Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Honda Jazz Facelift 2011 Malaysia



Inilah dia Honda Jazz facelift 2011 terbaru yang tampak lebih sporty, penuh bergaya, dengan tambahan ciri keselamatan dan utiliti dipertingkatkan, termasuk warna baru.


Untuk rekod, Honda Jazz ini telah banyak menerima banyak pengiktirafan dan anugerah dari media automotif di seluruh dunia, malah jualannya mencecah lebih 3.7 juta unit telah terjual di seluruh dunia.


Antara pilihan warna yang di tawarkan ialah, Brilliant Orange, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Briallian White Pearl.




Rekabentuk bumper depan memberikan ciri aerodinamik terhadap model ini dan di datangkan dengan gril  baru yang menawan. 


Antara perubahan lain ialah lampu utama dengan warna perak dan ‘matte’ dan keseluruhan sistem lampu diperkuatkan dengan set terbaru lampu kabus dan lampu kombinasi belakang lebih menawan.




Honda Jazz ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC, dengan Transmisi Automatik (5AT) 5 kelajuan yang menawarkan pemanduan cemerlang, prestasi dan penjimatan bahan api. Ia mengeluarkan kuasa 120 kuasa kuda, paling tinggi di dalam kelasnya.


Ciri istimewa Honda Jazz 2011 facelift ialah Vehicle Stability AssistTM (VSA®) iaitu sistem keselamatan aktif di bahagian roda depan yang memberikan lebih kestabilan ketika kenderaan mengambil selekoh untuk mengelakkan gelinciran.




Ruang dalaman Jazz 2011 facelift menawarkan ruang cukup luas. Ia turut menampilkan kombinasi material berwarna biru dan hitam untuk kerusi dan panel pintu, hingga ke iluminasi pengcahayaan kuning  untuk meter kelajuan dan paparan audio. 


Harganya ialah RM 109,800 (on the road with insurance). Untuk melihat dengan lebih dekat model ini bolehlah melawat mana-mana pengedar Honda yang berdekatan untuk pandu uji....


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
6 Comments

6 comments:

NOOR FATIN said...

cantik dan smart tapi harganya pun smart jugak la. hehe..

Sandokhan said...

JAZZ yang latest nie nampak garang arr kat rear bumper. I LOIKKE!

d_tieah said...

Lawa lawa.. Bila nak merasa beli honda ni ek??? Giler mahal oi..

Entry Terbaru : Usop Wilcha Nak Jadi DJ Radio???

amirah said...

lawanyaaa..harganya pun lawa.bleh dpt sebijik umah..uwaa

Sharinginfoz said...

banyak syarikat kete buat Fl sekarang ni

Anis Syuhada Nazari said...

nak 1

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget