Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Ramai yang dah tahu bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan di adakan di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 (sabtu) ini. 


Bagi mengawal dan mengelakkan dari orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, pihak polis telah membuat penutupan dan lencongan 30 jalan utama di Kuala Lumpur. 


Jom kita terjah jalan mana yang akan ditutup pada 9 Julai ini :-

Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara; 
Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;
Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. 




Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 


Pendek kata kalau tak mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas lebih baik duduk rumah aja. Tak pun pergilah ke tempat lain luar dari Kuala Lumpur seperti Putrajaya ke Nilai ke.


Kepada yang nak hadir ke perhimpunan BERSIH 2.0 ini tak kiralah anda menyokong BERSIH ke Perkasa ke Patriot ke, nasihat saya PANDAI-PANDAILAH BAWA DIRI DAN JAGA KESELAMATAN.  


Tak pun jom kita ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 8-10 Julai 2011.. Manalah tau kot kot boleh dapat idea tema perkahwinan anda nanti..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~ 

Comments
1 Comments

1 comments:

Jahirah said...

turun putrajaya le nmpknye...huhuu nk g kl xley.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget