad).


Pengguna juga boleh mengetahui maklumat trafik terkini dan promosi khas sempena Tahun Baru Cina kali ini dengan melayari laman web www.plus.com.my atau twitter Plus di www.twitter.com/plustrafik atau hubungi Plusline di talian 1-800-88-0000.


Apa-apa pun berhati-hatilah di jalanraya tak kira di mana anda berada. Ingatlah orang tersayang. Semoga kita semua selamat tiba ke destinasi yang ditujui....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Dividen Tabung Haji 2012 ialah 8.0% (Dividen : 6.5% + 1.5 Bonus khas) ! Dividen Tabung Haji 2012 yang diumumkan ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 


Sebelum ini, Tabung Haji mengumumkan bonus 6% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. So kenaikan kali ini pastinya menggembirakan pendeposit Tabung Haji. 


Jom kita terjah sejarah pemberian dividen Tabung Haji dari 1994 :-

  • 1994 : 9.5%
  • 1995 : 9.5%
  • 1996 : 9.5%
  • 1997 : 9.5%
  • 1998 : 8.0%
  • 1999 : 8.0%
  • 2000 : 5.5%
  • 2001 : 3.25%
  • 2002 : 3.5%
  • 2003 : 4.0%
  • 2004 : 4.3%
  • 2005 : 4.5%
  • 2006 : 4.75%
  • 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2008 : 5.0%
  • 2009 : 5.0%
  • 2010 : 5.5%
  • 2011 : 6.0%
  • 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus

Walaupun dividen Tabung Haji kali ini tidak setinggii pembahagian dividen Tabung Haji sekitar tahun 90an namun yang penting ianya menunjukkan peningkatan yang positif dari tahun-tahun sebelumnya!


Dengan pengumuman dividen Tabung Haji ini maka kita sebagai umat Islam khususnya bumiputera kini mempunyai banyak pilihan untuk melabur sama ada dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ke atau deposit dalam akaun Tabung Haji.


Berikut adalah dividen dana-dana yang ada di Malaysia untuk 2012 :-

  • Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) : 6.50 seunit

So nak melabur dalam dana yang mana 1? Hmm tepuk dada tanya selera. Kalau rasa nak melabur dalam dana yang syariah compliance, boleh pilih AHB atau Tabung Haji....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2013 !



Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 2013 sudah boleh dibuat ! Semakan keputusan permohonan BR1M 2.0 ini boleh dibuat melaliu beberapa cara.


Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.


Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :

  • Hubungi talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja


Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.


Untuk rekod, pembayaran BR1M 2.0 ini sudah mula dibuat mulai 3 februari 2013. Pembayaran ini dibuat secara berperingkat. Oleh itu jangan bimbang kalau belum dapat boucher BR1M ini. Mungkin giliran anda sedikit lewat berbanding orang lain. Apa-apa pun tunggu surat dulu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~




BERITA TERKINI


Pelawak Datuk Yahya Sulong disahkan meninggal dunia ! Datuk Yahya Sulong meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.


Allahyarham Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 6.45 petang Rabu (6 Februari 2013). Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.


Allahyarham dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma. Sebelum ini, Allahyarham pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul.


Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.


Yahya pernah berkahwin sebanyak 4 kali dan mempunyai 11 orang anak, 6 cucu dan 2 cicit. Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al -Fatihah....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum Tahun Baru Cina 2013 jatuh pada 10 dan 11 Februari 2013. Cuti umum Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada hari Ahad dan Isnin.


Memandangkan hari ke 2 Chinese New Year jatuh pada hari Isnin iaitu hari berkerja, maka cuti umum ini di bawa ke hari selasa.


Ini bermakna rakyat Malaysia dan kaum cina amnya akan mula bercuti pada hari sabtu, 9 Ferbruari sehingga hari selasa, 12 Februari 2013. Hari berkerja bermula pada hari rabu 13 Ferbruari 2013.


Kebanyakan di antara kita khususnya mereka yang berbangsa cina mengambil kesempatan menambah cuti lagi 3 hari lagi (13-15 Februari 2013) bagi mendapatkan cuti 1 minggu genap. Untung betul dapat cuti lama tu kan !


Bagi yang menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai saya ucapkan. Bagi yang pulang ke kampung halaman atau bercuti pada cuti Tahun Baru Cina ini berhati-hatilah di jalanraya ya. Ingatlah orang yang tersayang... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



BR1M 2.0 Diagihkan & Diedarkan Mulai 2 Februari 2013 !



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah mula diagihkan dan diedarkan mulai 2 Februari 2013. BR1M 2.0 2013 kali ini di jangka bakal dinikmati oleh 7 juta isi rumah dan individu bujang di Malaysia. 


Mereka yang berpendapatan isirumah RM3000 ke bawah menikmat bantuan RM500, individu bujang berpendapatan RM2000 ke bawah menikamati bantuan RM250 manakala vateran ATM menikmati 
RM1000.


Untuk rekod, pemberian BR1M yang memasuki pusingan ke 2 diteruskan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri merekodkan kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lalu.


Bagi mereka yang sudah menerima baucar tunai BR1M 2.0 ini, anda boleh tunaikan baucher di cawangan Maybank dan CIMB Bank seluruh Malaysia.


Bagi yang belum dapat baucer ini jangan bimbang, ini kerana bantuan disampaikan secara berperingkat-peringkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan. Nak tak hendak baucer ini mesti disampaikan sebelum bulan 3 ini. Maklumlah tarikh pilihanraya kan dah dekat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Diskaun tol Tahun Baru Cina 2013 telahpun diumumkan. Diskaun tol dan rebat Tahun Baru Cina 2013 ini adalah di antara 5 - 37.5% untuk 24 lebuhraya yang menawarkan diskaun dan rebat. 


Jom kita terjah Diskaun tol Tahun Baru Cina 2013 ini :-

  • Lebuhraya PLUS :  Pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik : rebat tol sebanyak 20% pada 7 Feb dan 15 Feb dan rebat 30% pada 10 Feb.
  •  Lebuh raya lain : Diskaun tol di antara 15% - 37.5% pada 9, 10 dan 11 Febuari 2013.

Syarikat konsesi lebuhraya akan meningkatkan kadar kekerapan rondaan di lebuh raya bagi persediaan dalam menangani perkara di luar jangkaan pada cuti Chinese New Year 2013 ini 


Selain itu, syarikat konsesi akan menyediakan lebih banyak data atau informasi bergerak untuk dimaklumkan kepada pengguna apabila berlaku kesesakan dan sebagainya.


Kepada pengguna lebuhraya yang akan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena Tahun Baru Cina 2013 ini, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Iklan Petronas Tahun Baru Cina 2013 : Tau Fu Fah



Dah tengok tak iklan Petronas Tahun Baru Cina 2013 yang berjudul Tau Fu Fah ? Iklan Petronas Tahun Baru Cina 2013 kali ini sangat menyentuh perasaan !


Tau Fu Fah diangkat sebagai tema utama iklan Petronas ini. Iklan ini mengisahkan kisah seorang penjual Tau Fu Fah yang jatuh cinta dengan seorang gadis dalam suasana penuh romantik dan akhirnya berkahwin. 


Mereka mengembangkan perniagaan Tau Fu Fah bersama sehingga mengalami kesukaran dalam perniagaan dan kehidupan mereka.  


Cerita panjang-panjang tak guna. Jom kita tonton iklan Petronas Chinese New Year 2013 ini :-




Mesej dalam iklan Petronas ini sangat jelas dengan ungkapan akhir video berbunyi "Look back on a great life. Look forward to an even greater one", yang ingin mengajar kita supaya tidak mudah berputusa asa...



Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~



Pesta Buku 1 Malaysia akan di adakan di PWTC pada 30 Januari - 3 Februari 2013. Pesta Buku 1 Malaysia 2013 ini  menawarkan diskaun sehingga 80% diskaun. Menarik kan !


Pesta Buku 1 Malaysia yang di adakan di PWTC pada 30 Januari - 3 Februari 2013 ini berlangsung dari 10 pagi sehingga 8 malam. 


Menurut sumber, pesta buku ini ialah gabungan semua pesta buku iaitu pesta buku akademik, pesta buku Islam, pesta buku kanak-kanak, pesta lelong buku dan back to school (kelengkapan sekolah).


Selain pameran buku, pameran lain juga turut di adakan seperti :-

  • Pameran Warisan Laksamana Hang Tuah (30 Januari-3 Februari 2013)
  • Expo Penerbitan Buku (30 Januari - 3 Februari 2013)
  • Perhimpunan Penulis 1Malaysia (2 Februari 2013)


Kepada kaki-kaki buku di luar sana jangan ketinggalan untuk singgah ke pesta buku 1Malaysia ini. Manalah tahu buku yang anda cari selama ini ada dijual di pesta buku ini. Dapat diskaun pula tu... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget