Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Imam muda Hassan telah muncul juara @ pemenang Imam Muda musim ke 2 2011  menewaskan  Imam Muda Nazrul dalam Kemuncak Imam Muda 2 yang di bawakan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur 1 Julai 2011.


Imam Muda Hassan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA). 


Dalam Kemuncak Imam Muda 2 ini yang ditayangkan secara live di saluran 106 Astro Oasis, kedua-dua Imam Muda ini melakukan 3 tugasan wajib iaitu tazkirah dan khutbah Jumaat serta menganjurkan Qiamullail.


Sesi soal jawab pada malam kemuncak membawa markah sebanyak 50% telah menentukan siapa yang layak muncul sebagai Imam Muda Unggul.




Imam Muda Hassan membawa pulang hadiah tempat pertama bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas,


Hadiah iringan yang lain ialah pakej haji dan umrah tajaan Salamfon, pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.


Manakala, Imam Muda Nazrul di tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej umrah tajaan Salamfon.


Hadiah lain untuk naib johan adalah pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.


Tahniah buat Imam Muda Hassan yang muncul juara @ pemenang Imam Muda Musim ke 2 2011. Semoga beliau  mampu memikul tanggungjawab berdakwah dan menjadi  ikon kepada masyarakat dan remaja hari ini...  


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget