Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Harga baru gula (terkini) mulai 29 September 2012 ialah RM2.50 Sekilogram. Naik 20 Sen !. Kenaikan harga gula atau pengurangan subsidi (bahasa psikologi yang digunakan kerajaan) diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012.


Macam biasalah setiap kali alasan kenaikan harga gula ialah ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.


Untuk rekod, gula sudahpun mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak :- 

  • RM0.20 sekilogram1 Januari 2010 
  • RM0.25 sekilogram 18 Julai 2010
  • RM0.20 sekilogram 4 Disember 2010
  • RM0.20 sekilogram 10 Mei 2011 menjadikan harga runcit terakhir RM2.30 sekilogram..

Kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.


Diharapkan pegawai penguat kuasa dan  pegawai pemantau harga akan meninjau restoran di seluruh negara bagi mengelak kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram ini


Secara peribadi, saya merasakan pihak pembekal makanan dan restoran seharusnya mengurangkan kandungan gula di dalam proses penyediaan sajian mereka dan bukannya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~




KEPUTUSAN SEMASA :-

Manchester United 2-3 Tottenham Hotspur (full time)
  • Manchester United : Nani (51'), Shinji Kagawa (53')
  • Tottenham Hotspur : J. Vertonghen (2'), Gareth Bale (32'), Clint Dempsey (53')

Arsenal 1-2 Chelsea (full time)
  • Arsenal : Gervinho (42') 
  • Chelsea : Fernando Torres (20'), Juan Mata (52')


PREVIOUS ENTRY :- 


Keputusan Arsenal VS Chelsea, Manchester United VS Totthenham Hotspur live 29 September 2012 English Premier League akan diketahui malam ini.


Perlawanan Arsenal VS Chelsea akan berlangsung di Stadium Emirates. Untuk rekod, Chelsea kini berada di tangga pertama liga manakala Arsenal di tangga ke 5 liga.


Siaran langsung (live) Arsenal VS Chelsea di saluran Astro ESPN jam 7.45 malam 29 September 2012. Untuk live streaming, sila klik di link di bawah :-


Perlawanan Manchester UnitedVS Tottenham Hotspur pula akan berlangsung di StadiumOld Trafford. Untuk rekod, Manchester United kini berada di tangga ke 2 liga manakala Arsenal di tangga ke 7 liga.


Siaran langsung (live)Manchester United VS Tottenham Hotspur di saluran Astro SuperSport 3 jam 12.30 malam 30 September 2012. Untuk live streaming, sila klik di link di bawah :-


Keputusan (result)  Arsenal VS Chelsea, Manchester United VS Totthenham Hotspur live 29 September 2012 English Premier League akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 akan diketahui pada  jam 4 petang 28 September 2012. Intipati & ringkasan pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 akan disiarkan di blog ini sejurus pembentangan bajet selesai. 


Bajet 2013 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".


Inilah dia Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 :-

  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  •  RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  • RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  • RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  • RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  • Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  •  RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.


Apa pendapat anda tentang Bajet 2013 kali ini ?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~~~

ASNB Umum Dividen AS1M 2012 : 6.6 Sen Seunit !



ASNB telah mengumumkan dividen AS1M (Amanah Saham 1Malaysia) 2012 ialah 6.60 sen seunit. Dividen AS1M 2012 ini adalah  untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2012.   


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu AS1M. AS1M adalah dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50% saiz diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30% diperuntukkan kepada kaum Cina, 15% untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain. 


Agihan dividen AS1M untuk 2012 adalah lebih tinggi dari tahun 2011 dimana berlakunya peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding dengan 6.50 sen seunit yang diumumkan tahun 2011.


Ini bermakna dividen untuk AS1M dan ASW2020 untuk tahun ini adalah sama jumlahnya untuk seunit. Kira-kira sebanyak 336,411 pemegang unit, yang kini memegang 8.02 bilion unit AS1M, akan mendapat manfaat daripada pembayaran dividen ini.


Bagi yang tak tahu, pengiraan pengagihan dividen AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana. Sebab itu kalau boleh jangan keluarkan duit dalam mana-mana Amanah Saham. Kalau keluarkan duit maka dividen akan dapat makin sikit.


P/S : Tak sabar nak tunggu berapa pula dividen untuk Amanah Saham Bumiputera. Kalau tahun lepas ialah 8.8% hopefully tahun ini naik kepada 8.9% atau 9%...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Untuk pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013, ianya dapat ditonton secara live streaming. Live streaming pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 pada 28 September 2012 jam 4 petang dari Parlimen Malaysia boleh terus diakses terus di pautan berikut :-


Selain dari itu Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 28 September 2012 ini juga boleh diakses melalui :-


 Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan  seperti berikut :-


Selain dari terus mengakses kepada pautan di atas, Pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 boleh juga ditonton secara siaran langsung (live) di :-

  • RTM, 
  • TV3, 
  • NTV7, 
  • ASTRO, 
  • TV ALHIJRAH  
  • TV BERNAMA

Dengar cerita banyak 'khabar gembira' bakal diumumkan dalam Bajet 2013 kali ini. Maklumlah ini Bajet yang terakhir sebelum Pilihanraya ke 13. Tentunya Bajet kali ini lebih menjurus untuk mendapat kepercayaan pengundi kepada parti pemerintah.


Antara perkara yang akan ditekankan untuk bajet kali ini ialah bagaimana menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Aspek yang akan diperhalusi ialah :-

  • Cukai persendirian 
  • Kenaikan harga rumah yang semakin meningkat (property bubble)
  • Pertimbangan pelarasan gaji untuk kakitangan awam
  • Pertimbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia pusingan ke 2

Apa-apa pun jangan ketinggalan untuk mengetahui pembentangan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak nanti. Kepada yang terlepas mengikutinya, anda tidak perlu bimbang kerana saya akan kongsikan intipati bajet 2013 disini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Lirik Lagu KRU - Wanita



Kali ini nak share dengan anda lirik lagu KRU - Wanita. Lirik dan lagu bary KRU yang berjudul 'Wanita' ini dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU.


Lagu Wanita nyanyian KRU kini sudah mula di mainkan di corong-corong radio dan di jangka hit tak lama lagi .  


Lirik Lagu KRU - Wanita 


Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Lindunglah dia seperti dia menyelimutmu
menyelimutmu.. menyelimutmu..

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita...


        

Lagu ini dulu pada asalnya diberikan kepada Shahir AF8 tapi tak tahu kenapa KRU sendiri yang nyanyikan lagu ini. Kalau nak dengar Shahir AF8 nyanyikan lagu ini klik pada link ini Shahir AF8 - Wanita



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :-

Liverpool 1-2 Manchester United

  • Liverpool : Steven Gerrard (46')
  • Man Utd : Rafael Da Silva (51'), Robin Van Persie (80')(penalti)

Manchester City 1-1 Arsenal

  • Man City : Joleon Lescott (39')
  • Arsenal : Laurent Koncielny (82')


Keputusan Liverpool VS Manchester United English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 September 2012 menyaksikan Liverpool kalah 1-2 kepada Manchester United.


Liverpool bermula dengan baik apabila mendominasi permainan. Malang menimpa Liverpool apabila Jonjo Shelvey dibuang padang pada separuh masa pertama akibat terjahan keras ke atas Johnny Evan.


Liverpool terpaksa beraksi dengan 10 pemain menentang Manchester United. Pada separuh masa kedua, Steven Gerrard menjaringkan gol untuk Liverpool pada minit ke 46.


Pada minit ke 51, Rafael Da Silva menyamakan kedudukan untuk Manchester United apabila menjaringkan gol yang menarik dari sudut yang sukar.


Ketika kedudukan hampir terikat 1-1 menuju penghujung perlawanan, Manchester United dihadiahkan sepakan penalti lalu mudah untuk Robin Van Persie menjaringkan gol kemenangan Manchester United. Tamat perlawanan Liverpool 1-2 Manchester United


Sementara itu keputusan Manchester City VS Arsenal menyaksikan kedudukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan. Kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Gol Manchester City dijaringkan oleh Joleon Lescott minit ke 39 manakala gol Arsenal dijaringkan oleh Laurent Koncielny minit ke 82.



Previous Entry


Keputusan perlawanan Liverpool VS Manchester United, Manchester City VS Arsenal Live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 September 2012 akan diketahui malam ini.


Perlawanan Liverpool VS Manchester United akan bersiaran berlangsung (live) di saluran 812 Astro ESPN pada jam 8.25 malam. Untuk meneonton secara live streaming anda boleh klik di link di bawah ini :-


Untuk rekod, Manchester United kini menduduki tangga ke 5 liga manakala Liverpool berada di kedudukan 18 liga. Liverpool belum pernah menang dalam perlawanan liga setakat ini.    


Perlawanan Manchester City VS Arsenal akan bersiaran berlangsung (live) di saluran 817 Astro Super Sports 3 pada jam 11 malam. Untuk meneonton secara live streaming anda boleh klik di link di bawah ini :-


Untuk rekod, Manchester City kini menduduki tangga ke 7 liga manakala Arsenal di tangga ke 6 liga.  Kedua-dua pasukan pastinya mahukan kemenangan bagi terus memberi tekanan kepada Chelsea yang kini menduduki tangga teratas liga.


Keputusan (result) perlawanan Liverpool VS Manchester United, Manchester City VS Arsenal Live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 23 September 2012 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

UTC Kuala Lumpur : Nama Baru Pudu Sentral !



Kini bangunan Pudu Sentral dikenali sebagai bangunan UTC Kuala Lumpur (Pusat Transformasi Bandar). Pusat Transformasi Bandar (UTC) ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 22 September 2012. 


Untuk rekod, bangunan UTC Kuala Lumpur sebelum ini di kenali sebagai Puduraya sebelum ditukar nama kepada Pudu Sentral. 


Bagi mereka yang tak tahu apa itu UTC, UTC ialah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.


Dengan adanya UTC, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain menyediakan tempat rekreasi, seperti 'Wall Climbing', studio Aerobik dan gelanggang futsal.


Bangunan UTC Kuala Lumpur  merupakan UTC ke 2 di negara ini menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGO.


Secara peribadi, ada baiknya agensi-agensi kerajaan dan swasta ditempatkan dibawah satu bumbung di mana dapat memudahkan orang ramai membuat urusan masing-masing di bawah 1 bumbung namun untuk jangka masa panjang kawasan ini mungin akan menjadi sesak apabila ianya menjadi tumpuan orang ramai.  Atau mungkin untuk mengelakkan kesesakan, lebih banyak UTC perlu dibuka di tempat-tempat lain.  Wallahualam...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~  



KEPUTUSAN PERLAWANAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE (LIGA JUARA JUARA EROPAH) 19 SEPTEMBER 2012


Inilah dia keputusan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) 19 September 2012  peringkat kumpulan perlawanan pertama yang berlangsung awal pagi tadi :-


Kumpulan A

Dinamo Zagreb 0-2 Porto
  • Porto : L. Gonzalez, S. Defour

PSG 4-1 Dynamo Kiev
  • PSG : Zlatan Ibrahimovic (pen), Thiago Silva, Alex, Javier Pastore
  • Kiev : M. Veloso

Kumpulan B

Montpellier 1-2 Arsenal
  • Montpellier : Y. Bellhanda
  • Arsenal : Lukas Podolski, Gervinho

Olympiakos 1-2 Schalke 04
  • Olympiakos : D. Abdoun 
  • Schalke 04 : Klaas Jan Huntelaar, B. Howedes

Kumpulan C

Milan 0-0 Anderlecht

Malaga 3-0 Zenit
  • Malaga : Isco (2 gol), Javier Saviola 

Kumpulan D

Real Madrid 3-2 Manchester City
  • Real Madrid : Marcelo, Karim Benzema, Cristiano Ronaldo
  • Manchester City : Edin Dzeko, A. Kolarov

Borussia Dortmund 1-0 Ajax Amsterdam
  • Borussia Dortmund : R. Lewandowski


Inilah dia kedudukan pasukan dalam kumpulan setelah tamatnya perlawanan pertama peringkat kumpulan  UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) 2012/2013 :-





Jangan lupa saksikan perlawanan UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) pada 20 September 2012 untuk perlawanan pertama kumpulan E F G dan H. Perlawanan tumpuan nanti pastinya Chelsea VS Juventus.


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengetahui keputusan perlawanan pasukan kesayangan anda dalam UEFA Champions League (Liga Juara Juara Eropah) musim 2011/2012..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~




Akhirnya iPhone 5 keluaran Apple sudahpun dilancarkan. Menurut Apple, iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September 2012 ini.


Setiap kali Apple melancarkan produk baru pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan produk baru ini berbanding produk-produk Apple sebelum ini.


Jom kita terjah ciri-ciri dan spesifikasi iPhone 5 ini :-

  • Fungsi internet berkelajuan tinggi 4G.
  • 18% lebih tipis dan 20% ringan berbanding iPhone 4S.
  • Skrin yang lebar iaitu paparannya sehingga 4 inci berbanding 3.5 inci sebelum ini.
  •  Seberat 112 gram iaitu 20% lebih ringan berbanding iPhone 4S.
  • Kamera 8 mega pixel dan resolusinya 1136 x 640.
  • Lebarnya 2.4 inci manakala tingginya 4.9 inci dan setebal 7.6mm.
  • Menggunakan cip A6, bermakna anda boleh mengendalikan foto, muzik dan pelbagai aplikasi dengan cepat.
  • Mempunyai 3 mikrofon. Produk terbaru ini boleh diperoleh dalam warna putih dan hitam.




Tak lama lepas ini pula, Apple dijangka akan mengeluarkan iPhone5 mini yang bersaiz lebih kecil bagi menguasai pasaran telefon bersaiz kompak. 


Nampaknya saingan terdekat iPhone 5 ini pastinya Samsung Galaxy S III (S3) yang dilancarkan pada Mei 2012. 


Di Amerika Syarikat (AS), iPhone dijual pada harga AS$199, AS$299 dan AS$399 masing-masing bagi model 16GB, 32GM dan 64GB. Untuk pasaran Malaysia masih belum dipastikan lagi bilakah model ini akan memasuki pasaran di sini.. 


Buat peminat handphone jenama Apple khususnya iPhone, nanti saya akan kongsikan dengan anda nanti tarikh rasmi model ini memasuki pasaran Malaysia berserta harganya sekali....



Velasrizal Rodriguez



Adiuos~~~~~~

Taman Tema Legoland Malaysia Di Nusajaya Johor Kini Di Buka !



Taman Tema Legoland Malaysia di Nusajaya Johor kini telah dibuka! Taman Tema Legoland Malaysia ini dibuka secara rasmi pada 15 September 2012. 


Dianggarkan lebih 20,000 orang membanjiri Taman Tema Legoland Malaysia di Johor yang dibuka pada hari perasmiannya. Memang ramai betul peminat Lego di Malaysia ini ya. 


Tak lama lagi tumpuan pelancong ke Taman Tema Genting Highlands dan Taman Tema Sunway Lagoon mungkin akan beralih ke Taman Tema Legoland ini. 




Sedikit info mengenai Taman Tema Legoland Malaysia ini :- 

  • Dibina dengan kos RM720 juta. 
  • Dibuka pada jam seawal 10 pagi setiap hari.
  • Berkeluasan 31 hektar itu yang terletak di Nusajaya, Iskandar Malayssia.
  • Mempunyai lebih 3,500 ruang parking. 
  • Mempunyai lebih daripada 40 permainan interaktif, pertunjukan dan tarikan.
  • Dibahagikan kepada 7 kawasan tema dan terdiri daripada lebih 50 juta kepingan blok Lego. 
  • Merupakan Legoland ke 6 di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.



Dijangkakan Taman Tema Legoland ini bakal menjadi daya tarikan baru pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.


Oh ya lupa pula nak share berapa harga tiket untuk memasuki taman tema ini :-


  • Kanak-kanak (3-11 tahun) : RM100. Annual Pass : RM210 
  • Dewasa (12-59 tahun) : RM140. Annual Pass : RM275
  • Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100. Annual Pass : RM210


Memang banyak tempat menarik dan permainan yang ditawarkan di taman tema ini. Tak lama lagi ada Taman Tema Air Legoland dan Hotel Legoland pula yang dijangka siap sepenuhnya pada 2013 dan 2014.


Kepada mereka yang sukakan hiburan berkonsepkan taman tema bolehlah berkunjung ke sini. Kalau tanya saya, mungkin saya akan ke sini bila harga tiketnya turun serendah RM50 kot. Rasanya tiket berharga RM140 tu mahal jugak. Kalau bawa 1 family dalam 5 orang parah juga poket...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Cuti Umum Hari Malaysia 16 September 2012 (Ahad)



Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2012 diisytiharkan sebagai cuti umum. Cuti umum Hari Malaysia 16 September 2012 kali ini jatuh pada hari ahad.


Cuti umum Hari Malaysia yang jatuh pada hari ahad akan di bawa ke hari isnin (17 September 2012). Ini bermakna rakyat Malaysia akan bercuti selama 3 hari (sabtu, ahad dan isnin).


Pastinya cuti 3 hari ini akan digunakan sepenuhnya di kalangan kita untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangkan Syawal kian sampai ke penghujungnya. Ada juga dikalangan kita yang akan pulang ke kampung halaman. 


Untuk makluman, sambutan Hari Malaysia 2012 kali ini akan di adakan di Bintulu Sarawak dengan tema kali ini "Janji Ditepati Rakyat Sejahtera".


Program sambutan kali ini lebih menumpukan kepada penegasan tentang tarikh keramat penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang boleh dihayati serta melibatkan rakyat secara penuh.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia dan selamat bercuti panjang...Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang TERSAYANG...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telahpun dibentangkan baru-baru ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini dilancarkan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap prestasi tinggi.


Yang menariknya pelan pembangunan ini bukan sahaja mendapat pandangan pakar pendidikan semata-mata tetapi juga ibu bapa, pihak-pihak berkepentingan malahan pelajar sendiri dan juga mengambil kira input daripada sistem-sistem pelajaran berprestasi tinggi dari luar negara.


Jom kita terjah 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

  • Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  • Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  • Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  • Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  •  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-

  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  •  Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  •  Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


Apa pendapat anda tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ? Secara peribadi, saya merasakan kerajaan perlu lebih menitikberatkan bagaimana untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pemain utama di peringkat antarabangsa yang dapat membantu melonjakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Tertanya tanya juga kenapa tiada langsung "topik panas" seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tiada dalam pelan ini sedangkan pakar yang terlibat ialah bekas menteri pelajaran Korea Selatan iaitu negara yang membelanjakan 50%  belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI di negara itu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Akhirnya earnings Nuffnang Blog Aku Dan Sesuatu dah cecah RM1000 atau lebih tepat lagi ialah RM1065.80 setelah 3 tahun blog ini beroperasi. 


Untuk rekod blog ini beroperasi pada Januari 2010 dan berdaftar dengan Nuffnang pada Februari 2010. Dah 3 tahun baru dapat mencecah 4 angka. 


Memang agak lama menunggu baru sampai tahap ini. Blogger lain sekejap je dah mencecah 4 angka. Tapi tak kisah lah memandangkan blog ini taklah glamour macam blog-blog lain.


Sebenarnya dah boleh cashout bila earnings mencecah RM50 tapi saje nak cashout bila dah mencecah RM1000. Barulah best cashout nilai yang besar.


So far masih belum ada perancangan nak guna duit cashout ini untuk tujuan apa. Rasanya nak simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sahaja. Tambahan pula dividen ASB akan diumumkan tak lama lagi. Bolehlah dapat dividen lebih sikit.


InsyaAllah cek akan sampai dalam tempoh 1 bulan. InsyaAllah nanti bila dah dapat cek Nuffnang nanti saya akan share di sini nanti...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~~   



Harga Baru (Terkini) Minyak RON97 Mulai 6 September 2012 : RM3 Seliter, Naik 30 Sen ! 


Harga baru (terkini) minyak RON97 mulai  6 September 2012 iaitu RM3 seliter, naik sebanyak 30 Sen ! Kali terakhir pengumuman rasmi dibuat ialah pada bulan Julai apabila Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan pengurangan RM0.20 harga seliter. 


Peningkatan harga RON97 adalah disebabkan purata harga minyak di pasaran bagi bulan Jun 2012 lalu telah menunjukkan trend meningkat.


Untuk rekod, harga RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan iaitu harga bulanan akan diubah mengikut pasaran.


Secara peribadi saya agak kecewa apabila kerajaan persekutuan telah secara senyap-senyap menaikkan harga petrol gred RON97 tanpa menghebahkan kepada rakyat terlebih dahulu...  




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Keputusan Liverpool VS Arsenal Live English Premier League 2 September 2012


Inilah dia keputusan penuh Liverpool VS Arsenal Live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 2 September 2012 :- 


Liverpool 0-2 Arsenal
  • Arsenal : Lukas Podolski (31'), Santi Cazorla (67')


Keputusan terkini  Liverpool VS Arsenal Live English Premier League (Liga Perdana Inggeris) 2 September 2012 menyaksikan Liverpool kalah 0-2 di tangan Arsenal.


Perlawanan Liverpool VS Arsenal ini bersiaran langsung (live) di Stadium Anfield jam 8.25 malam waktu Malaysia. 


Arsenal mendahalui menerusi jaringan Lukas Podolski pada minit ke 31 menerusi satu serangan pantas yang direncanakan oleh Santi Carzorla.


Liverpool terus ketinggalan apabila Santi Cazorla menambah luka Liverpool apabila menjaringkan gol ke 2 Arsenal minit ke 67.


Secara keseluruhan permainan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan cuma Liverpool yang bernasib malang gagal menembusi gawang gol Arsenal.  


Nampaknya Arsenal sudah mendapat kemenangan yang pertama dan berjaya menamatkan badi apabila berjaya menjaringkan gol. Liverpool pula masih belum menang setakat ini.. 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Go-KL City Bus iaitu perkhidmatan bas percuma telahpun dilancarkan baru-baru ini. Go-KL City Bus beroperasi di sekitar Kuala Lumpur di destinasi tertentu di kawasan pusat bandar bermula 31 Ogos 2012.


Go-KL City Bus merupakan langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. 


Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus serta tulisan percuma pada bas berkenaan.


Bas ini beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi, sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya.


Laluan pertama Go-KL City Bus melibatkan hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde, Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.


Laluan kedua melibatkan hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya.


Kepada warga kota yang ingin berjimat bolehlah cuba menggunakan perkhidmatan bas percuma ini. Apa yang diharapkan ialah perkhidmatan bas yang ditawarkan adalah selesa dan selamat untuk dinaiki... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Inilah dia keputusan penuh Chelsea VS Atletico Madrid Live UEFA Super Cup 2012/2013 :-


Chelsea 1-4 Atletico Madrid

  • Atletico : Falcao (3 gol), Miranda
  • Chelsea : Gary Cahill

Keputusan Chelsea VS Atletico Madrid live UEFA Super Cup 2012/2013 menyaksikan Chelsea kalah 1-4 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan yang berlangsung di Monaco sekaligus Atletico Madrid muncul Juara UEFA Super Cup.


Atletico Madrid mendahului Chelsea 3-0 pada separuh masa pertama menerusi hatrik Falcao pada minit ke 6, 19 dan 45 sebelum menambah jaringan kepada 4-0 menerusi Miranda minit ke 61.


Terdesak dengan jaringan ke 4 Atletico Madrid, Chelsea mengandakan usaha mencari gol penyamaan dan akhirnya mendapat gol sagu hati menerusi Gary Cahill minit ke 75. 


Secara keselurahan Atletico Madrid bermain baik walaupun Chelsea banyak mengasak namun permainanan efektif yang berkesan  membantu  Atletico Madrid muncul Juara UEFA Super Cup. Chelsea dilihat kelam kabut apabila Atletico Madrid menyerang.


Tahniah Atletico Madrid yang muncul Juara UEFA Super Cup...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget