Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH


Keputusan Barcelona VS Real Madrid separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 4 May 2011 berakhir dengan seri 1-1 namun Barcelona mara ke perlawanan akhir dengan aggregat 3-1.


Pada separuh masa pertama Real Madrid mengasak kuat ke kubu Barcelona.Malangnya ianya hanya bertahan selama 10 minit sahaja. Barcelona kembali mendominasi permainan dengan hantaran kemas dan pendek.


Barcelona mendapat 7 percubaan tepat ke arah gawang gol menerusi Lionel Messi dan David Villa tetapi masih gagal menewaskan Iker Casillas di gawang Real Madrid. 




Pengadil nampak sedikit berat sebelah apabila mudah memberikan sepak percuma kepada Barcelona. Apabila pemain Real dijatuhkan, pengadil jarang memberikan sepakan percuma.


Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0




Separuh masa kedua menyaksikan Adebayor dibawa masuk menggantikan Gonzalo Higuain dan Kaka di gantikan dengan Mesut Ozil untuk memburu gol.


Namun Barcelona yang mendapat gol awal menerusi Pedro Rodriguez minit ke  54 yang menerima through pass menarik Andreas Iniesta lalu melepasi perangkap offside




Real Madrid melancarkan counter attack menerusi Angel Di Maria yang menyepak bola namun terkena tiang gol lalu bola melantun semula di depannya sebelum mencari Marcelo untuk menjaringkan gol penyamaan minit ke 64. 




Namun gol itu tidak cukup untuk menafikan aggregat 3-1 yang berpihak kepada Barcelona.  Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan.


Ini bermakna Barcelona di jangka menentang Manchester United dalam perlawanan akhir UEFA Champions League yang akan berlangsung di Wembley, England nanti.



PREVIOUS ENTRY


Malam ini pastinya peminat bolasepak tak lena tidur apabila ternantikan keputusan @ result Barcelona VS Real Madrid live 2nd Leg Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 4 May 2011.


Barcelona di lihat memiliki kelebihan apabila memiliki kelebihan 2 gol dari tempat lawan selain beraksi di stadium sendiri, Nou Camp. Real Madrid perlu menang 3-0 jika mahu layak ke perlawanan akhir. 


Jom kita lihat statistik untuk perlawanan Barcelona VS Real Madrid dan Manchester United VS Schalke 04:-




Pertembungan ini pasti akan bertambah 'panas' selepas kedua-dua kelab mengemukakan bantahan kepada UEFA disebabkan kontroversi yang tercetus dalam perlawanan pertama di Santiago Bernebeu.  


Dalam perlawanan itu, Pepe dihadiahkan kad merah manakala Sergio Ramos di layangkan kad kuning yang menyebabkan dia tidak dapat bermain untuk perlawanan kedua ini.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Nampaknya tempat Sergio Ramos akan di ambil alih oleh Ricardo Carvalho untuk mengekang Lionel Messi. Adebayor pula diturunkan dalam kesebelasan utama untuk misi mencari gol.


Sekali lagi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan menjadi tumpuan dalam perlawanan ini. Walaubagaimanapun Messi lebih menonjol dengan 2 jaringan dalam perlawanan pertama. 


Apa-apapun jangan lupa saksikan perlawanan hidup mati Barcelona VS Real Madrid Live 2nd Leg UEFA Champions League semi final  4 May 2011 ini di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 pagi.


Keputusan @ result perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

nak barca ke final

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget