Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-1 SINGAPURA (AGG 4-6)
MALAYSIA GAGAL LAYAK KE PUSINGAN KETIGA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014


95" Tamat perlawanan. Malaysia GAGAL mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. 

93" Ahmad Fakri Sharani dilayangkan kad merah. Semuanya nampak kian sukar buat Malaysia. 

89" Khairul Fahmi berdepan 1 by 1 dengan Qiu Li namun berjaya ditepis Khairul Fahmi. % minit masa tambahan. Nak cari 2 gol dalam 5 minit nampak sukar. 

80" Nampaknya Amirul Hadi bermain sebagai second striker manakala Fakri Sharani sebagai right winger 

72" Shia Jiayi menjaringkan GOL pertama untuk Singapura hasil tandukan Alasander Duric gara-gara pertahanan Malaysia yang leka.  malaysia perlu 2 gol lagi jika mahu layak ke pusingan ketiga !

69" Pertukaran terakhir Malaysia. Fakri Sharani di bawa masuk. Abdul Hadi Yahya di bawa keluar. Hadi nampak kurang menyerlah dalam perlawanan ini. 

62" Ismail Faruqi dibawa keluar akibat kecederaan. K. Gurusamy di bawa masuk. 



"57 GOL pertama Malaysia hadir jua hadirnya apabila Safee Sali memecah kebuntuan hasil hantaran Gunalan. Ayuh teruskan serangan ke arah pintu gol Singapura !

46" Tangkapan kemas Khairul Fahmi sekali lagi mematahkan counter attack Singapura.

45" Tamat separuh masa pertama. Keputusan Malaysia VS Singapura masih  0-0. Bahagian tengah Malaysia nampak goyah tanpa Safiq Rahim. Sesuatu perlu dilakukan second half nanti.

Sementara tunggu separuh masa kedua bermula jom kita tengok persembahan Eason Chan yang menarik ini dulu.
38" Percubaan Singapura menerusi sepakan percuma berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi. Terima kasih Apek !

32" Perlawanan terhenti seketika kerana penjaga gol Singapura di dakwa menjadi mangsa pancaran laser


26" Percubaan lemah Amirulhadi Zainal dari luar kotak penalti

22. Aidil Zafuan dikeluarkan akibat kecederaan dan Muslim Ahmad dimasukkan. Nampaknya Malaysia kehilangan tonggak utama pertahanan. Harap-harap tak bolos lah. 

14" Sekali lagi Khairul Fahmi diuji kali ini Alexander Duric yang melepasi perangkap offside. Cukup memdebarkan menyaksikan Khairul Fahmi menyelamatkaan keadaan.

10" Percubaan Qiu Li yang melepasi perangkap offside Malaysia dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat. Pertahanan Malaysia agak leka ketika ini.

4" Percubaan pertama tepat Kunalan namun ditepis keluar oleh penjaga gol Singapura.

1"Perlawanan sudah pun bermula. Malaysia tampil dengan jersi biru putih manakala Singapura pula serba merah. Khairul Fahmi, Amirulhadi, Ismail Faruqi, Aidil Zafuan dan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.



PREVIOUS ENTRY


Di harapkan keputusan Malaysia VS Singapura live perlawanan kedua (2nd leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini akan berpihak kepada Harimau Malaya meskipun ketinggalan secara aggregat 3-5 kepada Singapura. 


Rakyat Malaysia pastinya berharap barisan pertahanan negara yang di ketuai Aidil Zafuan akan mempertahankan kubu negara dari dibolosi sebarang gol. Kehadiran 'tangan emas' Khairul Fahmi Che Mat juga ditagih bagi mengantikan Sharbinee Allawee yang telah melepaskan 5 gol mudah. 


Walaupun perlawanan Malaysia VS Singapura ini tanpa kelibat Safiq Rahim yang dikenakan kad merah, Malaysia masih ada pemain yang mampu mengalas tugas sebagai playmaker seperti Baddrol Bakhtiar, K Gurusamy dan Ismail Faruqi.

Keputusan Malaysia VS Singapura untuk perlawanan malam ini mestilah sekurang-kurangnya kelebihan 2 gol untuk Malaysia melayakkan melayakkan diri ke pusingan ketiga. Harap-harap penyerang negara mampu menjaringkan gol yang kita perlukan. 




Menurut sumber, tiket perlawanan  ini telah pun habis dijual iaitu sebanyak 85 000 keping tiket dalam masa 2 hari. Memang cepat betul laku. Macam goreng pisang panas ! Nampaknya rakyat Malaysia dah kembali menaruh kepercayaan kepada skuad kebangsaan. 


Apa-apa pun jangan lupa menonton perlawanan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada yang tak dapat tiket tu bolehlah tonton Malaysia VS Singapura secara langsung (live) di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam 28 Julai 2011 ini. 


Keputusan @ result Malaysia VS Singapura live perlawanan kedua (2nd leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.  Tunggu...


P/S : Sementara kita menantikan perlawanan ini apa kata kita tengok-tengok dulu Proton Saga FLV  2011 yang baru dilancarkan ini..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Ajik said...

Aku dah tak sabar lagi menunggu jam 8.45pm tengok siaran langsung bola, Malaysia Vs Singapura. Rasanya dah tak boleh duduk diam lagi... dah macam cacing kepanasan.

Sharinginfoz said...

harap malaysia menang besar

Abu Idris said...

arrayah.info - Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget