Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah untuk menetapkan Hari Raya Aidiladha ialah pada 6 Nov ini bersamaan 29 Zulkaedah.


Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.


Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.
Adios~~~~~

Kelebihan Jadi Single !



Ramai yang beranggapan bahawa orang yang single itu hidupnya tidak berseri. Sebenarnya tanggapan anda itu silap. Sebenarnya banyak kelebihan jadi single ni.


Kalau nak tahu kelebihannya jom sama-sama kita terjah kelebihan jadi single ini :-


1. Bebas ke mana sahaja tanpa sekatan

 

  • Biasalah bila jadi single ni siapa pun tak peduli. Nak ke mana pun tiada halangan. Tak ada lah juga istilah 'punch card' atau 'friend finder' walaupun ke kedai depan beli santan seperti mereka yang bercouple. 

2. Tak perlu jaga penampilan

 

  • Selekeh-selekeh pun tak ada yang bising kan. Nak simpan rambut panjang ke, pakai baju bundle ke kuku panjang ke bela janggut ke tak ada yang peduli. Kalau ada ada awek kena smart sokmo. Memang rimas ! 

3. Bebas dari bunyi miss call dan SMS berkali-kali

 

  • Hari-hari berSMS atau berbual dengan orang yang sama memang membosankan. Lagi bosan kalau asyik ditanya soalan yang sama seperti 'wat apa', 'kat ne' dan 'dgn sapa'. Mau pengsan rasanya. Kalau single tak perlu lalui semua yang menjengkelkan ini. 

4. Bebas ke mana sahaja dengan sesiapa sahaja

 

  • Bila single ni tiada yang akan cemburu jika keluar dengan kawan lelaki atau perempuan. Bagi mereka yang bercouple tu mungkin pasangan mereka melarang mereka bergaul dengan jantina yang berlainan. Nak add as friend di Facebook pun tak boleh. Kolot betul !


5. Bebas nak buat apa sahaja

 

  • Nak hidup dalam tunggang terbalik ke nak buat apa pun tak menjadi masalah. Tak ada yang kisah. Kalau yang bercouple tu mesti diorang ada pantang larang  kan. Contohnya tak boleh lagi hisap rokok. Kalau kena kat perokok tegar macam mana? Pilihlah nak awek atau rokok.


Terpulanglah kepada individu itu sama ada nak kekal single ke nak couple ke apa ke. Tapi perlu di ingat setiap orang punya jodoh masing-masing. Bila sampai masanya nanti anda perlu tinggalkan semua yang anda buat ketika zaman single anda itu...



Adios~~~

Diskaun Tol Deepavali 2010



PLUS Expressways Berhad akan menawarkan diskaun tol Deepavali 2010 sebanyak 20% kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) sempena perayaan Deepavali


Diskaun ini ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Linkedua antara 12 malam hingga 7 pagi pada 1 hingga 3 Nov dan 8 hingga 10 Nov ini.


Bagaimanapun, diskaun itu dikecualikan di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru Causeway, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim.
 



Diskaun ini merupakan tambahan kepada diskaun 10% yang dinikmati oleh pengguna kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite di luar waktu puncak setiap hari.


Diskaun ini  memberi peluang kepada pengguna lebuhraya membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan.

 
Kepada yang pulang ke kampung halaman sempena Deepavali ini pandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang tersayang...


Adios~~~~

Proton Saga Facelift 2012



Sekali lagi gambar Proton Saga Facelift 2012 berjaya dirakam. Beberapa bahagian pada badan kereta ini ditutup dengan pelekat hitam bagi mengelakkan bentuk asalnya di ketahui umum.


Selepas Proton Waja di gantikan dengan Proton Inspira, tahun 2012 pula adalah tahun menganti Proton Saga  BLM sedia ada kepada model yang baru. 




Daripada gambar di atas, jelas bentuk grill hadapan adalah hampir sama dengan grill hadapan proton Exora dan Proton Inspira. 




Pada bahagian belakang kereta ini pula, terdapat reflektor pada bahagian bawah bumper. Ini membuatkan Proton Saga baru ini nampak lebih bergaya.


Rim aloi nya pula seperti rekaan terbaru berbeza dari Proton Saga BLM yang ada di atas di atas jalan sekarang ini. 




Pada bahagian cermin sisi kereta ini turut dilengkapi dengan cermin sisi samaran LED untuk membantu peranan signal kereta. 


Nampaknya Proton semakin serius untuk menguasai pasaran dengan mengetengahkan produk-produk yang baru. Secara peribadi, mungkin Proton boleh fokus pada ciri-ciri keselamatan kereta di masa akan datang memandangkan kadar kemalangan yang tinggi di negara ini. 


Adios~~~~

Mbah Maridjan Ditemui Mati Dalam Keadaan Sujud



Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud di dalam rumahnya di kaki gunung berapi di Yogyakarta


Menurut doktor hospital, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan. Pakaiannya juga adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.


Beberapa hari sebelum ini, beliau dilaporkan memberitahu saudara mara yang beliau tidak akan meninggalkan  Gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (penjaga gunung).





Nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.


Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat.


Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito. Walaubagaimanapun  pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.


Adios~~~~~



Paul Sotong kurita Piala Dunia  telah di sahkan mati oleh pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhauseyang, Jerman.


Paul si sotong kurita dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di dalam akuarium yang menempatkannya di Jerman.




Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. 


Kejayaan Paul membuat ramalan merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri. Paul juga menerima ancaman bunuh kerana meramalkan pasukan Jerman kalah kepada Sepanyol di Piala Dunia. 


Secara peribadi, bagus juga si Paul ini mati. Sekurang-kurangnya dapatlah menghapuskan perkara khurafat, tahyul dan syirik di kalangan masyarakat dunia..


Adios~~~~

Kontroversi Isu Islamic Fashion Show



Baru-baru ini umat Islam di gemparkan dengan kontroversi isu Islamic Fashion show yang berlangsung di Morte Carlo yang di dakwa melampaui batasan dan boleh di kategorikan sebagai mempersendakan Islam.


Manakan tidak, model yang digunakan bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah menggunakan nama Nabi Muhammad di pakaian mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh secara terang.


Jom kita terjah gambar yang sempat dirakam semasa Islamic Fashion show baru-baru ini :-







 (credit to amenoworld.blogspot)


Amat terkilan sekali ialah kerana penaung pertubuhan ini ialah isteri kepada pembesar negara (yang beragama islam). Secara langsung atau tidak langsung beliau telah mencemarkan imej Islam di mata dunia.

 
Kita pastinya tidak mahu umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.


Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.
 

Manakala pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan  'individu' tersebut sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.


Adios~~~~


Kali ini saya nak share keputusan penuh pemenang Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) 2010 yang berlangsung baru-baru ini di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor Darul Ehsan.


POSTER TERBAIK

Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)


PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK

Pemenang: Dee Hasnan (Magika)


PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Pemenang: Fimie Don (Magika)


PELAKON HARAPAN WANITA

Pemenang: Daphne Iking (Belukar)


PELAKON HARAPAN LELAKI

Pemenang: Shashi Tharan (Estet)


LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry - Magika)


PENATAAN BUNYI TERBAIK

Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)


PENATAAN SENI TERBAIK

Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)


PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)


PENGARAH HARAPAN

Pemenang: Edry (Magika)


FILEM KOMEDI TERBAIK

Pemenang: KRU Studios (My Spy)


ANUGERAH LAKON LAYAR TERBAIK

Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

 
ANUGERAH CERITA ASAL TERBAIK

Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan


ANUGERAH SINEMATOGRAFI TERBAIK

Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik


ANUGERAH PENYUNTING TERBAIK 

Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2


ANUGERAH SKOR MUZIKAL ASAL TERBAIK

Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika


ANUGERAH FILEM ANIMASI TERBAIK

Pemenang: Buas


ANUGERAH DOKUMENTARI TERBAIK

Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment


ANUGERAH FILEM PENDEK TERBAIK

Pemenang: Project


ANUGERAH PELAKON VETEREN LELAKI FFM23

Seniman Tamam Idris


FILEM BOXOFFICE FFM23

Filem Adnan Sempit



ANUGERAH PELAKON VETEREN WANITA FMM23 

Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.


ANUGERAH KHAS PENGGIAT BELAKANG TABIR FFM23


Johari Ibrahim.


ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK

Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar


ANUGERAH PELAKON WANITA TERBAIK
 
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan


ANUGERAH PENGARAH FILEM TERBAIK

Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions
Membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20 ribu


ANUGERAH FILEM TERBAIK FFM23

Pemenang: Filem Magika (KRU Studios)
Membawa pulang sebuah trofi & RM50 ribu


Tahniah buat KRU Studios kerana filem Magika telah di angkat sebagai filem terbaik FFM23. Syabas Norman, Yusry dan Edry. Tak sabar nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa pula..


Adios~~~~

Tips Mengetahui Si Awek Sudah Berpunya Atau Belum



Pernah tak anda suka kepada seorang awek tapi anda tidak pasti statusnya sama ada masih solo atau sudah berpunya? Kali ini saya nak share tips mengetahui si awek sudah berpunya atau belum.


1. Gunakan Facebook


  • Tips ini sesuai untuk awek yang anda kenal. Contoh jika anda minat pada awek satu universiti, just search je nama dia kat Facebook. Tengok status dia. Kalau dah “married”  janganlah berani kacau pula. Kalau setakat “In a relationship” masih ada harapan.


2.  Kekerapan si awek memegang handphone

 

  • Mata anda perlu peka sikit. Orang bercinta selalunya tangan asyik pegang handphone untuk sms je. Kalau tangan dia 24 jam bergerak-gerak macam tengah balas sms, confirm 100% dah ada pakwe.


3.  Intonasi suara

 
  • Jika dia seorang yang periang dan akan gelak kuat-kuat kalau bersembang tapi intonasi suara berubah menjadi manja-manja gitu bermakna dia tengah menjawab panggilan pakwe dia la tu. Kepekaan telinga anda memang sangat penting ketika menggunakan teknik ini.


4.  Tanya kawan-kawannya


  • Kalau nak tanya direct memang segan, jadi anda perlu tanya kawan yang rapat dengannya. At least tak adalah malu sangat. Dan yang paling best kalau si kawan itu tolong risikkan untuk anda.


5. Tanya awek itu secara direct 


  • Teknik yang nie memang paling kering. Keberkesanan dijamin 100% dan akan dapat jawapan time itu juga. Untuk menggunakan teknik ini, anda harus bersedia menerima jika di tolak. Jika anda ada sense humor yang tinggi di galakkan menggunakan tektik ini.


Tunggu apa lagi? Pergilah try salah satu teknik di atas tu.. Makin lambat anda bertindak makin tinggi la peluang awek yang anda minat tu akan ada pakwe.


Adios~~~~



Isu masa depan Wayne Rooney sudah selesai apabila penyerang prolifik England itu menandatangani kontrak 5 tahun untuk kekal bersama Manchester United.


Sebelum ini Wayne Rooney menyatakan hasratnya mahu meninggalkan Old Trafford apabila berlakunya perbalahan antara beliau dengan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.


Wayne Rooney juga kecewa apabila kelabnya itu gagal menarik minat pemain bertaraf dunia untuk menyarung jersi Manchester United.




Pihak pengurusan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, mendorong Wayne Rooney menyambung kontraknya. 


Sebelum ini Chelsea dan Manchester City menyuarakan hasrat untuk memancing khidmat Wayne Rooney sekiranya beliau tidak mahu lagi beraksi untuk Manchester United.


Selamat Maju Jaya Wayne Rooney !


Adios~~~~

Isteri Suka Berleter ?

Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.


Golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya. Ia bersamaan dengan 2jam 30 minit setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir 6 hari setahun.


Kajian membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah.




Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87 % mengakui sukar untuk memastikan pasangan melakukan kerja rumah.
 

Manakala 83% lelaki  merasakan mereka sentiasa betul yang tanggungjawab mengemas rumah itu tanggungjawab isteri.

 
Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berkenaan kadang kala efektif untuk mengubah pasangan berubah sikap dan lebih bertanggungjawab.



Adios~~~~~

Chelsea Lawan Malaysia 21 Julai 2011


Pasukan bola sepak gergasi England, Chelsea akan lawan Malaysia (Malaysia XI) pada 21 Julai 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Chelsea memilih Malaysia sebagai antara destinasi untuk menjalani perlawanan pramusim iaitu sebagai persiapan sebelum menghadapi musim baru 2011/2012.


Pengumuman ini dibuat dan di siarkan di lawan web rasmi pasukan Chelsea.




Ini merupakan kali kedua skuad Blues itu datang ke Malaysia selepas menewaskan pasukan kebangsaan 2-0 dalam kunjungan pertamanya pada 27 Julai, 2008. 


Chelasea juga turut beraksi di Bangkok pada 24 Julai sebelum melengkapkan Jelajah Asia 2011 dengan bertanding dalam Trofi Barclays Asia di Hong Kong.


Kepada peminat Chelsea, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan anda beraksi secara live di Malaysia. 


Adios~~~~

Rakyat Malaysia Lebih Gemar Tinggal Di Luar Negara ?



Kaji selidik oleh iProperty.com Malaysia (www.iproperty.com.my) mendapati lebih ramai rakyat Malaysia gemar tinggal di luar negara berbanding negara sendiri.


Melalui maklum balas diterima daripada 454 responden, sebanyak 62% lebih gemar tinggal di luar negara, 28% memilih Malaysia sebagai rumah mereka dan 10% tidak pasti dengan pilihan mereka.


Generasi muda adalah golongan terbesar memilih untuk tinggal di luar negara kerana peluang besar dan tidak mempunyai komitmen jangka panjang.




Golongan lebih matang memilih untuk tinggal di Malaysia kerana keselamatan kewangan dan sosial, gaya hidup bandar pada kadar rendah serta mempunyai komitmen.


Secara keseluruhannya, ramai yang berpandangan Malaysia perlu menyediakan iklim pekerjaan yang lebih menarik untuk menarik rakyat Malaysia di luar negara pulang berkhidmat di tanah air. 


Secara peribadi, adalah lebih baik tinggal di tanah tumpah darah kerana masing-masing pasti punya 'tanggungjawab' terhadap ibu bapa, keluarga, saudara mara, masyarakat, agama dan negara amnya.


Adios~~~~


Setelah hampir 2 bulan memperkenalkan followers Blog AkU dAn SeSuAtU di Facebook akhirnya  jumlah follower blog ini di Facebook mencecah 100 orang.


Tak sangka sambutan terhadap blog ini amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi followers blog AkU dAn SeSuAtU ini di Facebook.


Kalau followers biasa kena jadi blogger dulu baru boleh follow blog orang lain. Tetapi untuk followers Facebook, hanya perlu ada akaun Facebook sahaja boleh terus jadi followers dengan hanya klik 'Like'.



Memang ramai sekarang ini yang ada akaun Facebook. Budak umur 6 tahun pun ada. Selain mudah untuk menjadi follower di Facebook, kita juga boleh share upadate terbaru blog di Facebook.


Tips nak dapatkan ramai followers? Tak ada tips. Cuma bagi saya, tulislah sesuatu yang orang mudah orang terima. Tentang isu semasa ke, atau apa yang berlaku pada hari ini ke. Pendek kata yang Google friendly lah. 


InsyaAllah traffik pun akan meningkat bila ada yang Google. Bila dah ramai Google tu, InsyaAllah ada la yang nanti klik butang 'Like' itu. Kalau kandungan blog itu menarik, mesti ramai yang suka. Tak gitu? 


Adios~~~~

Anjing Lawan Landak !



Inilah keputusan hasil perlawanan antara anjing dan landak. Mari kita tengoklah siapa yang menang.








Moral of the story, yang kecil jangan di sangka anak yang besar jangan di sangka bapa !


Adios~~~~

Menara Warisan Merdeka : Mercu Tanda Baru Malaysia ?



Menara Warisan Merdeka adalah sebuah projek yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd yang berharga sekitar RM5 billion. Menara 100 tingkat ini dijadual siap pada tahun 2020.


Cadangan projek pembinaan Menara Warisan Merdeka ini telah dibentangkan pada Bajet 2011 di Dewan Rakyat baru-baru ini.  


Jika projek ini menjadi kenyataan, menara ini akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek ini juga akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.





Selain di jangka mampu menarik lebih ramai pelancong ke negara ini, menara ini juga di harap dapat menarik lebih ramai pelabur luar melabur di Malaysia.


Semoga Malaysia dapat menyediakan iklim pelaburan yang menarik sekaligus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara...


Adios~~~~



Tarikh pilihanraya DUN Batu Sapi (P185) Sabah ialah pada  4 November 2010  serentak dengan pilihanraya DUN Galas, Kelantan manakala tarikh penamaan calon juga pula pada 26 Oktober 2010.


Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal. 


Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah  dengan menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
 



Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini.
 
 
Daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.


Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini.


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget