Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) Live 1 Julai 2011


Malam ini adalah penentu Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) yang menyaksikan salah seorang dari 2 finalis Imam Muda akan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim kedua.

Adakah gelaran juara Imam Muda 2 milik Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau milik Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah ?

Juara Imam Muda ini bakal menerima hadiah cukup mewah yang dianggarkan RM350,000 iaitu kereta, wang tunai, pakej haji, biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah dan pelbagai lagi, begitu juga dengan naib juara turut mendapat hadiah yang sama.



Sedikit analisis kekuatan finalis Imam Muda 2 ini :-

IM Nazarul
Seorang Imam Muda yang berani menyahut cabaran, memiliki hati yang bersih sehingga memudahkan ilmu yang dipelajari cepat dimiliki. Seorang yang merendah diri, ramah dan menghormati masyarakat sekeliling. Pemikiran beliau adakalanya melangkaui kotak fikiran manusia biasa.
IM Hassan
Dari air mukanya yang bersih jelas menggambarkan persis lelaki soleh yang mampu menarik perhatian sesiapa saja sekiranya beliau membuka bicara. Hassan adalah seorang yang pendiam namun ramah sekiranya didekati. Pengalaman yang ditimba ketika mengikuti salah satu program realiti Akademi Al-Quran suatu masa lalu banyak memberi panduan yang berguna kepadanya.

Untuk menentukan juara musim ini, mereka perlu melakukan tiga tugasan wajib iaitu tazkirah dan khutbah Jumaat serta menganjurkan Qiamullail.

Sesi soal jawab pada malam ini dengan markah sebanyak 50% bakal menentukan siapa yang akan muncul sebagai Imam Muda Unggul.


Apa-apapun jangan lupa saksikan Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) malam ini yang bersiaran secara langsung (live) dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Anda juga boleh tonton Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) live menerusi saluran Astro Oasis 106,  jam 9 malam 1 Julai 2011.

Keputusan juara @ pemenang Imam Muda 2 akan di update di blog ini sejurus program ini tamat.. Tunggu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Tieah Madian said...

Entry SEO woo.. Hahaha.. Aku rasa Imam Muda Nazrul kot menang.. Dari Segamat Johor.. Guru Besar~

Sharinginfoz said...

siapakah yang akan jadi johan???

Noor Fatin said...

mungkin imam muda nazarul.. hehe

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget