Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


 KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-1 TAIWAN

Wisel penamat ditiupkan. Malaysia menang 2-1 ke atas Taiwan. Walaupun menang, keputusan ini masih tidak selesa kerana di Taiwan nanti kita tak tahu apa akan jadi. Apa yang penting pemain jangan mudah hilang fokus di Taiwan nanti.

Penjaga gol Malaysia nyaris tertewas sekali lagi hasil percubaan jauh pemain Taiwan namun bola itu tersasar jauh. Safiq Rahim dibawa keluar dan memasukkan Mohd Shakir.

Taiwan berjaya menjaringkan gol pertama minit ke 76 ketika barisan pertahanan leka menyerang. Tiada pemain Malaysia yang mengawasi Chen Po Liang  ketika itu.


Separuh masa kedua bermula dengan cemerlang apabila Malaysia mendapat gol kedua menerusi tandukan Aidil Zafuan dari sepakan pernjuru pada minit ke 54. Taiwan nampak kian tertekan

Wisel ditiupkan menandakan separuh masa pertama tamat. Nampaknya Malaysia menguasai permainan selepas gol yang pertama. Di harapkan prestasi ini akan berterusan. 

Safiq Rahim menjaringkan gol pertama Malaysia menerusi sepakan first timer dari luar kanan kotak penalti pada minit ke 28. Memang cantik jaringan ini. 

Helmi Ramli yang di lihat gugup dibawa keluar dan digantikan dengan penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya pada minit ke 27.


Satu percubaan menarik dari Badrol Bakhtiar pada minit ke 16 namun di tepis keluar oleh penjaga gol Taiwan. Malaysia terus mengatur langkah untuk terus menekan Taiwan.

Permainan sudah di mulakan dengan Malaysia nampak garang mengancam kubu Taiwan namun Sharbinie Alawee terlebih dahulu diuji dengan serangan pantas Taiwan dari jarak jauh.

Kedua-dua pasukan sudah masuk ke padang. Malaysia tampil dengan jersi biru putih manakala Taiwan pula dengan jersi serba putih.


PREVIOUS ENTRY


Malam ini sekali lagi peminat bolasepak negara akan ternanti-nantikan keputusan @ result Malaysia VS Taiwan (Chinese Taipei) live pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Perlawanan kedua (2nd leg) pula akan dilangsungkan di Taiwan pada 3 Julai 2011 nanti. Oleh itu penting buat Malaysia mempuyai kelebihan jaringan gol di laman sendiri.

Jika Malaysia berjaya mengalahkan Taiwan pada pusingan pertama, Malaysia akan bertemu dengan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai nanti.

Untuk rekod, kali terakhir pertemuan melibatkan kedua pasukan ialah pada tahun 2000 di mana menyaksikan pasukan negara tersungkur 3-2 di Bangkok.

Pada perlawanan ini penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali akan diturunkan selepas mendapat pelepasan dari kelab Indonesia, Pelita Jaya. 


Penyerang Kelantan, NorShahrul Idlan Talaha juga di khabarkan sudah cergas di samping S Chanturu. Ini perkhabaran baik buat skuad Harimau Malaya.

Tetapi harus diingatkan agar pemain tidak mengambil mudah cabaran lawan dan pastinya peminat tempatan berharap dapat mencatatkan kemenangan pada malam ini.

Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada yang tak dapat tiket tu boleh tonton siaran langsung (live) di TV1`dan Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam 29 June 2011.

Keputusan @ result Malaysia VS Taiwan (Chinese Taipei) live pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~


Tadi saya berkesempatan pergi ke Wangsa Walk Mall. Niat di hati nak tengok filem paling di nanti-nanti tahun ini iaitu Transformers 3 Dark Of The Moon yang dah mula ditayangkan pada 29 June 2011.

Sampai je di Wangsa Walk Mall, penuh orang beratur nak tengok filem ini. Bila dah ramai yang beratur confirm tiket habis. Tengok tengok tiket sampai ke malam dah habis.

Maklumlah hari ini kan premier screening day so memang ramai orang. Tu belum kira yang dah book secara online.


Apa-apa pun saya dah dapat tiket  filem Transformers 3 Dark Of The Moon untuk hari khamis 30 June 2011 jam 3 petang. Siap dapat seat paling belakang lagi tu.

Tak sabar nak tengok filem Transformers 3 Dark Of The Moon ni. Malam tadi kawan saya dah tengok di Mid Valley.

Menurut beliau, filem ini tidak mempunyai storyline yang baik dan membosankan. Trailer je nampak gempak. Filem ini juga memakan masa sampai 3 jam. Lama giler ! Kalau nak pergi tengok tu elok pergi tandas dulu awal-awal.


Apa-apa pun itu review dari kawan saya. Lain orang lain pendapat. Apa-apa pun kalau nak tahu filem ni best ke tak best kena lah tengok kan.

InsyaAllah, selepas menonton filem ini saya akan memberi review saya sendiri tentang filem ini.. Tunggu entri yang akan datang...

P/S : Entri ini saya tujukan khas buat rakan blogger saya, Anis Syuhada Nazari yang kepingin nak tengok filem ini tapi sayang di Kelantan tak ada panggung wayang..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~


Celcom telah melancarkan Instanet Celcom yang disifatkan sebagai braodband prepaid paling murah dengan mengenakan caj jalur lebar pada kadar serendah RM 1 sehari.

Instanet ini didatangkan menerusi pakej pra-bayar dengan langganan pertama hanya sebanyak RM30, lebih murah berbanding RM50 pada kebiasaannya dan internet boleh digunakan tanpa gangguan selama 30 hari.

Jom kita terjah antara ciri-ciri broadband Instanet dari Celcom ini :-

  • Pek permulaan serendah RM12.50 tanpa modem kepada caj langganan yang paling rendah untuk tempoh harian, mingguan dan bulanan.
  • Tambah nilai adalah sama seperti menambah nilai pra-bayar atau membayar pasca bayar Celcom.
  • Bagi pelanggan yang tidak mempunyai modem USB, mereka boleh mendapatkan pakej bundle pra-bayar Instanet yang didatangkan dengan model USB spesifikasi tinggi (muat turun 7.2 Mbps dan muat naik 5.76 Mbps).
  • Pelanggan akan dapat kad sim dengan nilai tersedia sebanyak RM10 yang ditawarkan dengan harga RM108 dan kelajuan sehingga 512Kbps.

Bagus juga ada broadband prepaid seperti Instaned ini. Sekurang-kurangnya kita hanya bayar apa yang kita guna. Kalau tak guna tak payah top-up.

Kalau pakej broadband yang lain kita kena bayar nilai yang tetap setiap bulan tak kiralah kita guna atau tidak. 

Secara peribadi, pakej broadband Instanet Celcom ini memang sesuai bagi pelayar internet yang bermusim seperti pelajar...

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.instanet.com.my.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Otak-Otak Johor


Baru-baru saya berkesempatan ke Melaka atas komitmen kerja. Dah letih berjalan singgah le makan di sebuah restaurant di Melaka. 

Duduk je atas kerusi terus sampai otak-otak atas meja walaupun tak order. Memang dah jadi trends pengusaha otak-otak sekarang ni walaupun kita tak order tapi otak-otak akan dihidangkan atas meja. 

Kalau tak hidang atas meja kita tak akan order punya. Yelah kalau tak mana satu nak makan nasi ke otak-otak. Lainlah kalau singgah di gerai yang hanya jual otak-otak je.


Letih menunggu makanan tak sampai-sampai, terliur pulak tengok otak-otak ni. Ambil la dalam 2 3 keping sebagai alas perut. 

Harga otak-otak di pasaran ialah 60 sen untuk sekeping. Menurut orang Melaka sebenarnya otak-otak yang di jual ni diambil dari Johor. 

Ada supplier yang akan hantar dalam kuantiti yang banyak yang dah siap dibuat. Penjual otak-otak hanya akan masak je otak-otak Johor ni kemudian jual.


Inilah dia rupa otak-otak Johor ni. Boleh tahan juga rasanya. Saya bagi 7.5 out of 10. Memang terasa lah adunan ikan tenggiri dengan  kerisik. 

Tapi kalau makan 1 keping tak kenyang, sekurang-kurangnya kena makan 3 baru puas hati. 

Kalau nak rasa yang pure punya otak-otak kena la cari di Johor sebab otak-otak ni memang berasal dari sana. Cuma tempatnya sahaja saya tak tahu. Maklumlah jarang ke Johor. Kalau ada siapa-siapa tahu mungkin boleh share di sini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Genting Malaysia Berhad Penaja Baru Aston Villa ?

 
Nampaknya makin banyak syarikat dari Malaysia mahu melebarkan sayap ke Eropah dengan menaja kelab bolasepak Inggeris. Yang terbaru ialah Genting Malaysia Berhad menerusi anak syarikatnya, Genting UK yang menjadi penaja kelab Aston Villa bagi musim 2011-12 dan 2012-13.

Ini bermakna Genting Malaysia Berhad kini mengikut jejak Proton (Norwich City), TM (Manchester United) dan Air Asia (Manchester United & Liga Perdana Inggeris)

Ini bermakna logo Genting UK, pengendali kasino terbesar di United Kingdom, bakal dipaparkan pada jersi tempat sendiri dan lawan Aston Villa sepanjang kedua-dua musim bola sepak itu.


Untuk rekod, Aston Villa adalah antara kelab handalan England dengan memiliki sejarah mengumpul 19 kejuaraan besar tempatan dan menjadi salah satu daripada 5 kelab dari England itu yang pernah menjulang Piala Eropah.

Dengan perjanjian  selama 2 tahun ini, kedua-dua pihak turut akan saling menyokong sebarang kegiatan masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.


Memang bagus banyak syarikat gergasi Malaysia dah mula melebarkan sayap ke peringkat Eropah. Lepas ni ramailah peminat Aston Villa di Malaysia maklumlah Genting yang taja dan pastinya ramai yang akan pakai jersi Aston Villa ini.

Namun begitu, bagi yang beragama Islam tu rasanya tidak perlulah memakai jersi ini kerana anda semua pun tahu apa perniagaan apa yang dijalankan oleh Genting. Terang-terang dah tertulis di jersi Aston Villa ni...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Sepah Juara @ Pemenang Maharaja Lawak Astro 2011


Sepah telah di nobatkan sebagai juara @ pemenang Maharaja Lawak 2011 buat julung kalinya dalam pentas akhir Maharaja Lawak yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam 24 June 2011. Keputusan pemenang @ juara ini diumumkan oleh pengacara AC Mizal.

Ini bermakna mereka akan membawa pulang hadiah RM 350000 manakala Jozan di tempat kedua membawa pulang RM 250000 dan Nabil di tempat ketiga membawa pulang RM 150000. Jambu pula berpuas hati di tempat keempat membawa balik RM 50000.

Ke semua finalis Maharaja Lawak membuat 2 persembahan untuk malam final di mana 1 persembahan bebas manakala 1 lagi bertemakan muzikal komedi.



Menurut Sepah, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.

Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.

Apa-apapun tahniah kepada Sepah yang muncul juara @ pemenang Maharaja Lawak Astro 2011.

P/S : Maharaja Lawak dah tamat. Bolehlah fikir untuk terminate pakej Mustika Astro..   


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Tonton Maharaja Lawak Akhir (Final) Live 24 June 2011

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk tonton Maharaja Lawak Akhir (Final) live dari Stadium Melawati Shah Alam 24 June 2011 malam ini bagi mengetahui siapakah yang akan membawa balik gelaran juara @ pemenang Maharaja Lawak 2011. 

Juara @ pemenang Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM350,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 dan RM150,000. Tempat keempat akan dapat RM50000. Memang lumayan hadiah tu kan.

Finalis Maharaja Lawak akan membuat 2 persembahan untuk malam final di mana 1 persembahan bebas manakala 1 lagi bertemakan muzikal komedi.

Inilah dia finalis Maharaja Lawak Astro yang akan berentap di Final :-

Sedikit analisis kekuatan finalis Maharaja Lawak Akhir :-
Jozan 
Peserta favorite untuk menang. Mula mencipta populariti sebagai pengacara Raja Lawak. Mempunyai ramai peminat. Walaupun punch line tak berapa kelakar orang still akan gelak jugak. Boleh membawa sesuatu karektor dengan berjaya. 

Nabil 
Satu-satunya peserta solo. Lawak Nabil sentiasa up to date. Jalan penceritaan yang jelas. Pandai menggunakan imaginasi dalam komunikasi dengan orang halimunan. Walaupun punch line tak berapa kelakar orang still akan gelak. Pandai menggunakan props dengan baik.

Sepah 
Kombinasi 3 serangkai yang baik. Peserta paling kosisten setakat ini. Punch line yang paling menjadi. Walaupun kelakar tapi masih tak ramai yang mengundi mereka ni. Kadang-kadang lawak Sepah ni kasar sikit. Lawak paling melayu setakat ini.

Jambu 
"Muka legend tapi hati kiut" memang kena dengan Jambu. Pernah menjadi juara mingguan beberapa kali. Pandai menggunakan lawak slapstik. Lawak dah sampai tahap international. Namun sejak 2 minggu terakhir lawak mereka kureng sikit. Penggunaan punch line yg terlalu kerap boleh memakan diri.   

Apa-apa pun jangan lupa tonton Maharaja Lawak akhir (final) live 24 June 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Kalau tak dapat tiket tu boleh tonton di luar Stadium Melawati. Biasanya skrin besar akan di sediakan.
Tak pun boleh tonton di Astro Warna saluran 132 jam 10 malam. Mana yang tak langgan Astro Warna tu boleh tengok di Youtube selepas videonya diupload. 

Agak-agaknya siapakah yang akan muncul pemenang @ juara Maharaja Lawak 2011 ini ya? Antara Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu yang mana pilihan anda  untuk muncul juara ?

P/S : Sementara kita tunggu siaran langsung Maharaja Lawak Akhir ni, apa kata kita tengok persembahan Lady Gaga dulu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-1 LUBNAN

Wisel penamat ditiupkan. Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol. Ini bermakna Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Pemain Malaysia bersorak meraikan kemenangan ini. Pemain Lubnan pula tunduk kecewa. 

Salah faham berlaku antara Fadhli Shas dengan Khairul Fahmi minit ke 81 apabila kedua-dua merebut bola yang sama dan nyaris bola jatuh kepada pemian Lubnan namun dapat diselamatkan. 

Malaysia diasak bertubi-tubi sambil mengharapkan counter attack untuk menekan Lubnan. Keadaan sedikit tegang apabila tolak menolak berlaku. 


Lubnan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan Chadi Atie minit ke 62. Akhirnya tertewas juga Khairul Fahmi. Malaysia kini banyak bertahan bagi mempertahankan kelebihan gol. 

Malaysia bermain dengan 10 orang setelah Gary Steven Robat dihadiahkan kad merah pada minit ke 52. Malaysia perlu mempertahankan kedudukan ini kerana bermain dengan tekanan sekarang ini.

Separuh masa kedua bermula. Lubnan melakukan 1 pertukaran pemain. Malaysia harus berwaspada dengan Haydar, pemain paling berbahaya Lubnan.

Pengadil meniupkan wisel menandakan perlawanan separuh masa pertama tamat. Diharapkan prestasi pemain Malaysia dikekalkan untuk separuh masa kedua.


Minit ke 40 Malaysia menambah derita Lubnan dengan gol ke 2 menerusi Wan Zack Haikal yang menerima hantaran pass through Gary Steven Robat lalu melepaskan sepakan melepasi penjaga gol Lubnan.

Perlawanan mula berat kepada Lubnan dengan gerakan-gerakan menarik. 1 percubaan Lubnan dari kiri padang mengenai palang.  1 amaran kepada pertahanan Malaysia.

Nampaknya perlawanan 2nd leg ini lebih menarik kerana kedua-dua pasukan melakukan serangan balas dengan pantas. Setiap kali Lubnan menyerang semua pemain Malaysia turun.


Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke 8 menerusi half volley menarik Mohd Irfan Fazail ketika keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol Lubnan. 1 stadium bergema menyambut jaringan pertama itu. 

Permainan sudah dimulakan. Agak malang kerana pemain Malaysia, Gary Steven Robat sudah dihadiahkan kad kuning seawal minit pertama permainan kerana melakukan tackel yang mengenai pemain Lubnan.

Kedua-dua sudah masuk ke padang. Lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Nampaknya begitu ramai peminat bolasepak Malaysia membanjiri stadium. Ada dalam 10 000 penonton yang hadir. Harap mereka ini dapat memberi sokongan yang padu kepada skuad Olimpik Malaysia.

Berita selanjutnya akan menyusul....

Gambar : Kredit kepada Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan


PREVIOUS ENTRY


Sekali lagi pastinya peminat bolasepak tempatan akan tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (23 June 2011). Dalam perlawanan pertama di Beirut, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, 0-0. 

Walaupun kelebihan kini di pihak pasukan Olimpik Malaysia yang bermain di gelanggang sendiri, namun jika pasukan Olimpik Lubnan berjaya menjaringkan gol maka kelebihan akan memihak kepada mereka berdasarkan peraturan gol ditempat lawan.

Jika Malaysia menang, pusingan ke 3 nanti akan menyaksikan Malaysia bakal bersaing dengan 12 pasukan terbaik Asia yang diundi dalam 3 kumpulan. Setiap juara kumpulan akan layak secara  automatik manakala naik juara akan bermain dalam format kumpulan bagi merebut satu slot lagi. 


Inilah dia senarai pemain Olimpik Malaysia yang terpilih untuk perlawanan Malaysia VS Lubnan :-

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Muhd Zamir Selamat dan Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amer Saidin, Mahalli Jasuli, Mohd Affizie Faizal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd Zubir Azmi.

Tengah: Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Abdul Shukur Jusoh, Mohd Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Abu Bakar.

Penyerang: Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ferris Danial Mat Nasir.

Apa-apa pun jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang tak dapat tiket tu boleh tonton siaran langsung (live) di Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam ini (23 June 2011).

Keputusan @ result perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg kelayakan Sukan Olimpik 2012  akan di update di Blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~~




Chelsea telahpun berjaya mendapatkan bekas jurulatih sensasi Porto, Andre Villas-Boas sebagai jurulatih @ pengurus Chelsea yang baru untuk musim 2011/2012 mengantikan Carlo Ancelotti yang dipecat.

Chelsea menandatangani Andre Villas-Boas dengan kontrak selama 3 tahun. Kontrak jurulatih berusia 33 tahun bersama Porto tamat sebaik sahaja Chelsea mengeluarkan deposit 15 juta euro (RM65.3 juta) bagi bayaran klausa pelepasannya.

Ini menjadikan beliau pengurus termuda dalam sejarah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Usia beliau ni sama dengan tonggak Chelsea, Didier Drogba dan Frank Lampard.


Untuk rekod, Villas Boas pernah menjadi penolong dan jurulatih Chelsea di bawah Jose Mourinho pada 2004 hingga 2007 kemudian menyertai Porto sebagai ketua jurulatih Jun 2010 dan membawa Porto memenangi kejuaraan treble iaitu Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa.

Villas-Boas di jangka membawa 2 bekas pemain utamanya di Porto iaitu Falcao (£26.5m) dan Joao Moutinho (£35.5m) ke Chelsea. Ini membuatkan masa depan Didier Drogba sebagai penyerang Chelsea semakin samar. 

Ada yang kata dia ni mewarisi kehebatan bekas sifunya, Jose Mourinho. Adakah Andre Villas Boas ini mampu memberi impak kepada Chelsea? Mampukah beliau menjuarai Liga Juara-Juara Eropah seperti yang di idamkan oleh pemilik Chelsea Roman Abramovic? Sama-samalah kita tunggu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Kedai Rakyat 1 Malaysia 2011



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengilhamkan penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Kedai yang berkonsepkan pasar mini ini bakal menawarkan barangan keperluan asas dengan harga mampu milik.


Menurut sumber, 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30% hingga 50% lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.

    
Barangan yang dijual ialah barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil bagi membolehkan pengguna membelinya pada harga rendah, mengikut keperluan pengguna.




Berikut adalah gambaran senarai barangan yang bakal di jual :-

  • RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
  • RM 2.99 bagi setin sardin 420g (berjenama: RM6.10)
  • RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
  • RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)

Kedai pertama Kedai Rakyat 1 Malaysia terletak di stesen LRT Kelana Jaya akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.


Secara peribadi, bagus juga adanya Kedai Rakyat 1 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya dapat membantu warga kota mengurangkan perbelanjaan yang selama ini terhimpit dengan kenaikan harga barangan yang terus meningkat akibat pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan.


Di harapkan Kedai Rakyat 1 Malaysia ini dapat di buka di kawasan lain dengan secepat mungkin terutamanya di kawasan luar bandar yang rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~


Memperkenalkan inilah dia Modenas CTric 2011 iaitu sebuah motosikal elektrik pertama yang mendapat kelulusan piawaian daripada SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah dilancarkan pada 16 June 2011.

Modenas CTric ditawarkan dalam 2 warna pilihan iaitu oren dan hijau dengan corak grafik menarik. Sekali pandang rekabentuknya seakan-akan sama seperti model Modenas CT namun berbeza dari segi komponen teknikal yang menggerakkannya. 

Harganya di atas jalan ialah RM4,888.00 seunit. Jom kita terjah spesifikasi model motosikal elektrik pertama di Malaysia ini.


Model ini dilengkapi 5 unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Nano Gel sebagai sumber tenaga penggerak dan boleh dikitar semula selepas tamat tempoh hayatnya.

Modenas CTric mengguna pakai motor jenis Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh berkuasa 3.60kW @ 80 kilometer/sejam (km/j) kalis air selain memiliki bearing gandar berkelajuan tinggi, alat pengesan Honeywell Hall dan Brakeless Rotor.

Pada kelajuan purata 30km/j, motosikal tersebut mampu mencapai jarak sejauh 60km untuk setiap cas penuh. Ia juga berupaya mencapai had laju sehingga 80km/j.


Secara peribadi, kelebihan pada motosikal elektrik ini pastinya pengguna tak perlu bimbang dengan kenaikan harga petrol RON95 kerana model ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan pastinya ianya mesra alam.

Namun ada beberapa faktor yang perlu difikirkan sebelum membeli motosikal ini seperti keupayaannya untuk ditunggang dalam jarak yang jauh, lokasi yang sesuai untuk mengecas jika berjauhan dari rumah dan tarif elektrik yang agak tinggi sekarang..

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Sejak akhir-akhir ini ramai betul yang tanya pihak admin bagaimana nak dapatkan tiket percuma menonton Maharaja Lawak Akhir (Final) live 24 June 2011 di Stadium Melawati Shah Alam.

Ada yang tanya melalui emel, ada yang tanya melalui formspring dan ada yang tanya melalui ruangan komen di Blog Aku Dan Sesuatu ini.

Inilah dia antara soalan yang ditinggalkan di ruangan komen :- 
Tak sangka memang ramai yang berminat nak dapatkan tiket ini. Maklumlah mungkin ada yang tak langgan Astro Warna dan tak mahu melepaskan peluang menonton Maharaja Lawak Akhir ini.

Apa-apapun inilah dia cara untuk dapatkan tiket menonton Maharaja Lawak Akhir (Final) secara live di Stadium Melawati :-


Apa yang penting sila like Astro Facebook fan club, sebab banyak info mengenai tiket Maharaja Lawak Akhir akan dimaklumkan dari masa ke semasa dalam fan club ini dan jangan lupa daftar di laman web Astrolife di www.astro.com.my/astrolife.

Mana-mana yang tak dapat tiket tu tak perlu bimbang sebab biasanya Astro akan menyediakan layar besar di luar Stadium Melawati. Tak pun tonton je di Astro Warna saluran 132 pada 24 June 2011 jam 10 malam. 

Kalau tak langgan Astro Warna bolehlah tonton di Youtube je tapi lambat sikit lah orang uploadnya...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~



Menurut Oh Artis, kartunis majalah Ujang telah meninggal dunia akibat stroke jam 7.45 petang 19 June 2011. Peminat majalah Ujang pasti kenal akan beliau ini kan yang sering tampil sebagai kartun berambut kerinting panjang berkaca mata.

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menaiki tangga apartment. Beliau di bawa ke PPUM untuk rawatan namun meninggal jam kira-kira 7.45 petang. 

Selain melukis Allahyarham Qayyum juga rajin menulis sehingga terpilih untuk menjadi editor majalah Ujang. 


Untuk makluman,kartunis Qayyum ini merupakan orang kampung saya. Dia merupakan adik kepada cikgu Bahasa Inggeris saya, Cikgu Abdul Halim. Rumah dia dekat dengan sekolah menegah saya. 

Antara karya Allahyarham Qayyum yang meninggal dunia akibat Stroke yang tidak dapat saya lupakan ialah beliau melukis port-port menarik di Raub untuk lepak. Bila baca, teringat zaman kanak-kanak dulu ketika lepak ponteng sekolah. Memang nostalgia habis...

Apa-apa pun Allahyarham sudahpun selamat dikebumikan di Kampung Batu Talam, Raub. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~~


Buat pertama kalinya trafik Blog Aku Dan Sesuatu telah dapat maintain 1000 unique visitors (UV) setiap hari. Kalau sebelum ini selalu juga dapat 1000 UV ini tapi bukan setiap hari. Hanya pada hari-hari tertentu sahaja. 

Antara penyumbang kepada prestasi memberangsangkan ini ialah Facebook share button dan Blogger Theme blog yang baru selain bantuan SEO. 

Sebelum ini pernah terbaca kalau pakai template yang disediakan oleh Blogger Theme ianya lebih mesra SEO dan dapat membantu menjana trafik berbanding Blogger Template yang di sediakan oleh Blogger.com


Kalau anda nak cuba pada blog anda bolehlah try. Tak rugi pun kalau try pakai Blogger Theme ni. Gambar di atas ini ialah graf pencapaian trafik Blog Aku Dan Sesuatu sebagai buktinya. 

Lagi satu, jangan lupa update meta tag blog anda. Letak blog description pada meta tag tu. Yang ini pun boleh membantu menaikkan trafik blog anda. 

Sekarang ni pihak admin target nak kekalkan prestasi ini iaitu sekurang-kurangnya 1000 UV setiap hari. Kalau boleh nak capai 10000 UV untuk seminggu. 

Bukan nak berbangga dengan jumlah trafik ni, cuma nak berkongsi sahaja dengan anda semua. Ilmu untuk di kongsikan bersama. Lagipun lagi banyak trafik, lagi banyak income yang anda akan dapat...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-0 LUBNAN

Perlawanan berakhir dengan seri 0-0. Permainan kedua-dua pasukan seimbang namun sedikit membosankan. Tak banyak gerakan yang berbahaya dilakukan. Apa-apa pun tahniah untuk skuad kebangsaan yang berjaya mengekang Lubnan dari menjaringkan gol.

Permainan Malaysia semakin bertambah baik dalam separuh masa kedua. Beberapa percubaan tepat ke arah gawang Lubnan dapat dilakukan terutamanya dari Gary Steven Robat, Fandi Othman dan Wan Zack Haikal. Namun begitu banyak percubaan dilakukan dari jarak jauh.

Pengadil meniupkan wisel menandakan separuh masa pertama tamat. Malaysia perlu memanfaatkan peluang yang ada selain mengelakkan hilang bola jika mahu menang dalam perlawanan ini.

Sepanjang 35 minit, masih belum ada percubaan yang boleh membawa gol untuk kedua-dua pasukan. Bola banyak berlegar di tengah padang. Walaubagaimanapun, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dilihat banyak menyelamatkan gawang Malaysia.

Pemainan telah dimulakan. 5 minit pertama, Malaysia masih gagal memasuki kotak penalti Lubnan. Stadium pula nampak kosong. Tak ramai penonton hadir.

Kedua-dua pasukan mula memasuki padang. Malaysia menggunaan jersi kuning hitam manakala Lubnan memakai jersi serba merah. Nampaknya pemain Lubnan memiliki tubuh yang lebih besar berbanding pemain Malaysia.

Berita selanjutnya akan menyusul...


PREVIOUS ENTRY


Sekali lagi peminat bolasepak tempatan pasti akan ternanti-nantikan keputusan @ result perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Lubnan live pusingan ke 2 1st leg kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang akan bermain di Stadium Camille Chamoun Sports City 19 June 2011.

Untuk rekod, dalam 2 perlawanan persahabatan skuad Olimpik negara tumpas 0-1 ke atas Kemboja dan tumpas 0-4 ke atas Qatar. Ini pastinya memberi tekanan ke atas jurulatih  Malaysia, Ong Kim Swee untuk mencatatkan kemenangan. 

Perlawanan timbal balik (2nd leg) akan di adakan di Stadium Nasional Bikit Jalil 23 June 2011 ini. Malaysia berada di tangga ke 138 ranking FIFA manakala Lubnan pula di kedudukan 169. Kalau ikut ranking, Malaysia mempunyai kelebihan. 


Inilah dia senarai pemain Olimpik Malaysia yang terpilih untuk perlawanan Malaysia VS Lubnan :-

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Muhd Zamir Selamat dan Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amer Saidin, Mahalli Jasuli, Mohd Affizie Faizal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd Zubir Azmi.

Tengah: Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Abdul Shukur Jusoh, Mohd Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Abu Bakar.

Penyerang: Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ferris Danial Mat Nasir.

Apa-apa pun jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan Malaysia VS Lubnan live pusingan ke 2 1st leg kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang akan bersiaran langsung di Astro Arena saluran 801 jam 10 malam ini (19 June 2011).

Keputusan @ result perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Lubnan akan di update di Blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~


Menurut laporan mStar, pelakon dan pelawak veteran, Zami Ismail,67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 10.30 pagi ahad 19 June 2011.

Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

Allahyarham yang popular dengan sitkom “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.


Allahyarham Zami Ismail yang meninggal dunia pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Zami Ismail... Al-Fatihah...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-0 MYANMAR

Keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Malaysia menang 2-0 ke atas Myanmar. Dalam separuh masa kedua Malaysia mendominasi permainan. Banyak peluang dihidangkan di hadapan gol tetapi gagal di manfaatkan oleh pemain Malaysia.

Malaysia melebarkan jurang kepada 2-0 hasil sepakan kencang Badrol Bahktiar pada separuh masa kedua minit ke 54 juga kesilapan pemain pertahanan yang cuba mengeluarkan bola tetapi sampai ke arah Badrol Bakhtiar.

Pengadil meniupkan wisel menandakan tamatnya separuh masa pertama. Kedudukan kekal dengan Malaysia mendahului 1-0 Myanmar. Malaysia menguasai bola 63% manakala Myanmar 37%.

Malaysia mendahului pada minit ke 27 hasil jaringan Amirulhadi Zainal hasil kesilapan pemain pertahanan Myanmar menanduk bola kepada Amirulhadi  lalu melepaskan sepakan menembusi gawang Myanmar.


Permainan seimbang antara kedua-dua pasukan pada 20 minit pertama. Namun begitu setakat ini sudah 2 kali gawang Malaysia nyaris dibolosi namun masih dapat diselamatkan.

Keadaan padang sedikit becak akibat hujan lebat melanda Kota Bahru. Ini sekaligus merencatkan sedikit permainan apabila bola kerap kali tersangkut dalam becak. 


Tepat jam 8.40 malam, kedua-dua pasukan mula masuk ke dalam padang. Malaysia menggunakan jersi biru putih manakala Myanmar pula jersi serba merah. Perlawanan akan bermula bila-bila masa sahaja.


PREVIOUS ENTRY 


Pastinya ramai peminat bolasepak tempatan ternanti-nantikan keputusan @ result Malaysia VS Myanmar live perlawanan persahabatan (friendly) bolasepak 18 June 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bahru, Kelantan. 

Perlawanan ini cukup penting untuk mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum bertemu Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun 2011 ini.

Skuad kebangsaan berdepan masalah di bahagian serangan untuk bertemu Myanmar kerana hanya mempunyai seorang penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya. Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakhri Saarani, Shahrizal Saad mengalami kecederaan sementara Safee Sali masih bersama kelabnya Pelita Jaya FC. 


Sementara itu, Myanmar akan menurunkan skuad muda berstatus Olimpik untuk menentang Malaysia. Ini bermakna Malaysia mempunyai kelebihan untuk menang. Tapi kalau menang pun tak bangga sangat lah kerana menentang skuad berstatus Olimpik.

Apa-apa pun jangan lupa saksikan secara langsung Malaysia VS Myanmar live perlawanan persahabatan bolasepak 18 June 2011 di Stadium Muhammed IV Kota Bahru, Kelantan. Kalau tak dapat tiket boleh tonton live di Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam.

Keputusan @ result perlawanan ini akan dikemaskini di blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Akhirnya Maharaja Lawak Astro sudah hampir ke penghujungnya di mana pada 24 June 2011 akan berlangsungnya Maharaja Lawak akhir (final) yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, selama 9 minggu Maharaja Lawak bersiaran dari Studio FINAS Hulu Klang. Minggu ke 10 Maharaja Lawak bersiaran dari Pulau Pinang, minggu ke 11 dari Kuantan dan minggu ke 12 dari Johor Bahru.

Inilah dia finalis @ peserta Maharaja Lawak Astro akhir (final) pada 24 June 2011 ini nanti :-
Seperti biasa peserta Maharaja Lawak akhir ini ditentukan berdasarkan undian penonton menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 50% dan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri (Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek) sebanyak 50%.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.


Seperti dijangka, R2 tersingkir di minggu ke 12 walaupun menampilkan lawak yang menghiburkan. Jambu juga turut tersingkir kerana menampilkan aksi kurang memberangsangkan namun pihak juri memberi imuniti lalu melayakkan Jambu ke peringkat akhir. 

Secara keseluruhan, persembahan paling kelakar pada minggu ke 12 ialah Sepah dalam segmen ke 2 bersama selebriti, Yassin Senario. Sepah melakonkan 'talkshow' Semanis Kurma di mana Jep Sepah meniru Ustazah Siti Norbahyah manakala Shuib meniru Ustaz Wan Akashah. 

Jom kita layan persembahan Sepah :-

                    

Apa-apa pun jangan lupa saksikan Maharaja Lawak akhir (final) live 24 June 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Kalau tak dapat tiket boleh tengok di Astro Warna saluran 132. Mana yang tak langgan Astro Warna tu boleh tengok di Youtube selepas videonya diupload. 

Agak-agaknya siapakah yang akan muncul pemenang @ juara Maharaja Lawak 2011 ini ya? Antara Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu yang mana pilihan anda  untuk muncul juara ?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget