Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Emas Ganti Duit Raya ?



Baru-baru ini terdapat cadangan supaya menggunakan kepingan emas sebagai ganti kepada pemberian duit raya kerana  ia mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.


Ini adalah kerana pelaburan emas amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot teruk berbanding nilai mata wang.




Emas lebih baik dari wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi.


Sebelum kita menggantikan duit raya kepada emas adalah lebih baik kita mengetahui harga emas semasa dahulu. Jom kita lihat berapa harga emas terkini :- 




Bila lihat harga pasaran emas semasa ini, secara peribadi saya rasa perlunya mengekalkan pemberian duit raya. Harga segram emas paling murah pun RM62. Takkan nak bagi emas berharga RM62 kepada budak-budak. Kering poket. Bayangkan jika 50 orang budak beraya di rumah anda..


Kalau gunakan duit, bolehlah beri dalam RM5 atau RM10 kepada budak-budak. Itupun nilainya dah cukup besar.  Tak adalah rasa terbeban sangat kan.


Beli emas untuk pelaburan memang berbaloi tapi rasanya tak sesuai untuk pemberian duit raya. Mungkin cadangan ini dilontar oleh penjual emas yang mahu menggalakkan orang ramai membeli emas pada musim perayaan ini...


Adios~~~~

Labah-Labah Makan Ular ?


Mungkin sukar di percayai apabila labah-labah mampu makan seekor ular yang jauh lebih besar daripadanya. Namun inilah realitinya. 


Untuk memerangkap ular, labah-labah terpaksa menggabungkan jaring-jaringnya sebanyak yang mungkin supaya menjadi kuat untuk mengekang pergerakan ular. Nampaknya ia berbaloi. 


Jom kita terjah bagaimana labah-labah menjerat ular :- 












Bukan sebarangan labah-labah mampu memakan ular. Biasanya hanya labah-labah yang berbisa sahaja yang mampu makan ular. Bisa yang ada pada labah-labah mampu melumpuhkan ular.


Oleh itu hati-hati jika terserempak dengan labah-labah yang berwarna hitam dan bermata garang. Bisanya mampu melumpuhkan manusia juga. 


P/S : Jangan gatal-gatal biarkan diri anda di gigit labah-labah hanya kerana anda ingin menjadi Spiderman !


Adios~~~~

SMS Raya VS Kad Raya



Apabila kian menjelang Hari Lebaran tumpuan umat Islam pastinya ke arah persiapan menyambut kehadirannya. Mereka mula menbeli dan mendapatkan baju raya, kuih raya, mercun raya dan tidak ketinggalan kad raya.


Namun sejak akhir-akhir ini kad raya semakin kurang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Mereka cenderung untuk menggunakan SMS untuk membuat ucapan hari raya kepada saudara mara dan sahabat handai.


   
Yang mana paling best? secara peribadi, kad raya lebih 'feel' berbanding SMS. Bayangkan kesungguhan penghantar membeli kad raya dan setem kemudian menulis sebelum mengirimnya ke pejabat pos. Nampak kesungguhannya untuk bermaafan di situ.


SMS pula boleh di hantar kepada sesiapa sahaja.'Feel' nya kurang sedikit. Biasalah lepas dapat SMS tu pasti di delete. Kalau kad raya tu selalunya di simpan buat kenangan. Ada yang siap gantung buat perhiasan lagi.


Walaupun kad raya lebih efektif namun ramai masih memilih SMS. Kalau tak percaya tunggulah malam raya pasti ramai yang menghantar SMS raya kepada anda. Syarikat pembuat kad raya perlu membuat sesuatu untuk kad raya terus relevan di hati pengguna...


Adios~~~~ 



Tak lama selepas undian kumpulan Liga Jura-Juara Eropah (Champion League) musim 2010/2011 di lakukan, undian untuk kumpulan Piala Uefa atau nama barunya Liga Eropah pula mengambil tempat di Monaco Perancis.


Sebanyak 48 pasukan akan bertanding dalam 12 kumpulan yang di tawarkan. Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini biasanya mendapat tempat ke 5 - 8 dalam liga negara masing-masing sebelum menyertai pusingan kelayakan. 


Jom kita terjah hasil keputusan undian untuk Piala Uefa musim 2010/2011 ini :- 




Tumpuan pastinya ke arah kumpulan A di mana menyaksikan pasukan berprofil tinggi, Juventus akan menentang pasukan terkaya di dunia, Manchester City.


Juara bertahan pula, Atletico Madrid bakan menentang Bayer Leverkusen yang diperkuatkan dengan kehadiran Micheal Ballack. Liverpool pula bakal menerima tentangan sengit Napoli dari Itali dalam kumpulan K. 


Walaupun tumpuan lebih kepada Liga-Juara-Juara Eropah, namun kehadiran pasukan seperti Juventus, Liverpool dan Manchester City pastinya akan mewarnai kejohanan Piala Uefa kali ini...


Adios~~~~

 


Undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (Champion League) musim 2010/2011 telah di jalankan di Grimaldi Forum Monaco, Perancis.


Beberapa tokoh dan pemain bolasepak terkemuka di beri peluang untuk mencabut undi untuk 32 pasukan yang akan bersaing dalam 8 kumpulan antaranya ialah Wesley Sneidjer dan Diego Milito.


Jom kita terjah keputusan undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (Champion League) musim 2010/2011 ini:- 




Nampaknya tumpuan pastinya pada kumpulan G di mana menemukan bekas juara Liga Juara-Juara Eropah iaitu AC Milan dan Real Madrid.  


Kumpulan C juga tak kurang hebatnya apabila Manchester United akan bertemu Valencia dan Rangers. Arsenal pula dalam kumpulan selesa di mana akan menentang pasukan bukan pilihan. 


Persoalan yang pasti bermain di fikiran ialah mampukah Rafael Benitez mempertahankan kejuaraan yang Inter Milan menangi musim lepas? Mampukan Jose Maurinho membimbing Real Madrid pula menjuarai Liaga Juara-Juara Eropah musim ini? 


Sama-samalah kita tunggu dan lihat...


Adios~~~

Tips Memulakan Perkenalan



Proses memulakan perkenalan mungkin sukar bagi sesetengah individu. Tambahan pula berkenalan dengan berlainan jantina dan berbeza latar belakang.


Namun apa yang penting ialah keyakinan diri. Di sini aku nak berkongsi sedikit tips bagaimana memulakan perkenalan :-  



1. Bersedia untuk ditolak


  • Bukan semua orang boleh menerima salam perkenalan contohnya, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

  • Oleh itu janganlah tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri.  Anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.


2. Buang rasa malu


  • Perasaan malu itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu.

  • Cubalah bersikap terbuka kerana lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.


3. Belajar memahami


  • Lelaki perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.


  • Wanita pula perlu tunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau terdesak untuk mencari calon suami.


4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya



  • Jangan sekali-kali lupa nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

  • Jangan sampai tahap di mana anda  membalas SMS dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.


5. Bersikap positif


  • Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya. Lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya.

  • Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda.


Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut. Ingat tu...


Adios~~~~

10 Atlet Terkaya Dunia



Baru-baru ini, Sports Illustrated telah mengeluarkan senarai 10 atlet terkaya dunia yang bukan berasal dari Amerika Syarikat. 


Agak mengejutkan apabila bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi telah memintas kedudukan David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang selama ini menjadi pemain bolasepak terkaya dunia.


Jom kita terjah 10 atlet terkaya dunia ini :-


1. Roger Federer (Tennis) US$61,768,110 




2. Lionel Messi (Bolasepak) US$44,000,000




3. David Beckham (bolasepak) US$40,500,000




4. Cristiano Ronaldo (bolasepak) US$40,000,000




5. Manny Pacquiao (Tinju) US$38,000,000




6. Ichiro Suzuki (Baseball) US$37,000,000




7. Valentino Rossi (MotoGP) US$35,000,000



8. Yao Ming (Basketball) US$34,378,325




9. Rafael Nadal (tennis) US$27,466,515




10. Lewis Hamilton (Formula 1) $26,700,000




Siapa sangka dengan hanya bersukan mereka dapat menjadi jutawan. Di Malaysia, ramai lagi yang masih belum menerima sukan sebagai kerjaya. Mulai sekarang kita perlu tukar persepsi itu. Serius dalam bersukan akan menjanjikan sesuatu !


Adios~~~~

Segmen Jom Karaoke : Zivilia - Aishiteru



Pilihan lagu penerbit pada minggu ke 9 Segmen Jom Karaoke kali ini adalah sebuah lagu baru yang tengah hit di Indonesia pada ketika ini.


Lagu ini adalah lagu tema kepada filem Menculik Miyabi yang pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia beberapa bulan lalu. 


Aishiteru membawa maksud 'I love You' dalam bahasa jepun. Susunan lagu dalam lagu ini juga ada 'bau-bau' muzik Jepun. Jom kita karaoke lagu ini sama-sama :-




Lirik :-


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Owu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru


Untuk download mp3 lagu ini boleh klik di link ini: Zivilia - Aishiteru MP3


Segmen ini terbuka kepada semua. Kalau nak request lagu sila tinggalkan nama lagu pilihan anda di ruang komen. InsyaAllah lagu permintaan anda akan di tunaikan pada minggu berikutnya. Pihak penrbit juga akan menerjah blog anda..


Adios~~~~

Cari Jodoh Di Internet ?



Kajian Persatuan Sosiologikal Amerika di Washington mendapati, orang dewasa yang mempunyai akses Internet di rumah berkemungkinan besar terbabit dalam hubungan romantik berbanding orang dewasa yang tidak memilikinya.


Menurut ketua kumpulan pengkaji, lebih 82 % orang dewasa yang ada akses Internet di rumah mempunyai pasangan romantik berbanding 63 % bagi mereka yang tiada akses.




Ada kemungkinan dalam tempoh beberapa tahun lagi, Internet menjadi lebih penting daripada rakan sebagai cara paling berpengaruh membolehkan warga AS menemui pasangan romantik masing-masing.


Internet mungkin cara terbaik bagi mencari pasangan terutama bagi mereka yang malu memulakan perkenalan. Namun begitu kadar penceraian di sebabkan internet juga tinggi. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Terpulanglah kepada individu itu sendiri.


Adios~~~

Harga Kuih Muih Terkini !



Nampaknya ramai peniaga yang tidak menghiraukan arahan Perdana Menteri untuk tidak menaikkan harga makanan terutamanya sepanjang bulan Ramadhan ini. 


Tinjauan rambang yang di buat di sekitar beberapa bazar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur mendapati ramai peniaga menaikkan harga makanan terutamanya kuih muih sekitar 10 sen ke 50 sen.




Sebelum berlakunya kenaikan pemotongan subsidi baru-baru ini, harga kuih muih sekitar 3 biji bersamaan RM1 (33 sen sebiji). Selepas berlakunya pemotongan subsidi, harga kuih muih naik menjadi 40 sen atau di jual 5 biji bersamaan RM 2.    


Alasan peniaga menaikkan harga makanan adalah kerana harga gula dan minyak sudah naik. Oleh itu, mereka tidak mahu keuntungan perniagaan mereka terjejas maka mereka tiada pilihan lain selain menaikkan harga makanan.




Nak salahkan peniaga 100% pun tak boleh juga. Mereka ini perlu menjaga periuk nasi mereka.  Bagi yang berpendapatan rendah pasti menerima kesan kenaikan ini. Tapi  bila harga minyak dan gula turun harga makanan tetap tidak berubah. Ajaib kan ?


Adios~~~

Jom Shopping Raya Di Masjid India KL



Nama Masjid India memang tidak asing lagi bagi warga kota Kuala Lumpur kerana di sini lah tumpuan utama mereka untuk mendapatkan keperluan harian.


Apabila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri, keadaan di Masjid India semakin sesak apabila mengalami kebanjiran pengunjung yang menbuat persiapan menyambut perayaan.


Jom kita terjah apa yang ada di tawarkan di sini :-   


Di sini memang banyak gerai yang menjual baju kurung. Macam-macam fesyen ada. Boleh beli untuk menyambut Aidilfitri nanti.


Dah beli baju kurung kenalah pula beli tudung kan. Baru matching. Cakap aje nak ala-ala Wardina ke Waheeda ke Yuna ke semua ada. Kalau nak beli untuk awek pun boleh. 


Nak cari kuih raya pun ada di sini. Memang banyak pilihan yang di tawarkan. Ada gerai  yang menjual 1 balang RM10 sahaja. Murah kan ! 


Kalau nak rumah nampak berseri raya nanti jangan lupa beli bunga ini. Terutamanya rumah yang ada anak dara. Mesti ramai calon datang beraya nanti. 


Untuk makluman anda, sekitar Masjid India ini sesak sedikit. Oleh itu kepada sesiapa yang mahu membeli belah digalakkan menaiki kenderaan awam kerana di sini sukar untuk mencari tempat letak kenderaan. 


Apa lagi jom kita pakat-pakat shopping di sini..  


Adios~~~~

Majlis Berbuka Puasa Bloggers Bersama Nuffnang

 


Pada 12 Ogos 2010, Nuffnang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama bloggers di The Apartment KLCC. Seramai 15 orang bloggers bertuah telah terpilih termasuklah saya. 


Antara wakil Nuffnang yang hadir ialah Firdauz, Robb, Nicholas, Rina, Izad dan Jestina. Barisan bloggers yang hadir pula ialah, Summijelly, faizal, Ihsan, Aimi, Afzan, Jard, Norfa, Roe, JejaiZul, dan saya sendiri.  Tetamu undangan pula ialah blogger otai Malaya, RedMummy


     (Credit to SummiJelly)


Ini adalah menu yang dihidang di restaurant ini. Antara menu pilihan ialah nasi hujan panas. Masakan Negeri Sembilan menjadi menu utama di sini. Kalau makan secara buffet seorang dalam RM 55.90 untuk dewasa.


Selain menu menjadi tumpuan utama, sesi suai kenal juga mengambil tempat. Banyak perkara yang dibincangkan bersama.



Yang menariknya semuanya bagaikan dah kenal lama. Boleh bersembang pelbagai topik. Memang mereka semua ini peramah dan mesra. Dari perkara peribadi sehingga soal buffered earnings semua dibincangkan bersama. 


Jom kita terjah gambar sekitar Majlis Berbuka Puasa ini :-


    











Saya pun tak ketinggalan mengambil gambar bersama RedMummy. Sebelah dia tu ialah husband dia. Semoga aura earning dia tempias kepada saya hehe..Amin....




Majlis bersurai sekitar 9.30 malam. Seorang demi seorang meninggalkan restaurant. Kak SummiJelly sempat meninggalkan pesanan kepada mereka yang masih belum mahu pulang :P


(credit to SummiJelly)


Memang seronok dapat jumpa bloggers lain. Dapat bertukar-tukar pendapat. Ntah bila lagi dapat jumpa macam ini. Harap-harap Nuffnang buat open house Hari Raya Aidilfitri kali ini. Mesti ramai yang serbu...


Adios~~~~ 

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget