Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-3 TAIWAN (CHINESE TAIPEI) AGGREGATE 4-4. MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN KEDUA ATAS KELEBIHAN GOL TEMPAT LAWAN


Wisel penamat ditiupkan pengadil biarpun kalah 3-2 tetapi aggregat seri 4-4 sekaligus Malaysia layak kepusingan kedua atas kelebihan gol tempat lawan. Tahniah skuad Harimau Malaya. Malaysia akan menentang Singapura pada pusingan kedua nanti.

Sepakan near post NorShahrul Idlan gagal menembusi gol. Apa-apapun nice try Norshahrul. Pemain Taiwan terus mengasak. 

4 minit masa tambahan diberikan. Harap pemain Malaysia terus bertahan. Elakkan dari melakukan kesilapan yang akan memberikan ruang kepada pemain Taiwan.


Larian Fakri Sharani disekat pemain Taiwan namun tidak diberikan penalti kepada Malaysia. Nampaknya pengadil Vietnam ini berat sebelah !

Tandukan dari Chanturu tersasar minit ke 85 hasil hantaran dari kanan padang oleh NorShahrul Idlan Talaha.1 lagi percubaan dari Taiwan tapi tersasar.

Xavier Chen sekali lagi mengancam kubu Malaysia minit ke 80 menerusi tandukan. Mujur berjaya disambut oleh Sharbinee Alawee. Kedudukan aggregat Malaysia 4-4 Taiwan. Jika kedudukan kekal, Malaysia layak ke pusingan kedua atas kelebihan gol tempat lawan.

Sharbinee Alaween dihadiahkan kad kuning kerana dilihat mengasari pemain Taiwan. Sekali lagi penalti di berikan. Toggak Taiwan, Xavier Chen berjaya menyempurnakan penalti minit ke 74. Taiwan mendahului 3-2


Permainan semakin menarik dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan sekarang ini. Amirulhadi dikeluarkan dan K Chanturu dibawa masuk minit ke 65

Fadhli Shas menarik baju pemain Taiwan lalu pengadil menghadiahkan sepakan penalti kedua buat Taiwan. Sharbinee Alawee dapat menangkap sepakan penalti Chang Po Liang. Taiwan terlepas peluang mendahului permainan. 

Malaysia hampir mejaringkan gol ke 3 ketika kelam kabut berlaku di pintu gol Taiwan namum gagal disempurnakan pemain Malaysia minit ke 58.

Sepakan Amar Rohidan melencong sedikit sahaja dari kotak penalti Taiwan minit ke 45. Nice try Amar !. Wisel ditiupkan ini bermakan separuh masa pertama tamat.

Nampaknya Taiwan memperoleh sepakan penalti kerana Mahali Jasuli mengasari pemain lawan. Taiwan berjaya berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti menerusi Chang Han. Nampaknya permainan semakin mendebarkan.

Malaysia sekali lagi mendahului 2-1 kali ini menerusi Safiq Rahim minit ke 39 hasil sepakan percuma yang menuju ke penjuru gawang Taiwan. Memang cantik gol ini. Malaysia mendahului aggregat 4-2.


Taiwan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Chang Hang minit ke 30 ketika kelam kabut didalam kotak penalti Malaysia. Kedudukan aggregat 3-2.

Malaysia terlepas peluang melebarkan jaringan apabila rembatan Nor Shahrul Idlan Talaha tersasar tinggi ketika beliau tidak di kawal dalam kotak penalti. 

Nampaknya permainan seimbang kedua-dua pasukan namun dapat di lihat kesungguhan Taiwan untuk menyamakan kedudukan.

Malaysia mendahului 1-0 menerusi Aidil Zafuan menerusi sepakan percuma dari jarak jauh pada minit ke 7.  Memang cantik jaringan ini. Malaysia mendahului dengan aggregat 3-1.

Perlawanan sudah dimulakan. Malaysia tampil dengan jersi kuning hitam manakala Taiwan dengan jersi serba biru..

Nampaknya Norshahrul Idlah Talaha bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya di bahagian serangan manakala Sharbinee Alawee sebagai penjaga gol Malaysia. Stadium nampak penuh penonton Taiwan..

Berita selanjutnya akan menyusul...


PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai peminat bolasepak tertunggu-tunggu keputusan @ result perlawanan Malaysia VS Taiwan (Chinese Taipei) Live 2nd Leg Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 pada 3 Julai 2011 ini. 

Dalam perlawanan 1st leg yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia menang 2-1 ke atas Taiwan namun ramai pemerhati bolasepak menjangkakan keputusan itu tidak memadai. 

Atas sebab itu Datuk K Rajagopal bakal mengambil risiko menurunkan gandingan Ahmad Fakhri Saarani dan Abdul Hadi Yahya sambil mengharapkan Norshahrul Idlan Talaha sempat pulih menjelang pertemuan itu nanti.


Malaysia perlu memperkemaskan barisan pertahanan jika mahu menang. Pemain yang harus di beri tumpuan ialah Xavier Chen yang berpangkalan di Eropah yang mampu mengucarkacirkan pertahanan negara. 

Jika Malaysia menang dalam perlawanan ini, skuad Harimau Malaya akan bertemu Singapura di pusingan kedua. Pasti menarik pertembungan jiran tetangga ini nanti.

Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Taiwan (Chinese Taiwan) live 2nd leg pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 pada 3 Julai 2011 ini secara langsung (live) di Astro Arena saluran 801 dan TV2 jam 7 petang. 

Keputusan @ result perlawanan Malaysia VS Taiwan (Chinese Taipei) ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan ini tamat.. Tunggu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

janji malaysia layak ke pusingan seterusnya

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget