Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Dan Liuniey Natasha telah berlangsung baru-baru ini. Majlis Pernikahan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha ini telah berlangsung di Pasir Pekan, Kelantan pada 28 November 2012.


Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali sebagai Apek dan Leuniey, 21, dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua mempelai serta para peminat di rumah keluarga pengantin perempuan.


Jom kita terjah gambar majlis pernikahan Khairul Fahmi dan Liuniey Natasha :-





Dalam majlis ini, Apek menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersi 19 yang dipakai dalam skuad Harimau Malaya bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.





Menurut Apek, beliau memilih Leuniey kerana dia sangat memahami karier beliau yang terlalu sibuk. Buktinya Leuniey faham dengan keadaan walaupun beliau pulang untuk membuat persediaan hanya sehari sebelum majlis berlangsung.


Untuk rekod, Khairul Fahmi merupakan penjaga gol pasukan Kelantan dan skuad bolasepak kebangsaan Malaysia. 




Majlis resepsi pengantin perempuan diadakan pada 30 November 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu manakala pengantin lelaki pula di rumah keluarga Khairul Fahmi di Cherang dekat sini pada 5 Januari 2013.


Tahniah buat Apek dan Leuniey. Semoga kekal ke anak cucu. Buat awek-awek yang minat gila kat Apek ni selamat melelehkan air mata ya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Rupanya rebat RM200 pembelian telefon pintar (Smartphone) dalam Bajet 2013 adalah untuk untuk telefon pintar (smartphone) yang berharga maksimum RM500 sahaja !


Ini disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. 


Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web Suruhanjata Komunikasi Malaysia  iaitu di www.skmm.gov.my


Jom kita terjah syarat-syarat pemberian rebat RM200 untuk belia membeli telefon pintar (smartphone) :-




Apa pendapat anda apabila SKMM menetapkan pemberian rebat RM200 untuk membeli telefon pintar (smartphone) hanyalah untuk yang berharga maksimum RM500 sahaja?


Secara peribadi saya merasakan syarat ini tidak relevan kerana harga telefon RM500 ke bawah untuk telefon pintar adalah terlalu murah kerana kebanyakannya telefon pada harga demikian adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.


Yang ada smartphone yang berharga RM500 ke bawah ialah Samsung Galaxy Y dan Nokia Lumia 610 atau mungkin smartphone "made in China". Majoriti smartphone yang berkualiti baik biasanya berharga RM800 ke atas.


Kalau ada yang teringin nak dapat rebat RM200 ini tapi nak pakai Samsung Galaxy Note 2 atau iPhone 5 lupakan je lah ye.


Dengar cerita ramai yeng memperlekehkan syarat yang ditetapkan oleh SKMM ini di blog, forum dan laman sosial. Diharapkan selepas ini pihak kerajaan mempertimbangkan semula syarat ini sekurang-kurangnya  harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Dividen ASN 2012 : 6.30 Sen Seunit !



Dividen Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 ialah 6.30 sen seunit. Dividen ASN 6.30 sen seunit adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 


Untuk rekod, pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit 2012 ini adalah lagi tinggi dari tahun sebelumnya iaitu 6.05 sen. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.25 sen. Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun 


Agihan tahun ini melibatkan peruntukkan pembayaran sebanyak RM92.18 juta kepada 1.23 juta pemegang unit.


Buat masa ini, semua urus niaga ASN di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus. 



Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.



Jom kita terjah dividen Amanah Saham di bawah ASNB untuk tahun 2012 :-

  • Amanah Saham Nasional : 6.30 sen seunit.


Semoga dengan adanya jumlah pendapatan setiap unit dana Amanah Saham di atas ini dapatlah sedikit sebanyak membantu kita membuat pertimbangan unit dana Amanah Saham manakah yang lebih memberi pulangan yang lumayan....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Uchop telah dinobatkan juara (pemenang) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke 2 TV3. Uchop yang muncul juara Vokal musim ke 2 menewaskan Mar  Konsert Final Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim ke 2 25 Disember 2011 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Uchop yang masih berusia 28 tahun ini dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi.


Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo.


Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie.


Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya.


Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen ‘battle’ dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.


Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain.


Untuk rekod, Asmidar muncul muncul juara (pemenang) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim pertamaSistem penjurian adalah berdasarkan undian penonton sebanyak 50% dan selebihnya daripada pihak juri.


Tahniah buat Uchop yang dinobatkan pemenang (juara) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim kedua...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 dan Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013 akan diadakan pada 31 Disember 2012 (isnin) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.


Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 akan diadakan pada pukul 4.30 - 6.30 petang manakala Sambutan Perayaan Tahun Baru 2013 akan diadakan bermula dari 8.30 malam.


Di jangkakan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri lain akan menghadiri majlis ini.


Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Kalau ada yang nak pergi tu kalau boleh gunakan kenderaan awam kerana jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Kuantan Dilanda Banjir Kilat 24 Disember 2012 !



BREAKING NEWS


Bandar Kuantan, Pahang dilanda banjir kilat hari ini 24 Disember 2012. Banjir kilat yang melanda Kuantan ini adalah ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam. 


Beberapa jalan utama di pusat bandar Kuantan mengalami kesesakan lalu lintas luarbiasa setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter. 


Berikut ialah tempat-tempat di Kuantan yang dinaiki air :-

  • Jalan Tun Ismail 1, 
  • Jalan Beserah,
  • Jalan Wong Ah Jang,
  • Jalan Lim Hoe Lek, 
  • Jalan Abd Aziz, 
  • Jalan Mahkota, 
  • Jalan Bukit Ubi, 
  • Jalan Air Putih, 
  • Jalan Pasar 
  • Terminal Makmur. 

Ekoran banjir kilat itu, beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu. 


Jom kita terjah gambar-gambar banjir yang melanda Kuantan :-



Depan Terminal Makmur



Jalan Mahkota di hadapan Padang MPK 1 Kuantan




Jalan sekitar Megamall Kuantan 



Tepi Megamal Kuantan



Depan Stadium Darul Makmur


Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama selepas paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter. 


Beberapa kawasan taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter. 


Nampaknya memang teruk banjir melanda bandar Kuantan ini. Hampir lumpuh bandar Kuantan. Sebelum ini memang jarang Kuantan dilanda banjir. Harap-harap tiada kemalangan jiwa berlaku....



Velasrizal Rodriguez




Adios~~~~~~



Akhirnya saya dah dapat dah cek dari Nuffnang iaitu income untuk 3 tahun saya berblogging. Tak sangka boleh bertahan sampai 3 tahun berblogging. Ramai rakan-rakan blogger lain ramai dah angkat kaki gara-gara tak dapat beri komitmen untuk berblogging.


Nilai cek saya terima ialah RM1085.05 sahaja. Ini first time saya cash out dari Nuffnang. Sebenarnya dari 2010 lagi dah boleh cash out tapi saja nak tunggu sampai nilainya lebih RM1000. 


Nilai cek ini tidaklah besar mana tapi bolehlah dari langsung tak dapat apa-apa ya tak? Tak kisahlah nama pun side income kan. Lagipun saya ni blogger amatur sahaja dan blog ini pun bukan popular mana pun.


Untuk rekod, ini cek yang ke 3 saya dapat sejak berblogging ini. Dulu pernah dapat cek RM50 dari Exabytes dan RM204.20 dari Churp-Churp. Jumlah semua sekali ialah RM1339.25.


Belum terfikir nak buat apa dengan duit ini. Nak beli handphone, handphone sekarang pon ok lagi. Benda-benda lain semua dah ada. Mungkin saya nak simpan dalam ASB sebab dividen dia bagi pun tinggi juga. Boleh gandakan duit. Tak pun mungkin saya nak beli Unit Trust. Nanti saya akan share kan di sini nanti.

  
Dah terbukti di sini pengiklanan di internet boleh buat duit terutamanya menerusi Blog. Bayangkan dari hobi suka-suka menulis Blog anda boleh dapat side income. Sapa tak nak duit kan. Tak kiralah berapa jumlahnyakan...



Velasizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum Hari Krismas jatuh pada 25 Disember 2012 (selasa) dan cuti umum Tahun Baru jatuh pada 1 Januari 2013 (selasa) pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Maklumlah rakyat Malaysia ni memang suka cuti !


Kebanyakan mereka yang menyambut Hari Krismas mengambil cuti panjang dari 24 Disember-31 Disember 2012 iaitu kira-kira 11 hari (termasuk hari minggu). Raya sakan nampaknya mereka ini.


Bagi yang tak dapat bercuti tu, anda masih bercuti pada Hari Krismas 25 Disember 2012 dan Tahun Baru pada 1 Januari 2013.


Dengan adanya cuti ini, inilah masa yang terbaik untuk kita semua bercuti bersama yang tersayang. Nak pula kena time cuti sekolah. Bolehlah bawa keluarga bercuti ataupun gunakan cuti ini untuk membuat persiapan persekolahan anak anda. Bolehlah pergi beli baju sekolah ke kasut sekolah ke buku sekolah ke.


Kepada yang menyambut Krismas saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas. Kepada yang bercuti panjang tu, selamat bercuti. Semoga sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Dividen ASB untuk 2012 ialah 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Dividen ASB 8.9% 2012 ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.


Agihan pendapatan 7.75 sen ini lebih tinggi daripada pembayaran 7.5 sen seunit tahun lalu, manakala bonus 1.15 sen adalah lebih rendah berbanding 1.25 sen sebelum ini.


Sebenarnya ASNB mampu memberikan 10.8% dividen ASB 2012 (dividen+bonus) namun selepas membuat pertimbangan ASNB hanya memberikan 8.9% sahaja. 


Untuk rekod, sehingga 15 Disember lalu, ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion atau 56.9 peratus apabila pendapatan dividen hasil pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion.


Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3% kepada pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion adalah hasil pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta lain-lain pendapatan.




Bagi yang tak sabar nak menerima dividen tu, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.


Buat masa ini, semua urus niaga ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB ditangguhkan mulai 18 Disember hingga 2 Januari tahun 2012 untuk proses pengiraan dividen dan bonus. 


Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB bermula 3 Januari 2013 dan pendapatan dan bonus ASB ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan anda nanti.


Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-


Dividen
  • Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen


Bonus
  • Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus


Sebenarnya ramai yang jangkakan dividen tahun 2012 ini sebanyak 9.0% atau lebih namun realitinya dividen 2012 ini sebanyak 8.9% sahaja tapi masih menunjukkan trend meningkat iaitu naik 0.1% daripada tahun 2011.


Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen 6.6% sahaja untuk 2012.


Jom kita terjah rekod pembayaran dividen ASB sebelum ini :-




Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu  hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Bagi yang nak tahu apa tujuan dan kebaikan pelaburan ASB @ ASB Loan ini anda boleh klik di pautan ini Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan undian pusingan ke 2 UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013 telahpun di umumkan. Undian pusingan ke 2 UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) ini telah dijalankan  di pejabat rasmi UEFA di Nyon, Switzerland pada 20 Disember 2012.


Jom kita terjah keputusan undian pusingan ke 2 UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013




Keputusan undian pusingan ke 2 UEFA Champions League (16 pasukan terakhir) :-

  • Galatasaray AŞ (TUR) VS FC Schalke 04 (GER)
  • Celtic FC (SCO) VS Juventus (ITA)
  • Arsenal FC (ENG) VS FC Bayern München (GER)
  • FC Shakhtar Donetsk (UKR) VS Borussia Dortmund (GER)
  • AC Milan (ITA) VS FC Barcelona (ESP)\
  • Real Madrid CF (ESP) VS Manchester United FC (ENG)
  • Valencia CF (ESP) VS Paris Saint-Germain FC (FRA) 
  • FC Porto (POR) VS Málaga CF (ESP)

Perlawanan pertama pusingan ke 2 Liga Juara-Juara Eropah 2012/2013 akan berlangsung pada 12, 13, 19 dan 20 Februari 2013 manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 5,6,12,13 Februari 2013.


Pertembungan Arsenal VS Banyern Munich dan AC Milan VS Barcelona pastinya menarik namum paling mencuri tumpuan ialah pertembungan Real Madrid VS Manchester United.


Ini perlawanan pertama Cristiano Ronaldo menentang bekas kelabnya, Manchester United selepas berhijrah ke Real Madrid pada 2009. Bukan itu sahaja, ia juga membabitkan pertembungan 2 pengurus terbaik dunia, Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho.


Ini pula undian pusingan ke 2 Europa League (Piala Europa) 2012/2013 :-




Keputusan undian 32 pasukan Europa League (Piala Eropah) :-

  • FC BATE Borisov VS Fenerbahçe SK
  • FC Internazionale Milano VS CFR 1907 Cluj
  • Levante UD VS Olympiacos FC
  • FC Zenit St Petersburg VS Liverpool FC
  • FC Dynamo Kyiv VS FC Girondins de Bordeaux
  • Bayer 04 Leverkusen VS SL Benfica
  • Newcastle United FC VS FC Metalist Kharkiv
  • VfB Stuttgart VS KRC Genk
  • Club Atlético de Madrid VS FC Rubin Kazan
  • AFC Ajax VS FC Steaua Bucureşti 
  • FC Basel 1893 VS FC Dnipro Dnipropetrovsk
  • FC Anji Makhachkala VS Hannover 96
  • AC Sparta Praha VS Chelsea FC 
  • VfL Borussia Mönchengladbach VS S.S. Lazio
  • Tottenham Hotspur FC VS Olympique Lyonnais
  • SSC Napoli VS FC Viktoria Plzeň

Perlawanan pertama 32 pasukan terakhir Europa League akan berlangsung pada 14 Februari 2013 manakala perlawanan timbal balik pula pada 21 Februari 2013


Ini pula jadual perlawanan 16 pasukan (pusingan ke 2) Europa League bergantung kepada pemenang perlawanan dalam 32 pasukan terakhir :- 

  • Napoli/Plzeň VS BATE/Fenerbahçe
  • Leverkusen/Benfica VS Dynamo/Bordeaux
  • Anji/Hannover VS Newcastle/Metalist
  • Stuttgart/Genk VS Mönchengladbach/Lazio
  • Tottenham/Lyon VS Inter/CFR Cluj
  • Levante/Olympiacos VS Atlético/Rubin
  • Basel/Dnipro VS Zenit/Liverpool
  • Ajax/Steaua VS Sparta/Chelsea

Perlawanan pertama pusingan ke 2 16 pasukan terakhir akan berlangsung pada 7 Mac 2013 manakala perlawanan timbal balik pula pada 14 Mac 2013.


Bagaimanakah nasib pasukan anda dalam undian ini ? Ada peluang tak untuk mara ke peringkat seterusnya ? Kali ini saya pilih Barcelona untuk menjuarai Liga Juara Juara Eropah. Anda pula bagaimana ?....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Jadual Cuti Sekolah 2013 : Kalender Persekolahan & Takwim



Kalender jadual cuti sekolah dan takwim persekolahan 2013 telah pun diumumkan. Kalender cuti sekolah 2013 ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di portal MOE sendiri (moe.gov.my).


Jom kita terjah kalender jadual persekolahan & takwim 2013 :-




Cuti Sekolah 2013 Kumpulan A


Bagi jadual cuti sekolah 2013 untuk Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A) bermula satu hari lebih awal daripada tarikh yang tertera di jadual atas ini.




Cuti Sekolah 2013 Kumpulan B


Jadual cuti sekolah 2013 kumpulan B di bawah ini pula adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.





Dengan adanya kalender cuti sekolah 2013 ini, dapatlah golongan guru, ibubapa dan pelajar sekolah menjadikannya rujukan sebelum merancang percutian, tempahan tiket penerbangan, hotel, aktiviti di luar bilik darjah dan sebagainya…..




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Senarai Pemain Kelantan 2013 (Bolasepak)




Senarai pemain Kelantan 2013 telahpun diumumkan baru-baru ini. Dalam senarai pemain Kelantan 2013 ini terdapat beberapa nama baru yang dibawa masuk selain mengekalkan beberapa tonggak penting untuk mengharungi musim 2013.


Untuk rekod, Kelantan telah memenangi 3 kejuaraan utama bolasepak di Malaysia sepanjang musim 2012 iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.


Jom kita terjah senarai pemain Kelantan (The Red Warrriors) untuk musim 2013 mengikut nombor jersi :-


Jurulatih : Bojan Hodak

Kapten Kelantan 2013 : Badhri Radzi @ Piya

Penolong Kapten : Indraputra Mahyuddin

1. Shahrizan Ismail ( Penjaga Gol )
2. Azizi Matt Rose
3. K.Nanthakumar ( Baru )
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
9. Diumumkan Kemudian
10. Norfarhan Muhammad
11. Abd. Aziz Ismail
12. Izuan Salahudin ( Baru )
13. Faiz Subri ( Baru )
14. Zamri Ramli
15. Daudsu Jamaludin
16. Badhri Radzi
17. Rizal Fahmi
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat ( Penjaga Gol )
20. Keita Mandjou
21. Norhadi Ubaidillah ( Penjaga Gol / Baru )
22. Tuan Faim ( Piala Presiden )
23. Indra Putra Mahayuddin
24. Zairul Fitree
25. Aris Zaidi ( Piala Presiden )
26. Dimitri Petratos ( Baru – Import Pinjaman Dari Sydney FC )
27. S.Subramaniam ( Cedera ACL dan Akan Pulih 5 / 6 Bulan Lagi )
28. Emmanuel Okine (Import) – Dipinjam ke PERLIS
29. Danny Antwi (Import) - Dipinjam ke PERLIS
30. Haris Safwan ( Baru )
31. Leck Kcira ( Baru – Import dari Croatia )


* NorShahrul Idlan Talaha (Matyo) tidak tersenarai dalam Pemain Kelantan musim 2013
* Ghaddar tidak lagi bersama Kelantan FA 
* 2 Import akan dipilih menyertai Liga Malaysia 2013 dan 4 Import akan bermain untuk Piala AFC 2013


Semoga pemain yang dipilih menyarung jersi The Red Warriors 2013 akan memberikan yang terbaik untuk pasukan yang dari Pantai Timur ini dan mempertahankan kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2012


Keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 ini pastinya ditunggu-tunggu seluruh pengiat seni dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.


Ini kerana anugerah ini bakal mengikhtiraf pencapaian pengiat-pengiat seni di peringkat serantau dalam kategori-kategori yang dipertandingkan.


Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 ini di adakan di MAX Pavilion, Singapore Expo, Singapura pada  Sabtu, 15 Disember 2012, 8.30 malam. 


Siaran langsung APM 2012 ini akan disiarkan di Astro Ria saluran 104 jam 8.30 malam 15 Disember 2012. Jika ada live streaming nanti saya akan kongsikan di sini nanti.


Inilah dia senarai pemenang Anugerah Planet Muzik 2012 :


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)

Anji
(Hatiku) Berhenti Di Kamu


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)

 Raisa
 Serba Salah


ANUGERAH HIT RADIO

Ziviliia
Aisheteru


DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK

 Audionauts
 Maha Bisa Rahsia


KOLABORASI TERBAIK

Rossa & Taufik Batisah
Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah


ARTIS LELAKI TERBAIK

Hafiz AF7
Ku Akui


ARTIS WANITA TERBAIK

Shila Amzah
Patah Seribu


KUMPULAN TERBAIK

Kotak
Tendangan Dari Langit


LAGU TERBAIK SINGAPURA

Awi Rafael - Pulanglah
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael


LAGU TERBAIK

Alyah - Kisah Hati
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih


ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR

Taufik Batisah


LAGU SINGAPURA PALING POPULAR

Hady Mirza - Ku Tetap Kan Menunggu


ARTIS SERANTAU PALING POPULAR

Taufik Batisah


LAGU SERANTAU PALING POPULAR

Hady Mirza - Tetap Kan Menunggu


NOVA MEDIA BARU

Abdul Muttaleeb


IKON MEDIA BARU

SleeQ


ANUGERAH KHAS ABP 2012

Datuk Sheila Majid



Tahniah kepada semua pemenang...


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Tarikh pembayaran bonus Disember 2012 dan Januari 2013 ialah pada 18 Disember 2012 dan 23 Januari 2013. Pembayaran bonus Disember 2012 dan Januari 2013 ini pastinya membuat semua kakitangan kerajaan tersenyum kan..


Cara pengiraan pembayaran bonus Disember 2012 dan Januari 2013 pada 18 Disember 2012 dan 23 Januari 2013 ialah setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.


Bagi yang terlupa mana datangnya bonus ini, sebenarnya Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bonus kakitangan kerajaan ditambah 1 bulan gaji lagi ketika pembentangan Bajet 2013.  




Macam mana boleh tambah 1 bulan gaji lagi? Ini kerana kerajaan telah melakukan pembayaran bonus raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 (bonus kali pertama). Maka bakinya (bonus kali kedua) akan disalurkan menerusi bayaran bonus Disember 2012 dan Januari 2013.


Klik di pautan ini untuk menyemak pekeliling bonus kakitangan awam bayaran kali kedua.


Semoga dengan pembayaran bonus Disember 2012 dan Januari 2013 ini dapatlah membantu kakitangan kerajaan membantu membuat pengurusan kewangan yang terancang terutamanya yang sudah berkeluarga yang mana anak masing-masing bakal bersekolah semula pada awal tahun 2013..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Carian (keyword) di Google paling popular di Malaysia 2012 telahpun dikeluarkankan oleh Google Zeitgeist. Laporan carian (keyword) di Google ini biasanya dikeluarkan Google Zeitgeist pada bulan Disember setiap tahun.


Google Zeitgeist sebenarnya analisis yang Google buat setiap akhir tahun, untuk keluarkan statistik carian terbanyak di sesebuah negara. Semua carian dia akan kategorikan kepada orang, sukan, berita dan sebagainya.


Jom kita terjah apakah carian (keyword) di Google paling popular di Malaysia untuk tahun 2012 mengikut kategori :-



Searches

  1. SAPS
  2. Gangnam Style
  3. 9GAG
  4. Proton Preve
  5. Zalora
  6. Zerg Rush
  7. Rotikaya
  8. Adam Dan Hawa
  9. SPLG
  10. Bersih 3.0

People

  1. Whitney Houston
  2. Jeremy Lin
  3. Shila Amzah
  4. Izwan Pilus
  5. Uncle Seekers
  6. Ustaz Azhar Idrus
  7. Adele
  8. Sheila Marcia
  9. One Direction
  10. Amanda Todd

Songs

  1. Oppa Gangnam Style - PSY
  2. Anak Kampung - Jimmy Palikat & One
  3. Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band
  4. Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif
  5. Payphone - Maroon 5
  6. Kosong - Najwa Latif
  7. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
  8. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
  9. Muara Hati - Hafiz & Ct Nurhaliza
  10. Cinta Muka Buku - Najwa Latif

TV Shows

  1. Upin dan Ipin
  2. Boboiboy
  3. Ultraman
  4. Running Man
  5. Adam Dan Hawa
  6. Tom And Jerry
  7. Ben 10
  8. Money Drop
  9. Power Rangers
  10. Doraemon

Athletes

  1. Lee Chong Wei
  2. Jeremy Lin
  3. Cristiano Ronaldo
  4. Lionel Messi
  5. Robin Van Persie
  6. Lin Dan
  7. Roger Federer
  8. Maria Sharapova
  9. Usain Bolt
  10. Fernando Torres

Sports Teams

  1. Arsenal
  2. Manchester United
  3. Liverpool
  4. Chelsea
  5. Real Madrid
  6. Manchester City
  7. Barcelona
  8. QPR
  9. Kelantan
  10. Tottenham Hotspur

What is...?

  1. What is Gangnam
  2. What is SOPA
  3. What is Yolo
  4. What is lynas
  5. What is Instagram
  6. What is swag
  7. What is love
  8. What is internet
  9. What is VPN
  10. What is Android

Travel Destinations

  1. Legoland Malaysia
  2. Sunway Lagoon
  3. Langkawi
  4. Cameron Highland
  5. Universal Studios Singapore
  6. Kuala Lumpur
  7. Genting Highland
  8. Singapore
  9. Penang
  10. Melaka

Image Searches

  1. Morning
  2. Happy Birthday
  3. Birthday Cake
  4. Love Quotes
  5. Roses
  6. Birthday Wishes
  7. Malaysia
  8. Love
  9. Cartoon
  10. Background


Foods & Drinks

  1. Coffee
  2. Pizza Hut
  3. KFC
  4. Dominos
  5. Mcdonald'S
  6. Chatime
  7. Secret Recipe
  8. Starbucks
  9. Pretzel
  10. Jack And Jill

Fashion Labels

  1. Coach
  2. Louis Vuitton
  3. Gucci
  4. Burberry
  5. Longchamp
  6. Prada
  7. Chanel
  8. Zara
  9. Adidas
  10. Victoria'S Secret

Smartphones

  1. Samsung Galaxy S3
  2. iPad 3
  3. iPad Mini
  4. Samsung Galaxy Note 2
  5. iPhone 4S
  6. HTC One X
  7. Samsung Galaxy Y
  8. Samsung Galaxy Ace
  9. Samsung Galaxy S2
  10. Samsung Galaxy W

Car models

  1. Nissan Almera
  2. Toyota 86
  3. Proton Prevé
  4. Hyundai Elantra
  5. Mitsubishi Mirage
  6. Toyota Prius C
  7. Mazda Cx5
  8. Toyota Avanza
  9. Honda Civic
  10. Proton Exora Bold

Blogs
  1. Beautifulnara
  2. Rotikaya
  3. Oh Bulan
  4. Papagomo
  5. Blog Serius
  6. Malaysia Chronicle
  7. Paultan
  8. Anak Sungai Derhaka
  9. Kari Ngeri
  10. Media Malaya


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) muncul sebagai carian paling hangat Google Malaysia sepanjang tahun 2012 mengalahkan lagu hit global nyanyian Psy, Gangnam Style yang berada di tempat ke 2 dan laman media sosial berasaskan imej, 9GAG di tempat ke 3.


Bagi yang tertanya-tanya apa itu SAPS, sebenarnya SAPS ialah merupakan laman web yang membolehkan ibu bapa memantau kemajuan dan keputusan peperiksaan anak masing-masing secara online. Watch out adik-adik yang masih bersekolah ! Taktik menyorokkan buku laporan akademik tidak berkesan lagi !


Sementara itu, model kenderaan global terbaharu Proton, Proton Preve pula menduduki tangga ke 4 manakala laman beli-belah fesyen dalam talian, Zalora di tempat ke 5.


Bagi bloggers yang suka menggunakan Search Engine Optimization (SEO), mungkin beberapa carian atau keyword di atas ini boleh membantu menaikkan trafik ke blog anda. Dah terbukti ada yang mencari trending di atas.. Selamat mencuba....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~



KEPUTUSAN PENUH :-


Thailand 2-0 Malaysia (Agg 3-1)
  • Thailand : Teerasil Dangda (59'), Teerathon Buthmanian (64')

Keputusan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 2 Live AFF Piala Suzuki 13 Disember 2012 menyaksikan Malaysia kalah 2-0 kepada Thailand sekaligus Malaysia GAGAL memepertahankan kejuaraan AFF Piala Suzuki 2010.


Pada separuh masa pertama, Thailand jelas mendominasi permainan sehingga tidak membenarkan Malaysia melancarkan serangan ke kubu Gajah Perang.


Kontoversi tercetus dalam perlawanan ini apabila Muhammad Fadhli Shas dibuang padang akibat menerima 2 kad kuning minit ke 39 dari pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas melihat Fadhli Shas dan pemain Thailand berasak-asakan dan berbalah dalam 1 insiden. Malaysia bermain 10 orang di atas padang. 


Tamat separuh masa pertama Thailand 0-0 Malaysia. 


Separuh masa kedua menyaksikan Thailand mendapat gol pertama hasil jaringan Teerasil Dangda minit ke 59 yang berjaya melepasi Amar Rohidan dan Aidil Zakuan sebelum merembat masuk melepasi Farizal Marlias. 


K. Rajagopal melakukan rombakan akibat kehilangan seorang pemain di atas padang. Safee Sali, Khyril Muhaimeen dan Faizal Mohammad di bawa masuk untuk menanmbah sengat Malaysia. 


Thailand terus menekan Malaysia apabila mendapat jaringan ke 2 menerusi Teerathon Buthmanian minit ke 64 dari dari bola muntah menjadikan kedudukan Thailand 2-0 Malaysia


Malaysia yang kian tertekan terus berusaha mencari gol penyamaan namun Thailand bermain secara total football sehingga sukar buat pemain Malaysia mendapatkan bola.


Keputusan kekal sehingga wisel ditiupkan pengadil. Malaysia GAGAL memepertahankan kejuaraan AFF Piala Suzuki 2010. Perlawanan akhir akan menyaksikan Thailand VS Singapura.


Walaupun ramai yang menundingkan jari kepada pengadil yang melayangkan kad merah kepad Fadhli Shas namun kita jua perlu mengakui bahawa taktikal K.Rajagopal langsung tidak menjadi dalam perlawanan ini. Agak-agak K. Rajagopal letak jawatan tak lepas ini ?



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 2 Live AFF Piala Suzuki 13 Disember 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS Thailand AFF Piala Suzuki ini amat penting untuk kedua-dua pasukan ini bagi menentukan pasukan manakah yang layak ken final.


Perlawanan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 2 Live AFF Piala Suzuki 13 Disember 2012 ini akan berlangsung di Stadium Supachalasai, Bangkok jam 8 malam.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura, kemudian Malaysia menang besar 4-1 ke atas Laos dan Malaysia menundukkan Indonesia 2-0 untuk layak ke separuh akhir.


Manakala Thailand menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Dalam perlawanan separuh akhir 1 di Bukit Jalil, Malaysia terikat 1-1 dengan Thailand.


Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 2 Live AFF Piala Suzuki 13 Disember 2012 akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.00 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Thailand Semi Final 2 Live AFF Piala Suzuki 13 Disember 2012  boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS Thailand ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia !



BREAKING NEWS


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah meninggal dunia ! Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam 11 Disember 2012.


Jenazah Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu 12 Disember 2012 di Tanah Perkuburan Bukit Kiara Kuala Lumpur.


Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.


Untuk rekod, Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.


Selepasa bersara, jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja disandang Datuk Syed Danial Syed Ahmad dari 2011 sehingga kini.


Sejak Allahyarham bersara, ramai yang merindui kelibat beliau di kaca TV terutama ketika mengumumkan tarikh permulaan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Memang penting peranan beliau. 


Ya Allah. Sedihnya. Rata-rata dari kita semua membesar dengan Allahyarham. Setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal, beliaulah yang pasti amat dinanti-nantikan terutamanya untuk kanak-kanak. Apa yang dizahirkan dari mulut Allayarham, mampu memberikan senyuman kepada ramai orang. Al-Fatihah....    



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Dividen ASB 2012 akan diumumkan pada 21 Disember 2012. Dividen + bonus ASB dan ASN 2012 dijangkakan lebih tinggi dan kompetitif berbanding tahun lepas menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


Pastinya pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 amat ditunggu-tunggu pelabur-pelabur unit dana ini maklumlah "khabar baik" ini sedikit banyak dipengaruhi oleh Pilihanraya ke 13 semakin hampir. 


Jom kita terjah rekod dividen dan bonus ASB dari 1990-2011 :-




Untuk rekod, Permodolan Nasional Berhad (PNB) masih mampu memberikan dividen + bonus ASB pada kadar 10.50% pada tahun 1998 iaitu zaman kegawatan ekonomi. Memang tak rugilah melabur dalam ASB ini. 


Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-


Dividen
  • Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen


Bonus
  • Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.

(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus



Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu  hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.


Bagi yang nak tahu apa tujuan dan kebaikan pelaburan ASB @ ASB Loan ini anda boleh klik di pautan ini Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?


Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



KEPUTUSAN TERKINI :


Malaysia 1-1 Thailand
  • Malaysia : NorShahrul Idlan Talaha (46')
  • Thailand : Teerasil Dangda (79')

Keputusan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 1 Live AFF Piala Suzuki 9 Disember 2012 menyaksikan Malaysia seri 1-1 menentang Thailand.


Pada separuh masa pertama Malaysia dan Thailand dilihat bermain berhati-hati. Kedua-dua pasukan saling asak mengasak untuk memburu gol namun percubaan penyerang Thailand dilihat lebih berbahaya.


Tamat separuh masa pertama Malaysia 0-0 Thailand




Malaysia bermula baik pada separuh masa kedua apabila NorSHahrul Idlan Talaha meletakkan Malaysia dihadapan pada minit je 46 hasil tandukannya yang menerjah jaring hasil hantaran silang Mahali Jasuli.



Thailand yang tertekan dengan kelebihan Thailand memasukkan penyerang untuk menggandakan asakan. Thailand terus megasak kubu Harimau Malaya memaksa pemain negara banyak bertahan.


Kemasukan Safee Sali dan S.Kunalan yang menggantikan Amar Rohidan dan Baddrol Bakhtiar gagal memberi sebarang impak positif sebaliknya Thailand yang memperolehi gol penyamaan menerusi tandukan Teerasil Dangda pada minit ke 79.





Walaupun kedua-dua pasukan terus mencari gol kemenangan namun jaringan 1-1 kekal sehingga ke tamat perlawanan.


Perlawanan timbal balik (separuh akhir ke 2) Thailand lawan Malaysia akan di adakan di Bangkok, Thailand pada 13 Disember 2012 ini. Semoga Harimau Malaya mencatatkan keputusan yang baik di Bangkok nanti.


PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 1 Live AFF Piala Suzuki 9 Disember 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS Thailand AFF Piala Suzuki ini amat penting untuk kedua-dua pasukan ini bagi membawa bekalan selesa ke separuh akhir ke 2 nanti. 


Perlawanan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 1 Live AFF Piala Suzuki 9 Disember 2012 ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8 malam.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura, kemudian Malaysia menang besar 4-1 ke atas Laos dan Malaysia menundukkan Indonesia 2-0 untuk layak ke separuh akhir.


Manakala Thailand menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 1 Live AFF Piala Suzuki 9 Disember 2012 akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.00 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Thailand Separuh Akhir 1 Live AFF Piala Suzuki 9 Disember 2012  boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS Thailand ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sementara menunggu perlawanan ini berlangsung apa kata kita menonton :



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget