Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Perodua UK telah pun memperkenalkan Myvi Jet dan Myvi Sport Silver edisi terhad untuk pasaran UK.


Kalau di Malaysia Myvi dah masuk generasi kedua yang sudah mula dijual pada 16 June 2011 namun Myvi di UK masih mengekalkan model generasi pertama.  


Masih tidak dapat di pastikan lagi kenapa Perodua UK menggunakan Perodua Myvi generasi pertama untuk capture pasaran di UK. 




Jom kita terjah spesifikasi Perodua Myvi Jet edisi terhad UK yang berharga dari £7,499* ini:- 

  • Pemegang pintu krom
  • Side moulding dengan kemasan besi tahan karat  
  • Remote central locking 
  • Rim aloi 14 inci 10 bilah
  • Di datangkan dengan warna ebony black 
  • Pilihan transmisi manual dan automatik




Ini pula spesifikasi Perodua Myvi Sport Silver edisi terhad UK yang dijual dengan harga  £7,999 ini :-

  • Side mouldings berpadanan dengan warna
  • Pemegang pintu krom 
  • Kemasan interior dengan sentuhan serat karbon 
  • Rim aloi titanium 15 inci 10 bilah
  • Di datangkan dengan warna glittering silver 
  • Boleh didapati bersama transmisi manual dan automatik  


Kedua-dua model edisi terhad itu dilengkapi spesifikasi standard sma seperti Myvi sedia ada termasuk penyaman udara, stereng kuasa, cermin berkuasa elektrik di keempat-empat pintu, cermin sisi elektrik dan pemain CD/ radio berintegrasi.


Kedua-dua model ini dijual dengan harga murah jika di bandingkan dengan harga kereta luar lain di UK. Purata harga kereta di UK dijual ialah £ 27 000. Mungkin strategi Perodua UK untuk mensasarkan jualan kepada golongan berpendapatan rendah di UK. 


Bila dijual dengan harga murah pasti ramai yang nak beli. Perodua pula hanya keluarkan dalam jumlah yang terhad. Ini pasti akan mewujudkan permintaan yang tinggi untuk model ini. Bijak juga Perodua menyusun strategi supaya sentiasa ada permintaan untuk Myvi di UK.... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Nazz@Purple said...

baguskan..

Noriz said...

bangga kan ada satu lgi brg mlsia menjalar di jalan UK nanti...

saya_arief said...

smart gak.
;D

amirah said...

ee..yg silver tu lawo

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget