Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Tak sangka Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad selepas ditolak Mahkamah Tinggi mengalamai tekanan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.


Menurut Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik. Sampai begitu sekali !


Walaupun ramai yang mengutuk beliau, tetapi ia tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya untuk menukar nama kerana mengalami kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.




Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana.


Jalan yang terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina. 


Memanglah menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya di kategorikan sebagai haram namun tidak mustahil Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana boleh bertaubat jika mendapat bimbingan yang betul..


Pintu taubat belum lagi tertutup. Sama-samalah kita berdoa agar Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ini di buka pintu hatinya untuk bertaubat dan menerima ketetapan hakikat kejadian Allah itu tidak boleh diubah.



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
9 Comments

9 comments:

amal said...

hmm.. rasa macam ada nak komen tapi tak tau nak komen macamana ehehe.. bg sy kes macam ni terlalu berat di sisi agama. Agama Islam pulak tu. memang patut masyarakat memandang hina. Tapi dari segi kemanusiaan kesian jugak dekat dia. Siapalah kita nak menghukum. Biar Allah je yang tentukan. Semoga terbuka hati dia untuk kembali ke jalan yang benar satu hari nanti. Insyaallah...

ejaMaria said...

saya masih tertanya-tanya... dia ni mmg lelaki tulen yg tukar jantina kpd perempuan... atau khunsa?

klu asal dia lelaki tulen... sy lebih sokong tindakan mahkamah... sbb klu mahkamah luluskan permohonan dia... akan dtg nnt ada 100 org lagi lelaki yg akan dtg ke mahkamah utk permohonan yg sama...

abu idris said...

arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

d_tieah said...

Perghhhhhhhh.. Memang cun!!! Kalau aku lelaki pun aku keliru dengan dia ni.. Sebab orang kata dia punya suara tak garau.. Walawehhhhhhh..

Anonymous said...

cepat la taubat...kpd D_TIEAH ko dengan lelaki pon geram ke??bangsat nye manusia

Anonymous said...

ya la....kenapa tak jelaskan sama ada dia ni asalnya khunsa atau lelaki tulen.....kalau khunsa dan mempunyai lebih hormon wanita eloklah diberi peluang tapi kalau lelaki tulen saya sokong mahkamah kerana jika diberi kebenaran maka lebih ramai yang akan mohon tukar jantina....masyaAllah.....

Termizi said...

Memang hormon wanitanya lebih banyak dari hormon lelaki. Tapi, dia tidaklah benar-benar khunsa kerana tiada alat kemaluan wanita pada bahagian badannya. Cumanya, alat kelamin lelaki yang ada juga dikatakan tidak berfungsi dengan baik. Dikatakan agak kecil dan tidak mengeras. Malangnya, keterangan yang dibawa ke mahkamah tidak mencukupi kerana doktor pakar tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Hanya ditunjukkan kepada mahkamah keputusan ujian hormon dan pengesahan pembedahan jantina sebagai documentary evidence. Perlu juga rasanya dipanggil mufti untuk memberi keterangan sebagai expert witnesses, barulah kes ini benar-benar matang dan boleh dijadikan judicial precedent.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

x stuju ngn komen termizi... die sblum ni seorg lelaki... sy penah rapat ngn ashraf ms study dlu... die bukan khunsa n die lelaki yg normal... cume die lembut...

Termizi said...

Ok, baguslah ada yg memang mengenali rapat dgn dia. Maknanya memang dia dulu tak de masalah dgn alat kelamin lelaki. Kenyataan aku dulu tu berdasarkan apa yg aku faham dari statement mak ayah dia. Aku tak kata pun dia tu khunsa. Mmg sah dia bukan khunsa.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget