Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : 


Malaysia 4-1 Laos
  • Malaysia : Safiq Rahim (15'), Safee Sali (66'), Wan Zack Haikal (75'), Khyril Muhaimeen (79')
  • Laos : Khonesavanh (39')

Keputusan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 menyaksikan Malaysia menang 4-1 ke atas Laos dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan B.


Pada separuh masa pertama, Malaysia menguasai permainan. banyak serangan yang dijanakan pemain Malaysia. Hasilnya Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma cantik minit ke 15.


Walaubagaimanapun Laos berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan Khonesavanh yang mengenai kaki Aidil Zakwan sekaligus melantun melepasi Farizal Marlias


Tamat separuh masa pertama, kedudukan Malaysia 1-1 Laos. Malaysia menguasai permainan namun Laos berjaya menjaringkan gol penyamaan.


Separuh masa kedua Malaysia terus mengasak mencari gol kemenangan. Banyak percubaan ke arah pintu gol Laos menerusi NorSHahrul Idlan Talaha dan Safee Sali namun dinafikan penjaga gol Laos.


Gol ke 2 Malaysia hadir menerusi tab Safee Sali yang menerima hantaran silang Wan Zack menewaskan penjaga gol Laos.


Harimau Malaya terus mengasak dan terus menambah gol ke 3 menerusi tandukan Wan Zack Haikal minit ke 75 hasil hantaran Gunalan.


Gol ke 4 hadir menerusi Khyril Muhaimeen yang membuat larian solo minit ke 79 lalu mudah menewaskan penjaga gol Laos.


Kedudukan Malaysia 4-1 kekal sehingga ke wisel penamat ditiupkan. Selepas ini Malaysia akan menentang Indonesia pada 1 Disember 2012. Malaysia harus MENANG menentang Indonesia untuk layak ke peringkat separuh akhir...


P/S : Dah habis game apa lagi moh kita main RM1,000,000 Where The Money Drop atau menonton Fear Factor Malaysia ini ...



PREVIOUS ENTRY


Keputusan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS  Laos amat penting buat kedua-dua pasukan perlu menang bagi mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. 


Perlawanan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia kalah 0-3 kepada Singapura manakala Laos pula seri 1-1 menentang Indonesia.


Skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.40 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming Malaysia VS Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-


Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...


P/S : Sementara menunggu perlawanan ini berlangsung apa kata kita main RM1,000,000 Where The Money Drop atau menonton Fear Factor Malaysia ini terlebih dahulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013



Jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013 telahpun diumumkan. Jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2013 ini dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM).


Bagus juga jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2013 dikeluarkan lebih awal. Ini membantu kakitangan awam merancang pengurusan kewangan maisng-masing & perbelanjaan untuk sepanjang tahun 2013.


Jom kita terjah jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam 2013 :-



Nampaknya kebanyakan tarikh pembayaran gaji 2013 kakitangan awam tidak banyak berubah berbanding jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2012.


Cuma yang paling ketara ialah pada bulan Oktober 2013 di mana pembayaran gaji dibuat seawal 8 Oktober 2013 bagi membantu kakitangan kerajaan membuat perbelanjaan sempena Hari Raya Aidil Adha 2013 yang jatuh pada 15 Oktober 2013.


Buat kakitangan kerajaan pastikan anda menyemak pembayaran gaji bulan Januari 2013. Mungkin gaji itu diberikan sekali dengan bonus 1/2 bulan gaji sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib semasa pembentangan Bajet 2013 sebelum ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Senarai lagu yang layak ke final Anugerah Juara Lagu 2012 telahpun diumumkan. Senarai lagu yang layak ke final Anugerah Juara Lagu ke 27 2012 ini diumumkan pada malam Muzik Muzik Separuh Akhir 3 pada 25 November 2012.


Jom kita terjah senarai 12 lagu yang layak ke final Anugerah Juara Lagu 27 2012 :-


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat


4. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan


11. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah



Anugerah Juara Lagu ke 27 2012 akan di adakan pada 6 Januari 2013 jam 9 malam dan akan disiarkan di TV3. Tempat masih belum diumumkan lagi.


Tahniah kepada semua pencipta lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 2012...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 3 25 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 3 25 November 2012 bakal menentukan lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara Lagu nanti.


Siaran langsung Muzik Muzik Separuh Akhir 3 25 November 2012 boleh ditonton di TV3 jam 9 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Berikut adalah lagu yang bertanding pada Muzik Muzik Separuh Akhir 3 25 November 2012 :-

  • Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  • Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
  • Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
  • Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  • Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
  • Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  • Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
  • Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Klik pada pautan ini untuk melihat 12 lagu yang mendapat markah tertinggi pada Muzik Muzik Separuh Akhir 1 dan 2



Klik pada pautan ini untuk mengetahui 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 2012 pada 6 Januari 2013.




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH :


Malaysia 0-3 Singapura
  • Singapura : Shahril Ishak (30'), (37') 2 gol, Alasander Duric


Malaysia banyak mengasak 15 minit pertama kemudian Singapura lebih mencuri tumpuan dengan gerakan yang lebih kemas dan tersusun.


Singapura mendahului 1-0 dengan jaringan Shahril Ishak minit ke 30 apabila menerima hantaran silang dari tepi padang. Shahril yang tidak dikawal mudah merembat melepasi Khairul Fahmi Che Mat.


Shahril Ishak sekali lagi mengegarkan gol Malaysia apabila mudah menanduk bola tandukan lemah Fadhli Shas setika kegawatan berlaku di depan gol Malaysia minit ke 37.


Separuh masa pertama Malaysia 0-2 Singapura. Pada separuh masa kedua, K. Rajagopal melakukan rombakan apabila memasukkan Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli dan Azamuddin Akil untuk memburu gol.


Walaupun permainan Malaysia sedikit meningkat namun Singapura lebih pantas menjaringkan gol ke 3 menerusi tandukan Alasander Duric minit ke 75 yang tidak dikawal.


Malaysia yang terdesak menjaringkan gol hanya mampu melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun gagal menemui sasaran. Tamat permainan Malaysia 0-3 Singapura.


P/S : Apa agaknya alasan K. Rajagopal atas kekalahan teruk ini ? Masih bereksperimen ke ?



Previous Entry


Keputusan Malaysia VS Singapura live AFF Piala Suzuki 25 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Malaysia VS Singapura amat penting buat kedua-dua pasukan yang memerlukan keputusan menang bagi mencerahkan peluang layak ke separuh akhir. 


Perlawanan Malaysia VS Singapura live AFF Piala Suzuki 25 November 2012 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Walaupun gagal mempamerkan keputusan cemerlang dalam beberapa perlawanan persahabatan, skuad Harimau Malaya perlu menang bagi mencerahkan peluang mempertahahkan kejuaraan AFF Piala Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.


Selepas menentang Singapura, Harimau Malaya akan berdepan dengan Laos manakala Singapura bakal membuat perhitungan dengan naib juara 2010, Indonesia pada 28 November ini.


Siaran langsung perlawanan Malaysia VS Singapura live AFF Piala Suzuki 25 November 2012 akan disiarkan di TV1 dan Astro SuperSport saluran 813 jam 8.40 malam.


Bagi yang nak menonton secara live streaming  Malaysia VS Singapura live AFF Piala Suzuki 25 November 2012, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-



Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan (result) Malaysia VS Singapura live AFF Piala Suzuki 25 November 2012 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Keputusan Pemenang Shout Awards 2012



Keputusan Pemenang Shout Awards 2012 telahpun diumumkan pada 23 November 2012. Inilah dia keputusan Pemenang Shout Awards 2012 :- 


* Rockstar Award : Bunkface

* Popstar Award : Yuna

* Power Vocal Award : Shila Amzah

* Flava Award : Black & Malique

* Music Video Award : Mizz NIna

* Break Out Award : Massacre Conspiracy

* Best On-Screen Chemistry Award :Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Fresh TV Series Awards : Versus

* Breakthrough Local Feature Award : Songlap

* Favourite TV Program Award : Showdown 2012

* Favourite TV Personality Award : Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Coolest Radio Announcer Award : Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)

* Favourite Radio Show Award : TOP 5 - Panggilan Hangit

* Hot Chick Award : Nora Danish

* Hot Guy Award : Aaron Aziz

* Wired Celebrity Award : (Selebriti aktif di Twitter): YUNA - @yunamusic

* Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube) : Matluthfi90

* Ultimate Shout! Awards : KRU



Tahniah kepada semua pemenang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~




Inilah dia keputusan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 22 November 2012 untuk kumpulan A, B, C dan D :-


Kumpulan A

Dynamo Kyiv 0-2 Paris Saint Germain
  • PSG : E. Lavezzi (2 gol)

Porto 3-0 Dinamo Zagreb
  • Porto : L. Gonzalez , J. Moutinho, S. Varela

Kumpulan B

Arsenal 2-0 Montpellier
  • Arsenal : Jack Wilshere, Lukas Podolski

Schalke 1-0 Olympiakos Piraeus
  • Schalke : C. Fuch

Kumpulan C

Zenit St Petersburg 2-2 Malaga
  • Zenit St Petersburg : Danny, V. Fayzulin 
  • Malaga : D.M.B. Rende, S. Fernandez

Anderlecht 1-3 AC Milan

  • Anderlecht : T.D. Sutter
  • AC Milan : S.E. Shaarawy, P. Mexes, A. Pato

Kumpulan D

Manchester City 1-1 Real Madrid
  • Man City : Sergio Aguero (pen)
  • Real Madrid : Karim Benzema 

Ajax Amsterdam 1-4 Borussia Dortmund\
  • Ajax : D. Hoesen 
  • Borussia : M. Reus, M. Götze, R. Lewandowski (2 gol), 



Inilah dia kedudukan terkini kumpulan A, B, C dan D setelah tamatnya perlawanan pada 22 November 2012 :-




Barcelona, Manchester United, Porto, PSG, Schalke 04, Arsenal, Malaga, AC Milan, Borussia Dortmund dan Real Madrid sah layak ke pusingan ke 2 Liga Juara Juara Eropah 2012/2013.


Siaran langsung (live) perlawanan UEFA Champion League ini, adalah di saluran Astro SuperSports jam 3.40 pagi 22 November 2012. Untuk menonton secara live streaming klik sini : http://www.lshunter.tv/


Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengikuti perkembangan terkini setiap perlawanan Liga Juara Juara Eropah dari masa ke semasa....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~




Inilah dia keputusan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 21 November 2012 untuk kumpulan E, F, G dan H :-


Kumpulan E


FC Nordsjaelland 2-5 Shakhtar Donetsk
  • Nordsjaelland : M. Nordstrand, K. Lorentzen
  • Shakhtar Donetsk : L. Adriano (3 gol), Willian (2 gol),  

Juventus 3-0 Chelsea
  • Juventus : F. Quagliarella, A. Vidal, S. Giovinco

Kumpulan F


BATE Borisov 0-2 Lille
  • Lille : D. Sidibe, G. Bruno

Valencia  1-1 Bayern Munich

  • Valencia : S. Feghouli 
  • Bayern Munich : T. Muller

Kumpulan G

Benfica 2-1 Celtic
  • Benfica : O. John , E. Garay
  • Celtic : G. Samaras 

Spartak Moscow 0-3 Barcelona
  • Barcelona : Lionel Messi (2 gol), Daniel Alves


Kumpulan H

Galatasaray 1-0 Manchester United
  • Galatasaray : B. Yilmaz

CFR Cluj 3-1 Braga
  • CFR Cluj : R. Pedro (3 gol)
  • Braga : Alan


Inilah dia kedudukan kumpulan E, F, G dan H selepas tamatnya  perlawanan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 21 November 2012 :-





Siaran langsung (live) perlawanan UEFA Champion League ini, adalah di saluran Astro SuperSports jam 3.40 pagi 21 November 2012. Untuk menonton secara live streaming klik sini : http://www.lshunter.tv/


Jangan lupa saksikan perlawanan  UEFA Champion League ini pada 22 November 2012 untuk mengetahui nasib pasukan dalam kumpulan A, B, C dan D pula...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012



Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012 bakal menentukan lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara Lagu nanti.


Siaran langsung Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012 boleh ditonton di TV3 jam 9 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Berikut adalah lagu yang bertanding pada Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012 :-


  • Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
  • Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
  • Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
  • Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  • Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
  • Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  • Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
  • Hatiku Milikmu (Nera AF9) - Kuncidemak & Situ Nurulain
  • Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
  • Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
  • Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram

Klik pada pautan ini untuk melihat 6 lagu yang mendapat markah tertinggi pada Muzik Muzik Separuh Akhir 1 11 November 2012.


Inilah dia 6 buah lagu yang mendapat markah yang tertinggi untuk Muzik Muzik Separuh Akhir 2 18 November 2012 :-


  • Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
  • Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
  • Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
  • Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  • Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  • Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir


18 lagu yang mendapat markah tertinggi dalam Separuh Akhir 1, 2 dan 3 belum tentu layak ke Anugerah Juara Lagu kerana hanya 12 lagu yang terbaik sahaja layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 2012.


Jangan lupa saksikan Muzik Muzik 3 Separuh Akhir 3 25 November 2012 untuk mengetahui 12 lagu yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 2012... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Kini Taman Tema WaterWorld i-City di Seksyen 7 Shah Alam telahpun dibuka ! Taman Tema WaterWorld i-City ini dibuka secara rasmi pada 15 November 2012. 


Apa yang menarik tentang Taman Tema WaterWorld i-City ini ialah permainan tunggangan Tornado Ride yang setinggi 7 tingkat. Tornado Ride ini adalah yang pertama di rantau ASEAN. 


Selain itu tarikan utama yang lain ialah jakuzi gergasi, pelbagai jenis gelongsor untuk kanak-kanak dan dewasa serta kolam mandi untuk kanak-kanak.


Waterworld i-City ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari dan dari 9 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu dan cuti umum atau sekolah.


Tiket-tiket biasa berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Sempena cuti sekolah ada promosi untuk cuti sekolah dengan tiket berharga RM50 setiap seorang termasuk ke Snowalk.


Kepada yang dah pernah merasai pengalaman bermain air di Sunway Lagoon dan Desa Waterpark, anda kena datang ke Taman Tema WaterWorld i-City untuk merasai suatu pengalaman baru lain dari yang lain...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~


Pasti ramai yang ternantikan keputusan pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 2012) kan. Keputusan penuh pemenang AIM 2012 akan diketahui sejurus acara tamat.


Anugerah Industri Muzik (AIM 2012) akan berlangsung pada 17 November 2012 jam 9 malam dari Stadium Melawati Shah Alam.


Siaran langsung (live) Anugerah Industri Muzik (AIM 19) 2012 akan disiarkan di Astro Ria saluran 104. Untuk menonton AIM 2012 live streaming anda boleh klik di pautan Youtube Astro Gempak ini.


Pengacara Malam Anugerah ini ialah Aznil Hj Nawawi dan Adibah Noor.


Inilah dua keputusan keputusan pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM 2012) :-



1.  Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu : Forteen (Seperti Dulu)

5. Kulit Album Terbaik: Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)

6. Rakaman Album Terbaik: Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)

7. Video Muzik Terbaik: Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

8. Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

9. Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora

10. Lagu Rock Terbaik: Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer

11. Lagu Pop Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah

12. Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victorr

14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)

16. Album Terbaik: SalamMusik (Salam – SalamMusik)




Tahniah kepada semua pemenang...



P/S : Jom pakat-pakat minum Nescafe kaw kaw ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Maharaja Lawak Mega 2012 Live Streaming Online & Youtube



Pasti ramai yang nak tonton Maharaja Lawak Mega 2012 live streaming dan online kan. Maklumlah Maharaja Lawak Mega 2012 ini mempunyai ramai pengikut sejak musim yang pertama lagi.


Maharaja Lawak Mega 2012 Astro akan mula di tayangkan secara langsung (live) pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 16 November 2012 di saluran 132 Astro Warna dan Mustika HD saluran 134.


Bagi mereka yang mahu menonton secara live streaming online di Youtube Astro Gempak bolehlah klik di bawah ini :-


Kalau tak dapat, anda boleh cuba klik di bawah ini tetapi tiada jaminan anda dapat menonton sepenuhnya. Kalau dapat, itu rezeki anda  :-



Watch live streaming video from astrowarna at livestream.com


Bagi mereka yang tidak melanggan pakej Mustika, anda juga boleh tonton Maharaja Lawak Mega ini di Youtube. Tak perlu bimbang, pasti ada yang akan upload setiap persembahan peserta di Youtube. Cuma perlulah bersabar sedikit kerana ia memakan masa....


Jom kita terjah senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2012 :-


Malaysia: 
  • Pi Mai (Imuda dan Mat Over) 
  • Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
  • Jozan (Johan dan Zizan)
  • Sabon (Abon dan Sathia)
  • Jambu (Taukeh dan Yus),
  • R2 (Rahim dan Wan Lopez) 
  • Shiro (Shahrol dan Ajak).

Indonesia: 
  • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) 
  • The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)

Singapura: 
  • Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin)


Maharaja Lawak Mega kali ini akan menggunakan 4 juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.


Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70% daripada juri tetap dan 30% daripada undian penonton.


Buat peminat Maharaja Lawak Mega jangan lupa saksikan program ini yang akan bersiaran secara langsung (live) bermula 16 November 2012, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)....


P/S : Sementara menunggu Maharaja Lawak Mega 2012 ini ke udara, jom kita pakat pakat pekena Nescafe tarik dulu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Jersi Baru Malaysia 2012/2013 (Bola Sepak)



Jersi baru Malaysia 2012/2013 (bolasepak) telahpun dilancarkan. Jersi baru Malaysia 2012/2013 akan digunakan secara rasmi pada Piala AFF Suzuki 2012 ini.


Majlis pelancaran jersi baru skuad bolasepak Malaysia ini dilancarkan pada 12 November 2012 di Wisma FAM Kuala Lumpur.


Jersi baru Harimau Malaya ini masih mengekalkan syarikat pengeluar barangan sukan terkenal dunia (NIKE) sebagai pengeluar rasmi jersi Malaysia.




Bagi ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim,beliau mengharapkan jersi baru ini mampu membakar semangat dan menaikkan moral rakan sepasukan untuk beraksi cemerlang dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF suzuki edisi kali ini


Peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan jersi baru Harimau Malaysia di Kedai sukan NIKE mulai 15 November 2012 ini dengan harga runcit RM229.


Apa pendapat anda tentang jersi baru ini. Secara peribadi saya lagi suka lagi dengan jersi sebelum ini yang nampak lagi garang dan cantik. Apa pula pendapat anda ?...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~


Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) akan diadakan pada 16-18 November 2012 di PWTC Kuala Lumpur. Penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) ini pastinya berita baik kepada pencari kerja di luar sana !.


Antara aktiviti yang diadakan pada BN Youth Job Fair 2011 ini ialah ceramah kerjaya, klinik resume dan temuduga turut di adakan untuk graduan yang masih mencari pekerjaan.


Banyak agensi kerajaan, kementerian, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional mengambil bahagian dalam karnival kali ini. Jom kita terjah antara agensi kerajaan dan syarikat yang mengambil bahagian :-



Untuk rekod,  BN Youth Job Fair ini telah diadakan di beberapa negeri antaranya untuk tahun ini antaranya Perak, Negeri Sembilan, dan Sabah. Untuk penutup tahun 2012 ianya di adakan di PWTC Kuala Lumpur. 


Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai BN Youth Job Fair 2011/ Karnival Kerjaya Pemuda BN ini sila klik link ini http://bnyouthjobfair.my/webv2/.


Kepada graduan di luar sana yang masih mencari pekerjaan, jangan lupa hadir di karnival kerjaya Pemuda BN ini di PWTC Kuala Lumpur pada 16-18 November 2012 ini. Manalah tahu ada rezeki anda kali ini. Yang penting bawa resume banyak-banyak...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012



Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012 akan diketahui malam ini. Keputusan Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012 bakal menentukan lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara Lagu nanti.


Siaran langsung Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012 boleh ditonton di TV3 jam 9 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Berikut adalah lagu yang bertanding pada Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012 :- 


1. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

2. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

3. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

4. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Rafidah Abdullah

5. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Ainan Tasneem

6. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

7. Jerrypah
Artis dan Penulis Lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat

8. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Audi Mok / Omar K

9. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

10. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

11.  Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal


Inilah dia 6 lagu yang mendapat markah tertinggi selepas Muzik Muzik Separuh Akhir 11 November 2012 :


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

2.  Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

3.  Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

4. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

 5. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

6.  Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal


6 lagu yang mendapat markah tertinggi ini masih belum tentu layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 kerana perlu menunggu keputusan Separuh Akhir 2 dan 3 terlebih dahulu.


Jangan lupa saksikan Muzik Muzik 27 Separuh Akhir 2 18 November 2012 bagi mengetahui 6 lagu lagi yang menndapat markah tertinggi sekaligus mencerahkan peluang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Diskaun dan rebat tol sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 diberikan sempena 2 perayaan itu. Diskaun tol sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 adalah antara 5-37.5%.


Pihak konsesi lebuh raya bersetuju menawarkan insentif diskaun tol dan rebat sebagai menyambut seruan kerajaan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.  


Jom kita terjah antara konsesi lebuhraya yang menawarkan diskaun tol dan rebat sempena Deepavali & Awal Muharram 2012 :-


Rebat 20 % pada Hari Deepavali dan rebat 10% pada Rabu dan Jumaat 

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), 
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH),
  • Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) 
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura


Diskaun 20% kepada semua kelas tunai dan Electornic Transfer Card (ETC) mulai 6 pagi Selasa hingga 6 pagi Rabu.

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
  • Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GUTHRIE), 
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) 
  • Lebuhraya SMART

Diskaun 10% mulai 11 pagi Isnin hingga 8 pagi Selasa

  • Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)


Diskaun 10% pada Selasa (12 pagi hingga 11.59 malam).

  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  •  Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP) 
  • Lebuhraya Senai Desaru (SDE), 
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE), 
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), 
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), 
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS), 
  • Lebuhraya KL-Karak (KLK) 
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) 
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR).


Bayaran tol 60 sen pada Hari Deepavali 

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)


Bayaran tol 20 sen pada Hari Deepavali 

  • Sistem Penyuraian Trafik Kl-Barat (SPRINT)


Diskaun 20%  pada Hari Deepavali 

  • Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)


Terima kasih kepada semua konsesi lebuhraya yang terlibat yang memberikan diskaun dan rebat . Sekurang-kurangnya meringankan beban pengguna lebuhraya. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung sempena cuti Deepavali dan Awal Muharram ini, berhati-hati  di jalan raya ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlangsung pada 9 November 2012. Majlis Perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 


Kira-kira 1,000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Chong Wei, 30, tampil berpakaian segak tuksedo hitam rekaan pakar sut lelaki ternama, Lord’s Tailor manakala Mew Choo, 29, pula mengenakan gaun pengantin serba putih.


Beregu badminton No. 1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.




Empat lagi adalah 2 bintang badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.


Untuk rekod, pasangan Chong Wei dan Mew Choo, yang sudah menjalin hubungan cinta sejak 11 tahun lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012.


Majlis resepsi ini akan diadakan secara tertutup itu akan melibatkan 1,500 ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.


Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat  Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Keputusan pemenang Anugerah Skrin 2012 live 9 November 2012 akan diketahui malam ini. Anugerah Skrin 2012 ini dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air.


Anugerah Skrin 2012 akan bersiaran langsung (live) dari PWTC jam 9 malam 9 November 2012 di TV3. Untuk menonton secra live streaming, sila klik pautan ini www.tv3.com.my/ask2012.


Inilah dia keputusan pemenang Anugerah Skrin 2012 :-


Lakon Layar Terbaik Filem

Bunohan - Apparat Sdn Bhd


Lakon TV Terbaik 

Di Telapak Kaki Bonda - Lam Pung Fui


Videografi Terbaik

Aku Mahu Terbang


Laporan Khas Berita Terbaik

Berita TV9 - Bom Jangka


Drama Komedi Terbaik

Elly Dan Epit- Red Communication Sdn Bhd


Program Realiti Terbaik

Jemputan Umrah - Episod 1


Anugerah Artis Harapan Pantene

Puteri Balkis - Pelarian


Rancangan Bual Bicara Terbaik

Bella - Labour Day Special


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

Namron - Parit Jawa


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

Sherry Merlis - Di Telapak Kaki Bonda


Rancangan Hiburan Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 - Nurul Huda


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Lisa Surihani - Ombak Rindu


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem 

Syahfie Naswip - Songlap


Pelakon Wanita Terbaik Filem

Maya Karin - Ombak Rindu


Pelakon Lelaki Terbaik Filem 

Shaheizy Sam - Songlap


Rancangan Dokementari / Majalah Terbaik 

Dunia Tersembunyi - Rambu Solok


Rancangan Muzikal Terbaik

Anugerah Juara Lagu ke 26 - Nurul Huda Abdul Malik


Pelakon Wanita Terbaik Drama

Ruminah Sidek - Parit Jawa


Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Abu Bakar Omar - Gincu Ayah


Pengarah Terbaik Filem

Fariza Azlina / Effandee Mazlan - Songlap


Pengarah Terbaik Drama

Khabir Bahtia - Di Telapak Kaki Bonda


Anugerah Yasmin Ahmad

Pierre Andre


Drama Rantain Terbaik

Jangan Ambil Padang Kami - Suhan Movies & Trading Sdn Bhd


Filem Terbaik

Bunohan - Apparat Sdn Bhd


Drama Terbaik

Di Telapak Kaki Bonda - Filmscape Sdn Bhd



Tahniah kepada semua pemenang.. yang kalah jangan berputus asa. Cuba lagi tahun depan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Inilah dia keputusan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 8 November 2012 untuk kumpulan E, F, G dan H :-


Kumpulan E

Chelsea 3-2 Shakhtar Donetsk
  • Chelsea : Fernando Torres, Oscar, Victor Moses
  • Shakhtar Donetsk : Willian (2 gol)

Juventus 4-0 FC Nordsjaelland
  • Juventus : C. Marchisio, A. Vidal, S. Giovinco, F. Quagliarella 

Kumpulan F

Bayern Munich 6-1 Lille
  • Bayern Munich : B. Schweinsteiger, C. Pizarro (3 gol),  A. Robben, T. Kroos
  • Lille : Salomon Kalou

Valencia 4-2 BATE Borisov
  • Valencia : Jonas, R. Soldado (pen), S. Feghouli (2 gol)
  •  BATE Borisov : R. Bressan, D. Mozolevski


Kumpulan G

Benfica 2-0 Spartak Moscow
  • Benfica : O. Cardozo (2 gol)

Celtic 2-1 Barcelona
  • Celtic : V. Wanyama, A. Watt 
  • Barcelona : Lionel Messi

Kumpulan H

Braga 1-3 Manchester United
  • Braga : Alan (pen.)
  • Manchester United : R.v. Persie, W. Rooney (pen.), J. Hernandez

CFR Cluj 1-3 Galatasaray
  • CFR Cluj : M. Sougou 
  • Galatasaray : B. Yilmaz (3 gol)

Inilah dia kedudukan kumpulan E, F, G dan H selepas tamatnya  perlawanan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 8 November 2012 :-





Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengikuti perkembangan terkini setiap perlawanan Liga Juara Juara Eropah dari masa ke semasa....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~




Inilah dia keputusan UEFA Champion League (Liga Juara Juara Eropah) 7 November 2012 untuk kumpulan A, B, C dan D :-


Kumpulan A

Dynamo Kyiv 0-0 FC Porto

Paris Saint Germain 4-0 Dinamo Zagreb
  • PSG : Alex, B. Matuidi, J. Menez, G. Hoarau 

Kumpulan B

Olympiakos Piraeus 3-1 Montpellier
  • Olympiakos : P. Machado, L. Greco, K. Mitroglou
  • Montpellier : Y. Belhanda (pen.) 

Schalke 04 2-2 Arsenal
  • Schalke 04 : K.J. Huntelaar, J. Farfan

  • Arsenal : T. Walcott, O. Giroud 

Kumpulan C

AC Milan 1-1 Malaga
  • AC Milan : A. Pato
  • Malaga : Eliseu

Kumpulan D

Manchester City 2-2 Ajax Amsterdam
  • Manchester City : Yata Toure, Sergio Aguero
  • Ajax Amsterdam : S.d. Jong (2 goals)

Real Madrid 2-2 Borussia Dortmund
  • Real Madrid : Pepe, M. Özil 
  • Borussia Dortmund : M. Reus, A. Arbeloa (o.g.)


Inilah dia kedudukan terkini kumpulan A, B, C dan D setelah tamatnya perlawanan pada 7 November 2012 :-




Teruskan bersama Blog Aku Dan Sesuatu untuk mengikuti perkembangan terkini setiap perlawanan Liga Juara Juara Eropah dari masa ke semasa....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~



Cuti umum Hari Deepavali jatuh pada 13 November 2012 manakala cuti Awal Muharram jatuh pada 15 November 2012. Cuti hari Deepavali dan cuti Awal Muharram yang selang sehari membolehkan rakyat Malaysia mendapat cuti umum 2 hari iaitu 13 November (selasa) dan 15 Novemnber 2012 (khamis). 


Ini bermakna hari berkerja hanya pada 12 November (isnin), 14 November (rabu) dan 16 November  (jumaat) sahaja pada minggu ke 3 bulan November 2012.


Pasti ramai yang teruja kan cuti umum 2 hari dalam tempoh seminggu. Ada di kalangan kita yang mengambil cuti pada 12,14 dan November 2012 untuk melengkapkan cuti 1 minggu terus. Untung betul !


Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita semua bercuti bersama yang tersayang. Nak pula cuti sekolah sudah bermula tak lama lagi.


Kepada yang beragama Hindu saya ucapkan Happy Deepavali dan bagi yang beragam Islam saya ucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1434 M....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~




KEPUTUSAN PENUH :


Manchester United 2-1 Arsenal

  • Manchester United : Robin Van Persie (3'), Patrice Evra (66')
  • Arsenal : Santi Cazorla (90')


Robin van Persie meledakkan satu gol untuk membantu Manchester United menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam tadi.

Penyerang antarabangsa Belanda itu mengambil masa tiga minit untuk meletakkan United di depan sebelum Patrice Evra menambah gol kedua pada minit ke-67.

Gol sagu hati skuad The Gunners hadir menerusi pemain tengah, Santi Cazorla pada masa kecederaan.

Van Persie, 29, yang menentang Arsenal buat pertama kalinya sejak melengkapkan perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta) ke United, Ogos lalu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Dia menyumbat masuk gol pendahuluan United selepas pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen gagal menghalang hantaran lintang Rafael.


United hampir menggandakan jaringan tetapi sepakan penalti penyerang England, Wayne Rooney gagal menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.

Kemenangan itu turut membolehkan skuad The Reds merampas kedudukan teratas liga daripada Chelsea selepas mengumpul 24 mata, sembilan mata di depan Arsenal yang menghuni tangga keenam.

Arsenal yang mencatat kekalahan ketiga daripada lima perlawanan terakhir terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jack Wilshere diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-69.

Wilshere yang membuat penampilan kedua selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, dilayangkan kad merah setelah mengasari Evra.



PREVIOUS ENTRY :


Keputusan Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League akan diketahui malam ini. Keputusan Manchester United VS Arsenal amat penting buat kedua-dua pasukan yang amat memerlukan 3 mata berharga.


Perlawanan Manchester United VS Arsenal yang berlangsung di Old Trafford ini pastinya penuh emosi apabila Robin Van Persie buat pertama kalinya menentang bekas kelab yang disertainya selama 8 tahun, Arsenal.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Perlawanan Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League (Liga Perdana Inggeris) akan bersiaran langsung di saluran Astro ESPN jam 8.25 malam.


Bagi yang mahu menonton perlawanan Manchester United VS Arsenal secara live streaming, anda boleh klik link di bawah ini :- 


Keputusan (result) Manchester United VS Arsenal live 3 November 2011 English Premier League (Liga Perdana Inggeris) akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~



Kini permohonan BR1M 2.0 boleh dibuat secara online mulai 1 November 2012 !. Sebelum ini permohonan BR1M hanya boleh dibuat secara manual iaitu mengisi borang permohonan. 


Memang bagus kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online. Jadi dah tak perlu isi borang dah.


Bagi yang nak buat pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) secara online, sila klik di pautan ini  ebr1m.hasil.gov.my


Bagi yang nak buat permohonan secara manual, anda boleh perolehi borang BR1M 2.0 ini di :-

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan



Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :

  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  • Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013


Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 ialah :

1. Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500

  • Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

2. Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250

  • Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Penerima BR1M 2.0 yang layak akan menerima surat rasmi daripada LHDN yang bercop rasmi dan mesti hadir ke pusat khidmat ADUN masing-masing untuk mengambil sendiri voucher BR1M.


Kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) ini, jangan berlengah lagi. Ayuh segera buat permohonan. Bila lagi nak merasa duit free dari kerajaan kan...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget