Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Program Hati Rakyat 2013 yang melibatkan golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas akan dilancarkan bulan hadapan. 


Pengagihan bantuan Program Hati Rakyat 2013 akan digabungkan dengan program 1Azam kementerian bagi membantu golongan wanita yang ingin berniaga secara kecil-kecilan.


Inisiatif baru kerajaan ini dijangka dapat membela golongan itu mengikut keperluan masing-masing di bawah konsep jaringan keselamatan sosial.


Bantuan adalah dalam bentuk latihan, bantuan warga emas seperti lampin atau mungkin bantuan kerusi roda dan RM50 juta ini akan memperluaskan konsep jaringan keselamatan sosial sebagai satu lagi daripada usaha mengupayakan golongan ini. 


Nampaknya bantuan ini juga dibuat pada bulan Februari iaitu bulan yang sama BR1M 2.0 di agihkan. Yang pasti jentera kerajaan akan sibuk sepanjang bulan hadapan. Maklumlah semua bantuan perlu disalurkan kepada golongan sasar sebelum Pilihanraya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Sinopsis Filem Juvana 2013



Kali ini nak share dengan anda semua sinopsis filem Juvana 2013. Filem Juvana ini diangkat ke layar perak selepas kejayaan drama bersiri Juvana yang ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.


Sinopsis filem Juvana 2013 :-


Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.

Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.

Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.

Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.

Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.

Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.

Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.

Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu.

Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.

Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku, Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini.


Filem Juvana ini mula ditayangkan di pawagam bermula 24 Januari 2013. Dengar cerita filem ini dah mengaut RM 1.7 juta dalam masa 4 ari tayangannya.  Kepada yang masih belum menonton filem ini bolehlah ke pawagam yang berdekatan untuk menyaksikan sendiri filem ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



BREAKING NEWS


William Yau Sah Mati. Mayat William Yau ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang pada 24 Januari 2013. Willian Yau  dilaporkan hilang di Putra Heights pada 16 Januari lalu.


Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau adalah berdasarkan pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.


Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam 3 hari lagi untuk pengesahan lanjut.



Ibu bapa William sahkan seluar pendek, seluar dalam, parut di dahi serta di bahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka namun pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu.


Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Belum ada tanda-tanda lagi kematian ada kaitan dengan perbuatan jenayah. Walaubagaimanapun siasatan akan tetap dilaksanakan.


Semoga apa yang terjadi kepada mendiang Willian Yau ini dijadikan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana sana supaya sentiasa pantau pergerakan anak-anak kerana malang itu tidak berbau. Jangan tinggalkan anak anda tanpa pemerhatian yang sewajarnya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum Maulidur Rasul 2013 jatuh pada 24 Januari 2013 (khamis) dan cuti umum Thaipusam pula pada 27 Januari 2013 (ahad).


Disebabkan Thaipusam kali ini jatuh pada hari ahad (cuti hujung minggu) maka cuti umum Thaipusam akan di bawa ke 28 Januari 2013 (isnin). 


Ini bermakna kalau kita ambil cuti pada hari jumaat maka kita akan dapat cuti selama 5 hari (24 Januari - 28 Januari 2013). Memang best la ambil cuti 1 hari tapi dapat 5 hari cuti!


Kalau tak ambil cuti pada hari jumaat pun tak apa sebab khamis dan isnin akan cuti juga tapi rasa macam janggal pula kena bertugas selepas cuti sehari kemudian cuti pula pada hujung minnggu.


Kepada yang pulang ke kampung halaman sempena cuti ini atau mahu bercuti bersama yang tersayang, berhati-hatilah di jalan raya. Maklumlah bila ada cuti macam ni mesti jalanraya sesak... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 




LATEST UPDATE 



Gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB), di sini malam Jumaat.


Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.


Dalam pada itu, Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.


Kemunculan Johan telah menggamatkan stadium yang dihadiri oleh hampir 5,000 penonton.


Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.


Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.


Bagaimanapun Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik & Nabil) yang pernah bergelar naib juara MLM 2011 sebelum ini terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.


Manakala kumpulan tunggal dari Indonesia iaitu Saywho (Eko, Bocil & Vicha) berada di tempat kelima. Mereka mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.




Previous Entry

Keputusan Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2 2012 pada 18 Januari 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2012 ini akan menentukan siapakah yang akan membawa pulang RM500,000 sebagai juara.


Pentas MLM2012 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 18 januari 2012 pukul 10.30 malam.


Kepada yang tidak dapat ke stadium pula jangan risau, kerana anda masih boleh menonton siaran langsung MLM2012 di Astro Warna saluran 132  dan Mustika HD saluran 134.


Selain itu, bagi peminat-peminat MLM2012 di Singapura dan Brunei anda boleh saksikan aksi peserta-peserta akhir MLM2012 di www.astrogempak.com.my.


Jom kita terjah senarai finalis Maharaja Lawak Mega 2012 :-

  • Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
  • Jozan (Johan dan Zizan)
  • Jambu (Taukeh dan Yus)
  • Shiro (Shahrol dan Ajak)
  • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) 

Siapakah yang akan menang malam ini ya. Keputusan (result) Final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2 2012 pada 18 Januari 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus acara tamat... Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Pasti ramai yang nak tonton Maharaja Lawak Mega 2012 Final live streaming dan online kan. Maklumlah Maharaja Lawak Mega 2012 final ini adalah kemuncaknya pada 18 Januari 2013 ini.


Konsert mingguan Maharaja Lawak Mega 2012 Astro di tayangkan secara langsung (live) pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 16 November 2012 di saluran 132 Astro Warna dan Mustika HD saluran 134.


Bagi mereka yang mahu menonton secara live streaming Maharaja Lawak Mega 2012 Final, cuba klik pada pautan di bawah ini tetapi tiada jaminan anda dapat menonton sepenuhnya. Kalau dapat, itu rezeki anda  :-



Watch live streaming video from astrowarna at livestream.com


Siaran langsung final Maharaja Lawak Mega 2012 akan disiarkan di Astro Warna saluaran 132 dan  Astro Mustika HD (134) jam 10 malam 18 Jauari 2013.


Selain itu, bagi peminat-peminat MLM2012 di Singapura dan Brunei anda boleh saksikan aksi peserta-peserta akhir MLM2012 di www.astrogempak.com.my.


Bagi mereka yang tidak melanggan pakej Mustika, anda juga boleh tonton Maharaja Lawak Mega ini di Youtube. Tak perlu bimbang, pasti ada yang akan upload setiap persembahan peserta di Youtube. Cuma perlulah bersabar sedikit kerana ia memakan masa....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~


Tiket Final (Akhir) Maharaja Lawak Mega 2012 pada 18 Januari 2013 akan mula diedarkan. Inilah dia info tiket final (akhir) Maharaja Lawak Mega 2012 :- 

  • Tarikh: 18 Januari 2013
  • Tempat: Dataran MBJB (Dataran Bandaraya)
  • Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari
  • Jumlah Tiket: 1 bil - 2 tiket

Tiket Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir hanya terbuka kepada pelanggan Astro yang melanggan pakej Mustika sahaja. Sila bawa bil astro terkini beserta salinan kad pengenalan (pemilik asal akaun tersebut). Jika wakil yg membuat tuntutan tiket perlu membawa kedua-dua rujukan di atas.


Tiket ini diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Kalau tiket dah habis tengok di TV saja lah ye...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Harga Caj Parking Di Kuala Lumpur Selepas Diselaras



Harga bayaran caj parking di Kuala Lumpur selepas diselaras telahpun dimuktamadkan. Kadar caj bayaran parking  letak kereta di seluruh Kuala Lumpur diseragamkan mengikut zon dengan nilai siling yang ditetapkan mulai 15 Januari 2013.


Kadar caj bayaran letak kereta ditetapkan kepada 4 kategori iaitu parking dalam bangunan, kawasan terbuka atau kawasan lapang, milik hotel dan lain-lain kategori.


Manakala kawasan tempat letak kereta pula dibahagi kepada dua zon iaitu kawasan perancangan pusat bandar dan kawasan perancangan luar pusat bandar.


Jom kita terjah harga bayaran caj parking di Kuala Lumpur selepas diselaraskan :- 


Kadar siling caj letak kereta mengikut jam yang dibenarkan di kawasan perancangan pusat bandar adalah untuk jam yang pertama :-

  • RM3 hingga RM6 (dalam bangunan)
  • RM3 hingga RM5 (kawasan lapang)
  • RM4 hingga RM8 (hotel) 
  • RM3 hingga RM6 (lain-lain kategori).

Bagi kawasan perancangan luar pusat bandar; jam yang pertama :-


  •  RM1 hingga RM4 (dalam bangunan)
  •  RM1 hingga RM3 (kawasan lapang)
  •  RM3 hingga RM5 (hotel) 
  •  50 sen hingga RM2 (lain-lain kategori)

Bagi tiap-tiap jam berikutnya, caj dibenarkan antara RM1 hingga RM2 untuk semua kategori. Penggunaan letak kereta di bawah 15 minit bagi mana-mana kawasan dan kategori adalah percuma.

   
Harga caj bayaran parking motorsikal adalah sekali masuk (per entry) dengan caj siling antara RM1 hingga RM2 manakala bagi kawasan di luar perancangan pusat bandar adalah tidak melebihi RM1.


Bagi operator letak kereta yang melaksanakan kadar rata (flat rate) di kawasan perancangan pusat bandar, caj siling ialah antara RM5 hingga RM10, tertakluk  kepada bayaran maksimum tidak melebihi RM20 sehari. 
 

Bagi kawasan di luar perancangan pusat bandar, kadar 'flat-rate' dibenarkan ialah RM1 hingga RM5, tertakluk kepada bayaran maksimum tidak melebihi RM15 sehari.


Bagus juga bila caj parking ini diselaraskan. Sekurang-kurangnya dapat kita membuat bajet untuk parking jika ingin membawa kereta masuk ke bandar Kuala Lumpur selain dapat membendung operator parking mengenakan caj yang menindas pengguna....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) 2013



Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) 2013 telah pun dilancarkan. Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu 500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen.


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu


Antara objektif program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilancarkan adalah untuk :-

  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Antara keistimewaan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) ini ialah :-

  • Menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 % lebih rendah daripada harga biasa.
  • Yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya semula,

Jom kita terjah antara syarat-syarat penyertaan program ini :-

  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja.
  • Sihat tubuh badan.
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')
  • Bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
  • Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.


Untuk pendaftaran, sila klik pada link ini www.bl1m.my (pendaftaran dibuka selepas BL1M ini dilancarkan)
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888.


Bagus juga ada program sebegini yang mampu membantu gologan yang berpendatan rendah memiliki lesen memandu secar sah dengan kadar yang berpatutan. Kalau berjaya profram ini elok juga diperluaskan untuk mendapatkan lesen kereta pula....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Bantuan khas persekolahan RM100 diberikan mulai 15 januari 2013. Bantuan khas persekolahan RM100 yang diumumkan dalam Bajet 2013 ini akan diberikan terus kepada ibubapa secara berperingkat.


Ini bermakna ibubapa akan menerima duit ini terus dari pihak sekolah tanpa menolak hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Untuk rekod, dalam Bajet 2013 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah peruntukan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

   
Bantuan sekolah kali kedua yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.


Walaupun sesi persekolahan telah bermula seminggu yang lalu namun bantuan persekolahan ini pastinya dapat membantu dalam menyempurnakan beberapa lagi keperluan tambahan yang lain seperti membayar tambang bas sekolah. dan lain-lain.. Kepada ibubapa diluar sana, diharapkan anda sabar menunggu surat dari pihak sekolah untuk mengambil duit bantuan ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



KEPUTUSAN TERKINI :


Manchester United 2-1 Liverpool    (Fulltime)
  • Manchester United : Robin Van Persie (19'), Nemanja Vidic (54')
  • Liverpool : Daniel Sturridge (57')

Arsenal 0-2 Manchester City    (Fulltime)
  • Manchester City : James Milner (21'), Edin Dzeko (30')


PREVIOUS ENTRY


Keputusan Manchester United VS Liverpool dan Arsenal VS Manchester City live 13 Januari 2013 English Premier League akan diketahui malam ini apabila 2 perlawanan yang menjadi tumpuan ini berlangsung.


Siaran langsung (live) pelawanan Manchester United VS Liverpool yang berlangsung di Stadium Old Trafford akan bermula jam 9.30 malam dan dapat ditonton di saluran 812 Astro ESPN.


Manakala siaran langsung (live) pelawanan Arsenal VS Manchester City yang berlangsung di Stadium Emirates akan bermula jam 11.55 malam dan dapat ditonton di saluran 817 Astro Super Sports 3. 


Untuk menonton secara live streaming perlawanan  Manchester United VS Liverpool dan Arsenal VS Manchester City sila klik pada pautan ini  http://www.streamhunter.eu/


Keputusan (result)  Manchester United VS Liverpool dan Arsenal VS Manchester City live 13 Januari 2013 English Premier League (Liga Perdana Inggeris) akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP) 2012



Senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP 2012) telahpun diumumkan. Senarai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP) 2012 ini dimuktamadkan berdasarkan undian peminat dari borang yang diisi dalam Berita Harian.


Anugerah Bintang Popular 2012 akan berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam dengan tema Ledakan Geometri.


Jom kita terjah senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP 2012) :


Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq &Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As’ari

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura


5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsurdin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak


Tahniah kepada semua yang tercalon. Selamat maju jaya!




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Perdana Menteri telahpun melancarkan Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) dengan terbitan sukuk runcit DanaInfra iaitu dana sulung DanaInfra Nasional Bhd. Sukuk DanaInfra ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Jaunari 2012.


Mungkin ada di antara kita yang tak tahu apa itu Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) kan. Sebenarnya ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk yang disenarai dan diniagakan di pasaran saham. ETBS diterbitkan sama ada oleh syarikat atau kerajaan (penerbit) untuk mengumpul dana bagi keperluan mereka. ETBS mempunyai pelbagai struktur seperti kadar tetap, kadar terapung dan hibrid


Dana dari terbitan sulung ETBS DanaInfra akan digunakan bagi membiayai projek MRT Kajang - Sg.Buloh di mana RM300 juta diperuntukkan oleh DanaInfra Nasional untuk pelabur runcit melalui ETSB dibuka kepada orang ramai. 


Sedikit sebanyak tentang sukuk runcit DanaInfra :

  • Kadar pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000. 
  • Kadar keuntungan minimum adalah 3.7% setahun. 
  • Berlandaskan prinsip syariah dan dijamin kerajaan.
  • Tempoh sukuk adalah 10 tahun.
  • Pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan utama negara
  • Pulangan akan ditetapkan terlebih dahulu dalam bentuk kupon dan akan dibayar secara berkala. 

Menurut sumber, bank yang menawarkan sukuk runcit DanaInfra ini ialah Maybank, CIMB Bank, Ambank dan RHB Bank. Kepada mana-mana pihak yang berminat nak melabur dalam dana ini bolehlah dapatkan informasi dari bank-bank tersebut atau klik pada pautan ini Risalah Sukuk Runcit DanaInfra.


Setuju dengan Sharinginfoz di mana dividen Amanah Hartanah Bumiputera (6.5%), Tabung Haji (6% lebih) dan Amanah Saham Bumiputera (8.9%) adalah lebih tinggi dari dana ini namun kadar keuntungan 3.7% adalah kadar minima. Kadar keuntungan sebenar akan dimaklumkan pada atau sebelum penyeneraian sukuk ini. 


Semoga dengan adanya sukuk ini, dapatlah memberi pilihan dan meyakinkan orang ramai khususnya pelabur beragama Islam untuk memilih melabur dalam instrumen yang berlandaskan Syariah ini...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH


Juara Lagu ke 27 :- Aizat - Terukir Di Bintang (Lagu & Lirik :Yuna)

Tempat ke 2 AJL 27 : - Azlan & The Typewriter - Idola (Lagu : Audi Mok, Lirik : Azlan)

Tempat ke 3 AJL 27 : Hafiz - Ku Akui (Lagu & Lirik : Ajai)

Vokal Terbaik AJL 27 : Hafiz - Ku Akui

Persembahan Terbaik AJL 27 : Black & RJ - Teman Pengganti


PREVIOUS ENTRY


Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 6 Januari 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 27) bakal menyaksikan pemenangnya bakal membawa pulang RM35000. 


Anugerah Juara Lagu (AJL 27) ini dipancarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam dan boleh ditonton di TV3.


Untuk menonton secara live streaming Anugerah Juara Lagu (AJL 27), sila klik pada pautan ini http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl27/livestreaming/.


Inilah dia senarai lagu yang bertanding :-


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat


4. Terukir Di Bintang
Artis : Aizat (Penyanyi asal : Yuna)
Komposer, Penulis Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan


11. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah


Keputusan (result) pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 6 Januari 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus acara tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL 27). Just nak share dengan anda live streaming Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 6 Januari 2013 manalah tau kan ada di antara kita tak dapat menonton di TV.


Untuk menonton secara live streaming, sila klik di pautan ini : 



Siaran langsung Anugerah Juara Lagu (AJL 27)di bawakan dari Stadium Putra Bukit Jalil ini akan disiarkan di TV3 jam 9 malam. Tema AJL 27 ini ialah Gabungan Seni dan Muzik. 


Jom kita terjah senarai lagu yang bertanding :-


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat


4. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan


11. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah


Untuk rekod, lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Lagu ke 26. Untuk kali ini lagu manakah yang bakal di nobatkan Juara Lagu ke 27 ya? Hmmm....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~




KEPUTUSAN TERKINI :-


Kelantan 1-1 ATM (Penalti 3-4)

  • Kelantan : Indra Putra (56')
  • ATM : Irwan Fadli Idrus (84')

Keputusan Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 menyaksikan ATM menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menang ke atas Kelantan menerusi sepakan penalti 3-4 selepas kedudukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.


Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.


Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.


Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.


Barisan pemain:

KELANTAN: Mohd Syazwan Yusof, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairo Anuar Zailani (K. Nanthakumar), Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Zamri Ramli),
Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Mohd Norfarhan Muhammad, Keita Mandjou.
 
ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin (Marlon Alex James), Irwan Fadzly Idrus, Mohd Fainizam Nordin (Syazuan Hazani), K. Reuben, Muhd Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya (R. Surendran), Bruno Sebastian Martelotto, Hairuddin Omar, Venice Elphi A/K Danny Kaya, Mohd Fitri Omar.
 

Pengadil: Mohd Amirul Izwan Yaacob



Previous Entry


Keputusan Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Kelantan VS ATM Piala Sumbangsih ini amat penting memandangkan kedua-dua pasukan mahu memenangi piala ini.


Untuk rekod, Kelantan ialah juara treble musim lalu apabila memenangi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA manakala ATM ialah Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia.


ATM pastinya mahu membalas dendam atas kekalahan 3-2 ke atas Kelantan pada Final Piala Malaysia musim lalu manakala Kelantan mahu memenangi piala ini untuk muncul pasukan yang memenangi 4 piala sekaligus.


Siaran langsung Kelantan VS ATM Piala Sumbangsih akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 9 malam. Jika ada live streaming nanti saya akan share kan di sini nanti.


Keputusan (result) Kelantan VS ATM live Piala Sumbangsih 5 Januari 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Jersi Baru Kelantan Musim 2013



Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 telahpun dilancarkan. Jersi baru pasukan kelantan musim 2013 dilancarkan di dewan utama Kelantan Trade Centre di Kota Bharu baru-baru ini dalam Majlis Pelancaran Jersi dan barangan Rasmi Kelantan.


Kali ini terdapat 10 penaja rasminya untuk musim ini iaitu syarikat prabayar terkemuka Negara Hotlink Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.


Warna merah putih masih dikekalkan sebagai warna rasmi The Red Warriors ini. Jom kita lihat dengan jelas jersi baru pasukan Kelantan 2013 ini :-



Jersi utama (home kit)



Jersi kedua (Away kit)


Apa pendapat anda mengenai jersi baru Kelantan ini ? Cantik tak ? Secara peribadi, memang ada style jersi baru ini cuma rasanya terlalu banyak logo penaja pada jersi ini. Macam semak sikit. 


Cabaran utama pasukan Kelantan ialah mempertahankan kejuaraan treble musim lepas setelah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang memilih untuk berhijrah ke pasukan baru. 


Apa-apa pun All The Best buat pasukan Kelantan untuk musim 2013 ini !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 



BREAKING NEWS


Akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian telefon pintar (Smartphone) untuk mendapatkan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2013.   


Ini bermakna belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.




Namun selepas mendapat kecaman dan sindiran pelbagai pihak akhirnya kerajaan menetapkan tiada had harga pembelian smartphone untuk mendapatkan rebat RM200 ini.




Pemberian rebat RM200 ini berdasarkan pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
   
Syarikat-syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.


Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjaya Komunikasi Malaysia  iaitu di www.skmm.gov.my
 



Untuk rekod, sudah hampir 8000 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka pada 1 Januari 2013.


Nampaknya nak tak nak kerajaan perlu mendengar juga pendapat golongan belia hari ini mengenai isu yang berbangkit. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Buruk padahnya jika mana-mana parti politik menongkah arus kehendak dan kemahuan golongan muda masa kini.
   

Kepada belia yang ingin mendapatkan rebat RM200 ini saya nasihatkan buat pilihan yang bijak sebelum membeli smartphone ini. Belilah berdasarkan kemampuan masing-masing. Jangan sampai beli smartphone mahal-mahal boleh kemudian hari-hari ikat perut sebab duit dah abis beli smartphone... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Insentif, Program, Dasar Kerajaan & Peristiwa Penting 2013



Tahun 2012 sudah pun melabuhkan tirainya dan menjadi sejarah. Kini tahun 2013 pula menjelma dan bakal menentukan keberlangsungan Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju pada 2020.


Banyak perubahan yang dilakukan kerajaan untuk mencapai cita-cita itu.  Berikut adalah pelaksanaan beberapa insentif, program,dasar kerajaan, dan peristiwa penting yang akan berlaku tahun 2013.

  • Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan berlangsung sebelum akhir Jun. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ketika PRU13 ialah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal telah diwartakan pada 13 Februari lalu. Ia sebahagian daripada 22 perkara dikemukakan oleh PSC
  • Ekoran pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), pelajar pusat pengajian tinggi boleh bertanding dalam PRU13
  • Pelan Pembangunan Pendidikian Malaysia akan dikuatkuasakan. Ia akan dibawa kepada Kabinet pada Januari 2013.
  • Akta Kebankrapan 1967 mungkin dipinda ekoran permintaan Pemuda Umno pada perhimpunan tahunan akhir November 2012
  • Pembayaraan BR1M 2.0 mulai bulan Februari 2013.
  • Rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G mulai 1 Januari 2013.
  • Pelaksanaan gaji minimum di seluruh negara RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Had usia persaraan sektor swasta iaitu 60 tahun, dinaikkan dari 55 tahun dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2013
  • Insurans bas sekolah untuk 1.5 juta pelajar sekolah
  • Diskaun bayaran pemprosesan pasport untuk kanak-kanak dan warga tua
  • Kerajaan sediakan RM50 juta bagi tempoh empat tahun, bermula tahun ini, bagi persiapan program Road to Rio - Sukan Olimpik Brazil pada 2016
  • Rebat tunai RM10,000 dan subsidi dua peratus kepada pengusaha bas sekolah untuk pinjaman penuh menggantikan bas sekolah lama berusia lebih 25 tahun
  • Pengagihan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100
  • Pembinaan 20,000 unit rumah generasi baru Felda
  • Pencarum KWSP dibenar keluar RM3,000 untuk tunai haji
  • Bayaran insentif khas RM200 sebulan kepada 25,708 pegawai dan anggota tentera
  • Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara dijangka membentangkan laporan tahun ini
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, yang ditubuhkan pada 1 Jun lalu, juga akan mengemukakan laporan
  • Jawatankuasa Khas yang membuat kajian berhubung langkah mengenal pasti negeri-negeri layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung juga dijangka bentang laporan
  • Lebih 90,000 pelajar asing di institusi pengajian tinggi diwajibkan sekurang-kurangnya menguasai bahasa Melayu untuk berkomunikasi mulai tahun depan



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget