Dividen ASB untuk tahun 2013 ialah 8.7% (Dividen 7.7 Sen seunit, Bonus 1.0 Sen seunit). Dividen ASB 8.7% 2013 ini adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember.
Nampaknya pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas iaitu 8.90% (Dividen 7.75 sen seunit + bonus 1.15 sen seunit). Menurut PNB, kadar itu masih di anggap kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
Untuk rekod, kadar dividen tahun ini bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen termasuk bonus adalah 8.6 sen seunit. Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi PNB mahu bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.
Buat masa ini semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.
Apa-apa pun ASB masih menberikan dividen yang tinggi berbanding ASW 2020 dan AS1M yang memberikan dividen sekitar 6.7% sahaja untuk 2013.
Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~