Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




KEPUTUSAN PENUH :


Pahang 3-1 Sarawak

  • Pahang : Azamuddin Akil (2 gol), Matias Conti
  • Sarawak : Mohd Shahrol Saperi

Keputusan Pahang VS Sarawak Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 menyaksikan Pahang menang 3-1 ke atas Sarawak.



Previous Entry


Keputusan Pahang VS Sarawak Live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 akan diketahui malam ini. Perlawanan Pahang VS Sarawak live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 ini akan baerlangsung di Stadium Darul Makamur jam 8.40 malam. 


Di kem Pahang, kepulangan semula 2 tonggak, Razman Roslan dan Mohd. Amirulhadi Zainal yang selama ini dikhabarkan cedera, memberi suntikan semangat tambahan buat skuad Tok Gajah. Selepas badi 9 tahun tidak pernah berada di separuh akhir telah ditamatkan, kini anak-anak buah Dollah Salleh cukup bersemangat untuk mengakhiri penantian tidak pernah menjejak kaki ke pentas akhir sejak 1997.


Kekuatan maksium memang diperlukan Pahang untuk berdepan Sarawak yang memiliki jentera serangan berbisa, diterajui Muamer Salibasic. Jika Muamer dikawal ketat, Sarawak masih memiliki Bobby Gonzales yang semakin taja jika Damion Stewart atau Razman lalai mengawal kubu Tok Gajah.




Satu lagi kekuatan yang boleh membantu Bujang Senang adalah kekuatan di bahagian pertahanan yang dikawal dua orang lama, Mohd. Hairol Mokhtar dan Ronny Harun. Kekuatan fizikal Junior Eldstal di bahagian tengah pasti menyulitkan Hafiz Kamal atau Azidan Sarudin untuk merencana serangan ke ara kubu Sarawak.


Siaran langsung (live) Pahang VS Sarawak separuh akhir Piala Malaysia akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Pahang VS Sarawak separuh akhir pertama Piala Malaysia akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013) telahpun di ketahui. Jom kita terjah senarai pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013) :-

  • Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
  • Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
  • Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
  • Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
  • Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
  • Artis Lelaki Terbaik: Judika
  • Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
  • Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
  • Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
  • Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
  • Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)\
  • Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
  • Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
  • Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
  • Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
  • Ikon Media Sosial: SleeQ\
  • Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
  • Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone


Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Planet Muzik (APM 2013)....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :-


ATM 1-2 Kelantan

  • ATM : Christie Jayaseelan (19')
  • Kelantan : Badri Radzi (15'), Nor Farhan Mohammad (79')


Keputusan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia menyaksikanATM kalah 1-2 ke atas Kelantan yang berlangsung di Stadium Selayang. 


ATM menguasai permainan pada 12 minit pertama, dengan melakukan serangan seawal permainan apabila menyaksi lorongan Bruno Martelotto tepat ke kaki Fitrie Omar, namun cubaan itu tersasar.


Bagaimanapun, Kelantan yang turun beraksi sebagai juara bertahan, bangkit menyaingi corak permainan ATM dengan mengatur strategi lebih baik dan pada itu kapten pasukan, Badri Radzi berjaya menyudahkan bola muntah hasil cubaan Zairul Fitree pada minit ke-15.


Hanya 4 minit mendahului kedudukan, Christie Jayaselan menyamakan jaringan hasil daripada gerakan solo sebelum melepaskan rembatan sempurna ke arah pintu gol, Khairul Fahmi Che Mat.




Peluang terakhir ATM beraksi di tempat sendiri ini gagal digunakan sebaiknya apabila Norfarhan Muhammad berjaya meletak pasukan Kelantan di depan pada minit ke-79 selepas tiga cubaannya sebelum ini tidak tepat ke gawang Farizal Harun.


Keputusan 2-1 itu kekal ke wisel akhir permainan sekaligus menyaksikan tugas sukar buat skuad kendalian B.Sathianathan menjelang kunjungan mereka ke Kelantan pada 25 Oktober ini bagi perlawanan timbal balik.


Pun begitu, pasukan Bojan Hodak ini pastinya akan lebih berwaspada dengan percaturan terbaru ATM dan ini juga peluang terakhir skuad Kelantan untuk menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut.


Nampaknya Kelantan berkelebihan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Namun masih ada 90 minit di Kota Bahru. Apa-apa pun boleh berlaku...



Previous Entry 


Keputusan ATM VS Kelantan live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 (18 Oktober 2013) akan diketahui malam ini. Perlawanan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2013 ini akan berlangsung di Stadium Selayang jam 8.45 malam.


ATM dibarisi beberapa pemain 'kuda tua' namun kaya dengan pengalaman dan mara ke separuh akhir dengan menundukkan Juara Liga Super, Lions XII.  


Sementara itu Kelantan mempunyai sebuah skuad yang seimbang daripada segenap aspek, menjadikan perlawanan yang bakal bermula 8.45 malam ini pasti mendebarkan untuk ditonton.


Di atas kertas, Kelantan nampaknya dilabel sebagai pasukan pilihan selepas menjinakkan Johor Darul Takzim (Johor DT), 6-1 pada suku akhir kedua tetapi pengendali Kelantan, Bojan Hodak tidak rela anak-anak buahnya lena dibuai mimpi memandangkan ATM bukanlah calang-calang pasukan.


Siaran langsung (live) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama 2013 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Sinopsis Dan Review KL Gangster 2 2013



Kali ini nak share dengan dengan ada semua sinopsis dan review filem KL Gangster 2 2013. Filem KL Gangster ini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2013. 


KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011)


KL Gangster 2 adalah filem paling mahal terbitan Skop Production dengan melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta (kos ini juga telah tersasar dari bajet asal sebanyak RM3 juta) dan telah menggunakan 320 gulung filem (paling banyak) dalam sejarah terbitan filem-filem Skop Production dan filem Melayu


Filem ini dibintangi oleh pelakon utama antaranya Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak, Syamsul Yusof dan ramai lagi.


Jom kita terjah sinopsis filem KL Gangster 2 2013

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.
Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.
Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.
Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.
Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.
Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Ini pula review filem KL Gangster 2 pula :


  • Penuh dengan aksi dan sepanjang tayangan, KL Gangster 2 tidak menunjukkan sebarang rasa bosan. Mata akan sentiasa segar menyaksikan aksi-aksi yang ditunjukkan para pelakon-pelakonnya.
  • Elemen pertempuran, perlanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak yang telah diangkat ke satu tahap baru bagi menampakkan elemen realistik dan dramatik bolehlah dianggap setaraf filem Korea dan Jepun.
  • Menampilkan teknik imej janaan komputer (CGI) yang berkesan dan kemas, namun, elemen kekeluargaan turut ditampilkan bagi menyakinkan penghayatan para penonton.
  • Watak Abang Long Fadil (Zizan Razak) mengundang tawa hilai penonton dalam setiap babak yang melibatkannya dengan watak poyo yang berlagak hebat tetapi tidak pandai berlawan. 
  • Memang tidak dinafikan lakonan Rosyam Nor untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan hebat. Lakonannya tampak cukup kemas dalam babak pertarungan dan karakter itu menjadi seperti seorang lelaki yang kejam dan psiko.
  • Walaupun watak Tailong lakonan Rosyam Nor dilihat menjadi namun pakaian beliau dalam filem ini tidak menampakkan beliau seorang gangster kerana kerap memakai baju kemeja putih.
  • Filem ini tidak menunjukkan bagaimana dan kenapa Ajib (Sofi Jikan) dari kumpulan King menyertai kumpulan Dragon dalam KL Gangster 2011.


Kalau nak tahu sendiri kesudahan filem ini bolehlah tonton di pawagam-pawagam yang berdekatan. Secara overall saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget