Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Mulai 1 September 2011 ini, pelancong yang menginap di hotel dan chalet di Melaka akan dikenakan caj warisan sebanyak 5% .


Caj 5%  itu akan dikenakan daripada harga bilik yang ditempah oleh pelancong di 11,067 bilik penginapan yang terdapat di 193 premis penginapan di Melaka.


Menurut sumber, tindakan mengenakan caj warisan oleh kerajaan negeri Melaka ialah untuk menampung kos kemudahan infrastruktur demi memastikan pelancong lebih selesa dengan perkhidmatan yang disediakan.
 



Secara peribadi, saya TIDAK bersetuju caj warisan 5% dikenakan ke atas pelancong yang menginap hotel di Melaka.


Pelancong datang ke Melaka dah kira rahmat kepada Melaka di mana dapat menjana ekonomi negeri Melaka. Sekarang pula nak ambik kesempatan kepada pelancong yang menjana ekonomi Melaka dengan caj yang tidak munasabah. Adil ke ?




Saya lihat ianya lebih kepada mengaut lebih banyak lagi hasil cukai bagi menambah kewangan kerajaan Negeri Melaka.Dah la ada caj GST 6%, tambah pulak lagi 5%, dah berapa?


Katakan sewa bilik di hotel harganya RM 180. Tambah caj GST 6% =  RM 10.80. Tambah pula dengan caj warisan 5% = RM 9. Campur semua sekali jumlahnya ialah RM 199.80!


Maknanya pelancong yang menginap di hotel membayar hampir RM 20 hanya untuk cukai kepada kerajaan.  Rakyat sekarang dan makin bijak. Jangan salahkan pelancong jika mula mengalih perhatian untuk melancong di negeri yang lain pula. 


Mungkin kerajaan negeri Melaka harus mencari sumber cukai yang lain untuk menampung kos kemudahan insfrastruktur. Bukannya meletakkan beban di bahu pelancong kerana ia boleh menyebabkan Melaka kehilangan pelancong suatu hari nanti.. 


Apa pula pendapat anda ?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
5 Comments

5 comments:

Sharinginfoz said...

alamak ada cukai le pula

amirah said...

tak setuju langsung..betul velasrizal kata, pelancong akan dtg ke melaka sebab dorang sukakan melaka, karang kalau ada caj tambahan, langsung org rasa terbeban takmau dtg ke melaka lagi

ASaDa RyutaRo said...

boleh pulak ada cukai yang dinamakan dengang 'cukai warisan'. tengok dari satu sudut, sangat macam mengambil kesempatan.

dari satu sudut lagi, macam menaikkan harga 'produk'. errr.. mungkin boleh menyebabkan orang pilih 'produk' lain..

NOOR FATIN said...

betol jugak kan. dah pelancong2 nak datang, kena mahal pulak.. aduhh. kalau mcm ni xde org nak datang lagi dah..wuu

eB ezrin said...

alahai.
ye ker?
br nk booking hotel. hu3

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget