Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



BREAKING NEWS


Ini berita buruk buat peminat Arsenal apabila tonggak pertahanan kiri Arsenal, Gael Clichy sah berpindah ke Manchester City dengan yuran perpindahan berjumlah £ 7 million.


Gael Clichy dilaporkan telah menjalani ujian kesihatan di Manchester City dan dilihat meninggalkan sebuah restaurant di Manchester. Nampaknya Clichy menjadi pemain pertama meninggalkan Arsenal untuk musim ini. 


Clichy mengakui bahawa beliau sudah bersedia berebut posisi bek kiri dengan Aleksandar Kolarov dalam kesebelasan utama Manchester City.


Untuk rekod, Clichy, 25, tampil sebanyak 264 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris ketika menyarung jersi Arsenal sejak berpindah dari Cannes pada Ogos 2003.


Kini tumpuan Manchester City ialah untuk merampas Samir Nasri dari Arsenal yang di sifatkan sebagai pemain muda yang berpotensi besar.



Namun begitu Manchester United dan Chelsea juga berminat dengan Samir Nasri. Menurut Nasri, tujuan utama beliau ke England adalah untuk memenangi trofi namun beliau tidak pernah menjulang trofi selain trofi Kejuaraan Eropah bawah 17 tahun 2004.


Khabar angin juga semakin kencang di kem Arsenal apabila Cesc Fabregas di khabarkan bakal berpindah ke Barcelona selepas Barcelona menaikkan bidaaan manakala Theo Walcott pula mula di pancing Chelsea. Andrey Arshavin pula di lamar oleh Galatasaray.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak bimbang dengan situasi ini dan beliau sudah memulakan plan B untuk merekrut pemain baru untuk mengantikan bintang yang akan meninggalkan Arsenal.


Antara pemian yang disebut-sebut bakal menyarung jersi Arsenal ialah Gervinho, Juan Pablo Mata, Gary Cahill dan Mathieu Valbuena.


Pada 13 Julai 2011 ini, skuad bolasepak Malaysia akan menentang Arsenal di Stadium Bukit Jalil. Rasanya kurang meriah jika pemain bintang Arsenal seperti Samir Nasri, Cesc Fabregas dan Theo Walcott tidak dapat beraksi..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Unknown said...

habisla arsenal lepas ni..

Sharinginfoz said...

ooo tidak clichy memang bagus antara yang terbaik di bahagian kiri pertahanan, boleh juga membantu bahagian serangan. alamak walcott pun nak pi juga kan, do something wenger, buy quality players

Sandokhan said...

Dah sampai masa Clichy blah...Wenger berani jual sebab Gibbs dah sampai masa untuk digunapakai.

Tengok la cemana Gibbs perform lepas nie. Kalo hancus, kena la cari pengganti nampaknya...heh!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget