Ramai yang dah tahu Google telah melancarkan Google+ iaitu sebuah laman web sosial untuk menamatkan dominasi Facebook.
Google+ ini masih baru lagi dan buat masa ini hanya penduduk di US dan UK sahaja yang mendominasi penggunaannya.
Di Malaysia masih tidak ramai yang mempunyai akaun Google+ ini. Mungkin ramai yang masih selesa dengan Facebook dan tunggu apabila Google+ dah jadi trend di Malaysia barulah mereka akan join.
Sebenarnya banyak kelebihan Google+ berbanding Facebook. Terdapat beberapa sebab bagi pengguna untuk berubah dari Facebook ke Google+. Antaranya ialah :-
1. Penggunaan Aplikasi-aplikasi Google Lain
Antara sebab besar mengapa Google mahu pengguna mula menggunakan Google+ adalah integrasi. Google+ membolehkan anda mencari segala apa yang terdapat pada Google+ (status, mesej, video dan dokumen) dan anda juga boleh berkongsi maklumat bersama rakan-rakan tanpa perlu keluar daripada Google. Dengan adanya Google+, pengguna tidak lagi perlu menukar atau mencari bagi masuk ke laman sosial (Facebook) lain.
2. Pembahagian Rakan-rakan Yang Lebih Teratur
Dengan menggunakan kaedah ‘Circle’, pembahagian rakan-rakan adalah lebih teratur dan sama seperti di luar. Kita selalunya mempunyai ramai rakan, dan cara kita berkomunikasi dengan mereka berbeza menurut kumpulan-kumpulan tertentu. Perkara yang diperkenalkan oleh Facebook bagi kaedah ini, ‘Facebook Group’, ia juga membolehkan anda membahagikan rakan-rakan anda, tetapi jika mahu dibandingkan dengan Google+, Facebook Group kelihatan agak rumit.
3. Aplikasi Telefon Bimbit Yang Lebih Baik
Jika anda pengguna Android, penggunaan Google+ bagi aplikasi telefon bimbit membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan senang. Walaupun aplikasi tersebut boleh dikatakan sudah memadai, Google masih mencari cara-cara yang lebih baik bagi memudahkan pengguna Android untuk menggunakan aplikasi tersebut. Google berharap agar pengguna Android yang menggunakan laman web mereka adalah antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi Facebook, juga mempunyai aplikasi bagi pengguna telefon, namun aplikasi yang sedia ada agak sukar untuk digunakan.
4. Lebih Mudah Untuk Cari dan Kongsi
Butang ‘Sparks’ pada Google+ adalah antara ciri utama yang menunjukkan perbezaan dengan Facebook. Spark membolehkan pengguna membuat carian dan berkongsi dengan rakan-rakan (sesuatu yang tiada pada Facebook). Ini kerana Facebook tidak mempunyai sebarang laman carian, pengguna harus meninggalkan laman tersebut dan mencari data yang boleh dikongsi atau tunggu rakan-rakan mereka untuk berkongsi maklumat tersebut.
5. Anda Boleh Dapatkan Semula Data Anda
Antara masalah yang terdapat pada Facebook sering dikaitkan dengan data peribadi. Anda dipaksa untuk menunjukkan beberapa data peribadi anda untuk umum (satu contoh), dan untuk menghapuskan profil Facebook anda adalah sesuatu yang agak sukar. Google pula, membuatkan anda mudah untuk menghapuskan semua data yang telah dibuat pada Google+ dan terus hapuskan akaun anda. Ini dilakukan dengan menggunakan sesuatu yang terdapat dalam Google+ yang dikenali sebagai ‘Data Liberation.’ Dengan hanya beberapa klik, anda boleh memuat turun segala data yang terdapat pada Picasa Web Albums, Google profile, Google+ stream, Buzz dan contacts anda.
6. Photo Tagging Yang Lebih Baik
Apabila anda memaparkan gambar di Google+, anda boleh ‘tag’ rakan-rakan anda, sama seperti Facebook. Anda hanya klik pada mana-mana bahagian gambar tersebut dan kemudiannya tulis nama rakan anda. Namun, perbezaan besar yang terdapat pada Google+ adalah apabila anda ‘tag’ rakan anda, Google akan memberitahu: ‘Tag’ ini akan diberitahu kepada rakan anda. Mereka boleh melihat gambar yang telah di’tag’ dan juga album gambar tersebut terlebih dahulu. Berlainan dengan Facebook di mana ianya tidak memberitahu pengguna terlebih dahulu jika mereka telah di’tag’ (lebih-lebih jika mereka di’tag’ pada gambar yang kurang menyenangkan).
7. Penggunaan Group Chat Yang Lebih Stabil
Google+ mampu mengatasi Facebook dari segi chat. Membentuk kumpulan untuk chat video dengan menggunakan ‘Hangout’, ianya lebih mudah untuk dikendalikan dan menjadikan laman sosial sesuatu yang meriangkan. Pada masa yang sama juga, penggunaan aplikasi telefon bimbit ‘Huddle’ (Android) membolehkan pengguna melakukan group text chat. Sesuatu yang tiada dalam Facebook.
8. Perkongsian Maklumat Yang Lebih Selamat
Privasi adalah sesuatu yang amat penting bagi laman sosial. Maklumat yang dipaparkan perlu mempunyai kadar privasi tertentu dan bukannya privasi yang dilakukan untuk semua. Google sedar akan perkara ini dan mereka telah mengadaptasikan perkara ini dalam Google+. Contoh, jika seseorang itu mahu berkongsi gambar atau artikel-artikel tertentu, mereka boleh memilih rakan-rakan tertentu tentang gambar atau artikel yang hendak dikongsi.
9. Google Mampu Menjaga Data Peribadi Dengan Lebih Berkesan
Perkara yang penting bagi laman sosial adalah penjagaan data peribadi. Facebook masih lagi baru dan telah membuktikan bahawa mereka mampu pergi lebih jauh. Namun, mereka tidak begitu menjaga data peribadi pengguna. Google pula, lebih matang berbanding Facebook dan mempunyai pengalaman yang lebih luas serta laman yang boleh dipercayai. Hingga kini, Google semestinya tidak lari daripada cogan kata mereka, ‘Jangan Jadi Jahat’ (Don’t Be Evil).
Secara peribadi, belum menjadi keperluan bagi admin untuk membuka akaun Google+ ini kerana admin bukanlah 'kaki' laman sosial. Perlu di ingat tak semua perkara boleh kongsikan di laman sosial. Anda perlu bezakan yang mana privasi dan yang mana anda boleh kongsikan bersama rakan-rakan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~