Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Ambil Tiket Free Filem Magika di KRU Studios, Cyberjaya



Masih ingat entri menang tiket wayang menonton filem Magika ?. Cuma nak bagitahu saya dah amibil tiket yang saya menangi itu di pejabat KRU Studios di Cyberjaya pada 22 September 2010 lalu.


Walaupun perjalanan agak lama sehingga memakan masa hampir 45 minit dari Gombak ke Cyberjaya namun bagaikan tak terasa kerana kegembiraan mengatasi segala rasa ketika itu.


Ini adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan :-



Ini adalah pejabat KRU Studios di Putrajaya. Warna oren adalah warna korporat KRU Studios.



Biasalah nak masuk ofis orang bukan boleh terjah je. Kena dapatkan pas pelawat dulu.



Ini pula ialah meja penyambut tetamu tetapi penyambut tetamunya ke toilet la pulak.



Yang ini pula tugu KRU Studios. Dari jauh memang boleh nampak.


Saya di bawa berjumpa dengan Encik Khairul iaitu orang yang bertanggungjawab menguruskan peraduan untuk filem Magika bagi proses penyampaian hadiah kepada pemenang..  




Ini adalah tiket yang saya menang. Terdapat juga senarai nama pawagam yang menayangkan filem ini termasuk di Brunei Darussalam. Di samping itu, saya juga menerima 2 keping poster filem ini sebagai hadiah sampingan. 


Tiket ini sah dari 1 Oktober 2010 sehingga filem ini tamat tayangannya di pawagam. Sehingga kini  saya masih belum memutuskan mahu bawa siapa menonton filem ini bersama di pawagam. Kalau ajak si A apa kata si B, kalau bawa si B, si A pasti kecewa...


Adios~~~ 

Berbelanja Besar Untuk Kelihatan Cantik ?



Menurut 1 laporan, rakyat negara berbelanja sekitar AS$1.1 bilion (kira-kira RM3.42 bilion) pada tahun ini bagi membeli produk kosmetik dan kecantikan.


Jualan runcit industri kosmetik dan kecantikan pada tahun ini diramal meningkat lebih tinggi berbanding AS$850 juta (RM2.64 bilion) yang dicatat empat tahun lalu.


Berdasarkan perkembangan ini, ia menunjukkan orang Malaysia tidak kedekut untuk berbelanja demi kecantikan.




Kebanyakan pelanggan pula terdiri daripada remaja belasan tahun sehingga wanita berusia bersedia untuk mengeluarkan belanja bagi menjaga dan menghias tubuh badan mereka.


Menurut  seorang pakar solekan  rakyat Malaysia semakin mengambil berat tentang fesyen, solekan dan gaya rambut walaupun masih ketinggalan berbanding negara-negara Asia lain yang lebih "berani" bergaya seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong.


Kecantikan luaran itu penting untuk keyakinan diri tetapi secara peribadi kecantikan 'dalaman' juga harus di utamakan kerana jika hati kita bersih, keserian itu akan terpancar di raut wajah kita...


Adios~~~~ 

5 Jenis Wanita Yang Di Takuti Lelaki



Sebuah survey yang dilakukan di Itali telah merumuskan beberapa jenis wanita yang di takuti oleh lelaki.  Kesemua lelaki yang megambil bahagian dalam survey ini di beri soalan tentang jenis wanita yang akan dijadikan pasangan hidup mereka.
 

Jom kita terjah jenis-jenis wanita yang lelaki takut dekati melalui survey ini :-


1. Ibu tunggal


  • Sikap lelaki yang kaki joli menyebabkan mereka tak boleh menerima wanita yang telah memiliki anak. Tanggung jawab untuk mengurus anak yang bukan dari titik peluhnya membuatkan lelaki berpikir 2 3 kali untuk mendekati ibu tunggal.



2. Wanita boros


  • Sifat wanita yang gemar berbelanja tanpa henti membuat lelaki ngeri Ini menyebabkan kebanyakan lelaki memilih untuk mendekati wanita yang lebih sederhana dan bertimbang rasa dalam berbelanja.


3. Wanita yang memiliki banyak sahabat


  • Apabila wanita itu mempunyai ramai sahabat, membuatkan lelaki tidak berasa selesa kerana bimbang wanita itu akan mendengar pendapat sahabatnya berbanding dirinya sendiri. 


4.  Wanita yang terlalu obses terhadap perkahwinan


  • Jika di hari pertama anda dating sudah berbicara tentang perkahwinan, hampir dapat dipastikan tak akan ada lagi dating-dating berikutnya. Hal ini bukan bererti lelaki takut berkomitmen, namun dia masih belum bersedia  untuk membicarakan hal yang serius di awal perkenalan.


5.  Wanita yang egois


  • 98% dari responden mengaku tak mahu menjadi pasangan wanita yang bersifat egois serta mementingkan diri sendiri. Wanita jenis ini biasanya di minta di layan dalam hal semua perkara. Memang leceh kan.

Adios~~~~

Dew Bank Bottle: Botol Yang Menghasilkan Air Dari Udara



Kini anda tidak perlu khuatir apabila terperangkap di padang pasir kerana terdapat terdapat sebuah alat yang mampu menghasilkan air untuk anda.


Dew Bank Bottle ini adalah sebuah botol minuman yang boleh menghasilkan air bersih dari udara atau embun pagi.


Dew Bank Bottle diperbuat dari bahan stainless steel yang akan  merangsang  penghasilkan air karana sifatnya yang cepat dingin serta permukaannya yang bergelombang juga menjadikan alat ini boleh mengumpulkan air lebih banyak.



Jom kita terjah bagaimana botol minuman ini mampu menghasilkan air untuk anda :-




Semua air yang terkumpul akan masuk ke paip kecil melalui celah yang ada dan setelah itu setiap orang dapat meminumnya dengan mudah.


Memang berguna alat ini. Tidak hairanlah apabila alat ini memenangi anugerah utama Idea Design Awards 2010..


Adios~~~~

Ayat - Ayat Mengorat Masa Kini



Orang zaman dulu mengorat berbeza dari segi teknik yang digunapakai generasi sekarang. Mereka lebih romantis kerana menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.


Antara ayat yang digunakan ialah “Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” Kalau ayat ini digunakan zaman ini, wanita akan terperanjat kerana anda terlalu jiwang.


So ayat mengorat bagaimana yang disenangi wanita zaman ini? Adakah mereka gemarkan yang berlapik atau yang berterus terang? Manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.


Mungkin ayat-ayat mengorat di bawah ini efektif kepada wanita zaman ini :-


1. Ayat Mengorat Berlapik




Lelaki yang menggunakan ayat berlapik adalah seorang pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Contoh ayatnya seperti :-

  • “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

  • “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

  • “Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”.  Seterusnya terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu.

  • “Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Sebenarnya ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


2. Ayat Mengorat Terus Terang



Hanya lelaki yang berkeyakinan tinggi sahaja mampu berterus terang. Antara ayat yang biasa di gunakan ialah :-

  • “Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikat dan membuatnya tersenyum.

  • “Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan kamikaze ini.

  • “I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita.  Lebih direct, lebih power.


Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan..


Selamat Mengorat...


Adios~~~~

Potong Gaji Bayar Balik PTPTN Di Jangka Pada 2013


Menurut laporan Bernama, bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.


Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 baru-baru ini adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.


Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, akan dibentangkan pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya.




Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.


Bagi saya, antara sebab mengapa peminjam tidak menjelaskan pinjaman adalah medium pembayaran secara online itu tidak mesra pengguna dengan tidak menggunakan cara "login" yang mudah serta pembayaran memerlukan lebih daripada 10 klik. Memang leceh kan.


Mungkin cadangan di bawah ini dapat membantu memudahkan pembayaran balik PTPTN :-

  • Permudahkan pembayaran melalui lamanweb PTPTN - kurangkan sehingga 5 klik bagi setiap pembayaran.

  • Permudahkan pembayaran melalui perbankan elektronik - pendaftaran akaun pembayaran peminjam PTPTN dengan mudah

  • Perkhidmatan pembayaran berterusan - pinjaman boleh dibayar pada bila-bila masa secara online.

  • Laman khas untuk bayaran - satu laman baru untuk bayaran pinjaman (cth: www.bayarptptn.gov.my).

  •  Pemotongan secara rela - beri pilihan untuk peminjam untuk membuat pemotongan dan galakan daripada majikan.

Adios~~~

Hotel-Hotel Aneh Dan Unik Di Dunia



Kita biasa menginap di hotel apabila kita berada jauh dari rumah. Tak kiralah hotel 1 bintang ke 5 bintang ke yang penting kita dapat berehat dan tidur dengan tenang.


Kebanyakan hotel pula menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama. Tiada perbezaan yang ketara. Kita pula tak mengharapkan sesuatu yang berbeza kerana tujuan asal adalah untuk berehat sahaja.


Namun begitu ada hotel yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Jom kita terjah kelainan yang di bawa.


1. Hotel Kapsul




  • The Capsule Inn Hotel ini terletak di Akihabara Jepun.

    • Berukuran 1 x 2 meter mirip tempat penyimpanan mayat di kamar mayat namun  lengkap dengan  katil, TV, radio juga Wireless LAN (Wifi).

      • Harganya sekitar 3.700 Yen semalaman.


      2. Hotel Vampire




      • Hotel Propeller Island City Lodge di Berlin ini hotel yang aneh dan agak menyeramkan.

      • Kita boleh tidur dalam peti mayat yang biasa di isi oleh drakula. 

        • Kamar- kamar yang ada sangat unik mungkin sesuai bagi anda yang punya hobi mendekati  alam mistik.


        3. Hotel Bawah Laut


         


        • Di bawah laut Poseidon Resort Fiji dibangunkankan sebuah resort bawah laut yang terdiri dari villa mewah dan kamar suite.

        • Anda boleh melihat secara luas pemandangan laut dari bilik

        • Kita akan dapat melihat banyak spesias bawah laut baik terumbu karang yang sangat indah mahupun ribuan ikan meliuk-liuk di dasar laut. 


        4.Hotel Pembentung


         


        • Dasparkhotel ini ialah sebuah hotel di Austria yang diperbuat dibuat dari pembentung yang biasa digunakan untuk saluran air. 

        • Ruang dalamannya direka dan ditambah dengan almari, pencahayaan yang baik dan selimut. 

        • Harga untuk hotel ini sangat fleksibel. Sekarang ini mereka sedang menyiapkan toilet, shower serta minibar di ruangan tempat melayan tetamu.


        5. Hotel Ais


         


        • Hotel di Sweden ini diperbuat dari beberapa blok ais besar dan hampir mirip dengan konsep rumah eskimo. 

        • Suhunya pun sungguh dingin sekali. Air-cond memang tidak di sediakan. 

        • Setiap bilik tidur disediakan dengan pemanas atau sistem thermal  yang diperbuat dari kulit rusa kutub bagi menghangatkan ruang bilik.   


        Adios~~~




        Pada Hari Raya pertama dan Hari Raya kedua trafik ke blog AkU dAn SeSuAtU ini telah mengalami penurunan yang amat ketara iaitu sekitar 90 unique visitors sahaja berbanding purata 150 unique visitors pada hari biasa. 


        Ini adalah kerana ramai yang keluar berhari raya pada hari tersebut sehingga trafik ke blog ini terjejas. Banyak blog juga mengalami fenomena yang sama apabila trafik menurun secara mendadak.


        Masuk Hari Raya ketiga dan keempat, trafik naik secara mendadak apabila kes pembunuhan Datuk Sosilawati di siarkan di blog ini. Trafik memcecah sehingga 575 unique visitors iaitu rekod tertinggi blog ini.




        Ramai yang ingin mengetahui tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati bersama 3 yang lain ini. Majoriti rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka ini. Blog ini menerima kesannya secara tidak langsung.


        Apa yang yang dilaporkan mengenai kes pembunuhan mereka di blog ini adalah berdasarkan laporan yang di siarkan di media massa. Tiada tokok tambah di sini.


        Kepada pihak-pihak tertentu terutamanya bloggers janganlah membuat andaian sendiri. Polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kes ini. Buruk padahnya jika anda mahu mencipta 'populariti' dengan membuat andaian anda sendiri di ruang maya ini...


        Adios~~~~ 

        Menang Tiket Menonton Filem Magika !



        Rezeki bulan Syawal mencurah-curah. Bukan sahaja menerima banyak jemputan rumah terbuka tetapi juga saya di umumkan antara 5 pemenang peraduan "MENANGI 2 TIKET MENONTON MAGIKA" yang dianjurkan oleh KRU Studios. 


        Memang tak jangka dengan kemenangan ini. Sejak dari dulu lagi tak pernah menang sebarang peraduan yang  saya sertai. Hampir dah nak mandi bunga dah.


        Ini adalah emel yang saya terima dari pihak KRU Studio :-




        Peraduan ini diwar-warkan di  fan club KRU Studios dan Magika di Facebook. Pemenang juga diumumkan dia fan club di Facebook. Untuk rekod filem ini akan masuk pawagam bermula 23 September 2010 ini. 


        Pemenang di minta hadir ke pejabat KRU Studios di Cyberjaya untuk memuntut hadiah yang di menangi. Menurut seorang kakitangan KRU Studios, tiket ini sah di mana-mana pawagam sehingga 30 September 2010.


             

        Kepada yang tidak bernasib baik tu, cuba lagi untuk peraduan yang seterusnya. Mungin untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa peraduan yang sama akan di anjurkan oleh KRU Studios. Mungkin nasib akan memihak kepada anda selepas ini.   


        P/S :- Bila dah dapat 2 keping tiket ini bermakna boleh pergi menonton berdua. Tetapi siapakah harusku bawa ya? Kalau bawa si A, apa kata si B di sana nanti. Kalau bawa si B, si A pasti kecewa... 


        Adios~~~

        Wajib bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji Mulai Jun 2011


        Menurut laporan Bernama, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun 2011.


        Mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


        Pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997. Cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.


        Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.


        Bukan semua peminjam liat membayar hutang PTPTN cuma kadar bunga yang masih tinggi melemahkan hasrat peminjam untuk membayar balik. Yang peliknya kadar faedah 1% yang di war-warkan sebelum ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya.. Kenapa ya?   



        Adios~~~~



        Eco Urinal adalah sebuah hasil kreatif menggabungkan urinal dan sinki pada bahagian atasnya. Ini bermakna setelah buang air kecil, anda tidak perlu lagi pergi jauh mencari sinki untuk mencuci tangan.


        Kenapa produk ini dinamakan Eco Urinal? Ini adalah kerana ketika anda menggunakan sinki untuk mencuci tangan, secara automatiknya bekas air cuci tangan anda akan digunakan sebagai air untuk menyiram air buangan anda .




        Ini bermakna anda dapat menjimatkan penggunaan air. Bila penggunaan air kurang maka jumlah bil air anda berkurangan.  Maka anda akan dapat melakukan penjimatan perbelanjaan. 


        Produk ini masih baru lagi. Belum di komersilkan sepenuhnya lagi. Apabila produk ini sudah berada di pasaran pastinya akan menjadi pilihan utama pemilik kediaman yang mengutamakan penjimatan kos dan ruang..


        Adios~~~~

        Kesan Gigitan Ular Berbisa !



        Serangan ular terhadap manusia kebiasaanya dilakukan hanyalah untuk tujuan pertahanan dengan menyuntikkan bisa secukupnya untuk mendatangkan kemudaratan. Tetapi perlu diingat, bahawa bisa ular membahayakan nyawa sesiapa sahaja.


        Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan. Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin.


        Jom kita terjah kesan terhadap mangsa jika rawatan tidak diberikan dengan kadar segera :- 








        Menurut pakar, cara lama seperti menoreh sedikit di bahagian gigitan dan menyedut dengan mulut boleh menyebabkan keadaan mangsa bertambah teruk.


        Sekiranya anda digigit ular berbisa,  dapatkan kemudahan perubatan dengan segera. Rawatan suntikan penyahan racun (antivenin) adalah rawatan terbaik sekali.


        Adios~~~~

        Nak Beraya Atau Nak Duit Raya ?



        Hari Raya Aidilfitri di sambut sebulan maka ramai umat Islam menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri kali ini termasuklah tokoh politik dan ahli perniagaan. 


        Namun yang hairannya walaupun tuan rumah tidak menganjurkan 'open house' ada juga tetamu yang datang ke rumah. Tak kisahlah, nama pun hari raya, memang hari untuk ziarah menziarahi. 


        Golongan yang 'rajin' beraya ke rumah orang ialah kanak-kanak dengan harapan dapat mengutip duit raya walaupun tidak mengenali tuan rumah. 


         

        Mereka ini tidak segan silu beraya ke rumah orang. Biasanya kumpulan ini akan di anggotai 3 - 10 orang. Matlamat mereka hanyalah duit raya semata-mata bukannya nak beraya sangat. 


        Bagi tuan rumah yang sudah mengetahui modus operandi mereka, tuan rumah akan tanya terus "mau duit raya atau nak beraya ?". Kalau mereka senyum-senyum sengih-sengih tu maksudnya nak duit raya lah tu. 


        Sepatutnya kanak-kanak ini tidak harus menjadikan duit raya itu matlamat. Tujuan beraya adalah untuk zirah menziarahi. Kalau tuan rumah beri duit raya itu namaya 'hadiah'. Kalau tuan rumah tak beri janganlah bermasam muka....


        Adios~~~~ 

        Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kuala Lumpur



        Setiap kali tibanya perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Kuala Lumpur pasti akan lengang dan sunyi. Ini jelas ketara apabila tidak banyak kenderaan di atas jalanraya. 


        Ini adalah kerana ramai warga kota pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Memang tak lengkap Hari Raya jika tidak pulang ke kampung kan.


        Apa-apa pun jom kita tinjau suasana Hari Raya di Kuala Lumpur :-














        Apabila ramai yang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir warga kota yang tidak pulang ke kampung mengambil kesempatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur bagi merasai pengalaman bebas dari kesesakan lalu lintas.


        Tumpuan warga asing pula pastinya pusat pelancongan sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC dan Zoo Negara. Di sini tempat tumpuan mereka berkumpul beramai-ramai bagi menghilangkan kerinduan kepada keluarga yang jauh di mata.


        Kepada yang tidak pulang ke kampung janganlah mengambil kesempatan menceroboh dan merompak rumah yang tidak berpenghuni kerana pihak polis berjanji akan meningkatkan kawalan sekitar kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri ini...


        Adios~~~~

        Related Posts with Thumbnails

          ShoutMix chat widget