Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Israel Serang Kapal Konvoi Kemanusiaan Gaza !



Menurut laporan Al-Jazeera, tentera Israel telah pun merampas kapal-kapal konvoi keamanan Gaza. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla itu. 


Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.




Mereka adalah warga awam dan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan


Jom kita terjah antara gambar yang sempat di rakam :-














Menurut laporan, telah berlaku tunjuk perasaan di Turki apabila orang ramai menyerbu  kedutaan Israel dan mendesak duta Israel di halau keluar dari bumi Turk sebagai tanda protes. 




Hamas telah menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia.


Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. 


Adios~~~

Tekanan Punca Lelaki Botak ?




Tahukah anda bahawa keguguran rambut akan berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Tetapi jika ia gugur lebih daripada itu, anda perlu beri perhatian yang serius. 


Keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya.


Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut mula menyusut menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.




Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami  tekanan adalah berisiko mengalami keguguran rambut. Jika tidak ditangani dengan baik  ia akan menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.


Ini adalah hasil tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin yang mampu menggugurkan rambut.


Oleh itu elakkan dari tekanan semasa berkerja. Mungkin anda tidak merasai kesannya dalam jangka masa singkat tetapi lihatlah apa yang akan berlaku nanti setelah beberapa bulan..
 
Adios~~~~

Kapal Kemanusiaan Gaza Dikepung Helikopter Israel !



Menurut laporan Harakahdaily, 9 buah kapal kemanusiaan Gaza telah pun di kepong oleh helikopter komando Israel dan cuba merampas kapal tersebut !


Untuk rekod, 11 orang rakyat Malaysia telah menyertai misi keamanan ini yang baru sahaja berlepas dari perlabuhan di Turki.


Kabinet Israel telah  mengarahkan tentera laut tidak membenarkan sebarang bantuan kemanusiaan  memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.
 
 
 
 
Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan" terlebih dahulu.


Tentera laut Israel juga bersiap sedia mengambilalih kapal-kapal ini jika terpaksa. Jika kapal ini melepasi garisan yang di tetapkan, serangan boleh di lancarkan terhadap mereka. 


Mereka boleh di tangkap, di penjara dan akan di hantar balik negara asal.


Marilah kita sama-sama berdoa agar misi ini tercapai dan dilindungi Allah S.W.T. InsyaAllah..


Adios~~~



Baru-baru ini blog ini telah mengalami kejadian 'aneh' di mana gajet yang selama ini menghiasi di bahagian kanan blog ini telah berpindah ke bawah secara mengejut (baca entri sebelum ini).


Akibat kejadian itu, banyak usaha telah aku lakukan untuk memulihkan keadaan. Banyak masa dan tenaga telah di curahkan dengan harapan semuakan akan kembali seperti biasa.


Dan akhirnya aku berjaya mengenalpasti permasalahan ini dan keadaan telah pun pulih seperti biasa. Alhamdulillah.. Walaupun masalah ini telah selesai namun telah meninggalkan kesan kepada blog ini.
 
 


Apa yang aku maksudkan ialah gajet link exchange aku telah hilang. Dah la aku tak ingat siapa yang telah meng'link exhange' dengan aku.


Yang ingat ialah Sharinginfoz, Semekar Kasih dan Pejuang Kesenian Extreme, sahaja. Yang lain tak ingat.


Oleh itu aku nak announce di sini sesiapa yang telah link blog ini tolong beritahu supaya aku dapat link blog anda di sini. Yang mana baru nak link pun boleh beritahu. 


Adios~~~~

Donald Duck Yang Tak Senonoh !



Sekarang ni banyak betul permainan yang berunsurkan lucah. Sama ada anda perasan atau tidak sahaja. Lihatlah permainan mesin tunggangan ini. 


Sekali pandang memang tidak perasan tapi apabila di teliti kali kedua posisi Donald Duck ini pastinya anda akan perasan ini adalah posisi yang lucah bila ada orang yang menunggangnya.


Menurut sumber, gambar ini di ambil di Amerika. Nasib baik bukan di Malaysia. Kalaulah ada mesin tunggangan ini di Malaysia pasti dah ada yang mengambil tindakan.


Kepada ibu-bapa di luar sana tu perhatikanlah aktiviti anak-anak anda supaya bebas dari anasir yang tidak sihat. 


Adios~~~~



Aku tak pasti adakah ini adakah ini realiti atau khayalan semata-mata tetapi yang pasti aku keliru dengan apa yang terjadi. Yang aku maksudkan ialah gajet di sebelah entri aku dah jatuh ke bawah !


Aku tak tahu bila dan mengapa ini terjadi. Memang tak paham. Nak kata aku ada edit layout ke takde pula. Mari kita lihat apa yang telah berlaku:-




Selepas siasatan di lakukan, di dapati ke semua gajet-gajet itu telah jatuh ke bahagian bawah blog ini




Aku masih mencari jawapan kenapa ini semua berlaku pada blog aku ni. Adakah blog ini telah di hack? Kalau di hack kenapa nak hack layout? Lebih baik hack content blog ini. Tak gitu? Sumpah layout langsung aku tak sentuh !


Mentang-mentang la aku buta i.t suka-suka korang je nak hack ye. Bagi yang tahu punca permasalahan ini berlaku tolanglah bagitau aku ek.Sharing is Caring kan..


Adios~~~~

Alat Melempiaskan Nafsu Anjing ?



Tahukah anda kini terdapat sebuah alat untuk melempiaskan nafsu anjing !. Produk ini di kenali sebagai Doggie Lover Doll telah pun di lancarkan di Pet South America Fair di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.


Menurut sumber, idea penciptaan alat ini datangnya daripada pemilik anjing yang prihatin nasib anjingnya yang selalu kesepian. Bagi mengurangkan tekanan yang di hadapi anjingnya, maka terciptalah idea mencipta alat ini.


Selain dari berwarna putih, produk ini juga di datangkan dengan warna hitam dan biru :-






Memang kreatif mereka ni kan. Permasalahan dapat diselesaikan melalui pemikiran. Tetapi harus di ingat bahawa alat ni hanya untuk anjing. BUKAN UNTUK MANUSIA OK. Jangan pula GATAL nak TRY..


Adios~~~~

Bagaimana Bola Di Cipta




Tak lama lagi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan berlangsung. Pastinya seluruh dunia akan tertumpu kepada pemain berstatus bintang, pasukan pilihan, perlawanan pilhan, stadium dan juga bola.


Walaupun bola turut menjadi tumpuan sepanjang kejohanan ini, tahukan anda bagaimana proses pembuatan bola itu? Kalau tak tahu jom kita terjah sama-sama :-






















Kadang-kadang rasa sedih bila bola di sepak sesuka hati. Letih orang yang membuatnya. Tapi memang itu tujuan bola dicipta kan.Memang untuk di sepak. Nak buat macam mana..


Adios~~~~

Raga Motor Berkunci ?



Baru-baru dalam perjalanan ke kampus aku terlihat 1 motorsikal yang agak pelik di bahagian raganya. Apa yang lain dari yang lain ialah raga motor itu boleh di kunci dengan mangga !


Memang bagus raga jenis ini. Terjamin sedikit keselamatan barang kita apabila di tinggalkan di motor. Yelah sebab raga motor biasanya  berkonsepkan open air.


Kalau ada raga motor seperti ini tak perlulah lagi gunakan box kat belakang motor itu. Tak rempit la pakai box kat belakang tuh.


Kepada sesiapa tahu di mana ada jual raga motor jenis ini tolong beritahu aku ya. Teringin nak beli..


Adios~~~

Kucing 3 Rasa ?



Ikan masak 3 rasa memang lazat jika di makan bersama nasi. Nikmatnya tidak terkata. Tetapi pernahkah anda mendengar kucing 3 rasa?


Secara jujurnya aku pun tidak pernah mendengar kucing 3 rasa. Jauh sekali untuk memasak kucing. Kerja gila tuh!


Cuma apa yang aku nak kongsi sebenarnya ialah baru-baru ini aku terjumpa kucing yang ada 3 warna pada badannya iaitu putih, hitam dan oren. 




Rasanya ini kali pertama aku nampak kucing ada 3 warna. Tompok dia pula nampak macam pelik semacam.  Aneh bangat


Apa-apa pun tak baik mengainaya haiwan. Tak kiralah haiwan apa sekalipun. Mereka ini ada hak nak hidup di duni ini kan.. Cuba kita berada di tempat mereka, pasti seram sejuk asyik di buru sahaja kan..


Adios~~~

Clorox Dalam Bentuk Pen ?



Tahukah anda sekarang ini Clorox telah tampil dengan pek baru yang berbentuk pen. Di setiap hujung pen ini terdapat mucung untuk mengeluarkan cecair clorox. Satu berbentuk muncung tirus dan satu lagi berbentuk lebar.


Sebelum ini kalau nak gunakan Clorox kena letakkan sedikit cecair Clorox pada pakaian yang telah kotor. Cara ini mengotorkan jari apabila terpaksa mengunakan jari untuk menyapu cecair Clorox di pakaian.


Dengan adanya Clorox dalam bentuk pen ini anda tidak perlu lagi mengotorkan jari anda. Satu pembaharuan yang bijak !




Harganya dalam RM 9.90 sahaja. Kalau botol besar ini rasanya harganya dalam RM 11 lebih. Terdapat sedikit sahaja perbezaan harga jika dibandingkan jumlah isipadu cecair di dalamnya.


Apa-apa pun terpulanglah kepada kita sebagai pengguna untuk memilih sama ada mahu produk yang memudahkan kerja atau yang kuantitinya berbaloi dengan wang ringgit.


Tepuk dada tanya selera !


Adios~~~

Buang Air Ketika Main Bola Sepak ?



Adakalanya 'panggilan alam' sukar untuk di tahan. Inilah yang terjadi kepada penjaga gol Stuttgard, Jens Lehmann ketika bermain menentang pasukan Unirea Urziceni.


Tiba-tiba sahaja Lehmann hilang dari gawang gol ketika perlawanan berlangsung. Kamera televisyen pantas merakam aksi beliau menyorok di balik papan iklan untuk membuang air kecil.


Meskipun Lehmann membelakangi kamera, namun gelagatnya jelas memperlihatkan beliau sedang membuang air kecil.

Tak percaya? Jom kita sama-sama terjah video ini :-





Beliau segera ke posisi gawangnya selepas menyedari pasukan lawan sudah melancarkan serangan balas ke pintu gawangnya.


Moral of the story :- Sebelum memulakan sesuatu aktiviti yang mengambil masa yang lama, kurangkan minum air dengan banyak. Tak pun 'buang' siap-siap. Takde lah rasa nak terkucil aja..


Adios~~~~



Seorang matador bernama Julio Aparicio (41 tahun) amat bernasib baik masih hidup setelah dagunya di tusuk oleh tanduk seladang dalam 1 pertandingan laga lembu di Sepanyol.


Tanduk lembu yang tajam  merobek dagunya sehingga tembus ke mulutnya. Lembu yang mengamuk itu mengangkat tubuh Julio yang tak berdaya lalu dihayun-hayunkan bak mainan sebelum dilemparkan ke tanah.


Penonton pula menjerit histeria dan berpikir Julio pasti akan mati.


Jom kita tonton aksi yang mendebarkan ini :-









Sejurus kejadian itu, beliau di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor  berusaha keras untuk mencantum kembali rahang, lidah, dan langit-langit mulutnya yang mengambil selama 6 jam.


Julio Aparicio yang berasal dari Sevilla ini memang berasal dari keluarga matador yang terkenal. 

 
Jika dia tampil membuat persembahan, sekitar 25 000 tempat duduk pasti akan penuh dan televisyen akan menyiarkan siaran langsung.  


Adios~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget