Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Produk 3 in 1 Membahayakan Kesihatan ?


(Gambar Hiasan)


Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.


Jika ambil produk ini sekali sekala tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah.


Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).




Individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis di nasihati supaya mengawal pengambilan gula bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.


Dalam kes ini kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam. Betul tak?


Adios~~~~

Kenduri Arwah Atok Kami



Baru-baru ini aku berkesempatan pulang ke kampung halaman setelah agak lama tak pulang ke kampung. 


Tak sangka pula family sudah merancang mengadakan kenduri Arwah atok kami (Allahyarham Haji Mat Adan Bin Mat Lela) yang meninggal dunia kira-kira 8 bulan yang lepas. 


Anggaran ada dalam 70 orang yang menghadiri kenduri ini. Mereka ini adalah jemaah dari Masjid Sempam Baru, Raub. Majlis bermula selepas solat isyak.


Apa-apa pun ini adalah kenangan yang sempat dirakam semasa kenduri ini :- 










Memang seronok buat kenduri. Inilah masanya nak berjumpa kembali saudara-mara yang lama tak bersua. Kalau jumpa pun pada Hari Raya sahaja.


Terima kasih kepada yang sudi hadir bagi sama-sama menghadiahkan tahlil kepada Allahyarham. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua..


Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Mat Adan Bin Mat Lela...


Adios~~~~

Pendidikan Percuma Untuk Kakitangan Kerajaan ?



Baru-baru ini terdapat cadangan kepada kerajaan agar membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.


Dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.




Secara peribadi, cadangan ini baik. Bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran kakitangan kerajaan bahkan ini adalah salah satu cara kerajaan membalas jasa kakitangan kerajaan.


Tetapi alangkah baiknya jika peruntukan itu diperuntukkan untuk golongan miskin dan anak yatim yang mencapai keputusan cemerlang tetapi gagal menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Betul tak ?


Adios~~~

Penjaga Gol Paling Relax Di Piala Dunia 2010



FIFA sudah mengumumkan Iker Casillas (Sepanyol) sebagai pemenang Adidas Golden Glove sepanjang Piala Dunia 2010 ini. 


Di sini aku nak tambah 1 lagi anugerah khas buat penjaga gol paling relax sepanjang kejohanan ini. Pemenangnya ialah Vincent Enyeama yang beraksi untuk Nigeria.


Kenapa aku memilih si Enyeama ini? Nak tahu mengapa? Jom kita terjah sama-sama gambar di bawah ini :-








Walaupun pasukan lawan sudah hampir dengan kotak penalti tetapi si Enyeama ini masih lagi bersandar kepada tiang gol seperti tidak berbuat apa-apa kan.


Untuk rekod, si Enyeama ini sudah melepaskan 5 gol dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan. Mungkin ini padahnya apabila terlalu relax di gawang gol..


Adios~~~

Poligami Bukan Cara Kawal Nafsu ?



Menurut beberapa ilmuan agama dan undang-undang, poligami tak semestinya boleh menyelesaikan masalah nafsu seorang lelaki, kerana Islam tidak menyatakan poligami penyelesaian kepada kesukaran golongan Adam mengawal nafsu.


Sepatutnya lelaki yang berdepan masalah itu perlu mengikut hukum yang menetapkan supaya berpuasa, mengamalkan zikir dan memperbanyakkan amalan kerana cara ini mampu melemahkan nafsu serakah selain godaan syaitan.




Kalau terdapat kes suami 'makan luar' atau 'haruan makan anak' hendaklah  diperiksa latar belakangnya dari segi solat dan amalannya yang menyebabkan dia berbuat demikian. Kalau dia memang tergamak melakukan perkara itu bermakna perkahwinan itu semata-mata memuaskan nafsu.


Sepatutnya, apabila sudah mempunyai empat isteri, kita hendaklah berpuasa, banyakkan amalan dan berzikir kerana ini yang mampu melemahkan sedikit nafsu, Apa yang penting kita hendaklah berbalik kepada hukum.


Adios~~~~

FDI Malaysia Catatkan Penurunan ?



Menurut laporan Malaysiakini, Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia mencatatkan penurunan pada tahun lalu.


Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008.


Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.




Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.


Prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.


Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.




Sebaliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.


Di dapati Malaysia mempunyai banyak sumber untuk di labur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang baik. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.


Halangan utama adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah. Oleh itu di harapkan pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dan menarik kembali pelabur asing ke Malaysia


Adios~~~~

Buku Dah Naik Harga ?



Semester baru untuk student universiti baru sahaja bermula. Biasanya persiapan yang akan di lakukan oleh student ialah memilih subjek yang akan di ambil dan membeli buku teks. 


Aku jua tak ketinggalan melakukan persiapan. Mula-mula beli buku. Beli buku sekali gus. Takut habis stok. Macam sem lepas. Terpaksa tebal muka pinjam buku dari budak perempuan untuk di photostat. Malu betul ! 


Sekarang ni mahal betul buku. Anggaran 1 buku dalam RM 80. Mahal ni. Dulu dalam RM 75 sahaja ! Adakah kerana harga minyak naik, harga buku juga di naikkan?   




Menurut penjual, harga buku adalah berdasarkan ketebalan buku. "Buku untuk Master level mana ada yang nipis-nipis dik". Yang hairannya buku sem lepas pun sama tebal tapi tak de sampai RM 80 sebuah buku !


Apa-apa pun buku yang di jual di universiti masih di anggap murah jika dibandingkan yang dijual di luar sana. Silap-silap boleh mencecah RM 200 untuk sebuah buku. 


Nak tak nak terpaksa la jua beli buku untuk rujukan. Kalau tak susah nak belajar. Berkorban untuk masa depan yang gemilang. Bila buku dah mahal maka menu makanan turut berubah kepada :- 



   
Sekurang-kurangnya menu ini mendidik kita supaya lebih bersedia menahan lapar ketika bulan Ramadhan nanti. Betul tak ? Apa-apa pun selamat maju jaya kepada semua students untuk semester baru ini..


Adios~~~~  

Segmen Jom Karaoke : Black - Sofea Jane



Menjelangnya hari ahad bermakna Segmen Jom Karaoke akan menghiasi ruang blog ini. Ini adalah minggu ke 6 segmen ini disiarkan.


Maklumlah 5 hari kita sibuk dengan urusan harian kini masanya untuk kita berhibur pula.


Lagu pilihan penerbit pada minggu ini ialah lagu nyanyian Black - Sofea Jane. Lagu ini sekarang memang tengah meletup di corong-corong radio. Part Black tarik tu memang sedap di dengar.


Jom sama-sama kita layan lagu ini :-






Lirik :-



Black - Sofea Jane


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki


Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti


Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri


Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu 'tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti


Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti


Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri



Semoga kalian semua terhibur. Segmen ini juga terbuka kepada semua. Kalau ada lagu nak request jangan malu-malu nak minta. InsyaAllah permintaan anda akan disiarkan pada minggu hadapan..


Adios~~~

Jom Makan Di Anjung Selera Giant Bandar Kinrara



Segmen Jom Makan-Makan kali ini membawa anda ke Foodcourt Anjung Selera Giant Bandar Kinrara. Tagline untuk foodcourt ini ialah 'segala makanan kegemaran di sini'.


Banyak kedai di dalam foodcourt ini. Makanan cina, melayu, thailand, korea...semua ada di sini. Pilih sahaja kedai mana yang menjadi pilihan.




Ini pula makanan yang kami order :-




Yang ini adalah nasi goreng ayam claypot. Memang favorite saya . Saya bagi rating 6.5 out of 10 sebab kuah dia masin sikit.




Yang ini pula mee sizzling. Makan pula dengan telur separuh masak. Memang sedap juga tapi kuah dia macam masam sikit. Oleh itu rating saya bagi 7 out of 10.




Yang ini pula nasi paprik kalau tak silap. Nama betul dia dah lupa lak. Yang specialnya nasi ni sebab ada ayam dan telur separuh masak dan kuahnya seakan-akan kuah mee sizzling. Oleh itu rating untuk nasi ini saya bagi 7 out of 10 juga. Itu pun sebab susah nak makan nasi di penuhi air. 




Untuk air, kami order air bandung cincau. Memang kaw habis. Nak bagi 8 out of 10. Itu pun sebab ais dia banyak sangat. Sejuk tulang sum-sum.


Secara purata harga makanan sekitar RM5 dan air pula RM2. Memang berpatutan. Kalau anda singgah di Bandar Kinrara ini bolehlah singgah di Giant untuk mencuba makanan di sini.


Adios~~~~

Cari Hartanah Untuk Pelaburan ?



Kaji selidik yang dijalankan oleh iProperty.com, bagi separuh pertama tahun ini menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia mencari hartanah bagi pelaburan.


Daripada 500 responden, 47% merancang untuk membeli rumah manakala 31% adalah pelabur yang mahu mengembangkan portfolio kewangan mereka dengan hartanah.




Kaji selidik itu menunjukkan motivasi untuk melabur bagi pendapatan sewa turun pada 2010 manakala pelaburan hartanah bagi pertumbuhan modal meningkat. Peningkatan ini dikaitkan dengan kenaikan harga hartanah. 


Kaji selidik ini menunjukkan bahawa harga hartanah yang meningkat akan menjanjikan pulangan sewa yang lebih baik dan keuntungan jualan semula yang tinggi.


Sekarang ini kita dapat lihat ramai pembeli dan pelabur rumah beralih kepada hartanah mewah sebagai satu kaedah untuk meraih keuntungan daripada peningkatan modal dan mengembangkan portfolio kewangan mereka. Anda bila lagi?


Adios~~~

Kesan Produktiviti Pekerja Sepanjang Piala Dunia 2010



Secara purata setiap majikan di negara ini kehilangan sebanyak 46 hari bekerja sepanjang tempoh sebulan Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, mulai 11 Jun hingga 11 Julai lalu.


Jumlah ini bersamaan sebanyak 368 jam bekerja atau 1.2% berbanding 330 jam (1.08%), peningkatan sebanyak 5 hari kehilangan waktu bekerja yang pernah direkodkan semasa perlawanan sama di Jerman pada 2006. 


Kajian yang di jalankan oleh Persatuan Majikan Malaysia (MEF) ini mengenai kesan Piala Dunia 2010 ke atas produktiviti pekerja mendapati 62 % respond menjangkakan akan terdapat kesan negatif terhadap produktiviti mereka. 




Kehilangan hari bekerja itu berlaku kerana ponteng kerja, cuti sakit, datang lambat serta berlaku lebih banyak kesilapan dalam kerja kerana faktor mengantuk dan letih.


Terdapat 450,000 syarikat yang aktif dan mendaftar di negara ini, kalau masing-masing kehilangan 46 hari bekerja, bermakna seluruh ekonomi negara kehilangan hari bekerja sebanyak 20,700,000. 


Memang kesan ini merugikan negara dalam jangka masa panjang. Apa-apa pun Piala Dunia sudah tamat jadi di harapkan pekerja di Malaysia ini dapat meningkatkan produktiviti untuk memajukan negara..


Adios~~~~ 

Yossi Benayoun Ke Chelsea, Joe Cole Ke Liverpool



Nampaknya bekas pemain sayap Liverpool ini telah pun di sambar oleh Chelsea. Ini merupakan pembelian terbaru Carlo Ancelloti untuk musim 2010/2011.


Dengan yuran perpindahan sekitar 6 Million Euro, Benayoun yang berusia 30 tahun di jangka akan mengisi tempat yang akan di tinggalkan oleh Micheal Ballack dan juga Joe Cole.



Setelah Chelsea melepaskan Joe Cole, pemain ini pantas di sambar Liverpool secara percuma untuk mengisi kekosongan yang di tinggalkan Benayoun.    


Ini adalah pemain kedua yang di bawa ke Anfield setelah Roy Hogson membawa Milan Jovanovic dari Standard Liege untuk memperkuatkan jentera serangan.  


P/S :- Apa pula perkembangan kelab lain ya? Mampukah MU mendapatkan Wesley Sneidjer? Dapatkan Tottenham Hotspur menandatangani Diego Forlan? Sama-sama kita tunggu...


Adios~~~~

Terima Kasih Peng'komen' Semua !



Hari ini baru ada kesempatan update blog hari ini selepas 2 hari tak update apa-apa. Entry sebelum ini adalah di buat secara auto publish entry je.


Terkejut apabila menerima 14 comments dari para bloggers semua. Terharunya... Terima kasih semua. Tak sangka tak blogwalking selama 2 hari ini ada juga bloggers yang sudi singgah di sini.




Maklumlah tak de internet di rumah sewa ini. Terpaksa bergantung harap kepada computer lab di kampus. Sebelum ini update blog di kampung aje.


InsyaAllah aku akan menerjah blog anda selepas ini. Tunggu. Mana yang nak exchange link pun boleh juga. Terima kasih sekali lagi...


Adios~~~~

Konvoi Singgah Mesra Sinar Harian Raub 2010



Pada 15-18 Julai 2010, Raub telah menjadi destinasi seterusnya Konvoi Singgah Mesra Sinar Harian. Konvoi ini di adakan di Dataran Majlis Daerah Raub bermula jam 9 pagi sehingga 12 malam. 


Pelbagai aktiviti di adakan anataranya ialah pertandingan memasak, cabaran teh tarik, pertandingan karaoke, pertandingan andaman, pertandingan gubahan bunga dan banyak lagi.


Banyak gerai-gerai jualan di dirikan sepanjang karnival ini seperti gerai pakaian, makanan, barangan rumah, aksesori dan sebagainya.







(credit to : razakramli.blogspot.com)


Persembahan pentas juga di adakan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Antara artis yang hadir ialah kumpulan Meditasi yang popular dengan lagu Demi Rindu Kita. Baru tahu yang Meditasi ini berasal dari Raub huhu..




Tak ketinggalan terdapat permainan 'rumah belon' untuk kanak-kanak sepanjang konvoi ini. Kalau tak silap nak main permainan ni kena bayar. 




Di sini juga ada juga tapak jualan kereta Proton dan Perodua.  Kereta baru seperti Proton Exora dan Myvi Limited Edition (untuk wanita) pun ada di tontonkan kepada orang ramai






Memang smart Myvi baru ini. Kalau ada awek boleh belikan 1 untuk dia hehe.. Kalau ada lah.


Apa-apapun terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Sinar Harian yang sudi membawa Konvoi Singgah Sinar Harian ke daerah Raub, Pahang. 


Adios~~~~

Segmen Jom Karaoke : Jamal Abdillah - Keluhan Perantau



Segmen Jom Karaoke dah masuk minggu ke 5. Terasa cepat sangat masa berlalu. Apa-apa pun memang hari ahad hari untuk kita berehat. Sebab itu segmen ini disiarkan pada hari ahad.


Lagu menjadi pilihan penerbit minggu ini ialah lagu Jamal Abdillah - Keluhan Perantau. Lagu ini menjadi pilihan di sebabkan lirik dia ada kena mengena dengan diri ini.


Jom kita karaoke lagu ini sama-sama :-





Lirik :-


 Keluhan Perantau


Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku


Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci


( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia


Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci


( ulang korus hingga akhir )


Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang telah putus cinta telah merantau membawa hati luka dengan harapan dapat bertemu cinta baru di tempat orang.


Lagu ni adalah lagu favorite di Sinar.FM. Hampir setiap hari di ke udarakan. Memang syahdu betul Jamal Abdillah bawa lagu ini.


Segmen ini akan di siarkan lagi pada minggu hadapan. Oleh itu request lagu permintaan anda di ruangan komen. InsyaAllah permintaan anda akan di tunaikan...Siapa cepat dia dapat..


Adios~~~~



Sebuah kajian  yang dilakukan oleh pakar masalah tidur di Loughborough University di England telah merumuskan bahawa wanita tidur lebih lama dari lelaki. 


Menurut pakar, fungsi otak wanita bersifat multifungsi berbanding lelaki kerana wanita menjalani aktiviti yang banyak seperti bekerja, mengurus keluarga, menjadi ibu berbanding lelaki.


Salah satu fungsi tidur adalah memberi ruang untuk otak untuk berehat. Dengan beban otak yang semakin berat, wanita tidur lebih lama sekitar 20 minit daripada lelaki, untuk menyegarkan sel otak untuk digunakan lagi.




Waktu tidur orang dewasa adalah 7-8 jam sehari. Waktu ini bergantung pada individu itu sendiri. Ada yang mengambil masa lebih lama, atau kurang dari 7 jam dah merasa mencukupi.


Begitu pula tambahan 20 minit lebih lama untuk wanita bersifat fleksibel. Sebenarnya begantung kepada individu itu sendiri. Jadi mulai saat ini kaum ibu dapat berkompromi untuk bangun tengah malam bancuh susu anak!


Adios~~~~

Jersi Baru Arsenal Musim 2010/2011



Kelab gergasi England, Arsenal telah melancarkan jersi utama pasukan itu untuk musim 2010/2011.


Jersi baru ini masih mengekalkan warna merah dan warna putih sebagai warna rasmi pasukan. Design jersi ini hampir sama dengan jersi yang pernah di gunakan pada musim 2006.


Menurut sumber, rekaan asal jersi ini adalah mengikut jersi yang pernah digunakan pada musim 1971 di mana Arsenal menggondol 2 tropi utama ketika menyambut ulangtahun penubuhan kelab ke 125 seperti  gambar di bawah:-




Apa-apa pun jom kita terjah jersi baru ini dengan lebih dekat :-








Yang ini pula jersi untuk penjaga gol; Manuel Almunia, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone :-






Secara peribadi jersi ini terlalu klasik, kosong dan kurang 'garang' berbanding jersi musim sebelum ini. Tetapi jersi untuk penjaga gol cukup garang dengan belang-belang ala-ala harimau gitu di bahagian lengan.


Untuk maklumat lanjut mengenai jersi ini bolehlah klik di link ini http://onlinestore.arsenal.com/icat/replicakit. 


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget