Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Betul Tu Wardina Artis Tak Layak Jadi Ikon


Aku menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.

Wardina mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.

Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.

Bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan,  sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Tapi kalau nak jadikan artis sebagai idola juga, pilihlah KRU. Mereka bukan sahaja berwawasan tinggi bahkan berjaya dalam perniagaan. Sejak mula pembabitan mereka dalam industri hiburan, mereka dah mempunyai azam untuk menjadikan jenama KRU sebagai jenama antarabangsa melalui cabang perniagaan.

Lihatlah hari ini mereka dah ada studio mereka sendiri yang bakal menjadi syarikat produksi setaraf Walt Disney. Bukan itu sahaja mereka juga dah dapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

 Tengok tu PM kita bawa KRU dalam rombongan promosi ICT ke Perancis

Ni adalah lakaran illustrasi Studio KRU yang bakal beroperasi tak lama lagi di Cyberjaya

Siapa pun ikon anda, janganlah anda terlalu taksub dengan keperibadian beliau kerana beliau juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..

Fikir-fikirkanlah.. Adios~~~








Lemah Bahasa Inggeris Punca Siswazah Menganggur


Kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mendapati siswazah yang lemah dalam bahasa Inggeris (BI) dan kemahiran berkomunikasi merupakan antara punca utama kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah di negara ini.

Ini adalah jawapan mengapa siswazah menganggur adalah kerana kelemahan dan kekurangan pelajar itu sendiri.

Bagi aku apa yang penting kuasai dulu bahasa Inggeris kerana dunia hari ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi sedunia. Kebanyakan syarikat syarikat di Malaysia ni menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Kalau nak kerja nak tak nak anda kena menguasai bahasa Inggeris.

Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba baca artikel @ surat khabar dalam  bahasa Inggeris setiap hari. Kalau anda minat bahagian sukan, bacalah laporan sukan dalam surat khabar tu.

Lagi satu jangan malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebut je walaupun ayat anda terabur. Yang penting confident level anda.

Sepengalaman aku kerja di Bank, ada seorang Tan Sri xxxx yang jadi pelanggan aku, bila dia bercakap dalam bahasa Inggeris memang hancur beb. Sumpah tak tipu. So kalau dia yang berpangkat Tan Sri tu tak malu, anda juga tak perlu malu nak bertutur dalam bahasa Inggeris.

Nak 100 daya tak nak 1000 dalih kan. So pelan pelan la belajar bahasa Inggeris ni. Jangan cepat putus asa.

Selamat Mencuba ya.. Adios~~~

   


Aku nak tergelak la kat mamat mamat yang search pasal maknyah kat internet dan akhirnya sesat masuk kat blog aku.

Aku dah mula terfikir adakah blog aku ni dah jadi top list bila orang search bukan bukan kat inernet? Hanya disebabkan 1 entri aku dulu pasal maknyah terus blog aku di kaitkan dengan laman porno. Tengok kat bawah ini:-


Yang korang pun 1 hal. Hapekejadahnya korang search benda bukan bukan ni. Apa yang korang dapat ar?  Nak cari maknyah pergi la Lorong Haji Taib nu. Baru real beb. Takat kat internet apa barang. Aduyai...

Apa apa pun harap dosa korang yang search benda bukan bukan kat internet tu tak mengalir pada aku la. Entri aku pasal maknyah tu adalah dengan tujuan mendidik bukan untuk mempromosi golongan itu.

Dah ada internet tu gunakanlah dengan bijak. Benda benda porno semua tu agenda barat untuk melemahkan orang islam sedunia. Jangan kita biarkan umat Islam mudah di perkotak katik kan oleh barat. Di mana maruah anda sebagai umat Islam?

Fikir-fikirklah..Adios~~

P/S: Tengah tengok EPL Chelsea VS Man. City. First half  1-1. Tengok tadi Wayne Bridge enggan bersalam dengan John Terry. Memang teruk krisis diorang ni rupanya..

Hmm aku dalam mood percutian untuk 3 minggu ini. Tak tahu apa nak buat so aku pun fokus pada blog aje lah. Tiba tiba aku dapat idea untu membuat 1 lagi blog. Kalau blog AkU dAn SeSuAtU ini fokus pada isu-isu sensasi, blog aku yang baru bernama DIARI METROPOLITAN aku fokuskan pada isu-isu yang dibangkitkan oleh warga metropolitan.


Bila dah siap blog ni aku pun set lah blog tambahan di Gengblogger. Tapi aku hairan lah bila dah post entri di blog kenapa Gengblogger tak dapat detect blog baru aku ni ya? Blog lama je boleh detect bila aku ada entri baru. Macam mana aku nak promote blog baru aku ni?

Bila dah siap blog baru ni aku pun daftar pula dengan Nuffnang. Bila dah add blog di Nuffnang dah jawab semua soalan survey tu, lepas tu macam biasa la amek code Nuffnang ads paste kat blog baru aku ni. Ntah macam mana ntah dia keluar plak mesej macam kat bawah ni:-

" Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly."


Apakah maksud semua ini? Aku tak faham la. Aku rasa dah ambil code yang betul dah tapi kenapa ini semua berlaku. Ada sesiapa yang terer dalam hal ini minta tolong explain sikit~~~


Sejak 2 3 minggu ni aku hairan la kenapa Nuff aku ni asyik tidur je. Overdose ke. Aku pun usha la blog budak budak lain. Rupanya ramai yang ada masalah macam ni. Kebanyakan yang jadi mangsa adalah blogger baru macam aku ni..

Usha kat blog yang dah establish lama diorang ni tak terjejas sangat sebab dh confirm setiap hari mesti ada yang blogwalking kat blog diorang walaupun kadang kadang tak update pun entri. Kalau ada entri pun banyak yang merapu..

So bila Nuff asyik tidur je agak terjejas la periuk nasik aku yang berpendapatan kecil ni.. Nak harapkan syarikat iklan lain macam la diorang tau kewujudan blog aku ni..

Tiba tiba malam ni sebelum aku tidur aku tengok jap blog kot kot ada orang komen ke.. Alangkah terkejutnya aku Nuff aku dah bangun dari tido. Aku nak tidur dah dia plak yang bangun. Tak percaya meh tengok gambar kat bawah ni:-

 
Maxis punya iklan daa.. Kejap ada kejap takde macam biskut meri la plak


 Iklan Celcom Blackberry daa.. Memang susah nak nampak dia bangun tidur especially yang bawah ni

Well satu perkembangan sihat. Harap harap Nuff ni akan sentiasa segar bugar untuk selama lamanya.. Aku rasa Nuff kat blog orang lain pun dah terjaga tu. Aku nak terjah bloh orang lain plak. Nanti jangan lupa klik kat Nuff aku ek.. Adios~~


Tak lama lagi KRU Studios akan menayangkan filem terbaru syarikat adik-beradik itu yang di beri nama Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam bahasa Inggeris nya The Chronicles of Merong Mahawangsa.Filem yang menelan bajet dalam RM 8 juta itu di jangka bakal pecah panggung kali ini.

Melihat pada gambar yang aku letak kat bawah ni, rasa teruja nak tengok tu memang ada. Mana taknya, cerita macam ni kena ada set prop dan tata seni yang melangkaui kebiasaan. Tapi KRU Studios nampaknya bekerja keras untuk buat filem ini lebih INTERNATIONAL. Apa taknya, bajet diorang labur dekat RM8 juta habis. Antara projek terbesar KRU Studios melebihi dari filem Jin Notti dan Magika.
 


Tengok pada senarai pelakonnya juga bukan calang-calang orang. Bukan setakat dari Malaysia tapi dari negara luar pun ada. Tapi memang kena pun nak ambik pelakon luar sebab jalan cerita dan wataknya memang macam tu. International. Itu yang penting.

Sedikit sinopsis tentang Hikayat Merong Mahawangsa:-

Merong Mahawangsa adalah seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

The pirate nation of Geruda telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? Mari kita sama-sama tunggu filem ini di layar perak  :)

Lagi Kes Budak kena Culik!!!

 

Dahulu negara kita di kejutkan dengan kehilangan adik Sharlinie dan adik Nurin Jazlin. Malangnya apabila kita terpaksa menerima berita kematian adik Nurin yang dibunuh secara kejam oleh individu yang tidak berhati perut.


Bahkan Allahyarhamah adik Nurin juga turut di liwat sebelum di bunuh. Adik Sharlinie pula masih gagal di kesan sehingga kini. 


Kenapa ini berlaku? Adakah di sebabkan kelalaian ibubapa? atau penculik itu terdesak untuk mendapatkan wang dan terlalu menurut nafsu atau masyarakat kita ini tidak "menjaga tepi kain" orang. 


So menjaga tepi kain orang ni perlu jika di lihat dari aspek yang positif. Contohnya kita perlu kenal anak anak jiran supaya dapat terhindar dari perkara-perkara yang tidak di ingini..


Kat bawah ni anda dapat lihat lagi satu kes penculikan tapi tidak melibatkan manusia la..





                                 

 


Tengok kat gambar ke 3 tu. Penculik dah siap sedia dengan pisang dah.. Jaga-jaga..


Kalau "kes" seperti di atas berlaku apakah tindakan anda ye? Bukankah juga ini kes penculikan juga? Perlu ke repot kepada pihak polis? Ada ke peruntukan undang-undang untuk menahan "penculik seperti gambar di atas"?


Sama-sama lah kita fikir bersama.. 


Adios~~

2 Hari 2 Malam Pekena Pizza..


Aku malas nak cerita pasal personal kat blog ni. Tapi atas desakan member member terpaksa la jugak cerita.. Ye la sebelum ni asyik cerita pasal isu isu sensasi je..

Anda suka makan pizza? Mesti ramai yang suka makan Pizza kan. Apa yang anda rasa jika anda  makan Pizza 2 hari berturut turut tanpa menjamah makanan lain..

Itu lah apa yang aku rasa 2 hari lepas berturut turut. Badan rasa lain macam sebab tak makan nasi, makan pizza je. Biasa lah orang melayu. Baru tak makan nasi sehari perut dah rasa menggelogak tapi bukan sebab lapar. Tapi yang bestnya makan Pizza ni kenyang sampai besok sebab tangki aku kecik aje..

Maklum la bila dah lepak ramai ramai dengan member. Lepak lak kat apartment tingkat 4. Nak turun bawah cari makanan malas so jalan terbaik ialah order saja Pizza, mintak dia hantar sampai pintu rumah..

Ni adalah rupa pizza nye..
 
  

  
  
 

Bila dah ramai ramai order 4 kotak Pizza sekaligus. Bajet dalam RM 75 aja. Boleh la tong tong ramai ramai..
Kat bawah ni gambar budak budak pelahap Pizza yang sangap..

 
 
Apa da tukang tangkap gambar ni.. Tangkap gambar gegar plak.. Jangan parkinson sudah huhu..Selepas beberapa minit tak sampai sejam semua dah clear..Tinggal kotak je..
 
  
 

Kalau hari hari pekena pizza boleh botak kepala. Tapi untuk juadah time lepak lepak dengan kawan kawan sesuai la. Kalau yang ada darah tinggi tu jangan lupa makan ubat lepas makan pizza.. Adios~~

Lagi Teori Kewujudan Manusia..

 

Topik aku hari ini ialah “Teori Evolusi” atau dikenali juga dengan “Teori Darwin”. Benda ni dah lama tapi masih diperkatakan oleh mereka-mereka yang tak mengiktiraf kewujudan Tuhan..Mereka percaya manusia wujud melalui evolusi dari beruk kepada manusia.

Kemusykilan muncul lagi kerana kononnya wujud lagi satu teori mengenai kewujudan manusia..Yang ni tak pasti la teori siapa kerana belum ada rekod mengenainya. Gambar kat bawah ni menunjukkan lagi satu teori yang lagi satu ni:-

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

Haha apa pendapat korang dengan teori yang satu lagi ni? Macam bangang pun ada huhu.. Tak masuk akal kan..
 
Mengapa aku timbulkan benda ni? Aku nak mengingatkan dan menjelaskan kepada manusia-manusia yang mana mereka bukan berasal dari spesis tu..kita sebagai umat Muhammad semua dah pastinya tahu.. asalnya kita dari Nabi Adam..

Fikir-fikirkanlah..

Adios~~~

Apa Yang Anda Suka?


Kita sebenarnya.. ....

lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !

lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
.lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !dan Para Sahabat
lebih suka menyebut hello! dan hi! selamat pagi! petang! malam daripada Assalamualaikum !
lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah dan kuliah agama !
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
lebih suka mencarut  daripada menyebut MasyaAllah !
lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...saya orang Islam, saya mesti mati ikut islam. marah-marah, melenting menegakkan benang yang basah. bermati-matian... aku orang islam...

KITA SEBENARNYA.. .....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???. Layak kah kita nak masuk surga Allah. Siapakah kita ????.... hanya berangan-angan saja. 

tak guna berpelajaran tinggi, kalau akal ditahap kaki
tak guna berdiploma, berdegree, kalau hanya suka berdengki
tak guna bermuka-muka, kalau sekadar menyakitkan hati
tak guna juga berkata-kata, jika hati itu buta.....

biarlah kita bodoh di depan orang, tapi pandai diakal sendiri.
biarlah kita hodoh di pandang orang, tapi mulia dihati


Fikir-fikir, renung-renung hitung diri dan cermin-cermin diri kita...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget