Baru-baru ini aku di kejutkan oleh sorang mamat ni dari Pakistan telah membaca blog aku..Terkejut aku.. Tak sangka ada orang luar berminat membaca blog aku..
Beliau mengetahui wujudnya blog aku kerana setiap kali aku "publish" kan artikel di blog, aku akan "promote" kan di facebook kerana beliau merupakan sahabat aku di facebook dan juga sahabat seperjuangan aku di Management Centre IIUM..
Menurutnya dia berminat nak mengetahui tentang artikel yang aku tulis tapi malangnya dia tak faham Bahasa Malaysia..So dia mencadangkan agar aku supaya artikel di tulis dalam Bahasa Inggeris..Menurutnya Blog aku menarik dan tajuk artikel aku sangat catchy...Dia memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut..
Menurutnya, blog aku akan terkenal di peringkat antarabangsa jika artikel aku dalam Bahasa Inggeris.. Semua orang akan memahami penulisan aku jika di tulis dalam Bahasa Inggeris..So that mean target market aku bukan sahaja setakat Malaysia saja lah, tetapi Global..Potensi nak naikkan trafik blog aku akan meningkat..
Apa pendapat anda tentang perkara ini? Patut tak aku wat artikel dalam Bahasa Inggeris? Kalau aku wat, ada tak rakyat Malaysia nak baca? Faham ke diorang nanti?..Lagipun nak dapat idea menulis dalam Bahasa Inggeris ni pun susah gak..Nak kene rajin masuk website omputih baru dapat idea nak menulis... Arghh.. Penin..Penin...
Masyarakat kita mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedai makan mamak dan kedai melayu. Sebut sahaja tentang kedai mamak, ramai yang menunjukkan mimik muka yang ‘menggelikan’ , khususnya kaum perempuan.
Berbeza pula dengan lelaki, yang biasanya lebih gemar memilih kedai mamak berbanding restoran-restoran Melayu. Namun, ada juga golongan perempuan yang gemar ke kedai mamak, dan ada juga lelaki yang tidak suka ke kedai mamak.
Bila bercerita tentang kedai makan, sama ada kedai mamak atau kedai melayu, ramai yang menyentuh soal kebersihan. Ramai yang lebih meragui kebersihan di kedai mamak, berbanding kedai melayu.
Sedangkan, soal kebersihan ini bukan terletak kepada kedai mamak atau melayu. Ia terletak pada sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan. Ada kedai mamak yang bersih, malah bertaraf hotel ‘first class’, dan ada juga kedai melayu yang ‘hampeh’.
Soalnya di sini, aku tidak mahu bercerita tentang kebersihan, tetapi lebih kepada ’service’ kedua-dua pemilik kedai makan tersebut.
Satu malam, aku berada di sebuah kedai Melayu, pelayan restoran mengambil masa hampir setengah jam untuk mengambil pesanan kami.
Selesai menghabiskan hidangan, aku terpaksa menunggu pengusaha kedai mencari wang kecil untuk memulangkan baki.Aduhai…sudahlah mengambil order lambat, terima makanan lambat, timbul pula masalah.
Aku perhati pula di kedai mamak. Jika kepada pelayan A kita order, pelayan yang sama juga menghantar pesanan kita. Jadi jarang berlaku kesilapan apa yang diminta. Malah, jika sudah selalu di kedai itu, mereka sudah tahu apa yang kita inginkan.
Teringat aku kata-kata seorang penceramah ketika menghadiri kursus perkahwinan empat tahun lalu…”Kadang- kadang isteri yang bertahun-tahun berkahwin masih bertanya suami, air apa yang dikehendaki. Sedangkan mamak di kedai, nampak kelibat pelanggan tetapnya, sudah tahu apa yang dicari!”
Adakalanya, bila melihat situasi seperti itu, kita akan sedar mengapa kedai-kedai mamak ini boleh ‘hidup’ lama, berbanding kedai-kedai melayu. Bukan tidak mahu menolong Melayu, tetapi…bagaimana ya?
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)*
Ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 69, dipercayai bebas keluar masuk sempadan negara apabila dia pernah dilihat beberapa kali di sekitar Rantau Panjang, Kelantan suatu ketika dahulu.
Laporan orang awam bahawa kelibat pemimpin ajaran sesat itu pernah dilihat bagaimanapun ia tidak dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti lokasi lelaki itu sekarang.
Ayah Pin mungkin berada di negara ini kerana dia ada ramai saudara-mara di kedua-dua belah sempadan negara.
Untuk rekod, ketua ajaran Kerajaan Langit yang hilang dari Terengganu sejak 2005 itu pernah dilihat berada di Rantau Panjang sebelum ini.
Ayah Pin gagal dikesan selepas markas kumpulannya di Hulu Besut diserbu oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan sejak itu, beberapa dakwaan mengatakan dia pernah dilihat di Lembah Klang, Tumpat selain dikatakan pernah pulang ke Hulu Besut.
Penduduk sekitar juga tidak pernah mendapat maklumat mengenai kepulangan Ayah Pin untuk bertemu para pengikutnya di Hulu Besut.
Dahsyat kan ayah Pin. Selalu keluar masuk Malaysia tapi Pihak berkuasa masih tidak dapat tangkap beliau. Memang agaknya Ayah Pin ni berpuaka..
Ayah Pin boleh di anggap ancaman kepada perkembangan Islam yang syumul..Tapi kenapa cerita tentang Ayah Pin ni semakin pudar dari arus media ye..Sepatutnya Pihak Berkuasa harus terus memburu beliau seperti mana memburu Raja Petra.. Fikir fikirkan lah ye..
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot
6 . Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan
7. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia
8. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan,
9. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi
10. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang
Baru-baru ini kita di gemparkan dengan serangan buaya di pantai Port Dickson terhadap seorang posman (kalau tak silap la).
Dan apabila kita berkata mengenai "buaya darat" pasti kita terbayangkan lelaki yang suka mengoda wanita..
Tapi mulai hari ini kita perlu menerima hakikat bahawa buaya juga mampu hidup di darat. Kalau tak percaya lihatlah gambar di bawah..
Dulu kita pernah di kejutkan dengan lafaz cerai melalui SMS sehingga menimbulkan perdebatan di kalangan ulama tentang kesahihan penceraian..
Kemudian timbul pula dakwaan Facebook adalah punca penceraian..Kajian yang di jalankan oleh penganalisis di barat telah membuktikan ramai pasangan telah bercerai gara gara pasangan mereka menjalinkan hubungan sulit melalui Facebook..
Kini timbul pula dakwaan Blog juga adalah punca penceraian. Walaupun belum ada kajian yang sahih mengenai dakwaan ini tetapi ramai yang tidak menolak dakwaan bahawa medium tanpa sempadan ini juga memainkan peranan..
Setakat hari ini aku pun belum nampak lagi Blog sebagai punca penceraian. Macam mana ye hendak menjalinkan hubungan sulit melalui Blog? Bukankah semua bentuk penulisan akan dipaparkan di halaman utama blog? Bagaimana hendak mengprivasikan bentuk penulisan terhad kepada orang orang tertentu sahaja? Mungkinkah Blog itu diprivasikan untuk orang orang tertentu sahaja untuk view..
Apapun kita sebagai pengguna medium tanpa sempadan ini perlulah bijak menggunakannya.. Kita bertanggungjawab terhadap segala bentuk penulisan kita..Dan jangankan di sebabkan blog anda alpa tentang tanggungjawab utama anda dan pasangan anda..Harap harap lepas ini tiadalah "Aduka Taruna" yang kedua pula..
Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer membidas harga tiket Piala Dunia 2010 yang terlalu tinggi dan peminat di sini terpaksa menangguhkan perjalanan ke sana akibat kos yang tinggi, juga risiko keselamatan di republik itu.
Beckenbauer, yang mengetuai Jerman menjulang Piala Dunia pada 1974 dan melatih pasukan juara itu pada 1990, berkata, hanya segelintir peminat Jerman yang mampu membeli tiket mahal, selain bimbang dengan kadar jenayah di Afrika Selatan.
"Mereka yang bertandang ke sana, tidak hanya meragui tahap keselamatan, tetapi harga tiket juga terlalu mahal," kata Beckenbauer, ahli jawatankuasa eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin.
"Apa yang orang biasa mampu beli dengan 5,000 hingga 6,000 euro (RM23,821 hingga RM28,585) selama seminggu?" Tambahnya tanpa menjelaskan bagaimana dia mendapat angka itu.
Tiket termurah bagi perlawanan pertama kejohanan itu, iaitu Afrika Selatan menentang Mexico di Johannesburg pada 11 Jun, berharga 140 euro (RM666.58), menurut laman web FIFA.
Harga tiket termahal ialah perlawanan akhir pada 11 Julai yang mencecah 630 euro (RM2,999), manakala tiket termurah bagi perlawanan peringkat kumpulan ialah 56 euro (RM266), manakala penginapan dikatakan semakin mahal sempena kejohanan itu.
"Penganjur telah melakukan segalanya untuk memastikan acara itu mendapat keselamatan yang terbaik.
"Mereka telah bersedia bagi hampir setiap jenis serangan, mereka tidak boleh lebih daripada itu.
"Namun, tiada negara di dunia kini yang mampu katakan mereka selamat seratus peratus," katanya.
Beckenbauer menawarkan nasihat buat peminat yang berhasrat untuk menyaksikan kejohanan tersebut.
"Orang ramai perlu dipantau ke mana mereka pergi. Cara yang terbaik ialah lebih berwaspada, sentiasa berkumpulan, walau ke mana sahaja,".
Tiga ‘Romeo’ warga Pakistan kecut perut apabila diserang seorang wanita bersenjatakan pisau pemotong sayur di Taman Lembah Maju, Ampang
Semua bermula sejak beberapa bulan lalu apabila wanita terbabit tidak melayan kerenah ketiga-tiga ‘Romeo’ itu yang sering menggodanya kerana tertarik kecantikan selain susuk tubuh suri rumah itu yang menawan.
Biarpun menyedari wanita terbabit sudah berkahwin, namun mereka masih berdegil dan terus menggodanya sejak tiga bulan lalu. Disebabkan wanita terbabit tidak memberikan sebarang reaksi, mereka bersaing menawan hati wanita terbabit menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan beberapa lagi rakan mereka yang kacak dan menawan untuk memikat wanita itu, namun gagal.
Sumber berkata, disebabkan berdendam kerana usaha mereka itu gagal, ketiga-tiga mereka menyebarkan fitnah mendakwa wanita berkenaan curang kepada suaminya. “Mereka mendakwa suri rumah itu ‘makan luar’ setiap kali suaminya keluar bekerja.
Akibat tidak tahan di fitnah, wanita itu menyerang rumah "romeo" Pakistan itu dengan pisau. Ketiga-tiga lelaki itu bertempiaran lari bersembunyi dalam bilik. Difahamkan, wanita terbabit gagal memasuki rumah berkenaan kerana pintunya masih berselak walaupun sudah dibuka.
Sekumpulan anggota dari Balai Polis Pandan Indah, di sini, bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan selain berusaha memujuk wanita terbabit.
Wanita itu dan ketiga tiga "romeo" Pakistan itu di bawa ke Balai Polis untuk dirakam percakapan.
Bengang betul dengan gelagat Pak Hitam ni..Kian hari kian melampau..Kadang kadang terpikir gak macam mana dengan mudah mereka boleh masuk negara kita..Adakah penguatkuasaan badan badan berkaitan lemah atau kita yang terlalu mudah menerima "orang luar" dalam masyarakat kita..
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendedahkan satu sindiket penipuan pelaburan menerusi Internet, yang telah memperdayakan lebih 8,000 orang setakat ini.
Skim itu dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan tempatan yang mempunyai pengaruh politik dengan menawarkan pulangan pelaburan sehingga 500 peratus.
Skim pelaburan tersebut berunsur pelaburan kasino dan membabitkan pelaburan jutaan ringgit dengan menjanjikan keuntungan sehingga 500 peratus selain hadiah barangan mewah seperti jam jenama Rolex dan barangan kemas.
Katanya, kebanyakan mangsa skim pelaburan ini adalah golongan orang kaya dan profesional.
Kerajaan harus mengambil tindakan cepat untuk membanteras kegiatan penipuan ini bagi mengelak lebih ramai yang terpedaya kerana syarikat pelaburan itu mampu memancing pelabur dengan menawarkan imbuhan awal seperti pemberian jam Rolex..Kita sebagai pengguna perlulah bijak menilai mana baik mana buruk..Jangan di sebabkan hadiah yang di tawarkan lumayan, kita mudah gelap mata..Instead of provide those special prize to customers, they must be something that they looking from u..Think about it..
Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Bagi aku, aku lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang aku nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.
Kadang kadang kita terdengar di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.
Kadang kadang kita tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’.
Isu sosialnya ialah apabila generasi muda mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting.
Dalam masyarakat kita, seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia.
Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum.
Kemunculan ‘Goojje’ menambah reputasi China yang terkenal meniru barangan seperti baju berjenama, kedai kopi dan DVD..
Huruf akhir ‘jje’ bermaksud ‘kakak sulung’ dalam bahasa Cina sementara huruf ‘gle’ daripada Google membawa maksud ‘abang sulung.’ Goojje muncul selepas Google Inc berkata dua hari lalu ia mungkin menutup portal Google.cn di China..
Hahaha..betul la ramalan ramai pakar ekonomi yang meramalkan China bakal mempelopori ekonomi dunia 1 hari nanti.. Mereka ada segalanya..Tunggu masa saja hendak di laksanakan..
PENGAJARAN
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~
Lelaki di China mungkin terpaksa menjadi kaum Nabi Luth menjelang 2020 nanti. Sedang negara kita target nak jadi negara maju pada tahun itu, Akademi Sains Sosial China baru sahaja mengeluarkan jangkaan diaman 24 juta lelaki China bakal bujang. Kenapa?
Ini semua gara-gara polisi satu keluarga satu anak yang diparktikkan kerajaan komunis China. Mereka dapati kebanyakkan parents di China menggugurkan kandungan bayi perempuan semata-mata untuk mendapatkan bayi lelaki. This is to maintain the family name. Hasilnya menjelang 2020 lebih banyak lelaki di China dari wanita. OH MAN!
Mungkin kerajaan kita boleh membantu negara China dalam hal ini. Apa kata semua GRO dan pelacur warga PRC yang terkantol dalam operasi Polis dihantar pulang secara Pos Laju. That way takde la "kebocoran" populasi wanita China ke negara luar. Kesian negara China ni. Kita sebagai jiran yang prihatin harus membatu China menaikkan jumlah wanita di negara mereka. Bak kata pepatah orang putih , Killing Two Birds With One Stone. China dapat balik wanita yang berhijrah. Lelaki China happy dapat leng lui diorang. Kita pulak dapat kurangkan perlambakkan warga China yang masuk secara haram sejak kebelakangan ini!
Ni aku nak share dengan korang alasan mamat ni cancel kad kredit.. Memang tak boleh blah btol.. Straight forward je suh tanya Datuk Seri Najib kenapa caj RM50 untuk setiap kad principal dan RM25 untuk kad supplementary bemula 2010 ini..
Bagi sapa sapa yang masih ada kad kredit lebih dari satu, aku cadangkan cancelkan aje kad tu..
Fungsinya sama sahaja, kenapa nak banyak banyak..Ini bukan masanya anda nak menunjuk berapa kad kredit yang anda ada.. At the end of story, anda dikenakan caj RM50 from government..Berbaloi ker..
Cukup la satu kad sahaja..In case kecemasan so boleh la gunakan.. One more thing, anda kene makesure yang anda membayar penuh setiap bulan bagi mengelakkan interest dari pihak bank..
Orang tua tua cakap, pandai makan pandai la simpan..Macam tu la konsepnya..
Sudah lama aku tidak menikmati ketenangan dalam hidup ini..Apa sebabnya pun aku tidak pasti..Adakah kerana "peristiwa hitam" itu..Atau mungkin aku terlalu di buai arus budaya keseronokan duniawi hingga hilang "nur" seketika..Adakah mungkin aku sudah tersasar jauh dari bumi yang nyata..
Tak kiralah apa puncanya. Aku perlu mencari "kekuatan" untuk kembali kepada normal.. Adakah aku mampu kembali seperti dahulu? Aku perlukan ketenangan.. Bagiku ketenangan yang abadi ada di kampung halamanku..
Seawal 8 pagi aku bertolak ke kampung halamanku..Perjalanan 1 jam suku bagaikan tidak terasa..Bagaikan ada yang menggamit ku untuk segera pulang ke sana (walaupun tak ada yang mengamit sebenarnya)..Setiap papan tanda yang aku lintasi akan ku rakamkan gambarnya..
Suasana aman, jauh dari kesesakan lalu lintas, desiran angin meniup di kala senja dan deruan air sungai yang mengalir lesu benar benar memberi ketenangan pada diri ini..Memang aku amat merindui saat saat aku berada di sini suatu ketika dahulu..Di jeram ini lah port aku ponteng sekolah hampir setiap bulan (lepas dapat lesen moto la) hahaha..
Walaupun semalaman sahaja berada di kampung halaman, namun bagiku ketenangan itu sudah meresapi dalam jiwa ini..
Yaa..kini aku kembali bukan seperti dahulu..Aku kini yang baru..Apa jua cabaran akan ku sahut..Akan ku cabar diri ini menjadi untuk menempuh hari mendatang..
Semoga aku pulang ke ibukota membawa satu "kekuatan" baru..
p/s: Teringat lirik lagu M.Nasir - Bagaikan burung phoenix bangit dari abu..Bangit semula membina 1 keindahan..Phoenix bangkit..
So untuk lelaki yang kesepian di luar sana boleh la praktikkan taktik yang di gunakan oleh Adam Lyons ni..Memang dah terbukti berkesan..
Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi'' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi!
Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan.
Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight".
Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu
Menjelang cuti sekolah di India bermula April ini, karakter kartun kembar popular Malaysia, Upin dan Ipin akan dialih bahasa ke bahasa Hindi dan ditayangkan di 400 panggung wayang seluruh negara itu.
Upin dan Ipin: Geng Pengembaraan Bermula menarik minat pengedar filem di India yang sedia memasarkannya di negara itu menggunakan bahasa Hindi, menjadikan filem berkenaan sebaris keluaran Bollywood.
Ia dimuktamadkan melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan sebuah syarikat India, Indiatales Media Private Ltd pada satu majlis di sini, Jumaat lalu.
Setakat ini lebih 70,000 unit cakera video digital (DVD) filem itu sudah dijual, termasuk di Indonesia.
Kerjasama dengan syarikat India bertujuan memudahkan pasaran ke negara itu yang mempunyai jumlah penonton filem besar, berikutan penduduknya mencecah 1.1 bilion.
Wow..tahniah untuk Les' Copaque, ini kejayaan yang membanggakan sebagai anak Malaysia. Mari sokong produk Malaysia yang berdaya saing. Aku cakap je pandai, filem ni pun aku tak tengok pun lagi huhu :P
P/s: tak sabau nak tunggu filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU. Khabarnya sesuatu yang baru akan di tonjolkan
Kurang 2 minggu join Nuffnang, aku dah dapat RM 7.75 sen.. Hmm, not bad dude.. At least nampak la jugak hasilnya walaupun belum boleh claim lagi hahaha.. Boleh kira berbaloi la jugak almost hari2 mengadap pc mencerna idea untuk di jadikan artikel untuk tatapan blogger sekalian..
Tapi aku tak expect tinggi sangat la sebab aku bukan full time blogger.. Aku banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu di utamakan.. Blog ini untuk mengisi masa lapang aku sahaja.. Maybe nanti bila tanggungjawab aku dah setel Insyaallah aku boleh terus fokus untuk berkarya..
Korang tak nak share ke berapa korang dapat time awal awal join Nuffnang? Tak pun bagi la tips sket macam mana nak jadi blogger berjaya macam Hanis Zalikha..
Pasti anda pernah keluar dating bersama teman wanita anda kan. Berapa lamakah masa yang beliau ambil bersiap untuk keluar dating dengan anda? 2 jam? 3 jam? atau sehari suntuk?..
Adakah anda bosan dan bingung menunggu beliau bersiap? Tapi sayang punya pasal tunggu bulan jatuh ke riba pun anda sanggup kan.. Itu la namanya cintun itu buta..
Pernahkah anda terfikir apa yang membuat kaum hawa ni mengambil masa begitu lama untuk bersiap? Ini adalah kerana perempuan itu terlalu mementingkan kesempurnaan..
Lipstik dan bedak harus selari, tudung dan baju harus sama kaler kadang kadang yang dalam pun nak sama kaler jugak..MasyAllah..
Bagaimana pula kita kaum lelaki? Biasanya lelaki itu lebih simple dan sempoi asalkan sedap mata memandang dan selesa. Tidak perlu kepada aksesori tambahan, tidak perlu bersolek sangat dan tidak cerewet dalam pemilihan pakaian. Kalau ada lelaki yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan cerewet seperti perempuan pastinya “ada sesuatu yang tidak kena”.
Secara jelas memang kita nampak perbezaan ketara antara perempuan dan lelaki..Sebab itu Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi..Oleh itu kaum hawa janganlah memandang lelaki yang bersahaja itu dengan sebelah mata..
Monyet terbukti memiliki kemampuan mengira. Kesimpulan ini didapati setelah peneliti menguji monyet menentukan jumlah titik yang muncul pada sebuah layar. Mereka dapat menilai jumlah titik tersebut bertambah atau berkurang.
Hasil ujian terbaru yang dilakukan oleh para peneliti Jerman menyebutkan, monyet memiliki kemampuan dasar matematik.
Contohnya pada ketika mencari makan, kemampuan ini bermanfaat untuk memilih pohon yang memiliki lebih banyak buah.
Kemampuan berhitung sama pentingnya bagi monyet untuk mengetahui jumlah individu dalam kelompok mereka dan membandingkannya dengan kelompok lain yang menjadi pesaing atau lawan mereka. Dengan demikian, monyet mengetahui apakah mereka terancam oleh kelompok lain atau tidak.
Monyet terbukti memiliki kemampuan mengira. Kesimpulannya kalau monyet pandai mengira kenapa kita sebagai khalifah di muka bumi ini malas mengira..Tuhan memberikan segalanya buat kita. Kalau tidak di manfaatkan lebih mulia lagi monyet itu daripada kita!..
Kat sini aku nak berkongsi sedikit alasan yang patut korang berikan kepada sesiapa yang tanya anda kenapa tak kawen lagi..Secara jujurnya aku telah mempraktikan sebahagian daripada tip-tip ini dan terbukti berkesan..Sekarang giliran anda pula..
-"Duit lum cukup lagi". Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer..
- "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..
-"Susah la nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Pompuan sekarang ini da duit abangku sayang, takde pitis sayang pun abis!,
-"Tak datang seru lagi kot". Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.awek yang ada kebanyakanya sudah di tebok tupai.
-"Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
-"Jodoh tak sampai lagi kot". Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
-"Dia nie suka pasang ramai org sangat". Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
-"Nak carik yang solehah lah". Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
-"Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
Terbukti memang Facebook anti yang berbau Islam dan Jihad. Setelah banyak keluhan dari para penggunanya yang menjadikan Facebook sebagai washilah (sarana) untuk berdakwah, account keanggotaan mereka banyak yang di blok, dan user name mereka dihapus, sekarang Facebook perdana menteri dari gerakan Hamas Ismail Haniyah yang dicipta oleh para penyokongnya - telah ikut menjadi korban dengan dihapusnya seluruh member yang ada di Facebook Ismail Haniyah tersebut oleh pihak admin Facebook.
Semua halaman para peminat Ismail Haniyah telah dihapus dan pihak Facebook sama sekali tidak memberitahukan alasan penghapusan tersebut, kata admindari Facebook Ismail Haniyah.
Administator memberi peringatan bahawa langkah yang serupa akan terjadi terhadap Facebook yang dibuat oleh para penyokong pimpinan Hamas lainnya seperti pimpinan biro politik Hamas - Khalid Misyal yang memiliki member sebanyak 17.000 member. Sedangkan Facebook Ismail Haniyah memiliki lebih dari 10.000 member.
Para aktivis Islam telah meluncurkan sebuah kempennye untuk menyerukan kembalinya halaman member dari Facebook Ismail Haniyah dan menolak setiap tindakan sewenang-wenang yang dilakukan pihak Facebook terhadap setiap halaman member Facebook yang terkait dengan pimpinan perlawanan Palestin Hamas ini, kata sebuah laporan dari media Al-Hayat yang berbasis di London pada Ahad kemarin.
Pemerintah China mewujudkan sebuah laman web bagi membantu ribuan kakitangan awam yang sibuk bekerja untuk mencari jodoh.
Dengan tema warna merah jambu, laman www.ywqq.gov.cn itu diwujudkan sejak 2005 lalu mampu menarik lebih 5,000 kakitangan yang bujang dan tiada masa untuk mencari kekasih.
Laman web itu memberi jaminan semua maklumat telah disahkan oleh kesatuan sekerja di tempat mereka bekerja.
Ia menyatakan setiap ahli perlu berdaftar dengan pihak Kementerian Keselamatan Awam China bagi memastikan ketepatan maklumat diri.
Bayaran langgan itu ialah 100 yuan (RM50) setahun.
Laman web itu mendapat nama daripada burung murai yang merapatkan hubungan sepasang kekasih iaitu Niu Lang dan Zhi Nu.
Terdapat mesej di laman itu yang mendakwa ia merupakan platform yang boleh dipercayai bagi kakitangan pemerintah untuk mencari kekasih.
Apa pendapat anda mengenai langkah yang diperkenalkan oleh China ni? Wajarkah pemerintah kita juga turut melakukan perkara yang sama? Kalau lah ada pasti aku orang pertama yang mendaftar hahaha..
Konon khabarnya di suatu daerah di Afrika telah menerbitkan sijil masih perawan. Untuk memperolehi sijil tersebut diperlukan testing atau pemeriksaan atas sang gadis apakah benar masih perawan. Khabarnya banyak yang lulus. Kalau ini diterapkan di AS atau negara-negara Barat tentunya bunyak gadis remaja Barat yang sudah tidak perawan. Bagaimana dengan gadis remaja Malaysia, khususnya dikota-kota besar..Jeng..jeng..jeng..
Korang rasa la kan patut tak kat Malaysia ni ada sijil perawan macam kat Afrika tu.. Sekurang-kurangnya anak gadis kita pasti berwaspada sebelum melakukan sesuatu yang dilarang sebelum berkahwin..Tapi zaman sekarang ni ada jugak lelaki yang tidak mementingkan perawan atau tidak gadis itu..Tapi kalau program ini dilaksanakan di Malaysia, pasti menimbulkan isu yang hangat kerana ada anak gadis kita hilang perawan bukan kerana kehendak mereka contohnya di rogol atau akibat aktiviti lasak..
Kat atas ini anda boleh melihat foto-foto yang menggambarkan proses pemeriksaan terhadap gadis Afrika dan gadis-gadis yang berjaya memperoleh sijil masih perawan..
Mengapa ? Kenapa ? Mengapa aku terperangkap di dalam situasi yang menyesakkan nafas ini. Apakah dosaku sehingga aku terpaksa mengharung detik-detik yang begitu melemaskan dan menyiksa jiwa ini ? Bukan ini yang aku impikan selama ini. Bukan begini nasibku yang selalu kuidamkan. Walaupun kehadiranku di sini sememangnya atas kehendakku sendiri, namun aku tidak pernah terbayang segala kedukaan dan keresahan akan ku alami seperti ini. Salahkah aku dalam membuat keputusan untuk berada di sini?
Ditelan mati ayah, diluah mati ibu. Aku bangun secara tiba-tiba. Hatiku pasti kini. Aku sudah mendapat satu keputusan. Aku akan tetap dengan keputusannya ini. Biarlah, biarlah apa yang akan terjadi. Aku sudah bertekad…….
Masih ingatkah anda dengan gadis dari Jepun ini yang pernah menimbulkan suasana kecoh di Indonesia suatu ketika dahulu?? Kepada anda yang terlupa tentang gadis ini, biarlah aku menerangkan sedikit sebanyak kontroversi yang melanda beliau ..
Ada sebuah syarikat perfileman di Indonesia menawarkan watak utama kepada beliau dalam sebuah filem. Kalau tak salah tajuknya "Miyabi diculik" dan pengambaran akan di lakukan sekitar Indonesia. Ini menimbulkan kemarahan majoriti umat Islam Indonesia yang menentang kehadiran beliau di negara itu kerana bimbang akan membawa budaya yang tidak sihat kepada masyarakat umumnya kerana gadis ini adalah bintang pornografi yang cukup terkenal di Jepun
Di sini di sertakan sedikit info tentang beliau. Bukanlah maksudku untuk mempromosi beliau. Juz untuk info sahaja ok. Buang yang keruh ambil yang jernih ok..
1. Maria Ozawa tinggal di hotel seperti mansion ( apartment kelas atas ) dengan biaya sewa
$1682 USD per – bulan ( 200.000 Yen).
2. Maria Ozawa dapat melihat bunga apa dari balkoninya.
3. Maria Ozawa dalam aksi hardcorenya , air matanya asli dan bukan pura-pura atau berlakon.
4. Maria Ozawa membawa 20 DVD video yang dibintanginya dan menunjukkan kepada kedua
ibu-bapanya dan mereka menghalau Maria Ozawa serta merta serta mengata pergilah ke
neraka ataupun dalam bahasa inggeris “Go To Hell”.
5. Maria Ozawa lebih suka lelaki jepun berbading mat saleh
6. Maria Ozawa pandai memasak dan membuat masakan ala Maria Ozawa sendiri.
7. Maria Ozawa berketurunan kanada dan jepun(Ayahnya pula Peranciks-Kanada)
9. Maria Ozawa berumur 24 tahun pada tahun 2010.
10. Maria Ozawa memperoleh gaji sekitar 8000 USD sebulan.
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apesal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!"
Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian kau... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apesal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah!In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku.
So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..
Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku.
Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,
mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku
tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh.
Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata
Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.
Dipercayai kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.
Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.
Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.
Dipercayai bahawa penyerangnya menggunakan minyak diesel untuk membakar tirai itu.
Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu ketika menaiki sebuah kereta yang lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut biarlah pihak polis menyiasatnya.
Marilah kita bersama-sama menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat.
Ehsan: Malaysiakini
Akibat cinta terhalang, seorang remaja perempuan nekad terjun dari rumahnya di Tingkat 14, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, J Janaki, 14, terjun melalui balkoni belakang rumah selepas bertengkar dengan keluarganya.
Dia yang patah kedua-dua kaki dan cedera di kepala, ditemui mati di tingkat bawah rumah pangsa itu.
Perselisihan faham berlaku empat hari lalu selepas keluarganya mengetahui dia bercinta dengan seorang pemuda yang berusia 16 tahun.
Dia yang tidak bersekolah sering berjumpa dengan pemuda itu sebelum diketahui keluarganya yang tidak menyukai perhubungan mereka.
Bapanya yang berang, mengurung anaknya itu dalam rumah sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, mereka masih berhubungan menggunakan telefon yang diberikan teman lelakinya.
Pada hari kejadian, bapanya menjumpai telefon bimbit itu dan mendapati ada khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur luahan cinta daripada kekasih anaknya itu.
Ketika bapanya cuba mendapatkan kepastian, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.
Selepas itu bapanya terdengar bunyi kuat seperti barang jatuh sebelum mendapati anaknya berlumuran darah terbaring di bawah rumah pangsa itu.
Iskh..iskh..iskh..adakah ini petanda kiamat sudah dekat? Umur baru 14 dah pandai bercintun..memang hebat..Tapi perlu ker sampai terjun bangunan?
Tapi sekurang-kurangnya ada juga yang meminati kamu kalau di bandingkan dengan aku kui..kui..kui..