Keputusan penuh
Inilah dia keputusan penuh yang di umumkan oleh pengurus pilihanraya DUN Tenang sebentar tadi :-
BN : 6699 undi
PAS : 2992 undi
Undi Rosak : 142 undi
Majoriti : 3707 undi
Ini bermakna calon BN, Azahar Ibrahim di pilih sebagai ADUN baru Tenang (N5) Johor.
Latest Update
Mengikut laporan TV3, beberapa peti undi tiba lewat di pusat penjumlahan undi ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda Labis.
Oleh itu, keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang di jangka di umum jam 9.30 malam.
Keputusan Tidak Rasmi :
7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,2,963 undi.
7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622
6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252
6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.
Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.
6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387
6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045
6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67
6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207
6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.
6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.
Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.
6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365
6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.
6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.
6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.
6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.
6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.
Jumlah keluar mengundi pada pilihanraya DUN Tenang (N5) hanyalah 71.71% atau 10 579 orang iaitu lebih rendah dari pilihanraya umum lalu iaitu 73.52% atau 10 669 orang.
Mungkin faktor pengundi luar tidak pulang untuk mengundi kerana hampir dengan cuti Tahun Baru Cina menyebabkan angka ini menurun di samping hujan lebat dan banjir yang melanda Labis.
Sumber : Malaysiakini
Previous Entry
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Pilihanraya DUN Tenang (N5) Johor pada 30 Januari 2011 ini kan terutamanya pemerhati politik tanah air.
Nasib calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru yang bertanding dalam pilihan raya ini akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang
Sehingga jam 2 petang, 61.17% atau 9005 orang pengundi di DUN Tenang sudah menjalankan tanggungjawab mereka.
Walaubagaimanapun, cuaca hujan berterusan dari pagi dan banjir di sesetengah tempat merencatkan proses penduduk DUN Tenang keluar mengundi.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu
Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".
Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.
Kepada penduduk DUN Tenang, jangan lepaskan peluang untuk keluar mengundi. Keputusan penuh pilihanraya DUN Tenang akan di update di blog ini selepas pengumuman rasmi oleh Suruhanraya Pilihan Raya
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~