Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH


Manchester United semakin hampir dengan kejuaraan liga ke 19 apabila menundukkan Chelsea 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.


Gol United dijaringkan oleh Javier Hernandez minit pertama hasil serangan pantas yang dijana Park Ji Sung. David Luiz melakukan kesilapan apabila gagal menghalang bola sampai ke Hernandez.




Nemanja Vidic menjadikan kedudukan 2-0 apabila menanduk bola masuk hasil hantaran Ryan Giggs minit ke 32 juga kesilapan David Luiz yang gagal mengawal Vidic.




Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Chelsea membuat pertukaran apabila memasukkan Alex dan Ramires untuk menggantikan David Luiz dan John Obi Mikel pada separuh masa kedua. 


Chelsea berjaya menjaringkan gol merapatkan jurang menerusi Frank Lampard yang mudah menolak bola masuk ke gawang gol United minit ke 69.





Kedudukan 2-1 kekal sehingga perlawanan tamat. Chelsea gagal menambah gol walaupun memasukkan Fernando Torres mengantikan Salomon Kalou.


Ini bermakna, United akan menghabiskan 2 lagi baki perlawanan bertemu Blackburn di tempat lawan dan Blackpool di Old Trafford dengan hanya memerlukan 1 mata untuk memastikan kejuaraan liga kali ke-19.


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai peminat bola sepak ternantikan keputusan perlawanan antara Manchester United VS Chelsea Live English Premier League (EPL) 8 May 2011 dari Old Trafford


Ramai pemerhati bolasepak meramalkan inilah perlawanan yang akan menentukan trofi Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 milik MU atau Chelsea.


Jika Chelsea menang, bermakna Chelsea akan memintas MU di takhta liga dengan jumlah mata yang sama cuma berbeza jumlah jaringan.




Ada yang mendakwa inilah perlawanan yang akan menentukan nasib jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti sama ada terus memimpin Chelsea atau di pecat.


Manchester United pula pasti mahu menang dalam perlawanan ini bagi mencerahkan peluang mereka merangkul kejuaraan liga buat kali ke 19.




Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester United VS Chelsea live Liga Perdana Inggeris di Astro Super Sports 3 saluran 817 jam 11 pm 8 May 2011.


Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat....


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

milik man utd musim ini

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget