Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-4 ARSENAL 


Memang kekalahan ini agak memalukan namun masih ada ruang untuk Malaysia memperbaiki permainan sebelum bertemu Singapura nanti. Yang paling malu ialah TV luar negara ada menyiarkan siaran langsung tapi TV Malaysia tiada 1 pun siarkan siaran langsung. Main di Malaysia tu..


90" Thomas Rosicky melengkapkan malang Malaysia apabila menjaringkan gol menerusi tandukan hasil umpanan Andey Arshavin dari kiri padang.

59" Gol ke 3 Arsenal hadir menerusi pemain dari Mexico, Carlos Vela yang melakukan lob menarik menewaskan Khairul Fahmi. Malaysia nampaknya bakal berputih mata.




46" Separuh masa kedua menyaksikan Samir Nasri dan Van Persie di bawa masuk manakala Nasril Nordin dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Khairul Fahmi Che Mat menjaga gawang Malaysia.


44" Nampaknya kelemahan pasukan Malaysia jelas kelihatan dalam perlawanan ini terutamanya di bahagian pertahanan. Siapa punya idea ntah menurunkan Nasril Nordin sebagai penjaga gol.



40" Ramai yang memuji skuad Harimau Muda yang menampilkan disiplin yang tinggi di atas padang walaupun sudah ketinggalan 2-0

36" Arsenal mendapat gol kedua menerusi Theo Walcott yang melakukan lob menewaskan Nasril Nordin, penjaga gol Malaysia. Cantik umpanan dari Aaron Ramsey ini


4" Malaysia ketinggalan setelah Aaron Ramsey menjaringkan gol pertama Arsenal menerusi sepakan penalti.


Tiada siaran langsung di RTM atau Astro. Untuk menonton perlawanan ini live streaming boleh klik di sini http://www.firstrowsports.eu/watch/72913/1/watch-malaysia-vs-arsenal.html. Anda juga boleh saksikan juga di http://player.arsenal.com/schedule/live


Malaysia mengenakan jersi kuning hitam manakala Arsenal tampil dengan jersi biru tua iaitu jersi kedua Arsenal.




PREVIOUS ENTRY


Malam ini pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan perlawanan persahabatan Malaysia VS Arsenal live Asia Tour 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam 13 Julai 2011.


Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Arsenal datang ke Malaysia untuk bermain bersama pasukan Malaysia sejak dari tahun 1999 dimana pasukan Malaysia tunduk 0-2 hasil jaringan Thiery Henry dan Emmanuel Petit.


Pasti para pemain Arsenal menganggap pertemuan dengan skuad Malaysia ini sekadar aksi pemanas badan manakala skuad Harimau Malaya pula menganggap pertemuan dengan Arsenal malam ini dan disusuli aksi menentang Liverpool pada Sabtu ini cukup penting.


Ini kerana skuad kebangsaan bakal menghadapi Singapura pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan.


Namun begitu, saya jangkakan pasukan Arsenal akan bermain secara berhati-hati kerana Arsenal  pasti tidak mahu anak-anak buahnya dilanda kecederaan bagi mengharungi English Premier League (EPL) yang juga bakal bermula bulan Ogos ini.





Inilah barisan kemungkinan yang akan turun dalam perlawanan Malaysia VS Arsenal :- 

MALAYSIA: 1.Khairul Fahmi Che Mat, 18.Helmi Remeli, 6.Fadhli Shas, 7.Aidil Zafuan Radzak, 4.Asraruddin Putra Omar, 16.S.Kunanlan, 8.Safiq Rahim (c), 17.Shakir Shaari, 26.Ashari Samsudin, 9.Norshahrul Idlan Talaha, 14.Abdul Hadi Yahaya.

ARSENAL: 53.Wojciech Szczesny, 3.Bacary Sagna, 6.Laurent Koscielny, 20.Johan Djourou, 28.Kieran Gibbs, 14.Theo Walcott, 17.Alex Song, 19.Jack Wilshere, 8.Samir Nasri, 16.Aaron Ramsey, 10.Robin van Persie (c).

Jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Arsenal ini secara langsung (live) dari Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam 13 Julai 2011. Maaf, live di Astro atau RTM tak ada untuk game malam ini.


Menurut sumber, untuk perlawanan Malaysia VS Liverpool 16 Julai 2011 ini ada live di Astro SuperSport 3 saluran 817 jam 4.55 petang. Tapi petang ini ada live Liverpool VS China Asia Tour di Astro SuperSport 2 saluran 816 jam 7.45 petang. 


Keputusan @ result Malaysia VS Arsenal live Asia Tour (perlawanan persahabatan) 13 Julai 2011 ini akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~ 

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

Walaupun kalah malaysia, yang penting pengalaman bermain lawan skuad yang bagus

Sandokhan said...

I was there..and the atmosphere was totally off da hook. It was superbly amazing!

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget