Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Ranking Terbaru FIFA



FIFA (Federal International Football Association)  telah pun mengeluarkan ranking terbaru dunia baru-baru ini. Ranking terbaru ini menyaksikan Brazil memintas kedudukan Sepanyol sebagai pasukan terbaik dunia.  

Jom kita terjah kedudukan terbaru yang di keluarkan FIFA ini :-


Pasukan bola sepak Malaysia masih kekal di tangga ke 147 terbaik dunia walaupun telah berjaya menjuarai pingat emas sukan SEA baru-baru ini.


Tahniah buat skuad bola sepak Brazil. Kepada skuad bola sepak Malaysia cuba lagi. Sekurang-kurangnya jadilah juara di kalangan negara ASEAN dahulu sebelum melangkah lebih jauh. Harap-harap jangan sampai tahap peminat tempatan bosan dengan bola sepak negara..

P/S : Teringat sasaran FAM suatu ketika dahulu yang menyasarkan Malaysia layak ke Piala Dunia 2018. Sasaran ini realistik atau fantasi?

Adios~~~

Pemain Bola Sepak Terkaya 2010


Forbes telah mengeluarkan senarai 10 pemain bola sepak terkaya di dunia yang hasil pendapatannya dari penajaan. David Beckham masih mendahului sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia. 

1. David Beckham (US$40 juta) 35 tahun

  • Kelab: AC Milan (pinjaman), LA Galaxy 
  • Penaja: Adidas, Giorgio Armani, Motorala, Pepsi, Vodafone, Mark & Spencer
  • Mempunyai rangkaian pakaian sukan tajaan Adidas

2. Cristiano Ronaldo (US$ 30 juta) 25 tahun

  • Kelab:- Real Madrid
  • Penaja: Nike, Coke, Castrol, Giorgio Armani
  • Pemain bola sepak paling mahal di dunia bernilai US$130 juta

3. Kaka (US$25 juta) 28 tahun


  • Kelab:- Real Madrid
  • Penaja:- Giorgio Armani, Adidas
  • Pemain bola sepak kedua paling mahal di dunia US$91 juta 

4. Ronaldinho (RM 25 Juta) 30 tahun

 
  •  Kelab: AC Milan

5.  Thierry Henry (US$24 Juta) 32 tahun

  • Kelab:- Barcelona
  • Penaja:- Reebok, Gillette, Pepsi

6. Lionel Messi (US$20 Juta) 23 tahun


  • Kelab:- Barcelona

7. Frank Lampard (US$ 17 Juta) 31 tahun



  • Kelab:- Chelsea

8. John Terry (US$ 16 Juta) 29 tahun



  • Kelab:- Chelsea

9. Zlatan Ibrahimovic (US$ 16 Juta) 28 tahun


  • Kelab:- Barcelona

10. Steven Gerrard  (US$ 15 Juta) 28 tahun


  • Kelab:- Liverpool

Adios~~~~


Aku kembali lagi setelah hampir 3 hari tidak berblogging. Maklumlah tuntutan kerja yang bertimbun memaksa aku terpaksa melupakan dunia blogging ini buat sementara. Kini aku boleh menumpukan perhatian kepada blog.

Apabila tidak berblogging ini pastinya trafik blog akan menurun. Maklumlah masih di kategorikan sebagai blogger Glitterati. Orang pun masih tak ramai yang mengetahui kewujudan blog ini. Selalunya trafik boleh mencecah 100 unique visitors per day tapi kini nak cecah 50 pun susah.


Sekarang ni aku dah dapat buffered earning yang pertama untuk iklan Maggi. Sayang rasanya jika tak menaikkan trafik. Jika berterusan begini mungkin akan memberi kesan kepada buffered earnings ini dan mungkin juga nak dapatkan buffered earnings yang kedua pun susah.

Lagi satu nak maklumkan bahawa blog ini under construction. Sekarang ni dalam usaha memperindahkan lagi layout dan header blog ni. Layout dan header yang ada sekarang ini adalah untuk tujuan sementara sahaja sehingga di maklumkan kelak.


Semoga dengan kehadiran layout dan header yang baru nanti akan menaikkan semangat aku untuk terus berblogging. Kepada sesiapa yang dah terjah blog aku ini sila tinggalkan jejak supaya aku dapat terjah bloh anda pula ya..

Adios~~~

Tidur Petang Tingkatkan Produktiviti ?


Tahukah anda tidur sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja.

Meskipun ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja, jika di perhalusi, tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.


Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.


Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari, ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.

Ia boleh dilakukan sama ada di meja kerja, di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.

Hmm memang tidak rugi berehat seketika kerana selain mendapat banyak kebaikan, ia juga mampu meningkatkan lagi daya tumpuan kita...

Adios~~~

Pejabat Facebook Di Malaysia


Tidak di nafikan rakyat Malaysia memang suka menghabiskan masa mereka di facebook. Tak kira lah masa lapang ke, masa kerja di ofis ke, atau duduk di stesen bas ke, memang ada yang curi masa untuk membuka laman Facebook.

Munurut sumber, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai akaun Facebook yang paling ramai. Ternyata orang Malaysia suka bersosial di alam maya, suka mengemaskini status, buat apa hari ini, apa program harian dan macam-macam lagi lah.


Tahukah anda  Facebook telah pun membina pejabat mereka di Neo Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya Selangor. Baru-baru ini aku ada ternampak iklan di Facebook di mana mereka sekarang ni sedang mencari software engineer di Malaysia.

Bangunan ni senang nak nampak sebab rekaan bangunannya begitu unik sekali. Dari jauh pun boleh nampak. Tak lama lagi mereka akan memulakan operasi di pejabat baru itu.

Selamat datang ke Malaysia Facebook...

Adios~~~


Seorang pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah di Kangar, Perlis cuba terjun dari bangunan akibat tidak tahan dengan ejekan kawan-kawan kerana CINTA nya di tolak oleh seorang pelajar perempuan.

Beliau yang juga baru kehilangan bapanya hilang kawalan lalu memecahkan tingkap bilik darjah itu dan cuba terjun dari tingkat 3 bagunan sekolah itu.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila rayuan guru dan datuknya gagal memujuknya. Pasukan Bomba yang tiba di tempat kemungkinan menyediakan peralatan bagi menghadapi situasi yang tidak di ingini.

Ber'umpan'kan air minuman, akhirnya pelajar itu berjaya diselamatkan oleh pihak bomba setelah puas memujuk hampir 1 jam.


Komen aku:-

  • Bagi aku budak ni memang seorang yang berani. Bukan berani kerana terjun bangunan tetapi berani kerana dapat meluahkan rasa CINTAnya kepada perempuan yang beliau minati. Bukan senang nak luahkan perasaan beb. Kena tebal muka tu.. Bukan senang nak cari lelaki macam ni zaman ni (termasuk aku). 

  • Tapi awak tu masih muda. Baru berumur 14 tahun. Keutamaan harus di berikan kepada pelajaran bukannya cinta. Bila dah berjaya dewasa nanti, InsyaAllah cinta yang akan datang sendiri kepada anda. Memanglah perasaan itu sukar di bendung tetapi haruslah bijak mengawalnya. Percintaan 'monyet' selalunya tak ke mana pun (mengikut pengalaman aku la).

  • Terjun bangunan (bunuh diri) bukanlah jalan terbaik menyelesaikan masalah. Kalau malu sekali pun tukar sahaja sekolah habis cerita. Di sekolah baru nanti mulalah hidup baru dan secara tidak langsung dapat melupakan kisah lalu. Tak pernah terfikir ke dik?...

Adios~~~

Apa Itu Revolving Loan


Pernah tak dengar anda mendengar 'revolving loan'?. Mungkin anda pernah mendengar perkataan loan itu sahaja yang membawa maksud 'pinjaman'. Apa pula itu 'revolving'?

Sebenarnya revolving loan itu adalah pinjaman yang kebanyakkannya di tawarkan untuk projek pembangunan dan peniagaan kecil dan sederhana.

Melalui pinjaman ini, peminjam boleh membayar sebahagian atau seberapa sahaja daripada jumlah  pinjaman dalam jangka masa yang  di tetapkan oleh pihak bank.  

Konsep pinjaman ini adalah seperti kad kredit. Contohnya jika jumlah pinjaman anda adalah RM 500 000 dan anda telah pun membayar balik pinjaman sebanyak RM 200 000, anda masih boleh meminjam kembali RM 200 000 dari pihak bank asalkan tidak melebihi jumlah keseluruhan pinjaman anda.

Pinjaman ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan kerana pinjaman ini mampu membantu usahawan mendapatkan modal dengan kadar segera tanpa perlu mengemukakan permohonan  pinjaman baru.  

Adios~~~


Sekarang ini terdapat satu sindiket dimana penjenayah melakukan aktiviti scam melalui telefon dan mengatakan diri mereka wakil dari Bank Negara Malaysia. Mereka  ini akan meminta mangsa supaya mendedahkan nombor akaun bank dan PIN akaun bank kepada mereka.

Antara modus operandi penjenayah ini adalah:-

  • Mangsa akan di hubungi kononnya dari bank komersil meminta pengesahan transaksi kononnya di buat di luar negara dalam satu amaun yang besar.

    • Mangsa biasanya akan menafikan transaksi itu. 'Pegawai' ini akan berpura-pura simpati lalu mengarahkan mangsa menghubungi 'Unit Kad Kredit Bank Negara'. Kemudian beliau akan memberikan nombor talian 03-2772-xxxx  kepada mangsa. 

      • Mangsa akan menghubungi nombor itu dan panggilan akan dijawab oleh mesin automatik yang menyatakan talian telah di sambungkan ke Bank Negara. Seorang 'pegawai' akan menjawab panggilan itu. 

        • ‘Pegawai’ ini akan meminta maklumat akaun bank mangsa dan akan menyuruh mangsa memindahkan duitnya ke dalam akaun bank pihak ketiga di mana mereka menggunakan alasan untuk melindungi wang mangsa daripada penipuan kad kredit tadi.

          • Ada juga kes di mana  mangsa di minta mendedahkan nombor akaun dan pin supaya mereka dapat membawa lari wang dalam akaun dengan memindahkan ke akaun lain.

          Bank Negara Malaysia telah membuat satu kenyataan akhbar yang mengesahkan bahawa tiada jabatan di dalam Bank Negara Malaysia yang dipanggil ‘Unit Kad Kredit Palsu’. Bank Negara Malaysia juga mengesahkan bahawa nombor telefon 03-2772-xxxx adalah bukan line telefon Bank Negara Malaysia.

          Kalau nak membaca kenyataan media dari Bank Negara Malaysia klik di sini.

          Untuk makluman lanjut mengenai sindiket ini klik di link ini http://fraudalert.bnm.gov.my

           Adios~~~~

          Mi Segera Ganti Nasi?


          Jumlah jualan mi segera yang mencecah AS$25 bilion tahun lalu mungkin akan  menggantikan nasi sebagai makanan ruji dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

          Perubahan kini telah pun  berlaku di Indonesia apabila mi segera sudah menggantikan tradisi pemakanan rakyat berpendapatan rendah di negara tersebut.

          Keadaan itu digalakkan lagi oleh harga mi segera yang lebih murah berbanding makanan ruji di negara tersebut.

          Berikutan aliran peningkatan itu, ada pihak yang mahu menjadikan mi segera sebagai makanan global sebagai menggantikan makanan ruji di dunia.

          Tambahan pula khasiat mi segera juga telah diperkaya dengan nutrien dan zat makanan yang seimbang seperti protein dan karbohidrat yang membantu diet pemakanan individu.

          Apa-apa pun mi segera dah pun menjadi makanan ruji aku sejak zaman di universiti lagi. Murah dan cepat di sediakan menjadi faktor mengapa aku memilih menu mi segera ini.. Sehingga hari ini mi segera masih kekal sebagai makanan kegemaran aku. Bagaimana pula anda?

          P/S: Teringat trademark Alex Raja Lawak 4 "Megi saya sudah kembang"...

          Adios~~~


          Penduduk setempat dan sekitar Hulu Selangor dijemput menjamu selera dengan nasi lemak dan teh tarik pada "kenduri rakyat" anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) pada 24 April 2010 ini.

          Selain nasi lemak dan teh tarik, makanan tradisi Cina seperti 'char kuey teow' dan pau serta makanan tradisi India seperti apam dan putu mayum turut disajikan. 

          Antara acara lain yang turut di anjurkan adalah seperti  pameran pakaian tradisional, pameran permainan tradisional dan pameran ular oleh Jabatan Muzium Negara. Turut diadakan demonstrasi masakan Sabah dan Sarawak.


          Di samping itu, pelbagai pertandingan juga telah direncanakan untuk pengunjung, antaranya pertandingan kukur kelapa, pertandingan aksi teh tarik, pertandingan menebar roti canai, pertandingan permainan tradisi dan cabutan bertuah.
           
          Majlis yang di anggap juga sebagai "kenduri rakyat"  ini akan  menjadi platform untuk memperkenalkan makanan warisan kepada masyarakat dan merapatkan hubungan antara kaum.
           
          Hmm.. memang mewah orang Hulu Selangor semenjak 2 minggu ini. Maklumlah Pilihanraya Kecil akan di adakankan di situ. Macam-macam mereka dapat seperti beras dan kain pelikat. Macam Santa Claus turun dari langit pula. Apa-apa pun kepada pihak yang menang nanti jangan lupa tanggungjawab anda kepada masyarakat di situ yang mengundi anda..


          Adios~~~


          Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berkata bahawa beliau tidak akan bersara selepas musim Liga Perdana tahun ini berakhir.

          Beberapa akhbar British melaporkan bahawa Ferguson, 68, akan meletakkan jawatan selepas 24 tahun berada di Old Trafford.

          Bagaimanapun, hari ini beliau berkata laporan media tidak benar. Beliau masih lagi mahu menabur bakti kepada kelab yang berpengkalan di Old Trafford itu.


          Desas desus sebelum ini mengatakan Jose Maurinho, pengurus kelab Inter Milan adalah calon terbaik mengisi kekosongan apabila Sir Alex Ferguson meninggalkan United.  

          Walaupun United sudah tersingkir dari persaingan Liga Juara-Juara Eropah namun Ferguson masih masih optimis anak buahnya mampu membawa balik gelaran juara Liga Perdana Inggeris walaupun ketinggalan 1 mata di belakang Chelsea. 

          Adios~~~

          Cinta Itu Buta ?


          Pernah tak anda mendengar pepatah 'cinta itu buta' ?. Semua yang pernah bercinta pasti tahu dan pernah mendengar istilah ini. Sebagian daripada setuju dengan pendapat ini kerana dengan cinta yang benci bisa menjadi sayang, yang jauh terasa dekat, sakit menjadi sebuah kenikmatan, bahkan kesalahan bisa menjadi sebuah kewajaran. 
           
          Ada pula yang mengatakan orang-orang yang terkena virus cinta inilah yang terkena penyakit 'buta', kerana mereka yang bercinta ini mampu melakukan perkara yang 'gila' misalnya lari dari rumah apabila orang tua tidak merestui percintaannya.

          Bagi aku cinta sememangnya buta. Itu pun setelah melihat gambar di bawah ini:-















          Cinta itu tidak mengenal harta, rupa, warna dan saiz. Bila lihat gambar di atas ni pasti ada yang beranggapan dunia ini tidak adil tapi inilah hakikat. Biarkan mereka bahagia dalam dunia yang mereka ciptakan bersama.

          Begitu luasnya dimensi cinta ini sehingga membuat kita dapat membayangkan apa yang akan terjadi bila cinta itu buta. Mungkin akan terjadi kerosakan dan kehancuran?. Hanya Tuhan saja yang tahu. Janganlah di sebabkan cinta kita hilang harga diri dan maruah...

          Adios~~~


          Umum mengetahui Eropah kini di landa bencana debu hasil letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland yang semakin tebal sehingga memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia. Tiupan angin pula memburukkan lagi keadaan apabila ia merebak sehingga ke utara Eropah.

           Di sebalik bencana ini,  tahukah anda kesannya kepada manusia dan alam sekitar? Jom kita terjah kesannya..

          1. Penerbangan di batalkan.

          • Penerbangan terpaksa di batalkan atas faktor keselamatan. Ini adalah bagi mengelakan berlakunya pelanggaran sesama pesawat. Asap gunung berapi juga akan memberi kesan kepada enjin pesawat.

          2.  Gelap dan sejuk


          • Cuaca sekitar Eropah menjadi gelap dan sejuk. Kumpulan awan berdebu melindungi dan memantulkan cahaya matahari ke angkasa daripada sampai ke daratan.

          3. Rantaian makanan terjejas


          • Haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Ketiadaan cahaya matahari memungkinkan haiwan ternakan dan tanaman kebuluran.

          4. Kesihatan terjejas 


          • Kesihatan manusia akan terjejas apabila terdedah kepada bahan kimia yang di sebarkan melalui asap gunung berapi itu. 

          5. Banjir

          • Letusan gunung berapi menyebabkan ais mula mencair. Ini menyebabkan paras air sungai naik dan menyebabkan banjir.

          Tak kiralah apa jua bencana yang melanda, apa yang penting adalah langkah-langkah keselamatan agar tidak menerima kesan daripada bencana itu. Amalkan sikap berwaspada dan berhati-hati selalu..

          Adios~~~

          My First Buffered Earnings


          2 3 hari sejak kebelakangan ini aku merasa hairan kerana setiap kali aku mengemaskini blog, iklan Maggi kekal menempel di blog aku walaupun aku refresh page ini beberapa kali. Tak pernah macam ni sebelum ini.

          Untuk mendapat kepastian aku pun menyemak akaun Nuffnang. Rupanya aku di anugerahkan dengan buffered earning yang pertama.. YAHOO...  


          Mungkin ini satu permulaan yang baik untuk aku. Harap-harap lepas ni dapat buffered earnings yang kedua pula.  Apa-apa pun aku masih baru dalam dunia blog ni. Siapalah aku jika dibandingkan dengan En. Eyriqazz yang dapat  RM 100 untuk buffered earnings nya.


          Apa-apa pun, terima kasih kepada semua pelawat blog aku. Kalau ada apa-apa komen sila tinggalkan supaya dapat di pertimbangkan... InsyAllah aku akan menerjah blog anda pula..

          Adios~~~

          Tambang Baru RapidKL Untuk Pelajar


          Kini pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang boleh menikmati potongan tambang sehingga 50% melalui pengenalan produk terkini RapidKL iaitu RapidPass Pelajar.

          RapidPass ini  membolehkan pelajar menggunakan perkhidmatan bas RapidKL, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail sepanjang 30 hari tanpa had.


          Produk baru ini mengandungi RapidPass Pelajar Bas (RM50 bagi penggunaan bas RapidKl tanpa had) dan RapidPass Pelajar Integrasi (RM100 bagi penggunaan perkhidmatan bas RapidKL, LRT dan Monorai tanpa had)

          Pas berkenaan berfungsi mengikut sistem Touch”N”Go dan perbezaannya hanyalah jumlah baki hari (daripada penggunaan untuk 30 hari) akan dipaparkan pada alat pembaca kad.

          Memang bagus langkah yang di perkenalkan RapidKL ini. Bukan sahaja dapat meringankan beban pelajar tetapi inilah juga tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Syabas RapidKL! 

          Adios~~~

          Related Posts with Thumbnails

            ShoutMix chat widget